Saturday, January 12, 2013

khabar angin.

assalamualaikum...

seperti yang telah saya nyatakan pada tajuk blog di atas. saya nak kongsi tentang rumours yang selaluuuuu sangat saya dengar tentang makkah. eh, kontroversi tak agaknya kalau saya bercerita tentang perkara ini ya? mungkin. pada sesetengah orang yang agak sensitif tentang apa2 sahaja isu dari Makkah. tetapi perkongsian saya hanya semata-mata berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang saya menetap di tempat barakah ini. oleh itu, terlebih dahulu saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang bakal saya kongsikan sebentar lagi menyentuh sensitiviti sesiapa. seperti yang saya jelaskan di atas, perkongsian kali ini daripada pengalaman yang lepas.:) 

pertama sekali, tentang visa umrah. ada juga yang email saya bertanyakan tentang visa umrah ni. maaf saya tak membalas email2 tersebut kerana ianya diluar pengetahuan saya. saya tinggal di Makkah bukan atas urusan business umrah atau haji. tetapi saya mengikut suami yang bekerja sebagai cost consultan untuk masjidilharam expansion project. jadi segala urusan tentang umrah dan haji saya tidak tahu. ada juga yang email minta tolong saya untuk booking sebulan hotel sepanjang musim ramadan. itu juga saya tidak tahu. maaf. :) tetapi, semasa syawal yang lepas ketika pulang ke Malaysia ramai yang mengatakan visa umrah akan ditutup sehingga bulan ramadhan tahun ini atas kerja pembesaran masjid. ramai yang bertanya kepada kami. tetapi kami tidak mendengar langsung berita tersebut. malah saya rasa tahun ini jemaah umrah masuk lebih awal. sekarang masih di bulan safar sudah ramai jemaah umrah memenuhi makkah walaupun projek pembesaran masjid berjalan seperti yang dirancang! 

terbaru, saya mendengar visa umrah akan ditutup seketika dalam bulan february atau march atas sebab2 pembesaran kawasan dalam masjid. tidak pasti sejauh mana kebenarannya. walaupun suami saya bekerja untuk project tersebut, namun beliau tidak mendapat notis khas untuk khabar angin itu. malah ramai kawan2 saya akan datang umrah bulan februari dan march nanti. saya tidak pasti samaada visa dah ada atau tidak. sama2 kita tunggu dan lihat. tetapi, pada pendapat saya kerajaan saudi tidak sewenang-wenangnya menyekat kedatangan tetamu ALLAH. mereka akan sedaya upaya mencuba cara lain supaya pembesaran masjid berjalan tetapi tetamu ALLAH masih boleh datang untuk beribadat. jika visa ditutup sementara waktu atas alasan kerja2 pembesaran masjid itu mungkin jalan terakhir yang dipilih atas alasan untuk menjaga keselamatan jemaah. buat pengetahun semua sekarang ini kerja pembesaran kawasan tawaf sedang giat dijalankan. 

masih ingin bercerita tentang pembesaran masjid. saya melihat project pembesaran masjidilharam ini mungkin tidak menyenangkan bagi sesetengah pihak. saya selalu terbaca di facebook atau mana2 sumber yang lain sesetengah pendapat yang tidak bersetuju dengan pembesaran masjid tersebut. malah ada yang menyalahkan kerajaan saudi kerana tidak mempertahankan stuktur asal masjidlharam yang penuh dengan sejarah. ada juga yang berkata makkah tidak seperti dahulu lagi. terlalu moden dan tidak ada beza dengan kota2 metropolitan yang lain. saya sendiri tidak berpeluang melihat makkah yang dahulu melainkan di dalam gambar2 yang terdapat dalam internet. ya memang terlalu jauh berbeza. makkah sekarang seperti sebuah kota moden. tetapi pada pendapat saya, walau bagaimana gah sekalipun kota Makkah di bangunkan atau dimodenkan, ia tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bagi sesiapa yang merasainya. setuju? :) biarlah beribu bangunan tinggi yang bangun disekitar masjidilharam, tidak ada yang dapat menandingi ketenangan, keindahan dan keseronokkan ketika melihat kaabah dan ketika tawaf! kaabah tetapi istimewa. melihat kaabah memberikan ketenangan yang sukar untuk digambarkan. keseronokkannya tidak sama ketika shopping di shopping mall yang sudah banyak sekitar masjidlharam, tidak juga sama seperti keselesaan tidur di hotel mewah yang sangat gah berdekatan masjid. apa yang kita buat di dalam masjid sama sekali tidak sama dengan kemewahan yang akan dapat kita rasai di sekitar masjid! jadi, mengapakah pembesaran masjid dan pemodenan makkah itu membebankan perasaan kamu? tidakkah kedatangan kamu ke kota barakah ini adalah untuk mengisi bekalan akhirat? jika dilihat tentang projek pembesaran masjidlharam ini dari sudut positif, tidakkah ia hanya semata2 untuk keselesaan dan kesenangan jemaah yang semakin hari semakin ramai yang datang. dengan pembesaran dan masjid dan pemodenan seluruh kota Makkah inshaAllah ia mampu menampung lebih ramai kedatangan jemaah dan memberikan keselesaan yang maksimum! lebih2 lagi pada musim haji. saya menjangkakan pemodenan makkah ini mampu menarik lebih ramai umat islam tidak mengira peringkat umur ke sini. mungkin mengerjakan ibadah haji dan umrah termasuk dalam list hujung tahun percutian anda! :) 

