Monday, April 4, 2016

Apa istimewanya Mataf yang baru nanti?

As salam..


Umum mengetahui bahawa jambatan tawaf sementara baru sahaja ditutup sepenuhnya semalam (3-April-2016) bagi membolehkan kerja-kerja membuka komponen-komponen mataf sementara tersebut dilakukan. Kerja-kerja itu dijangkakan akan mengambil masa selama sebulan dan selama jangka masa tersebut kerjasama daripada jemaah amatlah dituntut bagi membolehkan segala kerja berjalan dengan lancar dan yang paling penting adalah faktor keselamatan. Saya melihat ianya bukanlah suatu kerja mudah kerana kawasan dataran tawaf tersebut tidak boleh ditutup sepenuhnya bagi memberikan laluan kepada orang lain melakukan tawaf. Saya sempat lihat di televisyen semalam. Selepas sahaja ditutup, kawasan dataran tawaf mejadi sesak kerana kita tidak ada jalan lain untuk tawaf melainkan di dataran sahaja. semoga ALLAH memudahkan segala urusan jemaah umrah dan juga tenaga kerja yang terlibat.. aminn 

Saya membaca pelbagai komen dari anda selepas mendengar temporary mataf itu ditutup dan akan ditanggalkan.. rata-rata kelihatan begitu emosi dan sedih kerana mataf sementara itu telah mencipta sejarahnya yang tersendiri.. mencatat nostalgia indah di dalam hati sesiapa sahaja yang telah menggunakannya. Masha Allah saya sendiri juga banyak kenangan disitu. Mataf sementara itu terlalu banyak membantu perjalanan tawaf kita menjadi mudah dan lapang tanpa perlu bersesak di kawasan dataran. 

Tetapi tahukah anda bahawa mataf sementara itu pada awalnya  ia dibina sebagai alternatif mengurangkan kesesakan kerana bangunan Masjidil Haram yang lama ketika itu telah ditutup secara berfasa selama tiga tahun untuk memberi laluan kepada projek peluasan kawasan tawaf (mataf) di dalam bangunan Masjidil Haram yang baru. Proses penambahbaikan dan menaik taraf ini adalah salah satu fasa dalam projek pembesaran Masjidil Haram. 

Langkah bijak telah diambil oleh pihak pengurusan, konsultan dan kontraktor projek dengan mereka dan memasang struktur mataf sementara (temporary mataf) hanya untuk tempoh sementara. Keberadaan mataf sementara itu sedikit sebanyak berjaya membantu melancarkan perjalanan pembangunan projek peluasan kawasan tawaf kekal. 


proses dismantling temporary mataf sedang dijalankan (gambar dari page: FB brunei islam) 

proses dismantling temporary mataf sedang dijalankan (gambar dari page: FB brunei islam) 

proses dismantling temporary mataf sedang dijalankan (gambar dari page: FB brunei islam) 





Sebelum itu, apa kata saya kongsi dengan anda 'apakah itu mataf?' 

Mataf bermaksud kawasan ataupun tempat untuk tawaf. tidak semestinya ianya sebuah binaan. Kawasan dataran itu juga  adalah mataf. Ataupun di mana sahaja kita bertawaf selagi ianya mempunyai gerakan tawaf di situ, bermakna ia adalah mataf. boleh rujuk di sini

Dengan ketiadaan jambatan mataf sementara yang telah 3 tahun berdiri utuh di sekeliling Kaabah, bermakna projek peluasan kawasan tawaf (mataf) sudah hampir tiba ke penghujungnya. Walaupun belum sempurna, menurut beberapa sumber,  kawasan tawaf bertingkat ini akan dibuka dan mula digunakan pada bulan ramadan. Insha Allah.. 

Jom kita lihat apa yang istimewanya mataf yang baru ini nanti! 

Projek peluasan kawasan mataf berobjektif untuk meluaskan kawasan tawaf di dataran Kaabah dan di dalam Masjidil Haram yang menyaksikan peningkatan jemaah umrah dan haji saban tahun. 

