Tuesday, May 24, 2016

Good Bye Grade 1A.

Assalamualaikum.. 

Dah lama tak update tentang sekolah Rania.. rupanya dah 3 tahun Rania menuntut ilmu di sekolah itu dan minggu lepas Rania dah habis Gr.1 class. tadi, saya ke sekolah.. ambil last result exam yang lepas serta selesaikan beberapa urusan untuk Gr.2 nanti. officially Rania dan mula cuti musim panas sehingga lepas haji nanti. tahun ni cuti musim panas lama sehingga selepas haji baru start sekolah semula. yeah!, eh bonda pula yang terlebih excited. ^_^ sebab tak sabar nak pulang ke tanah air tercinta! tapi lama lagi.. nak berpuasa di sini dahulu.. kemudian baru pulang.... 

Sepanjang Rania berada di Gr.1 biasalah pasti ada pasang surutnya.. ada hari dia happy ada hari yang Rania down sangat2.. sama macam waktu kita sekolah kecil2 dulu.. ada hari yang best.. ada  hari yang gaduh dengan kawan2, kena marah dengan cikgu.. :p tapi, bezanya Rania di sini sebagai seorang 'pendatang'.. selama 2 tahun di KG class, Rania the only Malaysian yang bersekolah disitu sampai admin dan guru2 pun sudah kenal saya dan Rania. tahun ini ada seorang lagi malaysian yang rania panggil kak maya di class Gr.3.. at least ada kawan rania nk kongsi makanan 'kita' bila kak maya ada sama. walaupun tak sama kelas tapi rania dah happy sangat. alhamdulillah.. 

Dalam kelas Gr 1 tak sama macam kelas Kg dahulu dimana biasanya pelajar2 Gr perlu lebih berdikari. waktu break pun tak  sama semasa di Kg class semua makanan akan di serve dalam dewan makan. di Gr class, Rania perlu beli makanan sendiri.. oleh kerana cafe nya pun kecil dan tidak jual makanan berat.., rania lebih suka bawa bekal sendiri dan makan bersama-sama rakan-rakannya yang lain. cuma dia agak fussy bab bekal ni. sebab makanan kan lain2.. bila bawa makanan yang lebih traditional sikit macam kuih muih melayu pasti akan menjadi perhatian rakan-rakan yang lain. kadangkala mereka mengejek dan ketawakan Rania apabila makanan itu kelihatan agak pelik pada mereka. biasalah itu kanak2 kan nakal. kalau Rania complain saya tidak pernah memberikan nasihat yang negatif kepada Rania melainkan meminta supaya dia bersabar dan menerima perbezaan budaya. saya minta rania mengalah kerana sebagai foreigners sebenarnya memang banyak yang kita kena mengalah.. terutama dari segi perbezaan.. apabila kita sendiri kadangkala tidak memahami 'cara' mereka.. mana mungkin untuk mereka memahami dan menerima 'cara' kita dengan mudah bukan? pengorbanan dari segi ini perlu untuk menjaga nama  baik 'kita' di tempat orang. bukan mudah. tetapi itulah yang perlu kita tunjukkan. penat juga kadangkala perlu terangkan kepada Rania akan kenapa dan mengapa kita perlu mengalah.. perlu lebih terbuka dan perlu lebih memahami.. namun, kesannya saya lihat agak positif apabila Rania cukup disenangi guru-gurunya dan staff sekolah yang lain. mereka memuji cara orang kita sangat sopan dan tertib lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua terutama guru.. mereka gemar berbual dengan saya kalau kebetulan saya datang ke sekolah.. bertanyakan tentang Malaysia.. lebih lagi kalau yang pernah ataupun yang ada perancangan untuk bercuti ke Malaysia! phew.. orang arab kan suka berkunjung ke Malaysia.. Penang.. cameron highland.. langkawi.. kuala lumpur.. bukit bintang.. itu lah yang selalu mereka sebut2.. hehe.. 

eh banyak pula cerita.. kita tengok gambar kenangan Rania dengan kawan-kawan di Gr.1!

gambar masa 1st day ke class Gr.1A

result final exam yang bonda baru ambil tadi.. alhamdulillah... subject arabic tu bonda macam tak percaya tengok resultnya.. dann yang paling penting ejaan nama Rania  penuh dan tepat. phew, selepas 3 tahun... haha.. 

dapat school album juga.. tiap2 tahun saya akan bayar untuk dapatkan school album ini untuk kenangan Rania di masa akan datang.. 

ni gambar masa ada aktiviti traditional day di sekolah.. kena pakai baju dan bawa makanan traditional masing2.. Rania so proud pakai baju kurung dan bawa puding jagung masa tu.. penat bonda fikir makanan apa yang nak bawa.. nak bagi nasi lemak nanti pedas pula orang arab tak makan pedas.. masa presentation rania bawa juga gambar menara kembar petronas kebanggaan negara kita.. puding jagung bonda mendapat pujian. ehem. kata Rania, pengetua sekolah siap minta bonda buatkan lagi special untuk beliau sahaja.. gambar di depan rumah kami sebelum ke sekolah pagi tu.. dalam sekolah tak boleh ambil gambar dah melainkan photographer dari sekolah sahaja.. maklumlah.. sekolah perempuan.. 

dalam kelas... masa program healthy breakfast.. cuba cari mana Rania...? ;-)

schoolmate Rania.. mostly orang arab daripada egypt, syria, saudi dan juga jordon.. ada juga daripada africa, turkistan dan juga seorang budak kecil yang comel daripada Malaysia! ^_^ 










seorang rakyat Malaysia di bumi arab,

Masnira Ramli

Monday, May 16, 2016

Tenaga Profesional di Tanah Barakah. (Penterjemah)

As salam... 

Saya selalu mendengar khutbah langsung dari masjidilharam setiap hari jumaat. selalunya dengar dirumah sahaja melalui tv live dari masjidilharam..  suara imam yang memberikan khutbah dengan pelbagai intonasi kadangkala merobek jiwa ragaku kerana tidak mampu memahaminya akibat tidak mampu bertutur dan memahami bahasa arab dengan baik. :) 

 Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya di dalam masjidilharam anda boleh mendengar khutbah yang di terjemahkan secara live dalam pelbagai bahasa. salah satunya adalah bahasa melayu ataupun bahasa melayu indonesia. kita semua dalam rumpun yang sama seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, dan juga Thailand yang memahami bahasa melayu boleh mendengar khutbah jumaat ini secara langsung di kawasan pintu King Fahd, di Radio Fm Masjidilharam dengan membawa smartphone dan headset anda, anda akan boleh mendengarnya di gelombang 90.5! menarik bukan? 

Bukan senang untuk menterjemah teks dan ucapan khutbah jumaat yang lazimnya dikarang sendiri oleh imam-iman masjidilharam. rata-ratanya menggunakan bahasa arab aras tinggi. oleh itu penterjemah yang mashaallah hebat dan mempunyai penguasaan bahasa arab yang sangat baik diperlukan bagi melaksanakan tugas sebagai penterjemah dengan sempurna. salah seorang daripada mereka adalah Dr.Hj. Fahmi Alkaustar Fakhruddin yang berasal dari Jakarta, Indonesia. 

Dr Hj.Fahmi yang lebih mesra di panggil Ustaz Fahmi ini ternyata mempunyai latar belakang yang sangat hebat. beliau mendapat ijazah dalam bidang syariah dari Universiti  Muktah Karak, Jordan. kemudiannya menyambung Master dan Phd dalam bidang hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia. beliau juga berkahwin dengan orang malaysia dan dianugerahkan 3 orang cahaya mata yang sama-sama menetap di Makkah sekarang. alhamdulillah. 

Katanya lagi, dengan tugas menggalas amanah yang ALLAH berikan ini alhamdulillah membuatkan beliau semakin bertambah ilmunya, mampu memantapkan lagi bahasa arab serta dapat menyambung dan mempereratkan lagi ukhwah persaudaraan dengan umat islam dari seluruh dunia. lebih istimewa apabila beliau berpeluang untuk menggali mutiara-mutiara kata hikmah dari terjemahan khutbah dan buku para sheikh dan imam Masjidilharam. bagi memudahkan kefahaman jemaah-jemaah, beliau perlu menggunakan dan menterjemahkan teks tersebut dalam  gaya bahasa yang mudah difahami dan turut indah seperti bahasa asalnya iaitu bahasa arab. 

Proses untuk menempatkan diri sebagai salah seorang penterjemah juga bukan mudah kerana beliau telah terpilih dalam 300 orang peserta yang datang untuk sama-sama mencuba nasib menjadi penterjemah di Masjidilharam, tempat impian seluruh umat islam untuk berbakti di dalamnya. mereka diuji dari sudut bahasa, terjemahan, kefahaman dan juga pengalaman dalam bidang ini. 

