Assalamualaikum!
boleh juga tengok link dibawah kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang sekolah ini.
http://fbfschools.com/en/
banyak entry tergendala ni! nanti saya update lagi okkk.... byebye...
lamanya saya hilang dari blog nih! sepi seketika sebab my daily routine totally change semenjak rania dah mula sekolah ni. hoi, busynya rasa... padahal baru sorang je anak sekolah. orang lain tu punyalah ramai anak sekolah, bekerja lagi! steady je.. saya ni kalah orang anak sepuluh 10 dia punya kelam kabut. ^_^ dah bangun awal pun masih kelam kabut. saya memang ada masalah kalau buat kerja last minutes. saya akan nervous & kelam kabut. hehe.. masa 1st day rania ke sekolah. mr.dada last minutes tak dapat cuti seperti yang dirancang! risau saya. nasib baiklah alhamdulillah ada kawan saya kat cni yang free dan boleh babysit baby rasyad sampai selesai urusan sekolah rania. thanks to her and husband dan rasyad juga sebab behave sangat! alhamdulillah. hari ni dah masuk 4 hari rania ke sekolah. setakat ni dia happy. minggu ni belum mula belajar lagi. masih dalam minggu orentasi. terkejut juga kenapa orentasi sampai seminggu ni. kalau kita masa masuk tadika dulu rasanya sehari je. rupanya macam2 aktiviti yang melibatkan kedua-dua mothers n kids sepanjang minggu orentasi ni. semalam ada party hari raya dan esok ada closing ceremony party 4 mothers. sound fun huh. :)
seperti yang saya jelaskan dalam entry yang lepas. sekolah kat sini lain sikit stylenya.. sekolah tidak akan bercampur lelaki & perempuan kecuali kindergarden sahaja. dan sekolah ini juga tidak membenarkan fathers untuk masuk. jadi semua urusan perlu diselesaikan oleh ibu. mula2 saya fikir juga macammana rania nak pergi & balik dari sekolah. takkan setiap hari saya perlu ikut mr.dada or private driver rania untuk hantar dan ambil dari sekolah. setelah mendapat penjelasan dari guru kelas rania barulah saya faham yang sistem untuk pulang dari sekolah ini sangat menarik dan inshaallah selamat tanpa ibu. caranya bapa atau sesiapa sahaja yang dipertanggungjawab untuk mengambil anak pulang perlu ke pondok pengawal yang berada di luar kawasan sekolah. kemudian mereka perlu memanggil nama pelajar menggunakan mic yang berada di situ. di bahagian dalam sekolah pula guru kelas masing2 akan bertanggungjawab memastikan pelajar mereka pulang dengan selamat. selepas mendengar nama pelajar tersebut di speaker barulah dilepaskan pelajar ke gate. bapa perlu menunggu di luar gate di mana anak dilepaskan. saya dah cuba sekali tidak datang ambil rania dan alhamdulillah dia pulang dengan selamat. gate yang saya nyatakan tidak seperti di malaysia. ianya tertutup penuh. jadi, bapa tidak akan nampak langsung kawasan dalam sekolah mahupun cikgu ataupun pengawal yang bertugas. cool kan? ^_^. rupa guru kelas rania pun mr.dada tak tau. hanya tau nama je.
walaupun sekolah ni menggunakan bahasa english sebagai bahasa penghantar, namun saya dapati bahasa english hanya digunakan semasa belajar dalam kelas. juga sebagai medium komunikasi untuk guru dan pelajar. yang lain semua arabic! adoi, pening. haha.. semalam masa pergi party hari raya bahasa yang digunakan oleh emcee/speaker pun bahasa arab. terkebil2 saya kat situ. nasib baik bawa kawan temankan. taklah saya mati kutu sorang2. then pagi tadi masa saya hantar rania kebetulan ada assembly. pun guna arabic. cuma ada lah 1 lagu yang mereka pasang masa assembly tu yang berbahasa english. setakat ni dalam kelas rania semuanya ada 17 orang hanya rania dan seorang lagi dari india yang boleh berbahasa english. selebihnya hanya faham dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa english. nasib baik ada roshan, classmate rania dari india itu. jadi adalah kawan untuk rania berbual. kawan2 yang lain saya tengok ok je rania bermain. cuma sorang guna english, sorang cakap arab. xpelah... yang penting mereka happy! hehe... hopefully rania pun boleh berbahasa arab soon! itu doa saya supaya rania boleh berbahasa english & arab dengan baik! amin3...
alhamdulillah rania dapat guru kelas yang baik dan penyanyang. nampak seperti sangat kids lover. bila dapat guru yang macam tu. pelajar pun happy. saya lihat classmates rania semua happy. setakat ni belum ada yang menjerit menangis xnak ke sekolah. yang nangis sikit2 tu adalah. tapi bila dah jumpa kawan2 dan di pujuk oleh miss fatimah (guru kelas) terus happy dan ok. alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana memudahkan urusan sekolah rania.. dah agak fuh lega sebab rania dah happy dapat sekolah setelah hampir setahun menunggu. bila dia happy semua benda perihal sekolah jadi mudah. nak bangun tidur pagi2 pun mudah. semoga ALLAH terangkan hati rania untuk menuntut ilmu... amin3.. jom kita tengok gambar rania ke sekolah!
1st day ke sekolah... happy sangat2 nih... malam tu tidur pun tak lena sangat sbb terlalu excited! pukul 2 pagi bangun tanya dah siang ke? hehe.. |
minggu orentasi balik pukul 11 pagi. lepas ni pukul 12.50 baru balik.... lamanyaaa.... bonda rinduu... |
ini gambar semalam ada eid party.. kata cikgu, pakai sahaja apa yang rania suka... tak perlu pakai uniform. apa yang yang suka adalah seperti gambar ini. princess jadi-jadian... hehe |
clasmate rania. namanya omar..... semalam mak omar ni tak tahu yang tak perlu pakai uniform... gambar2 masa eid party nanti pihak sekolah akan update kat facebook! :) |
boleh juga tengok link dibawah kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang sekolah ini.
http://fbfschools.com/en/
banyak entry tergendala ni! nanti saya update lagi okkk.... byebye...