Bangunan Masjidil Haram yang lama (yang dikenali sebagai First Saudi Extension) yang dibina dari tahun 1956 masihi hingga 1979 masihi telah diruntuhkan bagi memberi ruang yang lebih luas untuk jemaah melakukan tawaf dengan selesa. Jika anda yang pernah datang melakukan umrah dan haji sebelum tahun 2012, pasti segar dalam memori akan adanya banyak tiang-tiang yang tinggi dan berkedudukan amat rapat di tingkat bawah dan tingkat satu dalam Masjidil Haram ketika itu. Beberapa tahun sebelum diruntuhkan, jemaah haji khususnya akan menggunakan segenap ruang yang ada dalam bangunan Masjidil Haram ketika itu. Bayangkanlah mereka terpaksa berhimpit-himpit di antara ruang yang kecil ketika itu sedikit sebanyak memberi kesukaran untuk melakukan ibadah tawaf.

Melihatkan situasi sedemikian, kerajaan Saudi ketika itu mengambil keputusan untuk meluaskan ruang di antara tiang-tiang di dalam Masjidil Haram dan mengatur semula kedudukan tiang-tiang yang menjadi tonggak struktur bangunan Masjidil Haram bagi membolehkan ruang yang selesa dan selamat untuk jemaah umrah dan haji melakukan ibadah tawaf di dalam Masjidil Haram.

Untuk merealisasikan projek peluasan kawasan tawaf ini, bangunan Masjidil Haram yang lama perlu dirobohkan dan dibina bangunan yang lebih kukuh strukturnya. 

Bangunan Masjidil Haram yang baru ini nanti;

1) akan mempunyai 5 tingkat! wow. Ianya bermula dari bahagian dataran Kaabah, tingkat bawah, tingkat pertama, tingkat mezzanine pertama dan tingkat kedua (bumbung). Jemaah umrah dan haji akan dapat melakukan ibadah tawaf bukan sahaja di bahagian dataran Kaabah sahaja, malah boleh melakukannya di setiap tingkat sehinggalah di tingkat teratas sekali (bumbung).

2) akan berkeluasan 160,000m2 berbanding 111,500m2 sebelum ini!

3) boleh menampung seramai 262,000 orang untuk solat jemaah setiap waktu solat berbanding hanya 188,000 orang sahaja sebelum ini!  

4) akan membolehkan seramai 107,000 orang melakukan tawaf dalam tempoh sejam! Berbanding hanya 48,000 orang dalam masa sejam sebelum ini.

5) manakala di kawasan saie, mampu memuatkan seramai 124,000 dalam tempoh 1 jam. 

6) setiap tingkat akan mempunyai kemudahan yang berlainan. contohnya, tingkat untuk pejalanan kaki, pengguna kerusi roda yang ditolak dan pengguna kerusi roda electric akan turut dipisahkan mengikut tingkat.  B-)


7) dataran kaabah bukan sahaja kembali lapang dan luas seperti dahulu malah akan bertambah keluasannya. mashaallah.. 

kekurangannya hanya mungkin pada lingkaran bulatan yang lebih besar dan luas. oleh itu perjalanan tawaf akan menjadi lebih jauh. 




gambar sebelum projek pembesaran bermula... keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan ramadan dan haji.. 

gambar sebelum projek pembesaran bermula... keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan ramadan dan haji.. 
gambar sebelum projek pembesaran bermula... keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan ramadan dan haji..


masjidilharam di masa akan datang. Inshallah.. :) 
Masha Allah setiap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Saudi dalam projek pembesaran Masjidil Haram tiada lain bertujuan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah. Dengan penambahan ini, jumlah jemaah juga akan turut bertambah seiring dengan kemudahan yang disediakan. Namun, seperti yang telah saya war2kan di dalam entry sebelum ini, kita semua sedang berada di dalam tempoh pembinaan masjid yang masih belum berkesudahan. Justeru, pelbagai ketidakselesaan dan mungkin kesulitan akan kita rasai. Lebih lagi, dalam tempoh jambatan mataf sementara sedang dalam proses ditanggalkan (dismantling) sekarang. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita samaada sebagai jemaah umrah ataupun sebagai orang perseorangan yang jiwanya dekat dengan tanah barakah ini. Dan mari kita turut sama mendoakan agar proses pembesaran dan penambahbaikan Masjidil Haram berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Amin.. 