Daripada 300 orang yang mencuba, hanya 5 orang sahaja yang layak dan terpilih serta betul-betul berkemampuan untuk meletakkan mereka sebagai salah seorang penterjemah di Masjidilharam dan juga di Fakulti Bahasa dan Terjemah Universiti Imam Muhammad b. Su'ud Al Islamiyyah Riyadh. Dua daripadanya berjaya menempatkan diri di Masjid Nabawi Madinah. Manakala tiga lagi di Masjidilharam Makkah. 

gambar Dr.Hj. Fahmi ketika sedang bertugas di studio terjemah khutbah Jumaat, Masjidlharam, Makkah al Mukarramah.. MashaALLAH tabarakALLAH.. 



Mulai 1 Syaaban yang lepas, Ustaz Fahmi tidak lagi bertugas sebagai penterjemah di Masjidilharam, tetapi menyambung tugas beliau di Fakulti Bahasa dan Terjemah Universiti Imam Muhammad b. Su'ud Al Islamiyyah Riyadh. terima kasih ustaz.. jasa ustaz dan kenangan ustaz sebagai penterjemah di Masjidilharam akan selamanya  berada di tanah barakah ini. dengan ilmu dan terjemahan yang telah ustaz sampaikan kepada pendengar, pastinya bermanafaat dan turut bermakna.. InshaALLAH.. semoga ustaz terus berjaya dan dapat menyumbang bakti kepada anak bangsa dan umat islam seantero dunia. Allahumma amin.. 






ikhlas,

Masnira Ramli. 

Sunday, May 8, 2016

Tenaga Profesional di Tanah Barakah. (chef)

As salam...


Semakin ramai golongan profesional yang mula menempatkan diri di Makkah al Mukarramah. kini, tenaga-tenaga pakar 'orang kita' sudah mula menyinar dan mengukir nama sendiri dalam pelbagai sektor di tanah barakah. 

ternyata kepakaran ini sudah mula bercambah di dalam pelbagai sektor profesional. sesuatu yang patut kita banggakan dan ketengahkan kerana berada di sini sebagai tenaga profesional bermakna kita sudah semakin dipercayai dan diakui kehebatannya.  lebih istimewa apabila berada di Makkah.. dapat memberikan khidmat bakti kepada seluruh tetamu-tetamu ALLAH yang datang. mashaAllah tabarakAllah.. 

oleh itu saya mengambil peluang ini untuk menjadikan medium penulisan blog saya ini sebagai salah satu tempat merujuk ataupun ruang untuk kita sama-sama mengetahui dan menghargai tenaga-tenaga profesional yang telah menaikkan nama negara di Makkah al Mukarramah. ternyata, hasil kerja orang kita sudah mampu membuka mata dan membuka ruang pekerjaan yang lebih meluas dalam kepakaran yang tersendiri. 

kalau beberapa tahun kebelakangan ini kita biasa melihat atau maklum tentang penglibatan tenaga profesional dari bidang pembinaan untuk projek-projek mega sahaja,  amat mengagumkan saya apabila baru-baru ini saya telah berpeluang bertemu dengan beberapa orang tenaga profesional dalam bidang pemakanan/kulinari yang menyumbang bakti untuk hotel-hotel  mewah bertaraf 5 bintang di sini! wow. 

chef-chef ini semua ternyata bukan calang-calang orangnya.. mereka telah mempunyai pengalaman istimewa mereka sendiri.. 

jom kita berkenalan dengan mereka.. 



Chef Zaffar Abd.Samad.. 
Bertugas sebagai Executive Chef di hotel JW.Marriot Makkah. 







Chef Sufi Mansor. Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan kini berkhidmat sebagai Executive Chef di Hyatt Regency Makkah. 



Chef Farizan Yahya.. 
mula bergiat dalam bidang masakan pada tahun 1996, Chef Farizan kini bertugas di Hotel Al-Safwah Royal Orchid sebagai Sous Chef bermula tahun 2013. 



Chef Baharudin Che Isa. berasal dari temerloh Pahang. pernah menyumbangkan kepakarannya di Brunei dan juga Maldives..  Beliau mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang pastry dan bakery.. dan kini kepakaran beliau digunakan untuk Hotel JW.Marriot Makkah. 






