As salam...
Allahuakhbar... rindunya saya pada ruangan ini. selalu sahaja ianya memanggil-manggil saya untuk kembali mengerakkan jari menari mencari huruf-huruf dan menyusun perkataan supaya ianya dapat menjadi sebuah nukilan sekurang-kurangnya untuk memori sendiri. tetapi.. kenapa ya? kenapa terlalu lama saya membiarkan perasaan itu pergi seperti angin lalu. terasa sungguh rugi hampir setahun yang telah saya tinggalkan tanpa menulis apa2 di ruangan ini sedangkan pada tahun 2015 banyak doa2 yang saya panjatkan hampir saban hari sudah di makbulkan ALLAH. saya bersyukur dalam senyap tanpa memahat ianya di ruangan ini! masih sempatkah untuk saya mengejarnya semula.. menyingkap cerita-cerita yang sudah meninggalkan kenangan untuk melakar jejaknya di sini? Inshaallah saya cuba. tapi mana yang saya ingat je lah. hehe... boleh la ya... ;)

perkataan yang selalu saya ulang,.. cepatnya masa meninggalkan kita. dalam tak sedar setahun saya hilang di sini.. (tetapi masih aktif di facebook dan instagram!) macam2 peristiwa manis dan pahit yang berlaku dalam kehidupan saya di tanah haram ini. alhamdulillah saya masih kekal sebagai ahli makkah walaupun ada beberapa sahabat di sini yang sudah tamat tempoh bonus hadiah tinggal dalam tanah haram ini. ada yang meninggalkan tempat barakah dan berhijrah ke tempat lain.. ada juga yang 'pergi tak kembali' lagi. sungguh ianya amat memilukan hati. siapakah yang mahu meninggalkannya dengan sendiri? semuanya pasti berusaha keras untuk terus menjadi ahli Makkah.. namun ternyata ALLAH sudah merancang yang terbaik untuk kita semua. dalam pasrah terpaksa redha dan melangkah pergi. saya juga melihat dengan hati yang retak.. membayangkan andai satu hari sudah masanya saya juga perlu meninggalkan kota suci ini.. mampukah? ternyata jawapannya belum puas! meremang bulu roma dengan hanya membayangkannya sahaja!
macam-macam cerita yang mahu saya kongsi.. inshaallah saya akan menyusul lagi. mood beberapa hari ini juga sangat2 teruja menatikan kedatangan orang yang selalu berada dalam doa saya saban hari tanpa jemu. semoga perjalanan mereka ke sini dipermudahkan.. saya dah excited membuat pelbagai persiapan. berdebar-debar pun ada! ishhh tak sabarnya! saya update kemudian ya siapa yang saya maksudkan. :)
teringin juga nak mencatat memori permusafiran saya ke istanbul hampir 2 minggu yang lepas. rugi kiranya jika saya membiarkan perjalanan itu tanpa mempunyai rekod di ruangan ini. semoga kalian tidak jemu membacanya nanti! kalau tak suka pun tidak mengapa. saya baca sorang2.. dah biasa syok sendiri. :p
oh, ya... saya juga sedang menanti kelahiran buku sulung saya yang bertajuk 'Embara Kasang Diselimuti Oasis' yang inshaallah akan 'lahir' dalam waktu terdekat... mungkin bulan february ini! berdebar-debar dan teruja juga menanti. saya harap ada yang sudi membeli dan membaca cerita suka duka dalam buku tersebut. semoga saya tidak syok sendiri kali ini! haha.. saya cerita lanjut tentang perjalanan buku tersebut dalam entry yang akan datang ya.. mungkin selepas buku itu keluar nanti..
baiklah.. itu dulu setakat ini... terasa macam baru mula berblog... hehe... kita bagi saya masa untuk 'panaskan enjin' dulu boleh? lepas tu kita masuk gear slow2 ya...
terima kasih semua... yang masih sudi membuka ruangan ini walaupun sudah lama menyepi... yang email bertanyakan khabar saya... tidak kurang yang meminta untuk saya kembali di sini... saya hargai... terima kasih atas kasih sayang kalian.. mana mungkin saya lupakan ruangan ini kerana di sinilah saya banyak belajar tentang ukhwah.. ramai yang menghulurkan salam persahatan dan sudi bertemu saya ketika datang mengerjakan umrah atau haji. saya terharu.. ukhwah yang terjalin dari ruangan ini sangat indah... saya jumpa ramai orang yang sangat2 baik mashaallah tabarakallah.. alhamdulillah..
salam sayang,