As Salam...
Seperti yang pernah nyatakan dalam entry yang lepas,lepas,lepas :p pintu masuk utama, pintu atau gate nombor satu atau dikenali dengan nama Pintu King Abdul Aziz akan ditutup untuk projek pembesaran fasa ke 3. hari ini, pintu masuk tersebut dan kawasan sekitar telah pun ditutup! jadi tadi saya sempat ke masjidlilharam untuk tawaf sunat dan meninjau pintu masuk yang terdekat untuk kami selepas ini. setiap kali kami ke haram mesti akan parking di sebelah ajyad. samaada parking di tunnel ataupun di dalam basement parking dalam bangunan safwah tower. apabila bermulanya pembangunan fasa ke 3 bermakna kami perlu berjalan jauh sikit untuk masuk ke dalam masjid. tak kisah sangat pun tentang itu. mudahan makin jauh berjalan, makin banyak pahala. hehe..
|
gambar yang sempat saya ambil tadi... bahagian menara masjid sudah dalam pensediaan untuk diruntuhkan.. |
|
pintu paling dekat untuk kami masuk masjid. kalau dari ajyad pintu ni paling dekat.. |
|
menuju ke masjid melalui safwah tower. nasib baik jalan ini boleh digunakan.. |
Pulang ke rumah sempat juga saya pun belek2, telek2, selak2 gambar2 lama mengimbau kenangan sepanjang kami berada di sini. kawasan ini banyak meninggalkan kenangan dan sangatlah nostalgia kerana itulah laluan kami keluar masuk masjid, kawasan itu juga dah jadi playground rania dari umur 2 tahun. kadang2 jadi tempat untuk kami berjumpa orang atau tetamu umrah/haji. agak 'terasa' jugak bila dah ditutup. selepas ini mesti kawasan tu dah lain... tak sama macam dulu lagi. sure lagi selesa dan memudahkan kita untuk keluar masuk ke masjid. namun, tetap ia meninggalkan kenangan indah di hatiku... mujur ada banyak jugak koleksi gambar kami dengan kawasan ini. alhamdulillah ada kenangan untuk di simpan. saya agak romantis orangnya. hehe.. saya suka menyimpan memori. apatah lagi memori yang indah.. tempat jatuh lagi dikenang kan? marilah layan jiwa saya ini dengan melihat koleksi terpilih gambar2 kami di bahagian hadapan dan dataran pintu king abdul aziz. ada banyak gambar.. di antaranya gambar2 di bawah ini...
|
gambar ini di ambil pada bulan march 2010. ketika itu kami belum menetap di makkah.. 1st time datang umrah dari muscat, oman... ini gambar pertama rania & mr.dada berlatar belakangkan pintu king abdul aziz... |
|
gambar kakak ipar, ibu mertua, mr.dada dan rania semasa kunjungan umrah mereka 3 tahun lepas... berada di kawasan dataran yang telah ditutup sekarang. tengok gambar ni jadi sayu mengingatkan banyaknya kenangan di kawasan tersebut... (lap air mata) |
|
my sister in law... berada di bahagian hadapan dengan pintu masuk abraj al bait mall yang berada di dalam menara jam. masa tu mereka tinggal di fairmont hotel. jadi keluar je dari pintu masuk utama terus sampai di perkarangan kawasan pintu numb 1. senang nak masuk masjid. sekarang tak lagi... kalau dari hotel ini, anda perlu melencung ke kiri sedikit untuk masuk menggunakan pintu masuk numb 93. |
|
my sister bersama keluarga pun sempat mengabdikan kenangan indah berlatar belakangkan pintu ini.. |
|
umrah pertama rasyad, masuk dari pintu king abdul aziz. lepas habis umrah saya selalu bersantai di kawasan dataran sementara menunggu mr.dada pergi cukur rambut... |
|
view dari al massa hotel.. |
|
view dari food court zam2 tower.. |
|
kenderaan membawa jenazah juga selalunya akan menunggu di bahagian ajyad. sekarang di kawasan ini akan menjadi laluan lori keluar masuk. |
|
selalunya selepas buat umrah kami akan duduk bersantai di dataran kawasan berdekatan. selalunya sambil makan kfc. gambar ini di ambil ketika buat umrah bersama haji arshad dan keluarga. sekarang haji arshad dan keluarga juga sudah pulang ke Malaysia for good.. semua tinggal kenangan.. |
|
seronok bersantai di sini sambil memerhatikan gelagat macam2 orang... |
|
ramai yang solat di bahagian ini sebab boleh nampak kaabah dari jauhh... itu dulu.. kini tak lagi... |
|
rania masa umur 3 tahun rasanya... |
|
ni masa umur 4 tahun... |
|
gambar rasyad bersama johan... turut merakam kenangan di sini... masa ni kami picnic kat sini makan al baik.. |
|
rasyad. nasib baik banyak juga gambar rasyad di sini. ini antara favourite sebab tengah khusyuk dengar azan maghrib. |
|
yeay... gambar ni saya paling suka... gambar 1 syawal di hadapan menara yang bakal dirobohkan... 10 tahun lagi gambar ni mesti jadi sangat nostalgia! |
|
kami suka picnic di kawasan ini.... kak pah dan kak jah yang berada dalam gambar ini juga sudah pulang ke Malaysia.. huhuhu... |
oklah, malas dah nak layan perasaan... huhu.. kita simpan semua kenangan indah sebagai hadiah dari ALLAH ok. saya percaya ramai juga yang ada kenangan di kawasan ini. apa kata kongsi dengan saya di ruangan komen. boleh kita tinggalkan kenangan tersebut di blog ini untuk rujukan pada masa akan datang... dalam kesedihan saya juga teruja sebenarnya nk tunggu kawasan ini berwajah baru! hehe.. sama2 kita nantikan ya.. dan semoga saya masih diberi kesempatan untuk tinggal di sini melihat sendiri perubahan masjidilharam dan kota makkah dari semasa ke semasa seterusnya berkongsi pengalaman tersebut di blog ini. inshaallah aminn! :)
ikhlas dari orang yang romantik tapi garang,
hj arsyad dh blik malaysia??
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nama saya Junaidy. Puan, saya tersinggah ke blog ni dari pautan Facebook cikgu sekolah saya yg merupakan friend kepada "Nginap Srengenge". Saya ada pertanyaan berkenaan prosedur nak beli hartanah/rumah di kawasan Mekah untuk bukan warganegara Saudi / orang Malaysia macam saya ni. Mahal ke perumahan yg berhampiran dengan kawasan Haram. Kalau tak keberatan, boleh tak kongsi anggaran harga rumah dan saiz & jenis rumah yg biasa-biasa di sana.
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak. Ni alamat emel saya: aj_junaidy@yahoo.com :)
assalamualaikum puan. subhanallah. rindu sgt2 pada mekah dan madinah. bila baca post psl pintu king abdul aziz tu rasa sebak.. huhu. alhamdulillah rezeki puan untuk menetap di sana. saya nak tanya, macam mana puan boleh menetap di sana? :)
ReplyDelete