Sunday, February 28, 2016

breakfast trip to taif.

as salam..

apa khabar semua..
nak update blog ni...
nak tahu tak perkembangan terbaru saya dan family..
perkembangan nya adalah saya semakin 'berkembang' dengan jayanya.. berat dah naik berkilokilo lemon.
tapi, aktiviti makan-makan tetap diteruskan macam biasa. hujung minggu ada sahaja aktiviti kami. kalau tak picnic mesti foods hunting di makkah atau jeddah.
seronok! walaupun kerisauan akan 'perkembangan' diri semakin menular di dalam hati. namun aktiviti makan-makan tidak akan ku lepaskan.
ok, last friday kami plan pergi picnic di taif. pagi-pagi buta nak memanjat gunung. panjat guna kereta lah... pagi2 buta juga saya gigih memasak sebab plannya ini adalah breakfast picnic. kenalah masak. xde makcik jual nasi lemak tepi jalan. kalau ada boleh beli bungkus je.

semenjak dah berpindah di alhamra ni, kalau nk ke taif akan ambil masa sikit tidak seperti tinggal di batha quraish dulu. sbb al hamra di berada di jalan menghala ke jeddah. so kalau dulu boleh pergi taif dalam masa sejam sekarang dah jadi 1 jam 20 minit. 20 minit je pertambahannya.
oh, ya lupa nak bagitahu saya dah pindah rumah lagi tahun lepas. dah cerita ke belum ya? rasa macam belum cerita. perpindahan kali ini sebab berdekatan dengan sekolah rania dan office mr.dada. so senanglah sikit mr.dada nak ambil rania balik sekolah. pagi2 pun tak perlu keluar terlalu awal dan dah terlepas dari stress jammed. alhamdulillah..

trip kali ini diketuai oleh mr.aznan. kenapa saya kata ketua? sbb port nak picnic adalah port beliau, kami semua tak tahu. beliau yang jmpa port ni dan bawa kami ke sini. alhamdulillah memang best di atas gunung! pemandangan sangat-sangat cantik dengan cuaca yang sejuk. gambar-gambar pula hasil bidikan hj. RM.. memang sangat cantik hasilnya mashaallah. thnks to him...



masa ni baru je sampai.. tengah setting tempat picnic..
tapi hj.zahiri dah duduk menunggu breakfast ready to serve! hehe.. 

rupanya kami menumpang tempat 'morning walk' baboon2 ni... punyalah banyak ahli masyarakat mereka.
silap haribulan mereka datang ingin menumpang breakfast. nasib baik geng2 abg haji garang2 orangnya...
takut lah baboon ini nak dekat. hanya mampu tengok dari jauh sahaja. seram wehhhh...
tengok giginya tuu... 

sorry no breakfast for u... 

aariz & abah.. belum sempat bercerita tentang ahli baru makkah.. baby aariz ni..
dah 4 bulan usianya.. nanti ada masa saya cerita ya! 

cantiknya gambar ni! tengok pemandangan pagi di situ... memang cantik sangat.. 

port picnic kami.. tepi kereta je... 

hj zahiri atau 2R memanggil beliau atok memang rajin melayan kanak2..
sampai kanak2 boleh melupakan ayah masing2 kalau dah bermain dengan atok. :) 

tengok tuu... kan betul saya cakap... kalau dah ada atok rasyad memang takkan layan orang lain...
atok je yang dia nak.. 

yang ini... paparazzi wanna be! opssss... 

walaupun atok dan bergambar mesra dengan uwan pun rasyad tak bagi chance!
harap uwan bertabah. hihi

geng2 ibu2 yang turut serta pagi itu... geng 'nasyid' haha... 

geng bapa2... tuan punya camera dan gambar2 yang saya share ni adalah tuuuuu yang berada
kiri sekali dalam gambar, gambar ni saya yang tolong ambil.... 
memang tak cantik! maafkan saya tuan camera! 

trip kami kali ini turut di serikan dengan kehadiran orang lama Makkah ni. hj Kamil dan isterinya kak Pah..
seronok dengara cerita Hj.kamil tentang Makkah dulu2..
dan bagaimana beliau boleh tinggal di Makkah sejak awal remaja lagi... 

erm, no caption for this picture. haha

kisahnya si rania takutkan baboon maka betapalah dia sorang2 dalam kereta... 

mashaallah ammar anak tuan punya blog budakcommot.blogspot! comey mcm mummy dia... 

sempat bergambar dengan buku saya kebetulan stock baru smpai makkah... 

mashaallah cantik sangat gambar ni.. 

ni juga! 

busy nya mama aariz dan aunty ton ambil gambar aariz.. 

mr.aznan dan family.. 


ada sahaja aktiviti rasyad dan atok ni. hehe

bunga-bunga ni kawasan pergunungan taif... sangat cantik... xtau bunga apa... 


kami kembali ke Makkah sebelum solat jumaat. sempat singgah di rumah mr.aznan dan miza di shaukiyah menghabiskan makanan yang kami bawa masih banyak.jadi terus sambung lunch di rumah mereka.


ok lah!
byeeee...

Monday, February 22, 2016

Embara Kasang Diselimuti Oasis.


Assalamualaikum!

Hy para pembaca..
Alhamdulillah dah datang mood nak membebel  disini..
di ruangan ini sahaja boleh membebel tanpa henti.. tanpa ada yang mencelah. kan?
so hari ni nak cerita tentang buku yang telah saya kongsikan serba sedikit pada entry yang lepas.
buku sulung saya tu.. dah keluar alhamdulillah..
perkongsian yang bergenre journal, diari ataupun boleh juga dikenali sebagai travelog ini  mengisahkan diari kehidupan saya di Makkah sepanjang 5 tahun saya berada di sini.
tetapi tidak lah secara menyeluruh. saya hanya berkongsi akan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang saya berada di Makkah. pastinya tidak keseluruhan... saya simpan sedikit sebagai bahan cerita untuk buku ke dua nanti... :)

Buku terbitan Humaira Production ini merupakan bacaan santai yang ringan semestinya tidak memberatkan pembaca. gaya bahasa yang saya digunakan juga sangat mudah difahami. namun saya jauh dari yang terbaik. masih dalam peringkat belajar. memandangkan buku ini adalah penulisan sulung saya dalam bentuk naskah, saya memohon maaf kerana pasti di dalam nya terdapat banyak kelemahan yang akan saya perbaiki dari semasa ke semasa.

sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini pasti mempunyai gambaran serba sedikit akan cerita-cerita yang terdapat di dalam buku ini! namun, pengolahan dengan lebih terperinci saya lakukan supaya jalan cerita menjadi lebih menarik. sememangnya peristiwa-peristiwa pahit, masam, masin dan manis masih segar di dalam ingatan walaupun sudah hampir 5 tahun ianya berlalu





Buku boleh di dapati di Popular, MPH seluruh semenanjung Malaysia atau di kedai-kedai buku seperti Badan Cemerlang bookstore, Syarikat Muda Osman (SMO) dan Hasani Bookstore.

Untuk pembelian online boleh layari,

melalui facebook page Humaira Bookstore  atau 

instagram Humaira Publication.. 


Jika anda sudah membeli dan membaca, jangan lupa share review dengan saya di facebook saya Masnira Ramli  atau di instagram Rushmiera

sebarang review anda boleh menggunakan hashtag #embarakasangdiselimutioasis 

segala sokongan serta kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih... sayang semua..!