Monday, June 10, 2013

kisah suka duka kelahiran RASYAD AKHYAR..

Assalamualaikum..

      Sudah lama membiarkan laman ini sepi tanpa sebarang khabar berita. ada cerita yang saya tulis tetapi semuanya hanya separuh jalan dan tersimpan rapi di dalam draf. nak sambung malas. ishh.. ada tak perkataan yang lebih manis di dengar daripada perkataan malas tu. ianya berbunyi terlalu negatif. walhal itulah sikap negatif yang terlalu sukar untuk dikikis. bila dah sampai virus M tu. semua benda tak jadi! bahaya.

     Entry kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman melahirkan seorang hamba ALLAH yang sangat bertuah kerana lahir di dalam tanah haram, MAKKAH AL MUKARRAMAH! yeay, alhamdulillah buat pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel (mana ada baby tak comel) pada tanggal 4 june 2013 yang lepas. ianya satu pengalaman yang terlalu banyak cerita suka duka dan penuh emosi. haha... (bolehlah ketawa bila dah melepasi saat2 menyiksakan tu kan... :p) ya ALLAH saya bukanlah terlalu taksub atau teringin sekali untuk melahirkan anak di sini. malah pada perancangan awal saya memang bercadang untuk melahirkan di Malaysia sahaja. tetapi ALLAH itu sebaik2 pengatur. Dia telah menetapkan bahawa anak kedua saya ini dilahirkan di bumi barakah ini dengan seribu kemanisan untuk di kenang. sekaligus, menguatkan lagi rasa cinta saya pada tanah suci ini. kenangan yang semestinya tidak akan padam selagi memori itu ALLAH izinkan untuk terus kekal di dalam kotak ingatan......

      Perjalanan mengandungkan zuriat kedua ini tidak seperti yang pertama.. saya mengalami pendarahan pada awal kehamilan ketika sedang menunaikan fardhu haji. ketika itu saya yakin bahawa 'nyawa' yang dikandung sudah tidak ada melihatkan jumlah pendarahan tersebut. masih terbayang saya berjalan kaki untuk melontar pada hari kedua haji dengan perasaan yang hancur lebur mengenangkan bayi yang saya kandung. kaki ini melangkah dengan air mata.. dengan perasaan yang sungguh kecewa.. hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. tetapi tidak ada sedikitpun rasa menyesal kerana membuat keputusan untuk terus menunaikan rukun islam ke lima itu dalam keadaan awal kehamilan! malah, dalam kesedihan itu saya nekad bahawa haji adalah jihad saya. saya yang memilih jalan itu dan tidak mungkin saya akan menyesal. dalam kepastian bahawa janin itu sudah 'pergi', saya masih berdoa sepenuh hati supaya ianya masih selamat. ianya masih bersama saya. dan alhamdulillah ALLAH masih mengekalkan ia disitu. selepas 2 hari habis haji, doktor mengesahkan bahawa ianya selamat dan sihat! masyaALLAH, tidak terkata kegembiraan dihati. saya menganggap ianya satu keajaiban! :)

      Kemudian saya diuji lagi pada kandungan mencecah 5 bulan. ketika itu saya baru sahaja pulang dari Malaysia menghabiskan masa2 bersama keluarga. selepas kembali semula ke makkah, 2 hari selepas itu saya muntah tidak berhenti selama 1 malam. tidak pasti kenapa. mungkin salah makan. tapi saya tak pasti apa yang salah itu. saya di masukkan ke wad selama 3 hari dan alhamdulillah kandungan masih sihat. bayi yang dikandung tidak terjejas hanya kesihatan saya yang teruk. tinggal 3 hari di wad bukan satu benda yang manis. saya tidak kisah akan segala rawatan atau sakit yang terpaksa saya tanggung, tetapi saya lebih memikirkan keadaan rania (anak sulung saya) yang tidak pernah berpisah dengan saya. ditambah pula dengan kesibukkan suami yang bekerja. saya tidak ada keluarga di sini. hanya kawan2 yang banyak membantu! alhamdulillah hari pertama rania tinggal di rumah salah seorang sahabat yang sangat baik dan selebihnya suami Mr.dada bawa Rania ke tempat kerja beliau. dan rania happy je pun! saya yang terlebih emosi. hehe. cuma, rasa kasihan pada suami yang terpaksa berulang alik dari rumah, office dan hospital tidak dapat ditahan. paling kasihan apabila beliau terpaksa memangku rania yang sedang tidur kepenatan ketika meeting! saya cuba membayangkan situasi beliau. alhamdulillah bapa dan pekerja yang komited! :p dengan itu secara rasminya rania adalah satu-satunya wanita yang berjaya menerobos masuk di office yang ternyata 'wanita not allowed' tersebut! haha... syabas rania! rekod tersebut masih utuh.