Chef Hamzah Abd.Rahman.. memulakan kerjaya sejak berumur 18 tahun lagi. lebih istimewa apabila beliau dibesarkan di dalam keluarga yang telah bergiat aktif didalam bidang masakan untuk majlis-majlis besar seperti kenduri kahwin. sebelum bertugas di Makkah sebagai Head Chef di Nozoly LTD, beliau pernah bekerja di Hotel Pullman putrajaya.. Chef Hamzah juga merupakan chef yang bertanggungjawab untuk memasak makanan kepada jemaah-jemaah haji di dalam khemah VVIP dari South East Asia semasa musim haji.. 






"Tukang masak kerjanya enteng! hari2 masak nasi goreng.."
teringat pula lagu P.Ramli dalam filem 3 Abdul kot. ;-) menjadi tukang masak profesional di Makkah.., saya tidak merasakan ianya satu tugas yang 'enteng' kerana kota Makkah sentiasa menerima kunjungan tetamu ALLAH yang tidak putus saban hari. tetamu-tetamu ini akan meningkat jumlahnya pada musim ramadan dan juga musim haji. bermakna kepakaran dan kerja keras chef-chef kita ini perlu bagi memastikan tetamu-tetamu ALLAH mendapat makanan yang bukan sahaja baik malah sedap rasanya! MashaAllah tabarakAllah.. semoga ibadah di dalam pekerjaan yang dibuat mereka bukan sahaja dapat memuaskan hati para tetamu malah turut dapat menyumbang pahala di akhirat nanti. bukankah kerja itu juga satu ibadah? :) 









si tukang masak untuk suami dan anak2,

Masnira Ramli. 

Thursday, May 5, 2016

Restoran D'Saji Jeddah.

Dahulu masa saya tinggal di Muscat, Oman susahnya nak dapat makanan melayu. nak jumpa orang melayu pun agak susah masa tu. nasib baik kenal dengan komuniti kecil melayu. kurang rasa homesick. oleh kerana sukar nak dapat makanan kita, kami gemar buat potluck almost everyweek pun ada sahaja aktiviti makan-makan. seronok! rindu sahabat-sahabat di sana.. 

Sejak menetap di Makkah, rindu pada makanan kita dan orang kita itu kurang kerana adanya restoran d'saji! dah 5 tahun ni rasanya kami lah wajah-wajah yang selalu ada di restoran d'saji. ^_^ lebih lagi, restoran d'saji di Safwah tower Makkah dah mula beroperasi 24jam! bila2 tekak buat hal rasa nak makan roti canai dan teh tarik boleh terus pergi tanpa ragu-ragu. 

Restoran d'saji juga sudah melebarkan sayapnya sehingga ke Jeddah pula. sudah setahun beroperasi sebagai fine dining restoran. penyediaan makanan berkonsepkan ala-carte ini memang sangat2 menggembirakan perut-perut yang mendambakan masakan melayu tapi tak nak masak sendiri. LOL. saya lah tu. sekali sekala kena ada 'hari cuti' juga kan.. so khamis lepas tanpa dirancang ketika mahu mengambil Rania pulang dari sekolah mr.dada buka offer menarik untuk belanja makan di Restoran D'saji Jeddah. riang hatiku, badan bertuah! jom lah kita meredah mentari dari Makkah sehingga ke Jeddah, pukul 3.30 baru dapat lunch. nasib baik dah bekalkan nuggets utk 2R. buat alas perut katanya. 

gambar saya ambil tak cantik. tak pe, tak cantik itu seni. restoran d'saji yang terletak di tahlia.. 

telah dirasmikan oleh.. perdana menteri kita.. 

hiasan dalaman yang menarik sesuai dengan konsep fine dining yang di bawa.. 

tempat menjamu selera yang sangat selesa.. ada ruang untuk single dan juga family .. 


menu

satay pun ada.. 

lapar balik tengok menu ini... ini hanya sebahagian sahaja.. ada banyak lagi pilihan menu lain seperti rojak buah, nasi lemak, nasi goreng, mee kari.... dan banyak lagiiiiii.... 

ini saya punya! nasi goreng thai.. portion yang besar.. makan sorang tak habis.. kalau perut saya lah.. 

mr.dada's cheat day! beliau order ABC ni.. mmg mengancam! patut lah beliau order je tanpa melihat saya... selalunya agak ragu2.. tetapi kali ini, tanpa sebarang perbincangan terus sangat berkeyakinan order "ABC satu!" apabila sampai..ABC nya telah berjaya menggoda semua yang turut sama berada di meja.. dan ABC itu terkena serangan bertubi-tubi. 