kita keluar sedikit dari topik masjidilharam, tetapi tentang pemodenan kawasan sekitar makkah pula. kebetulan, baru2 ini saya terbaca satu blog yang bercerita tentang butik 'Paris hilton' di Makkah. wah, ramai sekali yang komen tentang isu itu. dan kebanyakkan yang komen itu rata2 hanya serkap jarang tanpa melihat sendiri keadaan butik tersebut. tidak kurang yang komen hanya semata2 untuk memanaskan lagi dan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri. komen saya 1 je. sangat memalukan. ya, memang wujud butik paris hilton di makkah mall. masih baru. shopping mall tersebut juga masih baru di buka. butik tersebut hanya menjual kasut dan handbag. tidak ada baju2 seksi yang dijual seperti imej paris hilton seperti yang digambarkan. dan saya tidak pernah mendengar pula paris hilton datang ke Makkah sebab mahu merasmikan butik tersebut! ya, orang bukan islam tidak akan dpat masuk ke dalam tanah haram. jika paris hilton tu bukan islam, memang dia tidak akan dapat datang untuk merasmikan butik itu kerana shopping mall tersebut berada dalam tanah haram! oh ya, masih terdapat banyak butik lain yang menjual baju2 seksi. butik2 terkenal yang lain juga terdapat dalam tanah haram. tak salahkan pakai baju seksi? tetapi hanya untuk tatapan suami dan majlis2 tanpa percampuran lelaki dan wanita. jangan membuat tanggapan di Makkah tidak ada hiburan. semuanya ada tetapi ia terkawal tanpa percampuran dan muzik yang keterlaluan. terdapat banyak shopping mall dalam tanah haram, tetapi shopping mall tersebut akan tutup ketika masuk waktu solat. kemudahan untuk solat juga disediakan dengan selesa. setiap shopping mall ada masjid yang besar dan selesa. tidak ada alasan untuk meninggalkan solat. untuk pengunjung mahupun pekerja boleh solat dengan aman. mashallah.. keindahan ini yang saya rasa tidak akan ada di tempat lain. 

tidak sedar sudah panjang entry saya kali ini. masih banyak yang saya ingin kongsi. tetapi saya rasa lebih baik saya buat entry yang baru nanti. saya belum lagi menyentuh tentang criminal di dalam tanah haram yang saya rasa amat penting untuk pengetahuan semua. sekali lagi saya jelaskan segala perkongsian saya daripada pengalaman sendiri. saya tidak ingin mengulas tentang perkaitan dengan agama dan juga perkaitan dengan politik. saya tidak ada ilmu tentang itu. sebarang komen untuk berkongsi pengalaman saya alu-alukan. terima kasih. :) 


salam sayang,

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear norcahaya, maaf anak saya terdelete ur komen... kalau visa umrah ditutup untuk semua umat islam seluruh dunia. bukan malaysia je.. :) n biasanya visa umrah tidak dibuka sepanjang tahun. selepas haji akan ditutup seketika untuk kerja2 pembersihan.. :)

      Delete
  2. assalam, trmaksih di ats perkongsian maklumat utk entry kali ini. Apa yg dpt saya simpulkn mmg beginilh sikap kita hamba Allah yg lemah, mudah mmbuat rumusan @kesimpulan ats satu perkara yg tidak diketahui kesahihannya... setiap yg brlaku pasti ada sebab n hikmahnya... smoga apa yg saudari tuliskn dlm entry kali ini akn mmbuka mata n minda kita selama ini....smoga tidak jemu utk menulis certa2 baru di sana agr kami di sini terasa dekat dgn baitullah khususnya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih saudari marsiam jaffar.. saya hargai sokongan saudari.. salam ukhwah! :)

    ReplyDelete
  4. hi, nice blog. follow me back if u dont mind

    ReplyDelete
  5. Assalam Mas, seronok baca update dari Mas, teruskan Ya. Aunty nak kesana InsyaAllah pada 12/02/2013.

    ReplyDelete
  6. Salam pn mas.. Saya ingin bertanya..puan ikut suami puan kerana suami puan ada urusan kerja di sana..jadi puan punya visa atas apa ye?sebab suami saya sedang bertugas di sana.pada asalnya hanya untuk 2 bulan,tapi berkemungkinan akan extend berada di sana sampai hujung tahun.jadi saya bercadang untuk ikut suami ke sana.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....puan mas.u r really lucky masyaAllah dpt tinggal di mekah.we are planning to migrate there.cuma nak tanya, husband puan bekerja dgn company arab saudi or malaysian company?if saudi company,can i know how he apply the job?through agent@directly apply?itu saja.thank you 4 yr time.barakAllah...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....puan mas.u r really lucky masyaAllah dpt tinggal di mekah.we are planning to migrate there.cuma nak tanya, husband puan bekerja dgn company arab saudi or malaysian company?if saudi company,can i know how he apply the job?through agent@directly apply?itu saja.thank you 4 yr time.barakAllah...

    ReplyDelete
  9. Jazakillahhukhairan kathira...tabarakAllah...mohon doakan Allah bukakan jalan untuk kami tinggal di sana biiznillah...

    ReplyDelete
  10. Puan, if there's a vacancy for civil engineer,plz let me know.my hubby has 7years experience in construction field.we r looking forward to work there,jazakillah

    ReplyDelete
  11. assalam...boleh tak tolong carikan kerja untuk adik saya...dia berminat nak bekerja sambil belajar di mekah. lelaki. umur 30 tahun, bujang, belajar sekolah rendah saja... pernah bersekolah pondok selama 3 tahun. kalau ada kekosongan kerja tolong bagitau @ siti_norlia@amdi.usm.edu.my

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete