Tuesday, November 27, 2012

Malam selasa..

Aktiviti semalam.. Mula2 makan indonesian foods di restoran damanhuri. Kemudian, ke masjidilharam.. Spend time di rumah Allah sampai tengah malam.. Selepas tu si comel rania nak makan aiskrim pula.. Alhamdulillah.. Terima kasih atas limpahan rezekiMu ya Allah.. Jauhi kami dari sifat sombong, riak dan takbur.. Amin3..















Wednesday, November 21, 2012

mereka sudah pulanggg....

assalamualaikum...

sudah agak lama saya tidak ke masjidilharam.. atas sebab2 tertentu.. :) especially sebab kesihatan... malam tadi, atas kerinduan yang teramat sangat saya kuatkan diri untuk ke sana... wow. terkejut. jalan dah lengang.. eh, betulke ni. skrg baru pukul 8 malam. tapi, jalan ke masjidilharam dah lengang sangat.. perasaan bercampur. gembira sebab berpeluang spent time kat masjid time orang tak ramai macam ni adalah satu peluang yang saya rindu sangat! beratur untuk mengucup hajarulaswad, tawaf hanya 15 minit! buat umrah dalam keadaan yang sunyi... iktikaf di masjid sehingga lewat malam... dannnn... makan2 di dataran masjid sambil tunggu waktu solat... kadang2 shopping kat shopping mall depan masjid ataupun duduk di starbucks, kemudian masuk waktu solat masuk dalam masjid semula! terasa masa yang ada terisi dan gembira.. :) 

namun, disebalik kegembiraan dan keterujaan dengan suasana masjidilharam yang lengang... terasa juga seperti merindui kemeriahan ketika bulan haji.. seperti melihat orang yang memenuhi setiap ruang masjid.. yang tawaf dengan pelbagai gaya.. dengan uniform yang pelbagai.. bermacam ragam... rindu... kini rumah ALLAH lengang... suasana sekeliling turut lengang... di food court juga sudah sunyi... kerusi lagi banyak dari orang yang datang makan.. tak perlu main rebut2 kerusi lagi. hehe.. ternampak kelibat ramai orang tempatan yang datang.. yang wanita memakai fully black dan yang lelaki fully white! kedai2 pun tutup awal..! yaaa..... mereka sudah pulanggg... tetamu ALLAH semua sudah pulang.. semoga mereka semua pulang dengan haji yang mabrur.. amin3.......... kadangkala saya juga turut tersentuh melihat jemaah haji yang menangis semasa tawaf wida'. saya pasti mereka berdoa supaya dapat datang lagi............... kabulkan semua doa2 itu ya ALLAH..... 






jemaah haji dr china selepas tawaf wida' akan jalan secara mengundur sehingga hilang kaabah dr pandangan..... 

view dari food court abraj mall... suasana lengang di dataran jam 9 malam... 


Saturday, November 17, 2012

26 tahun!

alhamdulillah3x syukur yang tidak terhingga kerana pada hari ini 17 november 2012 umur saya telah beranjak ke 26 tahun.....! :)

bertambahnya umur bermakna meningkatnya peluang untuk mangabdikan diri pada pencipta, menghargai hidup sempurna yang dianugerahi, mengsyukuri nikmat2 dan peluang2 yang dinikmati di samping berjuang untuk menyenangi hati2 orang lain terutama orang2 sekeliling yang begitu menghargai diri ini. 26 tahun saya menghirup udara di muka bumi ini, ya ALLAH sudah 26 tahun! apa pencapaian saya sepanjang 26 tahun menjadi hamba ALLAH? alhamdulillah walau banyak yang masih tidak tercapai, namun ALLAH menggantikan dengan sebuah kehidupan yang indah. walau banyak kepahitan yang ditelan, ALLAH menghadiahkan kemanisan yang terlalu indah sehingga mampu menutup semua kepahitan tersebut. ALLAH sungguh baik.. terima kasih ya ALLAH.. :)

last night mr.dada bawa saya n rania dinner di Cornish, jeddah... terima kasih mr.dada! lately, cuaca sungguh nyaman... tak sabar nak bbq... cuaca macam ni memang best kalau dapat dinner outdoor. n bukan semua tempat especially dalam makkah yang boleh makan bercampur lelaki&wanita macam ni.. so, kami ke jeddah.... alhamdulillah...


me n mr.dada.... why so serius dear? 

birthday girl... dah habis makan baru ingat nak snap2.. sbb makanan lmbat smpai.. tersangatlah lapar... dapat je terus ngappp! dah habis baru teringat nak bergambar. hehe... 


ni gambar mr.dada tengah pilih hadiah untuk saya... waoahhh...thanks hubby! sangat suka dengan hadiah itu... :)

ini princess yang belum betul2 recover dr sakit... dah kurus sangat. tp tetap juga cheeky! :)

akhir kata, terima kasih pada semua yang beri ucapan ulangtahun untuk saya... baik di facebook, email, twitter, whatsapp dan juga yang hantar message secara personal. saya sangat hargai... salam sayang... semoga kita berjumpa lagi....! 



