Tuesday, April 22, 2014

cerita mimpi saya..

salam semua...

semoga sihat disamping keluarga tercinta, atau teman2 tersayang atau hanya ditemani malaikat... hehe

hari ni saya nak cerita tentang kisah mimpi saya... kita semua pernah atau selalu bermimpi bukan? ada macam2 jenis mimpi.. ada yang sedih, yang gembira..tidak kurang juga yang pelik2... kadang2 kita tak boleh ingat perjalanan cerita dalam mimpi tersebut sehingga ianya benar2 berlaku! dan mimpi tersebut sudahpun berlaku pada saya. sebenarnya sebelum ini saya kurang percaya pada mimpi. walaupun ada jenis mimpi yang benar dan boleh dipercayai.. tetapi saya selalu menganggap mimpi saya adalah permainan tidur yang biasa... sebab saya bukanlah hamba ALLAH yang alim ulamak yang layak dihadiahi mimpi yang boleh memberi makna atau hint2 tertentu untuk kehidupan. saya sedar hamba ALLAH yang jahil serta banyak dosa ini tidak mungkin diberi sebarang cerita benar melalui mimpi. kalaupun hanya mendapat mimpi2 buruk supaya diberi keinsafan dalam diri ini saya sudah cukup bersyukur! 

cerita ini sudah berlaku hampir 4 tahun yang lepas.. ketika itu saya masih tinggal di oman dan datang ke makkah dan madinah untuk menunaikan ibadah umrah & ziarah. ketika itu rania usianya baru menganjak setahun bermakna pada tahun 2010 saya sudah datang ke makkah buat pertama kalinya. semasa itu tidak terlintas difikiran pun akan dapat tinggal di sini. macam yang saya pernah ceritakan pada entry yang lepas... saya pun tak sangka betul2 genap setahun selepas kedatangan saya ke makkah untuk mengerjakan umrah, saya dapat jejakkan kaki lagi ke bumi barakah ini tetapi sebagai seorang yang terus tinggal di sini. mashaallah alhamdulillah... 

jadi, ketika saya mengerjakan umrah tersebut, saya bermimpi dapat solat bersama2 2 orang wanita pada suatu masa dan tempat yang berlainan di masjidilharam... orang pertama yang saya mimpi itu adalah kak intan. sahabat akrab saya di muscat, oman ketika itu. dan orang kedua adalah kakak saya... the only 1 kakak kandung yang saya ada didunia ini. saya mimpi kami bersama2 solat bersebelahan tidak pasti di kawasan mana tetapi yang jelas, di makkah dan di masjidlharam! saya tersedar akan bunyi azan subuh yang pertama. ketika itu saya tinggal di hotel dalam zam2 tower yang ada speaker terus dari masjidlharam. jadi setiap azan kedengaran jelas dalam bilik. saya terjaga dan bersiap2 untuk ke masjid..... sambil2 itu masih memikirkan... dan tersenyum sendiri... mainan tidur betul! desis hati saya. entah bila lagi aku dapat peluang untuk kesini bersama2 kak intan... dan kemudian bersama2 along! masa tu saya betul2 tidak sangka yang mimpi tersebut akan dan telah pun menjadi kenyataan.. 

dan trust me.... kedua2 mereka telah datang kesini 2 tahun lepas... mula2 kak intan datang bersama-sama anak2nya dan beberapa bulan kemudian kakak saya datang bersama suami dan anaknya... ;') allahuakhbar dan gambaran dalam mimpi tersebut benar2 jelas! pertama, saya sudah pun solat bersama2 kak intan di perkarangan dataran masjidlharam seperti dlm mimpi tersebut. dan solat bersama2 kakak saya (along) di dalam masjid. semasa along di sini kami banyak juga spend time di masjidilharam. pada suatu hari tu, kami berjalan bersama2 menuju kedalam masjid. ketika itu saya memimpin tangan rania dan along menolak stroller waseem. dan baru saya betul2 jelas akan mimpi tersebut sebab masa saya bermimpi along belum pun ada anak! situasi dan suasana betul2 sama dalam mimpi saya ketika itu.. kami berjalan bersama2 menuju ke masjid.. malah mood kami ketika itu juga saya masih dapat rasakan sehingga kini. hinggakan setelah bermimpi saya boleh ingat dan tersenyum sendiri.. oh ALLAH... sungguh indah perjalanan hidup yang telah Kau aturkan... memberi yang terbaik akan manusia yang terlalu banyak dosa... 

sungguh cerita mimpi itu dapat menukar pepsepsi saya terhadap mimpi.. bahawa ALLAH boleh menghadiahi kita kisah kehidupan kita yang akan datang pada sesiapa sahaja.. walau bagaimanapun masa silam kita. sungguh ALLAH itu maha mengasihi... saya tidaklah terlalu taksub mempercayai mimpi... tetapi ALLAH itu maha mengetahui.. dan Dia lah sebaik2 baik pengatur kehidupan hamba-hambaNya... seringkali along kata, mana mungkin along dapat datang umrah sekrang... mana mampu... gaji pun tak seberapa. tiba2 dia dan keluarga disponsor oleh seseorang untuk datang! mashaALLAH.... siapa kita untuk meneka kehidupan kita yang akan datang... siapa kita untuk menghakimi kehidupan orang lain... rezeki yang ALLAH berikan tidak kira siapa dan masa... just keep on praying dan percaya akan rezeki masing2... :) 




along with her husband and son. masa ni waseem berumur 4 bulan... 

