Showing posts with label jemaah umrah.. Show all posts
Showing posts with label jemaah umrah.. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 3)


As salam! 


semangat lebih pagi ini alhamdulillah sebab penulisan ini menarik perhatian ramai orang terutama orang2 travel tersebut. ;) juga beberapa travel agensi lain yang mesej saya personally untuk membantu mendapatkan visa anak makcik Aziah. terima kasih... saya hargai akan keperihatinan anda. saya terpaksa menolak semua offer tersebut kerana pihak travel yang 'bertanggungjawab' telah memberikan kami offer yang menarik dan dalam budget yang telah kami tetapkan. setelah beberapa 'rundingan' yang dibuat terus oleh owner travel dan anak makcik, mereka bersetuju akan charge bayaran tiket penerbangan sahaja dan dijangkakan anak lelaki makcik akan sampai dalam waktu terdekat ini. paling cepat esok. inshaallah..  phew. syabas pihak travel atas keperihatinan anda! terima kasih juga atas doa2 pembaca semua... 

saya juga terbaca beberapa berita palsu yang disebarkan dengan menggunakan gambar2 yang saya ambil dan telah dikongsi dengan keluarga terdekat makcik. saya mohon jika anda mahu menolong, sila pastikan anda mendapat maklumat yang betul dan benar dari keluarga terdekat makcik dan juga saya sendiri. jangan sewenang-wenangnya memberikan maklumat yang salah dan mengelirukan orang ramai. buat pengetahuan semua makcik aziah tidak koma (unconscious), tidak nazak, dan masih mempunyai harapan untuk kembali sihat! keadaan kesihatan beliau memang merudum dari sehari ke sehari dan berada di dalam keadaan kritikal beberapa hari lepas... tetapi.... nak tengok tak keadaan makcik semalam? 


taaadaaa!~ 

iya... terkejut dan happy sangat saya melihat perkembangan makcik.. alhamdulillah.. saya dan sahabat tiba di hospital semalam.. terkejut melihat makcik sedang duduk dan menunggu kami. meehoon goreng yang saya bawa juga banyak makcik makan. seronok dan happy tengok. oh ya, terserempak juga dengan 2 orang wakil travel yang datang melawat makcik. terima kasih! makcik dah sihat sedikit tetapi kedatangan anak makcik perlu diteruskan ya.. sebab makcik masih memerlukan beliau di sini. kata nurse semalam, makcik belum boleh keluar dalam waktu terdekat ini, masih banyak rawatan yang makcik perlu jalani.. makcik boleh duduk tetapi masih memakai urin tiub dan bantuan pernafasan juga on dan off mengikut keadaan makcik. semasa gambar ni di ambil nurse stopkan sebentar untuk memberi peluang makcik makan dan berbual dengan selesa.. 


baiklah, setakat itu sahaja hari ini.. saya hanya mahu kongsi akan keadaan makcik.. kepada 'travel' yang terlibat.. segala yang saya share dalam blog ini adalah dari pengalaman yang saya lalui beberapa hari ini.. saya tidak mention di sini nama travel anda, harap anda muhasabah diri.. jangan muncul dengan mana2 identiti travel anda dalam ruangan komen. nanti kata saya pula yang reveal. sudah terhantuk baru terngadah.. dah terang lagi mahu bersuluh. :) jangan marah ya... segala apa yang berlaku akan dilupakan kalau rekod anda memang baik.. jangan lah risau sangat.. 





yang benar,

Tuesday, April 19, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 2)


As salam semua..


saya update cerita makcik aziah ya... terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada semua penderma terutama sahabat-sabahat saya di Makkah dan Jeddah yang banyak membantu dari segi keewangan dan juga moral support. tu yang penting sebenarnya.. tidak dilupakan kepada semua pembaca saya yang email/mesej saya meminta cara bagaimana untuk turut sama menyumbang. sebenarnya entry saya yang lepas bukan bertujuan untuk meminta sumbangan. tetapi lebih kepada ingin berkongsi cerita tentang apa yang berlaku kepada makcik Aziah. tetapi ramai yang mesej ingin turut sama membuat kebajikan... Mashaallah tabarakallah.. anda semua buat saya terharu. selepas 24 jam, jumlah derma alhamdulillah boleh membantu untuk bayaran ticket! 