Monday, November 12, 2012

suamiku..



Dialah suamiku...,
walau sukar mengukir senyuman untuk orang lain,
dia masih tersenyum untukku.
suamiku,
yang berjaya membimbing dengan kesabarannya, dengan katabahannya.
suamiku,
yang tetap juga dia disitu 
walau yang menghina aku.
isterimu tidak menghargaimu!
isterimu pendosa!
isterimu tidak menutup aurat!
tidak malukah kamu?
tetapi....
dia masih mampu tersenyum
dia berkata, hidayah itu ditangan ALLAH..
hanya DIA yang mampu menghadiahi isteriku dengan hidayah.
bukan dari kamu.
itulah dia suamiku!
dalam doanya aku pasti tidak pernah lelah mendoakanku..
supaya aku dapat merasai hidayah ALLAH itu...
tidak pernah mengenal erti putus asa.. 
malah dia menyokong setiap tindak tanduk.
tetapi beralas dengan doa.
dalam usaha dia tawakal..
suamiku..,
hari ini meninggalkan semua benda hanya kerana aku.
walau tidak terucap aku tahu & hargai kasih dan pengobanan itu.
kau masih terus tetap jua disitu
dalam tidak sedar kau memberikanku kekuatan itu.
ya, aku tahu kamu juga lelah 
aku mengerti jasadmu lemah
namun semangatmu kuat!
bertahanlah, tetaplah kau disitu..
tanpa kamu, aku juga turut gundah.
tiada kata.
hanya ini. 
nukilan aku untukmu.
aku ingin kau tabah.
bertabahlah.
Tuhan itu selalu bersamamu.
kerana kau suami soleh.
kerana kau dianugerahi ALLAH isteri penuh kekurangan.
kerana aku yakin ALLAH tahu mengapa aku. 
jangan pernah kau tewas.
kerana masih banyak yang aku perlu darimu! 
aku yang hari ini hanya untukmu.
redhakan aku.




Saturday, November 10, 2012

demam.

assalamualaikum....

lama saya tak update blog. cerita perjalanan haji saya juga tergendala. sebabnya? busy menjaga diri sendiri, si kecil rania dan mr.dada yang demam secara bergilir2 macam pass baton. :) bermula lepas haji saya dan mr.dada je yang demam. rania ok. kemudian rania. teruk juga. mujur bonda & dada dah baik demam masa rania demam. lepas bawa ke hospital. alhamdulillah rania dah pulih sepenuhnya. berat badan rania susut sgt. sekarang tgh dalam proses menaikkan semula. 

yang paling tak best, weekend ni mr.dada pula tak sihat. alkisahnya, minggu ni dah plan nak pergi bercuti. dekat2 sini je. di kawasan pantai. obhur. tetapi, rabu yang lepas mr.dada balik office dengan keadaan yang tidak sihat. berlanjutan hingga hari khamis dan jumaat. hari jumaat sakit telinga pula. maka memang cancel la plan nak bercuti. nasib baik belum book hotel. bila mr.dada sakit, saya rasa memang useless sangat! nak tolong bawa ke hospital pun tak boleh nak drive. so, kena tunggu mr.dada agak stabil untuk drive baru boleh ke hospital. di hospital pun semua urusan kebanyakkan dilakukan oleh orang lelaki. itu belum masuk masalah komunikasi. saya temankan mr.dada ke hospital. apa yang boleh saya buat hanya memastikan beliau ok ketika driving then tunggu dan tengok. huhu. sedih pula rasa hati. doakan kesihatan kami sekeluarga kembali pulih ya. nanti saya update kronologi haji yang tetangguh tu. buat masa ni mood belum betul2 pulih. 


Saturday, November 3, 2012

kronologi haji 2012 hari kedua (mina)

assalamualaikum pembaca sekalian... semoga dalam lindungan ALLAH swt selalu...

