Friday, May 27, 2016

Resepi Nasi Kabsah.

Assalamualaikum.. 

Masih ingatkah anda akan entry saya tentang orang lama Makkah? boleh juga baca tentang cerita itu di sini.. Sudah mengenali Pn. Hajjah Sharifah, kami mengambil peluang ini untuk menambah ilmu dan meminta Pn.Sharifah mengajar kami memasak beberapa makanan arab.. alhamdulillah beliau sudi untuk berkongsi resepi dengan kami dan juga turut sama2 buat demo masakan supaya lebih jelas dan faham. lebih istimewa apabila menu2 yang diajar beliau adalah dari hasil gubahan resepi dari beliau sendiri berkat dari pengalaman beliau selama lebih 20 tahun menetap di Makkah al Mukarramah.. 

Jadi untuk entry ini, saya panjangkan ilmu yang sudah diturunkan kepada saya dan beberapa rakan yang lain. Ianya adalah nasi arab yang bernama Nasi Kabsah. bukan kak besah tau.. tapi Kabsah. :-P 

saya bagi resepi secara bergambar ya.. supaya jelas dan terang.. kalau tak faham boleh tanya dalam ruangan komen di bawah.. :) 


1. beras yang digunakan mestikan beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani. kalau di Makkah senang nak dapat. biasanya akan tulis 'mazza rice' ataupun parboiled rice. beras jenis ini lebih keras dan kuat! kalau masak akan cantik tidak akan pecah2 dan hancur.. barulah cantik paras rupa nasi kita tu.. dari mata turun ke hati.. bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan.. 



2. kena ada rempah kabsah ni. kalau tidak ada kata Pn.Sharipah, boleh guna jintan putih, ketumbar dan lada hitam. kisar semua menjadi serbuk. ataupun beli yang dah siap dalam bentuk serbuk tu.  


3. ghee ataupun minyak sapi! baru lah arab baunya... 


4. tomato puri.. sukatan kena agak2 sendiri lah ye.. kami masak 20cups beras dan gunakan 3 kotak kecil tomato puri ini. 



5. lobak yang telah diparut.. beserta bahan lain disitu, tomato perlu diblender, beberapa bahan lain yang perlu digunakan dan tiada dalam gambar adalah, ayam, kiub pati ayam, bawang besar, bawang putih, bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga, serta lengkuas dan sedikit daun limau purut, serbuk lada hitam, serbuk jintan putih dan juga serbuk ketumbar.. 


6. sementara itu, basuh ayam dan juga beras.. beras perlu direndam selama lebih kurang 20 minit. ayam pula lebih elok kalau dibuangkan kulitnya.. sukatan air untuk beras mengikut jumlah cawan yang kita gunakan. kami masak 20 cawan beras dan sukatan air adalah 21 cawan. 



 jom kita mula memasak..! panaskan periuk besar pastikan menepati ruang untuk masukkan ayam dan beras nanti supaya nasi masak sempurna.. masukkan minyak sapi dan juga sedikit minyak masak. 



tunggu sehingga agak panas... 


kemudian masukkn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan juga cengkih. 



bila dah wangi baunya... bolehlah masukkn bawang putih.. kacau sebentar...


masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.. bawang bg banyak.. baru sedap.. 


bila bawang dah bertukar kepada golden brown color, masukkan tomato puri.. 


diikuti dengan tomato yang kita blender tadi.. kalau boleh blender kering tanpa air ya.. 


masukkan pula rempah kabsah.. dan kacau sebati.. 


 diikuti dengan serbuk jintan putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar.. 


kacau sebati dan masukkn ayam.. 

bagi chance ayam berkenalan each other di dalam periuk.. kacau2 sikit supaya mereka mesraaaa... dan kemudian masukkan kiub pati ayam! dah bau semerbak masa ni.. 


apabila ayam dah agak mesra dengan bahan2 yang lain masukkan air. pastikan air tersebut adalah air dalam sukatan beras tadi ya.. 


boleh lah masukkan semua air tersebut dan biarkan ayam masak dalam 25 hingga 30 minit.. ikut kadar kepanasan dapur masing2.. tutup periuk. bagi mereka privacy untuk berkenalan dengan lebih mesra lagi.. 


kemudian boleh lah masukkan beras.. kacau2 supaya sebati dan semakin mesraaa bersama.. 



bila nasi dan separa kering, boleh masukkn lobak yang diparut tadi bersama-sama lengkuas yang dipotong kasar dan juga daun limau purut.. kacau rata..

jangan lupa perlahankan api, tutup periuk supaya nasi masak sempurna..lebih kurang 20 minit.. sesekali kacau supaya tidak hangit dibahagian bawah.. dan.. tengok tu.. nasi sudah masak sempurna.. yummy.. boleh lah dihidangkan... 


sebelum itu, jangan lupa hidangan sampingan yang selalu dimakan bersama nasi kabsah iaitu, salad dan sambal tomatonya.. 

ni cara-cara nak buat sambal.. 
potong lada besar bewarna hijau, tomato dan daun ketumbar.. masukkan dalam dry blender, perahkan lemon atau limau nipis, dan perasakan dengan garam.. kemudian blender sehingga hancur dan sebati semua bahan. siap untuk di hidang! 



untuk salad pula.. potong dadu lobak, tomato dan timun.. daun ketumbar hiris nipis.. gaulkan dengan garam dan olive oil.. 

inilah hasilnya... makan dengan ulam jarjil juga.. sedapnya hingga makan bertambah-tambah tanpa sedar.. 

the abang haji pun makan tak pandang kiri kanan dah u olls... berbaloi kami masak dari zohor sehingga ke maghrib! penat hilang lepas semua tersedia dan enak rasanya... 

wajah-wajah riang selepas berhempas pulas di dapur..! sifu kami Pn.Sharifah yang berada di kedudukan 3 dari kiri yang memakai tudung warna cream itu.. terima kasih kak pah atas tunjuk ajar dan kesabaran mengajar anak2 murid yang nakal ni.. next class sila bawa rotan siap2. :p 



belum habis lagi tauuu... nanti saya sambung resepi sambusak dan air 'special' yang ada dalam gambar tu ok.. 




si tukang makan,

4 comments:

  1. terima kasih ...perkongsian yang sangat bermanafaat. InsyaAllah saya akan cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, terima kasih penerangan yang jelas, saya dpt rasakan betapa enaknya nasi kabsah ni:)

    ReplyDelete
  3. Nak belajar depan2 011-32324646

    ReplyDelete