Sunday, December 30, 2012

rania...


buah hati saya Rania Athira.. tahun hadapan inshallah akan menganjak 4 tahun. rania lahir je di Malaysia. habis saja pantang saya dah berpindah ke luar Malaysia. macam2 dugaan untuk membesarkan seorang anak di rantauan. dengan pengalaman baru sebagai seorang ibu, saya tetap mencuba untuk jadi yang terbaik. orang kata anak sulung ni memang penuh dengan nostalgia. walaupun anak ke dua saya belum lagi lahir, saya pasti kenangan bersama anak sulung semestinya berlainan. dialah yang mangajar kita dan mengubah kita untuk menjadi yang terbaik. anak sulung lahir dalam keadaan kita tidak berpengalaman sebagai ibu. jadi, kadang2 anak sulung ini menjadi bahan ujikaji. untuk melalui yang baik anak sulung pasti pernah mengharungi yang buruk/kurang baik dahulu. 

apa yang saya cuba sampaikan adalah lately rania dah mula kata bosan di rumah. pagi tadi dia terlalu bosan sampai menangis. kasihan pula saya tengok. jadi, plan untuk hantar rania ke sekolah tahun depan saya cepatkan. inshallah dalam waktu terdekat ni saya akan bawa rania tengok sekolah tersebut. nanti saya update cerita rania dan sekolah pertamanya di Makkah! saya pula yang teruja. pada masa yang sama sedih juga nak lepaskan dia. rania belum pun 4 tahun. tapi, dia matured. percakapan & perbuatan dia seharian tidak seperti kanak2 lain. rania juga gemar berkawan dengan orang besar. sangat fasih bercakap. mungkin dari kecil sayalah kawan rania! pulang dari Malaysia bercuti membuatkan Rania rasa terlalu bosan hanya tinggal dalam rumah sedangkan di Malaysia aktiviti sentiasa penuh dan terisi. dia sudah pandai bezakan kehidupan di Malaysia dan di sini. seringkali dia nyatakan yang dia suka kalau saya boleh driving, bawa dia jalan2 tanpa menunggu dan mengharapkan dada. kadang2 pernah juga dia merungut mahu keluar bebas bermain seperti di Malaysia! dahulu, saya tidak memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serious. tetapi kini saya rasa naluri kanak2 rania memberontak. dia mahu kebebasan dan kadang2 saya rasa kehidupan ini menyekat pekembangannya sebagai kanak2 biasa! atau mungkin cara saya yang mendidik membuatkan rania merasa begitu. mungkin. salah saya juga. 

seperti yang pernah saya nyatakan dalam penulisan saya yang lepas. tinggal di bumi barakah ini terdapat banyak kelebihan tetapi di sulami juga dengan ujian, keburukan, kekurangan. bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang jauh berbeza. walaupun rania bukan dibesarkan di Malaysia. dengan percutian yang singkat sahaja dia boleh membuat perbandingan! bayangkan betapa berbezanya kehidupan di sini sehingga anak kecil boleh membanding bezakan. rania juga pernah berkata, "bonda, jom la kita balik tinggal di Malaysia. di Malaysia ramai orang yang sayangkan kakak." sedih hati saya. dia sudah dapat merasakan kasih sayang keluarga di sana. apatah lagi saya.. pasti merasa rindu dan memerlukan sokongan keluarga.. itu sebab itu jika mr.dada bercuti mesti kami pulang ke Malaysia. walaupun hati teringin bercuti ke negara lain. perasaan rindu dan ingin bertemu keluarga lagi kuat dari itu dan akhirnya kami memilih untuk pulang.. 


saya dan rania ketika di menara condong teluk intan percutian kami yang lepas.. 



ini tok n aki rania. mak n babah saya.. :) rania manja sangat dengan aki. aki orang yang dia selalu muncul dalam cerita rania .... 

adik yang rania ada sekarang. her cousin cum baby brother. almost everyday pun skype. entah apa yang dibualkan dengan waseem ni. hehe.. 

saya terlalu berharap agar rania dapat menyesuaikan diri di sekolah nanti. dengan suasana dan rakan2 yang baru dan dia akan dapat melupakan kerinduannya pada keluarga di Malaysia. inshallah saya dan mr.dada akan usahakan untuk rania ke sekolah paling cepat bulan hadapan. sebelum tu saya akan ke sekolah tersebut untuk melihat terlebih dahulu keadaan di situ. doa saya semoga urusan itu dipermudakan.. amin3..