sebenarnya ini juga merupakan pertemuan pertama saya dengan waseem.. selepas along melahirkan waseem saya belum sempat balik malaysia untuk berjumpa. siapa sangka kan waseem... ALLAH nak temukan kita di makkah rupanya.... supaya waseem tak lupakan bonda.. hehe..




gambar rania bersama diana.. anak kak intan... gambar saya bersama2 kak intan xjumpa! sorryyyyy... :) 

Itu sahaja kisah2 mimpi saya... ada lagi satu mimpi yang agak pelik. tetapi saya tidak berani untuk meceritakan sebab risau sekiranya ianya hanya mainan tidur. semoga kita semua dilindungi ALLAH selalu... salam... :)) 

Friday, April 18, 2014

Aktiviti kami (cycling) bersama 'Geng Basikal Makkah.'

Assalamualaikum....

apa khabar semua?

Sebenarnya dah lama saya ingin berkongsi dengan lebih detail beberapa aktiviti kami di sini. selain daripada aktiviti kami dengan pencipta, ada beberapa aktiviti lain yang kami lakukan untuk mengisi masa-masa yang ada walaupun kadang-kadang tidak terlalu ada. ;) kami adalah merujuk kepada beberapa malaysian family yang tinggal disini. kalau di Malaysia aktiviti hujung minggu kebiasaannya bersama keluarga. tetapi kami disini kawan2 seperjuangan itulah keluarga kami. tempat mengadu, tempat bergelak ketawa dan juga tempat berkongsi aktiviti dan cerita. ada beberapa aktiviti kami terutama pada hujung minggu yang saya akan kongsikan sedikit demi sedikit..

ok, aktiviti yang pertama..tu.. seperti yang tertera pada tajuk di atas.. sound fun huh? sebenarnya mr.dada dan 3 orang lagi sahabatnya dah hampir 5 bulan tubuhkan 'Gang Basikal Makkah' ni. tujuan utama adalah untuk mendapat kehidupan yang lebih sihat dan merapatkan lagi tali persaudaraan! eh bukan. sebenarnya objektif utama mereka adalah untuk menguruskan badan! haha... setakat ini hanya 4 orang yang berkecimpung secara serius. bermula dengan amzy yang cycling secara serius seterusnya mr.dada. tidak lama kemudian azam dan abdillah juga turut serta. jadi aktiviti setiap jumaat pagi selepas subuh adalah berbasikal. alhamdulillah kalau mengikut record yang mr.dada cipta perjalanan paling jauh adalah 60km. phew. lap peluh. ok la tu kann... ^_^

ni contoh route mr.dada untuk hari ini. 
jadi setiap minggu perjalanan berbasikal geng basikal makkah disekitar mudzalifah, mina & arafah seperti dalam map di atas. keadaan traffic di kawasan ini agak sunyi pada jumaat pagi serta keadaan jalan yang besar memudahkan mereka cycling. alhamdulillah... 

ya, aktiviti ini sangat sihat dan menyihatkan, malangnya kami kaum wanita tidak boleh turut serta atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan seperti faktor pakaian (tidak pasti macammana keadaanya ber'abaya' sambil berbasikal. :p) dan faktor2 yang lain... jadi, sekadar menyokong suami pun dah ok kan? jadilah.... hehe... 




selalunya kalau mr.dada cycling saya dan anak2 tak ikut. tetapi hari ini, kami ikut dan breakfast di mudzalifah. kami ikut sebab ada yang menarik menanti anak2! nak tau tak apa dia? jom kita tengok gambar kat bawah ni...

kami tiba di mudzalifah seawal jam 6.30 pagi. 

sedang bersiap sedia. lagi 2 orang ahli group belum sampai.. 

yeah. inilah yang menarik kanak2 ini untuk turut serta! uncle amzy beli bike child trailer... mmg fun tengok rania, akmal & rasyad naik 'beca' ni.. hehe.. 


bersiap sedia untuk memulakan perjalanan hari ini. 



ride with style.. 

ok... saya dan kak sofi je yang join pagi ni. inshaallah minggu depan hopefully yg lain akan turut serta. 

lapar dan haus lepas ride! cuaca pun sudah mula panas... 

rasyad pula gantikan kakak... enjoy! 





me & kak sofi jaga gerai makanan.. hehe... 

Add caption



naufal. 


seronoknya budak bertiga ni... walaupun berpeluh2... 

seronoknya tengok happy faces nih! ^_^ terima kasih uncle amzy bagi rania dan rasyad tumpang beca for free! haha... 

akhir sekali..., terimalah.... 

