Sunday, June 12, 2016

Rasyad's 3rd birthday.

As salam semua.. 

salam ramadan untuk semua.. 
maaf saya baru muncul. menjelang ramadan jadual harian bertukar..  menjadi lebih sibuk dari biasa.. 
alhamdulillah.. rania dan rasyad dan besar.. jadi agak senang bawa ke masjid untuk solat terawih. dah 2 tahun saya tidak berpeluang terawih sepenuhnya di masjid kerana rasyad masih kecil dan belum mengerti.. kalau pergi pun mesti tak dapat nak solat penuh. tapi tahun ini alhamdulillah. rasyad baru je genap 3 tahun 4 june yang lepas. beberapa hari sebelum ramadan tiba dan saya sempat menyambutnya bersama rakan-rakan baik di sini. alhamdulillah.. rezeki rasyad.. kebetulan sahabat-sahabat saya di sini plan buat makan-makan bagi menyambut bulan ramadan. jadi saya tumpang sekali untuk menyambut birthday rasyad. meriah dan bersyukur apabila kebanyakkan persiapan dibuat bersama-sama rakan-rakan. kerja yang banyak menjadi sedikit apabila dikongsi bersama. sedikit yang tinggal apabila tugasan saya hanyalah membeli cake dan saya tambah juadah laksa sarawak. yang lain mashaallah pelbagai jenis kuih muih dan menu utama nasi kerabu disediakan oleh tuan rumah aunty zai dan rakan-rakan yang lain. sangat terharu! 

lebih istimewa apabila wakil tunggal Maghfirah travel ustazah zai zakiah turut serta dengan tetamu istimewanya iaitu faizal tahir, isteri beliau kak raihanim dan juga anak kecil yang comel baby Khalid al walid. kebetulan mereka tiba di Makkah untuk mengerjakan umrah sehari sebelum majlis. terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke majlis kami. alhamdulillah.. 








birthday boy yang sangat pemalu bersama-sama cake bertemakan salah satu kegemaran rasyad iaitu planet dan stars! rasyad nak jadi astronaut kot bila besar nnt. ;)

happy faces semua malam itu. sangat ceria dan gembira.. alhamdulillah.. birthday boy pun bukan main happy! 

di sebalik tabir... the ladies yang bersatu hati menyediakan semua persiapan daripada makanan dan tempat..

thank u all.. birthday boy happy sangat malam tu.. 

kebetulan birthday hj azman hanya berbeza beberapa hari dari rasyad jadi kita sambut sama-sama! 

sessi buka hadiah. paling best apabila semua kanak-kanak yang datang turut mendapat hadiah bukan birthday boy sahaja..

seronok anak-anak apabila mendapat hadiah yang dibungkus cantik begini.. 

ini dia... hajjah amera.. atau saya panggil beliau event planner malam tersebut.. segala persiapan party room ini disiapkan oleh beliau. termasuk candy buffet, baloon, hadiah.. masyaAllah tabarakaAllah.. thanks to her! 

bergambar kenangan bersama tetamu kami.. Faizal tahir.. 



the ladies... :)

sempat saya hadiah kan faizal dan isteri buku embara kasang diseimuti oasis ini... berbesar hati apabila beliau dan isteri sudi menerima pemberian kecil dari saya.. 

anakku, Rasyad Akhyar... 
sekejap dah berlalu 3 tahun.. kenangan melahirkan rasyad di tanah suci makkah masih basah dalam ingatan bonda..
tiada perkataan yang terungkap ketika pertama kali bonda melihatmu.. seolah tak percaya sudah melahirkan permata hati di dalam tanah barakah ini.. doa bonda mengiringi perjalanan mu selalu..
jadilah hambaNya yang terbaik... berusahalah untuk melakukan kebaikan di jalanNya.. doakan bonda selalu ya.. bonda bukan yang terbaik kerana terdapat pelbagai kekurangan dan keburukkan yang menjelikkan dalam diri ini. masih terlalu kurang amalan bonda hingga bonda rasa bonda terlalu meminta-minta.. tetapi tidak sepadan dengan amalan yang bonda lakukan kepadaNya.. tetap juga DIA hadiahkan bonda anak-anak yang baik, kehidupan yang baik.. dan dikelilingi oleh orang yang baik-baik.. ;'-( doakan bonda selalu ya rasyad akhyar... happy birthday buah hati bonda.. Bonda sayangkan rasyad sehingga tidak terungkap rasa sayang itu sebab terlalu banyak. :) 




saya terpaksa meninggalkan ruangan ini seketika untuk menyiapkan buku ke 2 saya.. ruangan 'tenaga profesional di tanah barakah' akan saya cuba update dari semasa ke semasa inshaallah.. terima kasih semua..

selamat menyambut ramadan bulan penuh keberkatan.. dan selamat hari raya aidilfitri! ampun dan maaf jika ada yang terguris, terkasar bahasa... 



yang tak sabar mahu pulang...,