bonda sayang rania,

Friday, December 28, 2012

senyum.

assalamualaikum........

senyum. senyum lagi... senyum paling manissss... :))))) untuk pembaca blog saya! semoga kalian juga sedang tersenyum... kerana bukankah senyuman itu mampu mengubah hati yang duka menjadi riang.. senyuman juga boleh menjadi pengubat hati yang lara dannn yang selalu kita dengar, 'senyumlah! senyum itu kan satu sedekah!' pahala yang paling senang kita dapat adalah melalui senyuman. benarkah? atau itu hanya kempen di Malaysia yang mahu rakyat Malaysia murah dengan senyuman.

dahulu.... masa saya mula2 berpindah keluar dari Malaysia.. pasti saya terbawa-bawa budaya kita di Malaysia. orang Malaysia bukankah terkenal dengan sikap positif yang sangat peramah dan murah dengan senyuman. sewaktu saya di Oman saya masih masnira yang sama macam di Malaysia. saya mudah menghadiahi senyuman kepada sesiapa sahaja! banyak kali juga tersalah bagi senyuman pada orang. lagi2 orang lelaki. cashier kat supermarket ke.. salesman ke.. atau sesiapa sahaja. tapi orang lelaki tu balas balik dengan senyuman yang lain! takut pulak rasanya. jadi, di oman saya hanya senyum pada orang yang terpilih sahaja. salah senyum boleh mengundang bahaya. budaya kita dengan orang lain tak sama bukan? ada yang boleh kita amalkan dan ada juga yang kita perlu hentikan jika mendatangkan kemudaratan. 

itu semasa saya di Oman. sekarang di Saudi lagilah BIG NO kalau nak tiba2 hadiahkan senyuman manis anda tu. lagi2 dekat orang lelaki. please.tolong. jangan. kalau anda datang sini untuk umrah ataupun haji.. jangan mudah sangat memberi senyuman kepada orang2 lelaki di sini. bahaya. memang bahaya. pada pendapat saya senyuman di sini menjadi perkara biasa kalau anda senyum dengan orang yang anda kenal. tetapi kalau tidak kenal, ianya menjadi pelik. atau yang paling bahaya sekali mereka akan fikir anda terjatuh hati pada mereka. maksud saya kalau seorang wanita senyum pada lelaki la. kalau sesama kaum sejenis tidak ada masalah. :) yang palingggggg saya tidak suka dengar mereka beranggapan wanita yang mudah atau murah dengan senyuman ni mudah/senang didekati. bahaya tu. jangan anda pelik tiba2 mungkin masa anda sedang shopping abaya ke... atau apa2 barang keperluan ada yang dengan sengaja menyentuh tangan anda masa membayar, memulangkan baki duit atau masa bagi barang tersebut. itu dah kategori gangguan seksual. jangan pikir semua orang dalam tanah haram itu baik. mereka juga manusia biasa.

setelah hampir 2 tahun saya menetap disini, senyuman yang murah tu memang dah jadi mahal sangat. hehe. kadang2 sampai terlupa nak senyum. jangan kata saya sombong kalau terserempak wajah sombong saya. saya dah banyak kali terkena sebab tersalah senyum ni. jadi belajar dari pengalaman. kehidupan di sini tidak sama macam di Malaysia. pergaulan itu terbatas. tidak senyum bukan bermakna sombong atau tidak baik. seringkali kita melihat wanita arab mungkin pada kita kelihatan sombong tetapi sebenarnya tidak. cuba tegur dan inshallah mereka akan menyapa kembali dengan baik. senyuman di sini bukan menjadi perkara biasa seperti di Malaysia. 

my advise to kepada wanita yang ingin berkunjung ke sini. tolong jangan senyum kepada lelaki bukan muhrim. itu bukan budaya di sini. perkara ini boleh mengelak gangguan seksual. mungkin kita memandang senyuman itu satu benda yang simple dan tidak memberikan apa2 kesan yang besar. salah. di sini tidak begitu. 




pesanan ikhlas dari saya dengan penuh kasih sayang.. :p,

Thursday, December 27, 2012

yes,yes,yessssss!!