tidak dilupakan kepada semua ahli group "kenangan Haji & Umrah" di facebook yang turut sama menyumbang dan juga mendoakan makcik Aziah.. semalam ada seseorang yang mesej saya personally bertanyakan perkembangan makcik Aziah dan juga progress urusan visa anak makcik Aziah untuk datang.. mungkin saya agak emosi bercerita tentang travel dan sponsor yang membawa makcik datang.. tetapi kata2 beliau yang sangat positif menyedarkan saya.. katanya  "lupakan sahaja sponsor itu, diluar sana masih ramai hamba ALLAH yang boleh membantu. ALLAH memberi peluang kepada orang lain untuk membuat kebajikan.." tepat sekali. ramai yang terlalu baik ingin membantu saya. ada juga beberapa Travel Agent lain yang turut sama mesej saya untuk membantu menyelesaikan masalah ini. tetapi yang 'membawa masalah' itu juga yang saya rungutkan. 

Baiklah, mari terus pandang ke hadapan.. bukan ke belakang lagi. mission saya sekarang adalah untuk membawa anak makcik Aziah ke Makkah! saya khabarkan kepada makcik bahawa visa anak beliau dalam proses semalam.. makcik nampak gembira dan tidak sabar. terus bertanya bila anaknya akan tiba.. saya minta beliau doakan supaya segalanya akan berjalan lancar... 

walaupun prosesnya tidaklah selancar seperti yang dibicarakan. saya dikhabarkan oleh anak makcik Aziah travel agent tersebut mengenakan bayaran sebanyak 5k untuk tiket dan visa. saya terkejut. ianya terlalu mahal. dan saya juga dimaklumkan bahawa owner travel berhubung terus dengan anak makcik.. alhamdulillah walaupun dia nak charge mahal juga.. tapi masih bersyukur sebab masih sudi untuk berhubung.. masih sudi untuk bertanyakan khabar .. sekurang-kurangnya dia masih ambil berat walaupun call berpuluh kali baru dia jawab. ;) kalau Tn.Hj membaca coretan saya ini.. saya mohon tuan haji kurangkan bayaran yang dikenakan ya.. saya mohon ihsan untuk keluarga makcik dan makcik Aziah yang tak sabar menunggu kehadiran anaknya.. saya ini memegang amanah dari penderma.. saya tidak boleh sewenangkan membayar dengan kos yang tidak munasabah.. 

bagi yang bertanyakan penyakit mak cik Aziah.., sebenarnya makcik memang dah sakit dari Malaysia.. makcik mengidap penyakit ' liver cirrhosis' yang kronik.. makcik terlalu ingin mengerjakan ibadah umrah walaupun keadaannya tidak sihat. anak2 terpaksa melepaskan dengan berat hati kerana pihak travel sudah berjanji kepada mereka akan sama-sama menjaga makcik di Makkah dan Madinah. mereka tidak mampu untuk sama-sama temankan makcik. merujuk pos saya sebelum ini, (part 1) makcik datang dengan di sponsor sebuah company bersama-sama ahli persatuan ibu2 tunggal. dalam hal ini, pihak travel juga menyalahkan makcik.. kata owner nya, sepatutnya makcik memberitahu mereka dan lengkapkan report kesihatan yang mengatakan makcik tidak layak untuk melakukan umrah atas masalah kesihatan. jemputan ALLAH sudah melambai.. saya yakin 'jemputan' itu melebihi segalanya... dan ia berjaya membawa makcik sehingga sudah benar2 berada di dalam tanah haram makkah sekarang. sebaik sahaja selepas umrah wajib, makcik sakit dan terus berada di hospital sehingga waktu ini... 