happy girl dapat makan nasi ayam. share dengan rasyad.. dari sekolah terus bawa ke jeddah.. dengan baju sekolah lagi..!  

eh, mr.dada punya lagi... mee goreng mamak tapi bukan mamak yang goreng! sedap tak tipuuuu... 


macam biasa, saya share koordinat siap2.. mana tau kalau anda datang umrah atau haji, tiba-tiba rasa nak pergi makan di sini boleh lah terus ke sini.. 
dsaji jeddah
https://goo.gl/maps/DiHiHQrCyBJ2

landmark paling mudah adalah hotel le meridien dan juga Jeddah International Shopping Center. selamat menjamu selera, makan jangan lupa saya. ^_^





makan minggu lepas, kenyang sampai sekarang. ok tipu,

Tuesday, May 3, 2016

Ada apa dengan tajuk?


Embara Kasang Diselimuti Oasis. 

Apa maksud tajuk buku ni ya? sudah selalu saya diajukan dengan soalan yang sama. saya pun masa mula-mula dapat final review sebelum print buku agak terkejut membaca tajuk buku! eh, nampak sangat bukan saya yang bagi tajuk. ;P


yes. tajuk buku telah diberikan oleh pihak penerbit. kalau tanya saya sudah pasti saya lebih suka tajuk yang lebih mudah, santai dan senang difahami. sesuai dengan isinya yang sangat-sangat simple. penulisan saya bukan suatu yang berat atau sangat puitis. gaya bahasanya juga sangat mudah dan santai. tidak perlu memberatkan otak untuk memahaminya. 

namun apabila melihat tajuk yang telah diberikan. saya hargai. wah, hebatnya tajuk! persis karya-karya agung seorang sasterawan. layakkah buku saya diberikan tajuk yang sebegini puitis? sesuaikah dengan isinya yang sangat mudah difahami ini. malah, penulisan saya masih hijau.. masih jauh jika ingin dibanding dengan penulis-penulis yang jauh lebih berpengalaman. MashaAllah tabarakAllah. 

jom saya elaborate sedikit tajuk buku ini. setelah dikaji.., 
Embara bermaksud perjalanan atau penggembaraan, Kasang pula membawa maksud kering, tandus. diselimuti bermaksud.. semua tahu kan maksud diselimuti? ^_^ dan yang paling special iaitu oasis. oasis ini merupakan sebuah kawasan di tengah padang pasir yang subur serta mempunyai air dan tumbuhan. 



Daripada penelitian saya, tajuk buku ini sangat sesuai dan bertepatan dengan isi penulisan saya cuma cara penyampaiannya sangat puitis dan memerlukan penaakulan. :) dari segi maksud tersirat saya membayangkan tajuk itu bersesuai dengan diri sendiri. seorang yang sangat 'kasang' dari segi ilmu especially ilmu agama kemudian mengembara dan menggali ilmu ke sebuah oasis itu kota Makkah. perkaitannya jelas. 

Buku Embara Kasang Diselimuti Oasis telah dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun oleh Pn.Hjh. Amera Sabrena Dato Ahmad Sobri..



gambar ketika majlis usrah kami bersama Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini. sempat menghadiahi beliau buku saya. 




saya juga ingin mengambil kesempatan dan peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih tidak sehingga kepada semua yang menyokong penulisan saya. sangat-sangat terharu sebenarnya. walupun buku ini masih terlalu banyak kelemahannya, masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari untuk meningkatkan kemahiran dan penulisan serta masih jauh langkah saya untuk berada seiring dengan penulis lain yang jauh lebih baik, namun saya tidak pernah jemu untuk mencuba dan menggali ilmu!  inshaAllah untuk buku ke dua saya akan memperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada. bagi chance ya! dapatkan juga naskah ke 2 saya nanti. sekarang masih lagi dalam tempoh penulisan. ;-) 


sementara itu, boleh dapatkan buku Embara Kasang Diselimuti Oasis di pesta buku angtarabangsa 2016 yang sedang berlangsung sekarang sehingga 9May nnt di Maeps, serdang! tinggal beberapa hari sahaja ni. 

cari logo Humaira Pustaka ataupun Maghfirah seperti dalam gambar tu. jangan lupa kongsi gambar dengan saya di facebook ya.. :) 




penulis buku embara kasang diselimuti oasis,

Saturday, April 30, 2016

Satu nama sahaja ya!