assalamualaikum my lovely readers!

alhamdulillah saya dah discharge dari hospital... entry ni nak buat review hospital tersebut boleh tak? tapi sebelum tu saya nak admit untuk semuaaa persoalan yang kerap berkunjung, menerjah saya lately nih. the question is... "eira, are u pregnant??" andddd today saya jawab dengan yakinya, yes,yes,yessss im pregnant my 2nd child! alhamdulillah.... :)) and its already 4 months. alhamdulillah again.....

kenapa sebelum ni saya agak berat nak menjawab soalan tersebut ya? alkisahnya begini... saya dapat tahu saya pregnant seminggu sebelum haji. seminggu sebelum haji! setelah saya memang bersungguh untuk buat haji.. jadi saya tawakal dan teruskan juga perjalanan haji saya walaupun mendapat tentangan dari orang terdekat. ye la.. very risky untuk early stage pregnancy. haji bukan satu perkara yang mudah.  mulanya mr.dada juga tidak berapa izinkan.. tetapi melihat kesungguhan saya, beliau sokong juga... alhamdulillah tidak ada banyak masalah sepanjang haji. seperti yang saya bagitu dalam entry perjalanan haji saya, saya makan kurma setiap setengah jam untuk memastikan tenaga terus ada. sehinggalah selepas tawaf dan saie pada hari pertama haji, saya bleeding. agak banyak... tetapi saya nekad teruskan juga pada hari kedua. selain berdoa supaya kandungan ini kuat saya tawakal dan serahkan 100% pada yang esa.. pada hari kedua saya sedikit down dan agak nervous. mr.dada juga begitu. kami berdoa dan terus berdoa supaya kandungan ini selamat. hanya DIA yang mengetahui. kami berserah pada ALLAH dan meletakkan 100% kepadaNYA kepercayaan. jika bukan rezeki kami walau macam mana pun pasti dia akan pergi juga. tetapi kalau ALLAH dah tetapkan bayi ini rezeki kami maka kami yakin dia akan selamat! akhirnya melontar pada hari terakhir iaitu semasa nafar awal, saya tidak teruskan dan wakilkan mr.dada untuk melontar. atas faktor keselamatan kandungan ini saya redha..

beberapa hari selepas haji saya berjumpa doctor dan alhamdulillah result ultrasound menunjukkan bayi sihat! cuma doctor nasihatkan supaya saya ambil hormon injection dan hormon pills untuk kuatkan rahim disamping bed rest selama 2 minggu. alhamdulillah selepas itu tidak ada masalah bleeding lagi. dan sehingga hari ini kandungan saya sihat dan normal. cuma, selepas pulang bercuti dari Malaysia hari tu saya salah makan dan muntah2 teruk. pergi hospital kenalah warded sebab dehydrated & low blood pressure. malam tadi saya dah discharge dan boleh berehat dirumah. :)

ok, saya nak review tentang hospital yang saya tinggal selama 2 malam tersebut. hospital alawi tunsi. saya rasa itulah satu-satunya private hospital yang agak bagus di dalam tanah haram. bagus2 pun banyak jugalah masalah sebab terlalu ramai orang mahu mendapatkan perkhidmatan di situ. saya tidak berapa pasti dengan hospital2 lain di dalam tanah haram. yang well known hanya pilihan yang ini. tetapi ada beberapa hospital yang bagus diluar tanah haram. atas sebab masalah insurans kami juga tiada pilihan lain melainkan hospital ini. kelengkapan dan doctor agak bagus tetapi pengurusan memang bermasalah. mungkin terlalu ramai orang. nak masuk wad pun kena tunggu giliran sebab bilik penuh. itu belum nak tunggu insurans approval lagi dan beberapa urusan lain. pendek kata, saya terpaksa tunggu hampir 12 jam baru dapat masuk wad! dan selama menunggu saya tidak diberi sebarang rawatan. memang dah lembik separuh mati baru dapat rawatan! fuhhh.. nasib baik rumah kami tidak jauh dari hospital. jadi suami menghantar saya pulang berehat sementara menunggu bilik kosong dan urusan selesai..




one of the suite room di hospital alawi tunsi..