Sumber: dari 'seseorang' yang terlalu dekat hatinya dengan projek pembesaran Masjidil Haram.. <3




yang benar,

22 comments:

  1. Lagi besar lah curve utk bertawaf ye mas?

    ReplyDelete
  2. Betul mas..3 kali acik tawaf di temporary mataf tu..sebab suami sakit lutut..dibawah masa dengan adik suami berehat dibilik..rasa selesa sangat tawaf disitu.kalau ada rezeki acik kesana lagi tentu dah berubah wajah kan mas.terima kasih mas teruskan berkongsi disi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih acik... segala keselesaan adalah rezeki dari ALLAH.. alhamdulillah.. :)

      Delete
  3. Saya pergi umrah pertama kali tahun 2004.

    Dan haji 2011.

    Dua kali pergi dua kali berbeza rupanya...
    hihihi...

    Masya Allah...

    Nnt kongsi lagi ye mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sentiasa berubah sehingga betul2 selsai fasa pembesaran masjid.. :) inshaallah saya cuba berkongsi cerita.. sebagai rujukan kita bersama... :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian hajjah mas ...
    Kenangan terindah bertawaf/duduk merenung kaabah dari mataf ring tu mmg sangat mengujakan ... melihat jutaan jemaah ... masya Allah ...

    ReplyDelete
  6. Rindunye mataf sementara..kami sekeluarga banyak habiskan masa tawaf dekat tawaf sementara sebab lebih selesa untuk anak2 kami yang masih kecil dan bayi..lepas ni tak dapat la nak bawak anak tawaf tempat yang sama lagu..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sngat memudahkan bg anak2 kecil... inshaallah akan ada rezeki yang lebih baik nanti.. :)

      Delete
  7. Assalam..sejujurnya saya lebih senang kalau mataf sementara itu ditutup dan dibuka struktur binaannya. Ini berdasarkn pengalaman haji pd tahun 2005, tiada apa2 halangan utk saya melihat kaabah walaupun berada di dlm bangunan masjid, begitu juga ketika melakukan umrah pd tahun 2013, ketika itu pembinaan mataf baru nk bermula. Pd pendapat saya, dgn adanya mataf trsebut ianya mnghalang pandangan terus ke kaabah dr dlm bngunan masjid...apa2 pun demi kemudahan jemaah kita trpaksa ikut perubahan demi perubahan di masjidilharam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... saya juga menginginkan perkara yang sama... tapi ketika itu temporary mataf itu lebih diperlukan utk kemudahan semua peringkat jemaah... selepas ini akan kembali lapang alhamdulillah.. :)

      Delete
  8. ALHAMDULILLAH...SERONOKNYA KALAU SY PUN DAPAT TINGGAL DI TANAH SUCI.

    ReplyDelete
  9. Terkini sy baru gi raya baru ni 2016. Keadaan dh amat selesa. Tingkat 1 hingga 5 dh bole digunakan utk bertawaf. Dataran dh tak sesak. Mudah nk cium hajarul aswad. MasyaAllah. Duk sana rasa nk tunggu smpai musim haji..

    ReplyDelete
  10. Nati nk bawa keluarga gi umah mas leh ke. Rasa nk tinggal d sana juga..

    ReplyDelete
  11. SubhanaAllah...Rindu sangat suasana ini...Insyaallah saya akan ke sana hujung bulan ini...Mohon doa kak Mass supaya selamat dan dipermudahkan ke sana..Ameen..Salam ukhuwah dari Dila, dari Dammam saya bermukim..

    ReplyDelete