      Kemudian, kandungan berjalan baik dan sihat alhamdulillah.. gynae yang saya pilih berbangsa Jordon. seorang specialist in caesarean. dari awal saya telah memilih untuk bersalin secara caesar memandangkan rania juga bersalin secara caesar dan keadaan kandungan saya yang tidak bermula dengan baik. dalam pada berkira2 dan masih terfikir dan mencari jalan penyelesaian samaada untuk melahirkan di makkah atau di Malaysia. perhitungan positif dan negatif saya buat. ada kelebihan dan kekurangan yang terpaksa saya fikirkan. tetapi yang paling saya gusar adalah jika ingin melahirkan di Malaysia saya terpaksa pulang pada usia kanungan 7 bulan kerana masalah pendarahan pada awal kehamilan tersebut.    oleh sebab itu hati sudah kuat di Makkah sahaja. selebihnya saya tawakal. jika di akhir kehamilan tiba2 saya nekad untuk pulang ke Malaysia, itu perkara lain. semakin dekat dengan tempoh melahirkan, hati saya semakin kuat untuk melahirkan di Makkah sahaja. ianya lebih kuat selepas umrah saya pada usia kandungan 7 bulan. jadi saya khabarkan pasa ke dua mak dan abah yang memang berharap saya pulang. saya tahu mereka agak kecewa mendengarkan keputusan saya. alhamdulillah mereka memahami. suami juga menyakinkan saya bahawa beliau akan cuba sehabis baik menjaga saya, rania dan bayi yang bakal lahir.. segala keperluan beliau cuba penuhi. saya semakin nekad kerana suami juga menunjukkan prestasi yang baik semasa menjaga saya ketika berpantang kelahiran yang pertama. tidak dinafikan beliau seorang yang penyabar untuk menangani 'mood' orang dalam pantang! :p

         Ok, keputusan telah dibuat. pada trimester terakhir kami bertiga menjalani rutin seperti biasa.. check up tiap2 bulan dengan perasaan tidak sabar2 menanti cahaya mata kedua ini. lebih lagi bila mengetahui jantina baby! pada usia mencecah 8 bulan saya sudah dapat date hari kelahiran. doctor menetapkan untuk caesar pada usia kandungan mencecah 38 minggu. iaitu 2 minggu sebelum due date. oh, tidak sabarnya saya ketika itu. tidak dinafikan perasaan takut dan berdebar2 itu ada. tetapi perasaan ingin melihat baby yang dikandung selama 9 bulan itu mengatasi perasaan takut! sempat saya berseloroh dengan suami yang saya ingin melahirkan pada hari jumaat. apabila suami tanya kenapa, saya kata kalau jadi apa2 pada saya (mati) ketika pembedahan tersebut, dapatlah saya mati hari jumaat! saya bercakap dengan berseloroh tetapi suami agak gusar. hihi.. (mana lah layak manusia penuh dosa ini mati di hari jumaat)