Teringat satu cerita... masa saya baru lahirkan Rasyad dahulu.. masa nak selesaikan urusan pendaftaran nama.. berulang kali saya ingatkan suami.. yang saya nak juga baby ada dua nama... apa nak jadi pun jadilah! haha.. 

Dah jadi trend sekarang nama anak2 orang kita panjang2.. bukan setakat 2 nama sahaja... malah 3,4,5 dan 6 nama pun ada! panjangnya nama!! makin panjang makin trendy ke atau macam mana.. hehe... suka tengok senarai nama anak2 di sekolah sekarang.. terbelit, tergeliat lidah nak baca. kenapa susah sangat nak sebut ni? ke saya yang dah tua? eh. 


Tapi... ni yang nak cerita ni... kat sini.. kat Makkah ini atau di kalangan bangsa arab.. kebiasaannya nama mereka hanya satu. contohnya fatimah, janna, iman.. nama pun yang simple dan membawa maksud yang baik.. cuma.. mereka ini perlu membawa nama keluarga di bahagian belakang nama. contohnya.. nama nya muhammad. nama bapa ali dan nama keluarga alsaud.. so namanya akan jadi muhammad ali alsaud.. biasanya tidak ditulis dgn bin atau binti. di negara kita nama yang berdaftar tanpa bin atau binti ni dlm special kes sahaja. erk. 

berbalik cerita semasa saya melahirkan rasyad tadi.. sebelum pendaftaran ada beberapa rakan di sini yang lebih dahulu berpengalaman memberitahu katanya mereka tidak membenarkan letak lebih dari 1 nama. boleh daftar 1 nama sahaja. tapi ada juga yang boleh. biasalah sistem di sini. kejap boleh kejap tak boleh tu memang dah sering kami lalui. so saya katakan pada suami saya nak juga 2 nama. tak adil kalau kakak ada 2 nama dan adik ada 1 nama sahaja. nak jugaaaakkk tu.. padahal tak berdosa pun kalau tak sama. hehe.. suami pun agak runsing juga. macam mana dia nak buat kalau tak lepas daftar 2 nama ni. siap bawa translator ustaz fahmi masa tu.. sebagai persediaan kalau tak bagi daftar 2 nama.. nak kena explain kenapa nak juga 2 nama tu. kelakar pula bila ingat kembali.. kemudian masa daftar, tak ada pula pegawai tu tnya lebih2 terus approve 2 nama. phew lega.. rezeki kami.. sebab selepas itu ada rakan2 yang tak boleh daftar 2 nama lagi. 

walaupun ada 2 nama. segala urusan di sini hanya akan menggunakan 1 nama iaitu nama di bahagian hadapan sahaja. termasuk segala urusan rasmi tau. lebih lagi di sekolah. masa mula2 daftar mereka pelik bila saya minta mereka masukkan nama ke dua rania. hehe.. malah setiap kali tulis nama di buku saya akan tulis 2 nama tersebut 'Rania Athira bt. Mohd Rus'. paling kelakar suatu hari tu saya dapat surat dari sekolah. nama rania ditulis sebagai 'Rania Mohamed Altheer' haha.. mungkin mereka fikir nama Athira itu adalah nama keluarga. gelak besar saya baca! nama suami pun tinggal satu je. Rus nya hilang. saya perlu explain semula pada pihak pengurusan. namun masih sama.. segala sijil dan segala surat rasmi dari sekolah masih meletakkan 1 nama sahaja. -_-  

akhirnya dapat juga sijil dengan 2 nama khamis lepas! tapi nama mr.dada pula yang tak penuh di situ... hehe.. 

tengok tuuu... nama yang ditulis oleh ustazah tahfiz class rania... ! 


nama rania anak perempuan di iqamah tidak mempunyai nama datuk. 

berbeza dengan nama anak lelaki yang mesti membawa nama keluarga sebelah ayahnya. jadi diletakkan nama datuk di situ. :) 

Itu kisahnya nama suami dan anak2.. nama saya jangan ceritalah. memang payah sebutan dan ejaannya. pada orang-orang arab pelik sangat bunyi nama saya. kalau perlu urusan yang melibatkan nama saya terus tunjukkan iqamah! jika melalui sebutan sahaja memang macam2 lah jadi nama saya. musnera, masinira, masira,musiira pun pernahhh.... kadang2 tu siap tulis sambil ketawa2... sbb tak pernah dengar. dah la tak pernah dengar, tak de meaning pula tu. hihi.. mereka bertanya nama saya ini dalam bahasa apa? sbb kedua nama anak2 saya dalam arabic. mereka agak kagum. kata saya, lazim orang2 malaysia suka memberi nama dlm arabic bukan dalam bahasa sendiri. terkagum2 mereka di situ. bila sampai nama saya, errr... saya pun tak pasti. bukan arabic dan bukan bahasa malaysia! saya jawab.. nama saya special.. tiada dalam bahasa apa2.. tetapi tentunya special kepada kedua ibu bapa saya! ^_^ dan saya sangat bangga membawa nama ini sehingga ke Makkah. haha.. 