hari kedua haji, kami baru pergi melontar di jamrat (mina). semalamnya di hari pertama haji, kami bertahalul awal selepas tawaf ifadhah dan saie.. jadi di hari kedua haji kami perlu melontar sebelum masuk waktu maghrib. bukan senang. :) bila dah dapat tidur dengan badan yang kepenatan setelah berhempas pulas di hari pertama, kami perlu memaksa diri untuk bangun seawal jam 10 pagi supaya dapat bersiap2 untuk melontar. kami perlu keluar dari rumah selepas waktu zohor supaya kami sempat melontar sebelum waktu maghrib. alhamdulillah, mr dada yang bangun dulu menyiapkan makanan untuk saya dan rania. (bertuah punya isteri.) :p credit tu mr.dada sebab buatkan kami nasi+ayam goreng yang sedap sebelum melontar hari tersebut! sempat saya berseloroh. "eh, hari ni hari raya kan? kita makan ayam goreng dengan nasi je?" hehe... alhamdulillah rania agak senang juga bangun setelah dikejutkan. selalunya kalau tak cukup tidur memang liat nak bangun. :) dan bersyukur kami masih berpeluang balik dan tidur di tempat yang selesa berbanding jemaah haji lain yang mungkin kurang bernasib baik mungkin tidur di khemah yang tidak selesa. ada juga yang tidak berkhemah tidur ditepi2 jalan raya atau di mana sahaja yang ada ruang!

kami bertolak dari rumah ke Mina lebih kurang pukul 2 petang. seperti dijangkakan jalan jam teruk! terlalu sukar untuk mendapatkan parking. rasanya 2 jam setengah juga kami terperangkap dalam jam. setelah parking kereta, kami menyempurnakan solat asar di masjid berdekatan sebelum memulakan perjalanan ke mina. masih perlu berjalan lebih kurang 2km untuk sampai ke tempt melontar. itu pun dah bersyukur sangat kerana tidak perlu berjalan lebih jauh dari itu.

berjalan dengan melihat bermacam2 panorama dikawasan mina memang membuatkan perjalanan terasa sekejap. permandangan diwaktu haji memang tersangat istimewa. kawasan mina yang berada di dalam aziziah itu sebenarnya tempat yang hampir setiap hari kami lalu. tetapi, musim haji menyebabkan kawasan itu berubah kepada tempat yang saya sendiri kadangkala terasa seperti berada di sebuah tempat asing. susah untuk dijelaskan. hanya yang pernah merasai pengalaman haji itu akan memahami. kita akan melihat ragam & kerenah manusia. walaupun kita semua ketika membuat haji adalah sama di sisi ALLAH! tidak ada pangkat dan darjat yang dapat membezakan kita. namun, di Mina kita akan dapat melihat orang2 yang berpangkat akan tinggal di tempat yang selesa.. khemah yang besar disempurnakan dengan aircond. khemah pula sangat dekat dengan tempat melontar. tetamu2 di raja pula tinggal di dalam istana di atas bukit kawasan Mina. pakej yang sederhana jauh sedikit. berjalan lagi jauh. dan kurang kemudahan di dalam khemah. pakej yang lagi murah, lagiiiiiiiiii jauh perlu berjalan. kami yang tiada pakej ni?? faham2 sendiri la. hehe... ;) tetapi itu semua bukan penghalang untuk mengerjakan ibadah dengan sempurna kerana hak2 haji mabrur itu di tangan ALLAH swt. yang penting tawakal dan redha. pada pendapat saya, perjalanan dari parking kereta ke jamrat adalah sebuah perjalanan singkat yang menginsafkan.............................

cukup dengan penjelasan di atas, saya akan leraikan big question mark di minda anda dengan gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan saya melontar dan mabit di mina nanti ya. :) alhamdulillah kami sempat melontar sebelum masuk waktu maghrib. seingat saya selepas habis je melontar masuk waktu maghrib! kemudian kami mencari2 tempat untuk mabit sehingga setengah malam. bab nak cari tempat untuk mabit ni pun challenging juga. bukan semua tempat jemaah haji macam kami ni boleh duduk. silap parking kena halau dengan polis. itu belum masuk bab menggangu laluan untuk jemaah haji yang lain pergi melontar. tidak lama kemudian kami mendapat tempat yang agak selesa.. dengan bantuan ustaz rashid dan 2 lagi rakannya. tidak lama kemudian datang pula keluarga haji arshad. agak meriah 'port' kami dengan kehadiran mereka. :) sejak tahun lepas, mabit memang memberikan pengalaman yang manis. terutama kanak2... picnic muslim tahunan!


sepanjang laluan kami untuk ke jamrat..








kadangkala terasa seperti berjalan di atas sampah!


selepas melontar terjumpa pak cik ni yang terbaring di laluan orang ramai. mungkin tidak sihat.. 



mabit di atas bukit.. 


jamrat..

port 'picnic beramai2 kami..'




ustaz rashid..

bercukur selepas melontar..




haji arshad baru sampai..


princess kepenatan ni baru bangun tido. kena paksa makan..






menggengdong anak..

mabit berdekatan dengan org2 arab ni. tidak pasti dari mana... 

tidak jauh dengan al-baik. mabit sambil makan al baik itu heaven!. :)

solat..

sekian dari saya... to be continue...

salam sayang,