2nd day lunch. big portion. mmg tak abis mkn sorang! 

nampak tak ada al-quran & sejarah disediakan di situ... :)

1st day lunch... breakfast terlupa nak ambil gambar.. :)

kena 6 botol drip utk 2 hari... :(


bosannya keeorangan... 


view aziziah makkah.. 

hari pertama rania kami tinggalkan dengan 1 of my good friend kat sini.. kak zie.. thnks to her and family sebab layan rania dengan baik sekali. mr.dada pun tak dapat cuti sebab baru je lepas bercuti panjang. its ok sebab saya tak lah dalam keadaan yang memerlukan sepenuh perhatian. dibawah jagaan nurses yang seriously sangat baik di sini pun dah cukup. hari kedua, rania tak mahu ke rumah aunty zie lagi. mungkin sebab 1st time ditinggalkan lama sangat. jadi dada terpaksa bawa rania ke office.. thanks to dada yang sangat understanding.. bawa juga rania ke tempat kerja walau terpaksa bekerja sambil melayan kerenah anak. lepas lunch hour dada meeting sambil memangku rania yang tidur. buat saya betul2 merasa kasihan pada keduanya...

ok lah, itu sahaja cerita saya.. nanti sambung lagi dengan topic lain pula. dah siap2 nak pergi bbq nih.. badan belum pulih sepenuhnya dah excited nak berbbq. :P salam sayang untuk semua dr makkah al-mukarramah..! byee.... :) 

Sunday, December 23, 2012

saya sudah pulanggg...

assalamualaikum readers...!

terima kasih2 kerana terus bertandang ke sini walaupun dah lama saya tak update... alhamdulillah saya selamat pulang dari bercuti malam semalam... touched down di Jeddah dengan seribu kesyukuran kerana agak terpengaruh juga dengan rumours 'end of the world' tu.. kebetulan saya fly hari tersebut. hari jumaat pula. agak suspend walau tidak percaya! ahamdulillah3.. penerbangan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.. saya menaiki saudi airlines.. jujur saya sangat selesa dengan perkhidmatan saudi airlines... bukan kerana layanan flight attendant yang mesra.. rasanya saya dah melalui pengalaman dengan flight attendant yang jauh lebih mesra terutama MAS airlines..

kelebihan Saudi airlines yang saya rasa sangat selesa adalah keperluan2 untuk muslim yang saya rasa tidak ada pada airlines yang lain... sebelum penerbangan pasti akan kedengaran alunan doa.. begitu juga dengan kemudahan untuk solat. ada ruangan solat (surau) untuk passengers tanpa perlu solat di atas kerusi.. arah kiblat juga sentiasa di update. mashallah tabarakallah.. :)

ketibaan di Jeddah di sambut dengan angin sejuk yang meyapa hingga ke tulang! mashallah cuaca dah betul2 sejuk dan nyaman! cuaca yang memang saya nantikan.. tak sabar untuk sampai di makkah.. kaabah dah memanggil2... katanya pemandu kami sudah 3 hari berturut2 hujan di Makkah.. dengan perkhabaran itu saya dah terbayang2 cuaca yang sungguh2 membuat saya teruja itu! pagi semalam, kami terus ke masjidilharam selepas subuh untuk tawaf sunat... ya ALLAH.. sungguh tenang dan sejukkk... tawaf dengan cuaca seperti itu memang seronok. lebih menyentuh perasaan saya. lebih2 lagi baru balik dari bercuti. mood masih terbayang2 wajah2 orang2 tersayang yang ditinggalkan di malaysia..

saya kongsi gambar2 menarik sepanjang percutian pada entry seterusnya inshallah... salam sayang!


Thursday, December 6, 2012

:)

assalamualaikum...

maaf saya dah agak lama meninggalkan ruangan ini sepi... sedangkan ramai yang menanti cerita dari makkah... minggu ni internet connection di rumah bermasalah.. saya hanya online menggunakan telefon. sebab itu tidak berblog.. email anda pun banyak yang saya belum balas. maaf. dan malam ni pula saya akan berangkat pulang ke Malaysia selama 2 minggu! oleh itu blog ini akan turut sepi sepanjang 2 minggu ni.. inshaALLAH bila pulang saya akan sambung cerita k. banyak yang terlalu ingin dikongsi.. :) doakan perjalanan saya selamat. semoga berjumpa lagi.


salam sayang.