~

~

~

~

~

~

~

~


~


~


~






~



~










GANG BASIKAL MAKKAH! 
tagline: sihat, macho & kurus! LOL. 
Hj. Abdillah, Hj.Mohd Rus (paling comel) haha, Hj Nurazam, dan the kapten Hj.Amzy. 





salam mesraaaa...., 

Wednesday, April 16, 2014

Madinah yang tenang. kami rindu.


Tajuk entry sudah pun memberitahu intipati cerita saya pada entry kali ini. sebelum itu... hai pembaca blog sekalian.. assalamualaikum! :)

minggu lepas kami ke madinah. percaya tak ini adalah 1st trip rasyad ke madinah. ye, kasihan rasyad dah 10 bulan umurnya baru kami dapat peluang bawa ziarah kota penuh ketenangan itu. kalau sesiapa yang mengikuti facebook saya mungkin sudah nampak gambar2 yang bakal saya kongsikan.. gambar2 kenangan pertama rasyad di madinah..

kami bertolak khamis pagi. tak lah pagi sgt mcm dlm perancangan awal.. hehe.. biasalah macam2 perlu dibuat dipagi hari.. dapat pulak yang tukang uruskan sangatlah tak terurus. suka buat kerja last minutes. lepas tu kelam kabut! saya lah tu. haha..

macam biasa madinah tidak pernah mengecewakan kami. ianya selalu menjadi kenangan percutian yang indah. bezanya kali ini kami minta pertolongan seorang student madinah untuk booked kan hotel tak walk in macam selalu. dan juga kali ini kami sempat ziarah rashid mall. sebelum ni tak pernah terlintas nak pergi ke mana2 shopping mall di madinah. kami lebih suka habiskan masa di masjid nabawi dan kawasan sekitar sahaja. tetapi kali ini saya berjanji dengan kak nour (sahabat saya di madinah) untuk bertemu dan kami membuat keputusan untuk dinner di rashid mall. itulah sebabnya saya ke situ. alhamdulillah seronok setelah lama tidak bertemu! rania pun seronok sangat dapat jumpa kakak khadijah. walaupun malam tersebut hujan di madinah. bermula asar sampaikan ke subuh esoknya. hujan masih renyai2. kota madinah jadi sejukkkkkk...! alhamdulillah nasib baik juga saya terfikir untuk bawa sweater dan jacket anak2 di musim panas. :)

kami pulang hari sabtu. lewat juga dari plan asal. hehe... sempat singgah late lunch di jeddah dan akhirnya sampai rumah sebelum waktu maghrib tamat. maksudnya sempat solat maghrib di rumah. alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. rasyad pun sangat2lah behave dalam kereta. jom layan gambar & video.




baru tiba di kota madinah... rasyad menikmati keindahan 'free car seat' 

rania sangat2 suka madinah. kadang2 dia kata boleh tak kalau kita pindah tinggal kat madinah pulak. ni gambar selepas solat asar. 

gambar rasyad dengan wajah berkerut sebab kena bangun awal pagi untuk solat subuh. 

rania sentiasa ceria. alhamdulillah... :)

gambar ni anak2 bersama mr.dada semasa saya sedang berjuang untuk masuk ke dalam raudah. mr. dada sempat bawa anak2 pergi ziarah makam baginda rasulullah. kemudian sambil menunggu saya.. sempat iktikaf di masjid. ni lah kerja budak berdua ni semasa iktikaf. hehe

pulang dari solat asar jumaat. jalan2 sambil minum coffee.. 

rasyad dah moody petang tersebut. dia diam tanpa bagi apa2 respons pada sesiapapun. haha... penat travelling mungkin... dan waktu tidur terganggu. 

malam tersebut kami meredah hujan naik terksi untuk ke al rashid mall... alhamdulillah berbaloi.. dapat dinner dengan kak nour and famliy.. ni gambar dlm shopping mall tersebut. cantik kan? 

kanak2 ribena menunggu makanan... 

rania & kakak khadijah. 

gambar rania dengan plastik di kepala... haha... tiba2 hujan.. itu je yang ada untuk cover kepala... 

sebelum pulang seperti biasa kami singgah di masjid quba. ni gambar rasyad dlam masjid quba bersama dada... 

gambar kenangan sebelum pulang.... tengok kasut mr.dada... pakai sandal yang sgt sinonim dengan jemaah umrah itu. al kisahnya kasut mr.dada hilang dalam masjid nabawi... kasut di letakkan di rak kasut dan hilang! 

eh.. gambar tidak teratur. ni gambar say sempat curi2 ambil sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke dalam raudah. ya ALLAH... ramai dan berasak2 hinggakan saya fikir saya mungkin akan mati dipijak! alhamdulillah selamat... 
ala... saya cuba masukkan video tak boleh pula. saya cuba lain kali ok. saya suka melihat panorama indah dalam perjalanan dari makkah ke madinah. itulah videonya... ada sedikit panorama indah yang sempat saya record. saya cuba lagi nanti ya.. byeeeee...