       Menjelang tarikh melahirkan. seminggu sebelum tarikh pembedahan, ujian darah terlebih dahulu dibuat. dan mengejutkan apabila hemoglobin saya hanya tinggal 8.1! terlalu rendah dan sangat berisiko untuk melahirkan secara normal mahupun caesarean. doktor agak terkejut dengan keputusan tersebut dan membuat keputusan agak drastik dengan postpone tarikh operation dan meminta saya warded hari itu juga untuk buat pemindahan darah! saya tidak pasti perasaan saya ketika itu. semestinya saya agak kecewa kerana selama ini standart pemeriksaan kehamilan di sini tidak ada blood dan urine test kecuali pada awal kehamilan sahaja. tidak kerap seperti di Malaysia. saya 'sedar' yang saya memang mempunyai masalah genetik yang menyebabkan saya anemia. masalah ini saya tahu ketika mengandungkan Rania. tetapi tidak melalui pemindahan darah kerana doktor tahu agak awal berbanding dengan keadaan ini. bayangkan saya tahu ketika kandungan saya mencecah 37 minggu! bila2 masa sahaja saya boleh melahirkan dan kelahiran itu mengancam nyawa saya. setelah meminta pandangan ramai pihak terutama kakak ipar saya yang banyak memberikan pandangan, juga doktor dan hospital lain yang saya kunjungi, keputusan untuk bersetuju untuk membuat pemindahan darah saya terima. oleh itu tarikh operation dilambatkan. untuk mendapat bekalan darah juga bukan senang. suami terpaksa menguruskan sendiri dengan unit bank darah makkah kerana hospital tiada bekalan darah jenis B+ ketika itu. untuk mendapatkan bekalan darah, suami perlu membawa 4 orang untuk menderma darah sebagai ganti darah yang di ambil untuk saya. saya terhutang darah pada mereka! siapa mereka saya bagitahu kemudian k. bagi suspend sikit. :) dengan musim panas yang mencecah hampir 50 degree waktu siang, dengan keadaan suami yang sibuk bekerja disamping perlu menjaga rania (again, rania dapat ikut dada ke office) suami bertungkus lumus untuk mendapatkan darah untuk saya! perasaan saya yang hanya menunggu di wad amatlah tidak senang memikirkan suami dan rania yang kesana kemari dengan cuaca yang panas hanya untuk saya dan baby! hanya doa yang mampu saya iringi supaya kesihatan mereka baik terutama rania yang baru mendapat athsma akibat masalah habuk. doktor juga meminta supaya menghadkan aktiviti luar. selepas pemindahan darah, saya perlu menyambung dengan iron pills dan iron drip everyday bagi memastikan keadaan saya betul2 stabil untuk menjalani proses kelahiran.

      Alhamdulillah selepas tempoh yang diberikan doktor dan darah serta iron yang saya ambil. doktor membuat keputusan bahawa pembedahan boleh dilakukan pada 3 june 2013 pada hari isnin. saya gembira kerana proses mengambil iron yang agak menyakitkan akan berakhir. kata saya pada suami tidak mengapalah jika baby tak dapat lahir hari jumaat, tetapi dapat lahir pada hari isnin. sama hari dengan kelahiran nabi. saya fikirkan bahawa ujian ini sudah berakhir rupanya belum lagi! sehari sebelum kelahiran kami dikejutkan dengan kesemua bilik wad penuh dan saya tidak mendapat tempat. sekali lagi kami terpaksa menunggu sehingga ada kelapangan dan akhirnya operation delay 1 hari.. lahirlah zuriat kedua saya pada hari selasa, 4 june 2013 pada jam 10.40 am secara caesarean. alhamdulillah pembedahan berjalan lancar cuma saya perlu dibius 2 kali kerana bius pertama tidak berkesan! suspend juga ketika itu. dan ternyata.. ALLAH maha mengetahui.. ALLAH sebaik2 perancang.. takdir ini telah disusun dengan baik. Dia memberikan saya kemudahan selepas kelahiran. memberikan saya proses penyembuhan yang agak cepat dan kesihatan yang baik serta baby dan Mashallah sangat baik dan tidak banyak ragam. pada boleh berjalan kurang 24hours selepas pembedahan dan dapat pulang ke rumah pada hari ketiga. dan ketika sedang menulis entry ini alhamdulillah saya sihat dan bertenaga pada hari ke 6.. terima kasih ya ALLAH atas kemudahan ini.