saya yang bernama,

Masnira bt. Ramli. :p 

Wednesday, April 27, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 6, akhir.)

Assalamualaikum...

amaran: entry penuh emosi..


Kisah dan ujian makcik aziah sudah berakhir di tanah haram, Makkah apabila makcik aziah dan ezzad meninggalkan saudi arabia malam tadi. namun silaturrahim di antara kami dan makcik, saya doakan semoga akan berkekalan sehingga di jannah nanti. kerap kali makcik dan keluarga berkata terhutang budi kepada kami warga makkah/jeddah, saya khabarkan kepada makcik.. jangan lagi menyebut tentang kebaikan kami di atas dunia ini.. setiap kali makcik mengenangkannya.. doakanlah yang baik2 untuk kami semua.. dan sebut lah kebaikan itu di akhirat nanti.. semoga dengan asbab ujian makcik ini, kami dapat sama2 melangkah menuju syurga yang abadi.. ;'-( 

saya juga terhutang budi dengan makcik, makcik izinkan kami sama2 menumpang rezeki makcik membuat pahala kebaikan di tanah haram ini.. makcik lah asbab kami semua berganding bahu memberikan yang terbaik dan kemudian mengenali sikap masing-masing dengan lebih baik. makcik lah yang menjadi asbab menolong saya menjadi orang yang lebih penyabar dan positif dalam menangani semua konflik yang datang selepas keterlibatan saya membantu makcik di sini. ikhlas atau tidak saya membantu pada mata manusia itu tidak penting.. tetapi saya hanya mahu yang terbaik dimata ALLAH.. sedangkan saya menulis akan cerita makcik di dalam blog ini juga ada mata manusia yang memandang ianya untuk popularity dan kepentingan diri saya sendiri semata-mata, walaupun mata manusia itu melihat saya menabur fitnah dan memutar belitkan maklumat dan fakta, namun ia tidak langsung menggangu gugat perjalanan saya untuk teruskan misi saya sehingga titik nokhtah yang terakhir. tidak mengapa saya sudah pun maafkan semua.. tidak ada sebab untuk saya marah melainkan saya hanya mampu  mendoakan yang terbaik untuk kalian. :) 

saya langsung tidak rasa susah membantu kerana rezeki itu semua adalah rezeki makcik, kami hanya menumpang pahala... itu sahaja yang kami mampu untuk menitupi lautan dosa yang terlalu banyak. sempat saya berseloroh dengan kawan2 di sini.. saya katakan, Allah memilih saya untuk menjadi salah seorang yang membantu makcik kerana saya ini orang banyak dosa.. jadi Allah mahu membantu saya.. memberikan jalan untuk membuat kebaikan... 

namun, sebagaimana yang semua sedia maklum dan selalu saya ulangkan di dalam hampir setiap entry kisah makcik aziah ini, saya menulis di sini adalah dengan niat mahu update setiap perjalanan makcik aziah kepada semua yang telah sama-sama menderma... dari segala segi.. dari wang ringgit, dari tenaga, masa dan juga paling istimewa turut memanjatkan doa agar makcik pulih, anak makcik dapat datang dan makcik pulang dengan selamat ke tanahair. dan ALLAH telah makbulkan semua doa-doa itu... alhamdulillah... melihat hari makcik dirawat di hospital dengan mesin bacaan pernafasan yang turun naik, akan ketikanya mendatar.. sy seakan tidak percaya yang makcik boleh kembali sihat seperti sekarang! sejujurnya, ketika saya bertanyakan nurse yang bertugas, beliau juga tidak mampu memberikan jawapan yang pasti hanya meminta saya untuk terus memanjatkan doa. tiada yang lebih mengetahui melainkan dengan ketetapan Allah swt. dan saya percaya setiap yang berlaku adalah aturan yang terbaik yang telah ALLAH rencanakan indah dalam kehidupan kami. dengan asbab makcik sakit juga, anaknya ezzad menjadi tetamu ALLAH. ezzad juga tidak menyangka bahawa dia telah berpijak di tanah haram makkah. kadangkala seperti dalam mimpi katanya. 