semalam saya dan beberapa orang sahabat sempat meluangkan masa untuk menziarahi makcik di hospital.. alhamdulillah keadaan makcik bertambah baik. walaupun masih tidak ada selera untuk makan, makcik boleh berbual dengan kami.. :) masih dengan bantuan alat pernafasan namun masih boleh berbicara dalam mengahnya.. progress yang baik.. cuma makcik kepenatan setelah seharian melalui prosedur hospital yang membawa makcik membuat xray dan endoscopy.. wakil travel juga ada sama menziarahi makcik... 

 terima kasih sekali lagi kepada semua yang turut mendoakan makcik Aziah.. semoga makcik terus kuat berjuang! amin.. saya kongsikan sedikit gambar bersama-sama makcik semalam.. 



sempat kami bersama-sama bacakan yasin untuk makcik.. inshaALLAH.. semoga beliau segera pulih.. amin.. 

bantu saya ya sahabat sekalian.., doakan anak makcik aziah dapat datang secepat mungkin.. dan juga kesembuhan untuk makcik.. mungkin doa2  diantara kita semua akan terus di angkat  dimakbulkanNya... Allahhumma aminn.. 




yang benar, :)

Monday, April 18, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 1)

Assalamualaikum.. 

Dalam minggu ini, saya berulang alik melawat makcik aziah yang terlantar di hospital king faisal. kisahnya makcik aziah datang mengerjakan umrah dan sakit selepas selesai umrah wajib. cerita makcik aziah ini amat2 terkesan di hati saya sehingga hampir setiap masa saya memikirkan bagaimana keadaan makcik di hospital tanpa keluarga terdekat menemani. iya, makcik aziah datang sendirian dengan ditaja oleh sebuah syarikat. kedatangan makcik aziah bersama-sama rombongan persatuan ibu-ibu tunggal. kesemuanya ditaja dan datang sendirian tanpa keluarga terdekat yang menemani. dengan faktor umur, rakan-rakan yang lain juga mempunyai masalah kesihatan mereka yang sendiri sehingga tidak memungkin kan mereka untuk menjaga makcik di hospital. 

kebetulan anak makcik aziah merupakan kenalan saya di kolej dahulu, walaupun tidak pernah bertegur siapa.. namun, keberadaan saya di makkah ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau mengetahui lebih detail keadaan ibunya. tidak banyak yang boleh saya lakukan.. melainkan dengan hanya pergi ziarah dan menolong sedikit sebanyak sekadar kemampuan saya. mujur, ada suami yang sangat memahami dan juga mendorong saya untuk terus membantu serta rakan-rakan Malaysian in Makkah/Jeddah yang lain yang tidak melepaskan peluang untuk berganding bahu meringankan beban makcik aziah. kedatangan kami setiap kali menziarahi makcik akan memberikan sedikit keceriaan kepadanya walaupun hanya seketika... 

pasti ramai yang bertanya kemana pergi travel agent yang bertanggungjawab membawa makcik aziah dan rombongannya ke sini? ya, mereka ada dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan 'baik' menurut pandangan mereka. kalau mengikut kertas dan peraturan apa yang dijalankan mereka sudah dan amat baik sekali mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi menyantuni jemaah umrah. lebih lagi kepada seseorang yang terlantar sakit seperti makcik aziah. mereka menghantar staff mereka (lelaki) untuk ziarah makcik setiap hari, sesekali mereka turut membawa beberapa sahabat makcik untuk turut serta menziarahi makcik. alhamdulillah.. kata mereka itu sudah lebih dari mencukupi dan sudah terlalu baik layanannya... syukur alhamdulillah sekurangnya mereka masih sudi bertanya khabar dan masih mahu sudi bertanggungjawab walaupun mungkin tiada ihsan ataupun budi bahasa sepanjang layanan itu. walaupun mungkin mereka terlepas cakap pada keluarga makcik dalam tutur kata yang tidak berhemah, atau mungkin terlepas cakap pada makcik sendiri yang jiwanya sedang terlalu sakit dan sensitif dalam keadaan beliau yang kesakitan tanpa kaum keluarga menemani. apatah lagi keadaan keluarga makcik yang pastinya sedang remuk dan gelisah kerana risau akan keadaan makcik. 

