assalamualaikum...
just a quick update. nak share gambar tentang lori yang di ubahsuai sebagai surau/masjid bergerak. cute kan? dah 2 kali saya terserempak dengan surau bergerak ni di jeddah. kali pertama masa pergi picnic di public beach. tidak ada masjid terdekat di situ (maksud terdekat adalah tidak boleh dengar azan daripada masjid) tetapi kalau pergi dengan menaiki kereta tidak jauh. 5 minit drive dah boleh jumpa masjid. :) sambung cerita. masa picnic tu tak tahu ada 'surau bergerak' ni. kata suami pada saya ambil wuduk guna mineral water then solat dalam khemah sahaja. tetapi tak lama kemudian datang lori ini azan dan bentangkan carpet untuk solat. air untuk wuduk juga disediakan. waaa.... saya sangat impress ok!
then last friday kami ke fakieh akuarium di jeddah (saya update kemudian k). bertolak selepas solat jumaat. sampai jeddah waktu asar dah masuk. sedang mr.dada cari2 masjid, ternampak surau bergerak ni kat park tepi jalan. mr.dada terus berhenti dan solat di park itu. keterujaan nampak surau bergerak tu buat mr.dada sanggup untuk solat dalam keadaan panas dan berpeluh2. hehe...
biasanya surau bergerak ini terdapat di public beach atau park atau mungkin di tepi highway. tak perlu susah2 cari masjid/surau. masjid/surau yang datang cari kita. kalau masih beralasan tidak mahu solat, tak tahu nak kategorikan dalam kategori apa lagi... -__-
| gambar yang sempat mr.dada tolong capture. di bahagian belakang lori ini tedapat paip untuk wuduk. |