tidak banyak yang mahu saya kongsikan di sini... dari segi peranan dan tanggungjawab pihak travel dan badan2 yang terlibat membawa makcik ke sini.. walaupun ada yang terkurang, anggaplah ia sebagai satu iktibar untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang. saya percaya, disebalik kekurangan yang tidak dapat dielakkan, anda juga mempunyai 1001 satu kebaikan yang disorokkan. malahan hanya sedikit keburukan itu lah yang digembar gemburkan. silalah memandang isu ini dari segi yang paling positif dengan hati yang rendah dan terbuka. setiap perkongsian saya dari part 1 bukan untuk mencari salah tetapi sebagai iktibar dan pedoman di kemudian hari. kaji dan selidiklah puncanya dari dalam diri tanpa perlu mencari kehinaan orang lain. saya sedar, saya juga manusia yang terlalu banyak khilaf yang mempunyai emosi yang kadangkala tidak dapat dikawal dengan sempurna, maka dengan itu saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas segalanya. perkongsian ini tidak bertujuan untuk memalukan anda.. tetapi ianya sebagai rujukan dan untuk orang lain. saya doakan tuan punya travel agensi yang terlibat mendapat rezeki yang melimpah ruah.. serta dapat membantu lebih ramai orang-orang yang tidak berkemampuan merangkap ibu tunggal untuk datang ke makkah/madinah. teruskan program umrah ini.. cuma perlu masukkan lebih sedikit 'rasa' di dalamnya supaya lebih manis dan indah...rendahkan hati..  saya maafkan anda. tidak ada sebab untuk saya bermusuh kerana tujuannya adalah untuk membuat kebaikan.. sama2 mengejar redha ALLAH swt.. 

langkah makcik & ezzad menuju airport di iringi dengan sandstorm dan kemudiannya hujan yang sangat lebat! risau hati saya yang ketika itu sama2 berada di dalam kereta menuju ke airport. saya panjatkan doa supaya perjalanan ke airport mudah dah tiba dengan selamat. alhamdulillah hujan tidak lama.. tiba sahaja kami di airport cuaca sudah kembali tertukar terang.. makcik kelihatan gembira dan bercampur terharu kerana beberapa orang rakan-rakan saya turut bersama-sama menghantar beliau dan ezzad ke airport. sengaja mahu mencipta kenangan terakhir bersama.. :) 


hujan... air naik di sisi jalan. ada kereta yang separuh tenggelam disitu.. 

miza & kak ton turut sama2 membantu makcik dan ezzat dalam urusan check in.. terima kasih.. 

ezzad sebelum check in.. 

terima kasih abeed yang banyak membantu kami menguruskan beberapa perkara di airport semalam.. :) 
international departure... 

lambaian dan senyuman terakhir! till we meet again... kalau tidak di dunia.. mungkin di 'sana' nanti... ;'-) 

memetik kata 'seseorang'.. saya lah penulis, saya lah penerbit, saya lah yang mengarang cerita dan saya juga yang menjadi watak2 dalam cerita makcik aziah dan ezzad ini... tetapi beliau terlupa sesuatu, bahawasanya setiap plot & konflik di dalam cerita ini bermula dari orang lain. dan jalan cerita itu telah disusun lengkap olehNYA!  tidak mengapa.. siapa kita untuk menghukum.. tugas di dunia ini adalah untuk membuat kebaikan.. dan segala hukuman dari ALLAH juga yang selayaknya dan lebih mengetahui.. 

terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam misi membantu makcik Aziah dari awal.. happy ending mashaallah alhamdulillah.. makcik dan ezzad pulang dengan kenangan pahit yang telah bertukar indah akhirnya... segalanya telah ALLAH susun indah dalam diari kehidupan mereka.. alhamdulillah.. :) 


selepas hujan akan ada pelangi yang indah! rainbow in makkah semalam.. terima kasih kak wina berkongsi gambar dari jendela kediaman beliau. cukup menggambarkan perasaan gembira saya setelah melihat makcik & ezzad melepasi imegresen dengan mudah! :) 

ketika entry ini di publish makcik aziah & ezzad baru sahaja tiba Malaysia... alhamdulillah.. :) 



yang benar,
,
si tukang cerita.. ^_^