owner travel mengatakan bahawa saya tidak memahami apa yang sedang beliau lalui di sini.. dengan ragam jemaah yang pelbagai serta harus melayani setiap panggilan dan pertanyaan dari pihak keluarga pula. ditambah setiap kerja yang telah mereka lakukan untuk makcik diungkit satu persatu.. sudahlah.. kata saya... jangan diungkit jika tidak mahu membantu. kurang keikhlasannya... jangan dimarah jika tidak mahu sama membeban diri... kerana sangat jelas tergambar kurang ihsannya sesama manusia.. dan jangan sombong serta menongkah langit gaya bahasa yang ditutur kerana disitu jelas tergambar kelemahannya tanpa perlu ditunjuk! jika tidak mahu membantu jangan dihina.. cukup lah dengan perkataan maaf. walupun satu perkataan, sudah cukup menenangkan hati yang resah. 

saya menyeru kepada mana2 travel umrah.. niatkanlah sama untuk mengejar pahala akhirat bukan atas dasar peniagaan dan keuntungan semata-mata.. lebih lagi meyantuni jemaah umrah ini saya faham bukan mudah.. banyak kerenahnya.. banyak ragamnya..  tetapi perlu diingat banyak juga pahalanya jika niat yang betul. saya menyeru supaya lebih bersabar dan rendahkan hati.. ikhlaslah dalam setiap layanan yang diberi.. semoga kelak setiap apa yang dilakukan akan di balas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.. ini bukan kes pertama yang saya pernah berjumpa.. ada juga beberapa kes lain sebelum ini yang keadaanya lebih teruk!

malam ini... rombongan yang datang bersama-sama makcik aziah sudah berangkat pulang dan makcik berendam air mata kerana doktor tidak mengizinkan makcik ikut serta pulang. keadaan makcik semakin lemah dan kesihatan semakin merudum. semangatnya juga kurang memikirkan beliau masih terkandas di sini. saya menghubungi owner travel dan meminta 'ihsan' beliau untuk membawa seorang anak makcik datang... malangnya kata beliau, beliau tidak mahu bertangungjawab atas kedatangan anak makcik nanti. jika saya mahu anak makcik datang, maka saya perlu memikul seluruh tanggungjwab ke atasnya. istifar panjang saya.. niat untuk membantu di salah erti.. saya cuba berunding lagi.. cuba meminta 'ihsan' untuk menumpangkan anak makcik di mana2 hotel jemaah umrah beliau nanti. jawapannya hampa.. malah, saya dikatakan cuba mengajar beliau membuat kerja pula.. ye lah.. siapalah saya jika mahu dibanding dengan beliau yang sudah lebih berpengalaman dan serba tahu dalam pengurusan jemaah. owner travel pula... sayangnya sudah hilang rasa ihsan dan sebolehnya beliau tidak mahu mempunyai hubungkait terhadap waris makcik. saya meminta anak makcik menghubungi beliau dalam pengurusan visa juga tidak dilayan.. malah disuruh terus berhubung dengan pihak pengurusan tanpa melalui beliau. saya pasti visa juga akan dikenakan bayaran! 

maka saya rasa rundingan dengan manusia begini perlu diberhentikan dan saya perlu mencari jalan yang lain.. jadi, saya melancarkan derma kilat dikalangan rakan-rakan saya di sini untuk sama membantu dalam urusan membawa anak makcik aziah ke sini. terutama untuk pembayaran ticket penerbangan dan juga penginapan di sini nanti.. saya mohon pembaca blog saya untuk sama mendoakan agar urusan makcik aziah dipermudahkan.. terlebih dahulu semoga urusan visa anak makcik segera diselesaikan oleh travel tersebut dan beliau boleh segera datang untuk bersama-sama ibunya.. doakan saya ya semua...! terima kasih. saya update cerita makcik aziah nanti ya... 





yang remuk hatinya memikirkan manusia yg tiada belas ihsan sesama manusia,