RASYAD AKHYAR... permata hati kedua kami.... lahirnya kamu ke dunia ini menambah kebahagiaan yang sudah sedia ada pada keluarga kecil ini. jadilah seorang yang soleh, yang akan berjuang ke jalan islam. kamu insan terpilih kerana dilahirkan di tanah suci Makkah dengan penuh kegembiraan DaDa, Bonda dan kakak Rania! terima kasih kerana memilih bonda yang penuh kekurangan ini sebagai ibu kamu. ingat perjanjian mu dengan ALLAH sebelum melihat dunia. semoga kamu membesar sebagai manusia baik & berguna pada agama ALLAH ini. aturan ALLAH ini cukup meninggalkan memori yang indah kepada saya. andai saya sudah tidak lagi tinggal di bumi Makkah ini, saya pasti akan kembali kerana kenangan yang beharga di sini. ianya berjaya membuat saya lebih menghargai dan menyanyangi bumi barakah ini. alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH atas anugerah yang kau berikan. jadikan aku orang yang kuat untuk mendidik dan menyanyangi amanahMu ini... :)





CTG room. menonton live dr masjidilharam serta alunan ayat al quran ketika sedang melakukan CTG 

CTG.. 

dinner ketika dalam wad dapat burger! :) 



ini wanita yang dapat masuk tempat derma darah orang lelaki. hehe


rasyid. salah seorang yang berjasa kerana ingin menderma darah malangnya terdapat masalah yang tidak mengizinkan. apapun saya sangat hargai usaha dan pertolongan anda, rasyid. 

penderma pertama, pelajar dari umm qura, ridhuan. jutaan terima kasih saya ucapkan. jasa anda akan dikenang sehingga bila2... hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. 

sebelah kiri, fahmi juga seorang pelajar umm qura university dan sebelah kanan Amzy, seorang tenaga professional untuk Jabal Omar project. kedua mereka pertama kali menderma darah! terima kasih. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian. my husband tidak layak untuk menderma atas masalah kesihatan & under medication. 



after 2 unit darah, tangan pun bengkak. 

blood transfusions. 



setelah 2 unit darah, keadaan HB saya masih rendah. hanya naik sedikit dari 8.1 ke 9.2. jadi saya terpaksa mengambil iron pills dan iron drip setiap hari. jadi saya perlu ke ER selang sehari untuk mengambil iron drip. bersama my angel! penguat semangat saya. :) 

ketika mengambil iron drip... 

he's my superhero! lelaki yang menjadi tulang belakang saya... beberapa minggu sebelum melahirkan beliau memang kelihatan sangat keletihan! tekanan kerja, kurang tidur, summer, dan juga terpaksa menjaga saya dan rania. sebelum pergi kerja beliau masakkan saya & rania breakfast dan juga lunch. seawal 4 pagi beliau bangun, memasak, pergi office, pulang belum sempat rest terpaksa bawa saya ke hospital untuk ambil iron drip. itu belum masuk melayan kerenah rania.. mandikan, bawa jalan2 etc... ya ALLAH.. terima kasih. :) 



sebelum ke operation room. ya, saya agak tenang kali ini berbanding dengan semasa melahirkan rania dulu. alhamdulillah... 

4 june 2013, 10.40am. lahirnya permata hati kedua kami... alhamdulillah... 



dalam bilik wad pun disediakan minuman bikarbonat. betapa orang arab terlalu suka pada minuman ini! 



my angels! 

lihat saja kegembiraan rania dan keletihan wajah mr.dada itu. hari kedua selepas melahirkan. suami sempat tidur hanya beberapa jam kerana menemani saya di wad selepas melahirkan. 

2nd day.... 




my Rania Athira & Rasyad Akhyar. amanah terindah ALLAH untuk saya dan suami... alhamdulillah... 

6 days old! i love u baby!


Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada semua yang menyumbang kudrat & doa kepada saya. terutama kepada keluarga saya di Malaysia yang banyak mendoakan saya serta sahabat handai saya di sini. juga sahabat di alam maya.. di facebook mahupun di blog ini.. setiap doa yang dititipkan untuk saya, saya sangat hargai. semoga ALLAH membalas segala kebaikan kalian... untuk suamiku yang menjaga sepenuh hati.. terima kasih kerana melayan kerenah 9 bulan sepanjang kehamilan. belum habis lagi tau.. confinement baru 6 hari ni. ada banyak hari lagi untuk melalui kerenah berpantang pula. hehe.. alhamdulillah walaupun suami tak dapat cuti panjang atas tuntutan kerja, beliau menyediakan helper untuk saya. terima kasih..... :) akhir kata, saya tak balik raya tahun ni sebab suami tak dapat cuti! :p uwaaaaaa... tangisan dalam senyuman.. alhamdulillah.. terima kasih...