Friday, July 5, 2013

Urusan Pendaftaran Rasyad Akhyar.

assalamualaikum.... :)

hari ni genap sebulan umur anak ke dua saya, Rasyad Akhyar b. Mohd Rus. setakat ini alhamdulillah tidak banyak ragam dan mudah untuk menjaganya. kecuali malam tadi rasyad menangis agak kuat dan agak crancy. tidur sekejap dan nangis lagi. check perut dan urut2 mungkin colic atau mungkin sebab orang tua2 kata 'beralih bulan'. istilah medication saya tak ingat. kalau dulu saya kurang percaya pasal isu beralih bulan ni. tapi, rania dulu pun macam tu. setiap bulan pada tanggal hari kelahiran pasti ada je ragamnya. kemudian pernah bertanyakan doctor dan memang ada dalam perubatan moden isu beralih bulan ni.

ok, sebenarnya nak cerita tentang urusan pendaftaran rasyad di saudi ni. daripada urusan untuk mendapatkan birth certificate, malaysian  passport sehinggalah iqamah (resident visa). boleh dijadikan rujukan dikemudian hari atau untuk sesiapa yang bakal melahirkan anak di saudi! ho yeah. :p

alright, sekarang ni rasyad dah ada........... birth certificate! 



Proses untuk dapatkan birth certificate ni agak mudah. tetapi tidaklah semudah seperti di Malaysia. memerlukan kesabaran yang tinggi. mula2 pihak hospital akan keluarkan surat pengesahan bersalin. kemudian baru boleh pergi ministry of interior affair untuk buat surat beranak. tetapi, pengesahan dari hospital itu lambat untuk dapat. mengikut pengalaman kami 2 minggu. memang sabar je menunggu.. keluar je surat itu, pihak hospital akan call. so, kemudian boleh pergi ke ministry of interior affair. di situ segala urusan perlu di buat sendiri. mr.dada macam biasalah kena bawa translator supaya urusan menjadi mudah. kali ini ustaz syaharudin sudah pulang bercuti, jadi ustaz fahmi yang take over. kata mr.dada, nasib baik bawa translator kl tak pening sorang2... perlu ke kaunter pendaftaran, kemudian cari tempat untuk cop. macam2 lah. semua dibuat secara manual oleh si bapa..... akhirnya siaplah surat kelahiran. siap terus k. tak perlu tunggu berhari-hari. langkah seterusnya adalah membuat passport di malaysian konsulat di jeddah. 

dokumen-dokumen yang perlu ada untuk urusan passport:
1. birth certificate (perlu ditranslate ke bahasa english)
2. gambar baby (background putih)
3. salinan passport ibu n bapa.
4.salinan my card ibu dan bapa
5.borang W. (boleh ambil dan lengkapkan di konsulat) 
6. salinan ic/ my card orang yang kan bertanggungjawab buat passport baby di malaysia (saya jelaskan        lebih detail dibawah)
7. baby dan mak baby. :p (baby perlu dibawa untuk ambil cap jari dan mak baby kena bawa juga untuk     jaga/susukan baby. lol.) 

untuk numb 6 tu, salinan orang yang bertanggungjawab untuk buat passport baby di Malaysia. sebenarnya konsulat memerlukan 3-4 bulan untuk passport siap. jika ingin passport cepat siap kita boleh mengirim dokumen lengkap pada sesiapa yang dipercayai (saudara terdekat atau rakan yang dipercayai)  untuk buat di Malaysia. hanya boleh dibuat di Putrajaya. konsulat akan sediakan surat sokongan. jadi, salinan ic orang tersebut perlu untuk urusan. faham tak? harap2 faham la penjelasan saya ni. untuk urusan passport rasyad kami serahkan pada anak saudara mr.dada. inshallah akan siap dalam waktu terdekat ni. pada waktu saya sedang menaip ni, dokumen tersebut sudah selamat diterima oleh beliau... :) 

apabila siap sahaja passport baby nanti, dan selamat kami terima di sini, passport tersebut perlu untuk buat iqamah baby. urusan iqamah biasanya tidak lama. inshallah semoga mudah urusan pendaftaran rasyad ni. setakat ni semuanya berjalan mengikut perancangan. aminnnn......... 



1 month old rasyad. berat dah 4.2kg! 

sempat lagi... gambar dalam kereta semasa dalam perjalanan ke konsulat..  oh ya, gambar ni rania yang capture.. thanks kakak! 




sekian, >_<

2 comments: