Sunday, August 28, 2016

Wanita Saudi, Budaya dan Aktiviti.

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, terdapat komen di facebook yang menginginkan saya bercerita tentang wanita saudi. mengikut pengalaman dan pengamatan sepanjang hampir 6 tahun saya menetap di Makkah al Mukarramah, terdapat beberapa ciri ataupun kebiasaan, aktiviti wanita-wanita saudi yang agak menarik di mata saya. menarik kerana disebaliknya terdapat cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman saya sendiri. 

Ingin sekali saya tekankan bahawa perkongsian ini melibatkan perbezaan budaya yang tidak sama dengan budaya kita. Oleh itu, lebih selesa kalau saya hanya katakan ianya hanyalah perkongsian dari pengalaman sendiri. Tiada kajian terperinci yang saya lakukan. hanya sebahagian dari cerita-cerita menarik sepanjang saya menetap dan berkawan dengan orang-orang tempatan saudi ataupun dari negara arab yang lain yang sama-sama menetap di sini. 

Baiklah, berikut adalah budaya, kebiasaan ataupun rutin wanita saudi yang kita jarang-jarang kita lihat dan tahu. kalau dah bercampur dan tinggal dengan mereka barulah kita faham dan mengerti juga turut 'terjebak' dengan budaya mereka. ;-) 

1) abaya.. 

saya ada bercerita tentang kisah menarik diantara saya dan abaya di dalam buku saya 'embara kasang diselimuti oasis'. boleh dapatkan buku saya bagi mengetahui cerita tersebut. umum mengetahui kalau di saudi wanita mereka akan memakai abaya di kawasan public. tak kiralah di mana pun. MESTI pakai abaya. dimana jua yang namanya kawasan public yang bercampur lelaki dan wanita. tengah jogging pakai abaya, picnic pakai abaya.. satu hari masa saya dan keluarga picnic di pantai, nampak sekumpulan wanita saudi mandi laut dengan abaya! suka saya lihat.. budaya ini dan turut merupakan undang-undang kepada semua wanita yang berada di dalam negera ini. WAJIB pakai abaya di public area. 

gambar yang saya ambil suatu masa dahulu.. wanita saudi sedang jogging di taman berdekatan rumah ketika itu. 

buku EMBARA KASANG DISELIMUTI OASIS boleh didapati di popular atau MPH atau boleh juga secara online di humairabookstore.com. 

belanja sikit cerita tentang abaya. nak tahu sambungannya kenalah beli buku. ^_^

2) Sangat dilindungi oleh kaum lelaki mereka. 

Pernah saya berbual dengan ibu kepada salah seorang rakan sekolah rania. kebetulan ibu nya adalah orang melayu singapore yang dah tinggal di makkah berpuluh tahun selepas berkahwin dengan ayahnya yang merupakan orang tempatan Makkah. beberapa tahun selepas itu, ayahnya meninggal dunia semasa beliau dan adik beradik lain 8 orang semuanya masih kecil. saya tanya apa pekerjaaan ibu beliau selepas itu bagi menyara anak-anak selepas ketiadaan ayahnya. saya sangka pasti ibunya akan pulang ke singapore. rupanya tidak. mereka disara oleh keluarga sebelah ayahnya sehinggalah beliau dan adik beradiknya mampu bekerja dan mampu untuk menyara ibu. segala perbelanjaan harian dan persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga sebelah ayah. MashaALLAH satu contoh tauladan yang sangat baik. mereka juga sangat menjaga kabilah ataupun nama keluarga yang dibawa.  oleh sebab wajib menjaga nama baik keluarga dan bagi mengekalkan anak2 dari darah daging keluarga mereka di situ, maka segala tanggungjawab ke atas mereka adalah urusan bersama dan dijaga dengan baik sehingga kini. 

lazim, mereka akan tinggal berdekatan di antara satu dengan yang lain. contohnya, satu bangunan apartment beberapa tingkat ditinggal oleh keluarga besar dengan mempunyai rumah masing-masing di dalam satu bangunan. lebih privacy dan lebih mudah untuk menjaga aurat di kalangan ipar duai.



3) Tidak di panggil dengan nama sendiri.

Hal ini tidak ramai yang mengetahui. wanita-wanita arab dilindungi oleh kaum lelaki mereka sehingga nama juga tidak sewenang-wenangnya di beritahu kepada sesiapa. mereka akan dikenali dengan panggilan 'ibu kepada'. contohnya kalau saya akan dipanggil 'umm rasyad'. ibu kepada Rasyad. iya, kita akan dipanggil dengan ibu kepada anak lelaki bukan perempuan. kalau tidak ada anak lelaki barulah dipanggil ibu kepada anak perempuan. diberitahu oleh sahabat saudi saya, bahawa dengan memberitahu nama wanita kepada sesiapa terutama orang lelaki yang bukan mahram adalah mengaibkan wanita tersebut! jadi jangan pelik, kalau mereka sukar untuk memberitahu nama mereka. 


4) Berhias.

Kadangkala saya gemar berbual dengan jiran di depan pintu rumah.
( kami buat mesyuarat pintu sbb suami masing2 belum balik kerja.) Beliau mempunyai 4 orang anak perempuan yang kecil2.. tidak ada pembantu.. tetapi dalam rumah sikit punya berhias cantik! lagi2, time hampir suami pulang dari kerja tu.. lipstik kemain merah.. wangi je.. saya kadang2 muka pucat tak sempat make up. malu pula dengan beliau. dan rasa berdosa dengan suami. hehe.. 

orang arab suka berhias apabila berada dalam rumah. lagi2 yang dah bersuami. siap pakai kasut high heel dalam umah. tuk, tak, tuk, tak. (sound effect mereka berjalan dalam rumah dengan kasut tersebut. ^_^) 

apabila mereka nak keluar, hanya perlu sarung abaya dan niqab! mudah. tapi dalam rumah pakai baju glamor2.. paling simple blouse dan jeans. mereka juga suka colorkan rambut dan menggayakan pelbagai jenis fesyen rambut di dalam rumah. 


5) Aktiviti seharian & perkerjaan. 

Jangan fikir apabila mereka tidak boleh memandu, tidak boleh keluar tanpa suami atau saudara lelaki, mereka terperuk sahaja di dalam rumah ya. tidak sama sekali. sebenarnya, wanita saudi memenuhi pelbagai sektor perkerjaan yang memerlukan khidmat mereka seperti guru, doktor, nurse, pembantu kedai barangan wanita, bank dan lain2. mereka juga berniaga terutama untuk bidang bidang kecantikan dan kewanitaan seperti mengusahakan saloon dan spa. 

Tempat bekerja pula biasanya tidak akan bercampur dengan lelaki seperti bangunan kerajaan, bank dan sekolah. bangunan untuk wanita berbeza dengan kaum lelaki membuatkan mereka bebas untuk tidak menutup aurat di dalam bangunan tersebut. menarik bukan? dapat make up, pakai cantik2 dan berhias di tempat kerja dan terselamat dari pandangan mata kaum lelaki lain. biasanya hanya suasana pekerjaan di klinik dan hospital sahaja yang memerlukan mereka bercampur di antara lelaki dan wanita, dan disitu suasana lebih strict dengan uniform doct dan jururawat yang wajib menepati syariah islam. 

mereka juga gemar pergi ke pusat2 kecantikan dan gym! paling istimewa tempat2 begini merupakan kawasan larangan keras bagi lelaki ya. kanak2 lelaki yang sudah mumayyiz pun biasanya dilarang. lebih lagi gi gym yang biasanya mempunyai swimming pool di dalamnya! 



6) Barty! Barty



ya, wanita arab suka makan2 dan berhibur. Barty! sebutan untuk "party". jangan pelik kalau sekolah perempuan hampir setiap bulan akan ada party terutama lepas habis exam. seronok anak2 dapat sama2 berhias. sekolah tahfiz juga tidak terkecuali. kalau pusat tahfiz Rania biasanya akan ada party yang meminta ibu dan anak turut sama berhias. dan barty mereka bukan hanya makan2.. ada macam2 aktiviti menarik! seperti bacaan puisi, game2 menarik dan juga bacaan surah2 oleh hafizah2.. semburan buih, baloon mesti tidak ketinggalan. pelbagai jenis manisan dan kuih muih tradisional mereka seperti coffee gahwah, barboosa ataupun kunafah serta pelbagai jenis cookies akan dihidangkan. yang pastinya saya sudah terbiasa dan suka join barty2 mereka.. bila lagi nak berhias dan pakai cantik2 kan? ;) 

selain itu, majlis makan2 di kalangan keluarga juga kerap diadakan. walaupun satu keluarga mereka tetap akan berada di kawasan berasingan di antara lelaki dan perempuan. lebih mudah dan bebas untuk ipar duai, sepupu ataupun sedara mara yang lain. 


7) suka menghias rumah

gambar contoh dari google. 

saya pernah terbaca satu article tentang orang jepun yang mengekalkan konsep minimalis dalam rumah mereka. tidak banyak perabot dan memudahkan dalam proses mengemas. berbeza dengan orang arab, kebanyakkan yang saya kenal memang sangat gemar menghias rumah. rumah mereka sama ada dari golongan yang berada atau kurang, pasti terhias cantik dengan perabot dan hiasan yang lengkap. tidak hairan mengapa di sini sangat mudah untuk mendapatkan perabot dengan pelbagai pilihan dan harga yang berpatutan. khabarnya mereka juga gemar menukar perabot. oleh itu, terdapat banyak kedai yang menjual perabot terpakai dengan harga yang murah serta kualiti yang agak baik. foreigners seperti saya yang tinggal di rumah sewa pasti suka untuk mendapatkan perabot2 yang murah dengan kualiti yang baik. kadang2 terjebak juga untuk menghias rumah secantik rumah orang-orang arab! tak dapat semua.. ambil feel sikit2 pun jadilah... ;) 

kalau nak kahwin dengan wanita arab kena siapkan rumah yang lengkap terhias cantik ya.. kata orang, isteri tinggal basuh kaki je masuk rumah. sebelum majlis, keluarga perempuan akan melihat rumah yang disediakan oleh pihak pengantin lelaki. semua kena lengkap! 


8) hebat dalam melayan tetamu! 

gambar kami ketika menjadi tetamu di rumah sahabat arab suatu masa dahulu. iya kami pakai kasut dalam rumah yang penuh dengan carpet tebal. 

kalau anda di undang ke rumah orang arab, bersedialah dengan memakai pakaian dalam abaya yang cantik dan sesuai kerana anda akan diminta untuk membuka abaya dan akan digantungkan abaya tersebut di tempat khas, membuka tudung dan make up sedikit supaya tidak terasa rendah diri apabila melihat tuan rumah yang sangat cantik untuk menyambut kita. paling penting bawalah perut kosong!. kerana anda akan diletakkan terpisah secara mutlak dari kaum lelaki, dilayan seperti permaisuri, dan bakal dijamu makanan berulang kali sehingga perut tiada ruang lagi untuk diisi. haha.. 

ini lah cara wanita arab melayan tetamu mereka. mula2 dulu saya kurang selesa. lama2 dah jadi seronok pula apabila bertandang ke rumah mereka. mula2 anda akan dihidangkan dengan minuman gahwah dan kuih muih ringan. sambil tu berbual-bual dan melihat sorang2 ahli keluarga wanita mereka keluar untuk bersalam dan seperti melihat fashion dengan model2 jelita yang keluar untuk berkenalan atau berbual. agak lama mungkin dalam 1 jam.. tidak lama kemudian anda akan dipanggil untuk ke ruang makan dan makanan berat dihidangkan. biasanya nasi arab dengan kambing. selepas makan akan dihidangkan pula pencuci mulut buah-buahan dan manisan dan minuman teh. dan apabila dihidangkan teh ianya sinonim dengan waktu pulang. tetamu perlu faham.. apabila tuan rumah offer teh, maknanya anda perlu juga siap2 kan diri untuk pulang selepas itu. :) biasanya akan berakhir lewat malam.

rasanya setakat itu sahaja.. kalau ada yang tersalah ataupun sebarang penambahan boleh komen di ruangan komen ya. sama2 kita tambah pengetahuan. dan seperti yang saya nyatakan di awal tadi, ianya adalah berdasarkan pengalaman peribadi. yang baik kita ambil dan yang tidak kita hanya jadikan sebagai pengetahuan. :) 








yang sama terjebak, 
Masnira Ramli. ^_^

Wednesday, August 24, 2016

Tenaga Pakar anak Malaysia, Disebalik Projek Gergasi Terbesar dalam Sejarah Islam.


"The best place on earth! sentiasa merendah diri kerana ALLAH sudah mengizinkan untuk tinggal di sini.." (Tn.Hj.Jamal Yusuf)

"Suatu nikmat yang besar apabila dapat bekerja dengan latar yang mengutamakan agama. dalam masa yang sama dapat menunaikan umrah dan haji merupakan suatu nikmat yang sangat besar disamping dapat membentuk jati diri ke arah muslim yang sebenar dan sentiasa dekat denganNYA.." 
(Tn. Hj. Mohd Rus Abbas) 

Sangat tertarik dengan kata-kata yang diberikan oleh kedua-dua mereka apabila saya bertanyakan akan nikmat ataupun kelebihan dapat bekerja di Makkah berbanding dengan tempat lain. Benar, di Saudi Arabia dan Makkah khasnya kerja dan ibadah berjalan seiring. Setiap kali masuk waktu solat semua pejabat akan ditutup bagi mengutamakan waktu solat. Semua pekerja akan memenuhi masjid-masjid terdekat. "Kejarlah akhirat, Dunia akan datang kepadamu." 

Saya menyelak sedikit akan entry yang lepas tentang keindahan ruang masjidilharam yang baru. Silakan baca di sini. Terpesona dengan keindahan dan mengagumi akan senibina yang teliti serta gah itu membuatkan saya selalu mencari maklumat dan mengkaji serba sedikit tentang projek yang dikategorikan sebagai Projek Gergasi Terbesar dalam Sejarah Islam ini. Sedikit demi sedikit maklumat itu saya perolehi dan pada entry kali ini ingin sekali saya memperkenalkan dua orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam projek mega ini. Sudah menyumbang bakti untuk syarikat angtarabangsa yang bertapak di Makkah dalam tempoh masa yang agak lama. Mereka berdua merupakan nama-nama yang akan tersenarai sebagai tenaga pakar yang menyumbang kepada Projek Pembesaran Masjidilharam, King Abdullah bin. Abdul Aziz, Makkah al Mukarramah. 


Makkah dalam era pembangunan yang ekstrem. gambar ihsan google


Tuan Haji Jamal Yusuf berasal dari Pulau Pinang dan berkelulusan B.Eng (Hons) Mechanical Engineering dari UTM Skudai, Johor. Kini sedang mengikuti kursus MSc Commercial Management & Quantity Surveying (HWU) . Bertugas sebagai Cost Consultant untuk Project 3rd Expansion of Holy Haram & Surrounding Areas. Turut berpengalaman sebagai seorang engineer yang pernah bertugas selama 5 tahun di Brunei membuatkan beliau diberi kepercayaan di dalam skop Mechanical Electrical & Plumbing untuk projek ini. 

Tn. Hj. Jamal Yusuf. 
Kata Tn. Hj Jamal yang telah 3 tahun bekerja untuk projek ini, pembesaran masjid bukan hanya melibatkan pembesaran fizikal masjid sahaja, malah ianya juga merupakan penambahbaikan dalam semua sistem sokongan, keselamatan, kesihatan dan juga infrastuktur. Pembesaran dibuat secara holistik yang mengambil kira segala keperluan jemaah sebaik yang mampu walaupun terdapat pelbagai kekangan yang melanda. 

Berlainan pula dengan Tuan Hj. Mohd Rus Abbas yang telah mengabdikan diri untuk projek ini selama hampir 6 tahun juga sebagai cost consultant, namun berbeza dengan Tn. Hj Jamal apabila beliau ditugaskan khusus untuk projek Mataf Expansion, Masjidilharam. Saya ada memberikan sedikit gambaran tentang mataf expansion di sini..

Ternyata penghijrahan beliau ke Makkah untuk projek ini mampu menghadiahkan ilmu dan pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Beliau yang mempunyai ijazah Bsc. Quantity Surveying (Hons) dari UITM ini menggunakan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki untuk memberikan gambaran dan hasil kerja yang baik dalam projek yang sudah hampir sebati dalam diri beliau ini. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam pelbagai projek di Malaysia dan Sultanate of Oman sebelum berhijrah ke Makkah merupakan satu kelebihan yang boleh diguna pakai di sini. Namun, terdapat banyak kelebihan mengendalikan projek ini kerana ianya bukan untuk keperluan diri semata, tetapi ia merupakan tempat tumpuan seluruh umat islam. Oleh itu, beliau meletakkan harapan yang tinggi dan memberikan komitmen sehabis baik bagi memastikan perjalanan projek lancar dan siap mengikut waktu yang ditetapkan. Selain berharap bahawa sumbangan-sumbangan idea, ilmu dan juga komitmen ini membolehkan beliau turut sama berpeluang mengutip pahala bekalan untuk akhirat kelak. 

Tn. Haji Mohd Rus Abbas. 
Apabila bercakap tentang cabaran sepanjang bekerja di Makkah, mereka memberikan jawapan yang hampir sama. Cabaran terbesar merupakan kesukaran untuk bekerja dengan orang lain yang berlainan cara kerja, bangsa, latar belakang dan budaya! Tidak lekang dengan salah faham dan perlu mempunyai tahap kesabaran serta minda yang lebih terbuka bagi menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang sangat berlainan. Selain itu, keadaan cuaca yang ekstrem merupakan salah satu cabaran yang perlu dilalui dengan tenang. 'Alah bisa, tegal biasa.' Lama kelamaan mereka sudah terbiasa dengan suasana yang begitu dan ianya bukan masalah besar lagi. 

Menyentuh aspek kelebihan, pada pandangan peribadi saya, mereka tergolong dikalangan yang bertuah apabila berkesempatan melawat kawasan-kawasan pembinaan yang terlarang dan telah ditutup untuk orang awam seperti telaga zam-zam, kawasan peninggalan sejarah yang ada di sekitar masjidilharam dan juga beberapa kawasan lain di kawal ketat oleh pihak kerajaan saudi. Lebih istimewa apabila di atas rasa tanggungjawab dalam projek ini, secara tidak langsung mereka mengkaji dan mengetahui akan sejarah-sejarah pembangunan di Makkah serta kehebatan seni pembinaan islam yang telah bermula beratus tahun dahulu. Disamping dapat mengutip pengalaman dan ilmu yang beharga, ianya mampu menambah kecintaan kepada agama dan seterusnya menjadikan diri lebih baik dan lebih bersemangat untuk memperbaiki hubungan dengan pencipta. MashaAllah..  

Apabila sudah berada di dalam projek yang mencetuskan pelbagai andaian di mata dunia ini, terutama selepas tragedi kren tumbang yang meragut banyak nyawa. Ia sangat meninggalkan kesan dan calaran hebat dalam hati mereka sebagai kenangan pahit. Kesannya, mereka lebih memahami dan menjiwai serta lebih jelas akan objektif projek pembesaran masjidilharam. Jelas harapan mereka untuk melihat dan berusaha bagi memastikan projek dapat disiapkan seperti yang dirancang, dapat memberikan keselesaan kepada jemaah seterusnya kuota haji dan umrah dapat ditambah serta segala support system dapat beroperasi dengan sempurna! Tiada lain ianya adalah untuk kemudahan tetamu-tetamu ALLAH yang semakin meningkat jumlahnya saban tahun. InshaALLAH.. 




yang berkongsi rasa, 
Masnira Ramli. :) 

Thursday, August 11, 2016

Pakej Haji Premium/VIP.


Assalamualaikum.

Kita selalu melihat gambar-gambar atau liputan haji untuk jemaah-jemaah yang datang dengan pakej muasasah. Sejujurnya, terdapat banyak pakej yang disediakan pada musim haji. Terpulang kepada empunya diri mahu memilih pakej yang mana sesuai dengan kemampuan dan rezeki masing-masing. Perjalanan ibadah haji ini kadangkala bukan atas dasar kemampuan semata-mata. Maksud kemampuan di sini adalah dari segi kemampuan fizikal, kesihatan dan juga kemampuan dari segi keewangan. Kadangkala, sudah kita aturkan semua dengan baik dan sempurna, tetapi ALLAH yang meletakkan bagaimana perjalanan haji kita nanti mengikut rezeki masing-masing. Walaupun datang dengan pakej yang mahal, ada yang terpaksa menempuh ujian yang tidak terjangkau kesukarannya. Begitu juga yang datang dalam apa-apa cara sekalipun, ada yang datang tanpa pakej yang mahal mahupun tiada pakej langsung tetapi perjalanan hajinya mudah tanpa ujian yang berat. MashaAllah tabarakaAllah.. beruntung bukan? 

Sebenarnya, hari ini saya nak ceritakan tentang dua orang hebat yang sedang mencipta nama dan tempat tersendiri di kota Makkah al Mukarramah. Terkenal dengan pasangan suami isteri yang saling membantu dan sentiasa bersama di dalam apa sahaja kesenangan mahupun kesukaran yang mereka lalui, pasangan Hj Zahiri Maulud dan Hjh Ruzainun yang saya fikir terlalu layak untuk dijadikan idola dan inspirasi ini berjaya menempatkan diri sebagai pakar perunding dalam beberapa cabang pengurusan perniagaan di Makkah. Salah satu daripadanya adalah penglibatan mereka dalam Syarikat Nozoly Limited. Ianya merupakan penyediaan khemah serta perkhidmatan bertaraf premium/vip di Arafah dan Mina sepanjang musim haji. 

Pakej haji premium yang bertempat di maktab 112 ini menyediakan kelengkapan dan service untuk jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapore dan juga China. Yang pastinya, pakej haji ini menyediakan penempatan yang sangat-sangat selesa untuk tetamu-tetamu ALLAH yang menggunakan khidmat mereka. mashaAllah tabarakAllah.. 

Mari lihat gambar-gambar  kawasan khemah tersebut yang pastinya mampu membuatkan hati riang melihatkan rezeki keselesaan yang dimiliki mereka. Saya yang sudah 3 kali haji secara sendiri tanpa mengambil sebarang pakej ini pastinya akan terlalu menghargai dan bersyukur jika berpeluang untuk mengerjakan haji yang sangat-sangat selesa begini. Lebih lagi kalau kita sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal, pakej haji sebegini lebih sesuai dan memudahkan dengan izinNya.. 

Jom kita tengok khemah di arafah dulu.. tempat untuk berwukuf... 

pemandangan luar khemah di arafah.. 



pastinya pakej sebegini menjanjikan tandas yang selesa.. dan paling penting tidak perlu berebut dan menunggu lama jika ingin menggunakan tandas. amat menyenangkan hati dapat bonus tandas yang bersih. memang bahagia nyaaa nak beribadat. 

sangat bersih mashaAllah.. 


lengkap dengan tuala dan selimut. tak perlu susah2 nak bawa.. 

ruang makan.. 
ruang rehat.. 




makanan juga diberi secara buffet. 

makanan yang terhidang.. 

lobster di hari wukuf... 

sedang berdoa menunggu matahari terbenam menandakan waktu berwukuf hampir berakhir.. 

Gambar seterusnya pula adalah khemah-khemah di Mina.. untuk pengetahuan semua, di Mina terdapat banyak khemah yang jauhnya ke Jamrat (tempat melontar) mengikut harga pakej yang kita ambil. biasanya makin mahal, makin dekatlah perjalanan untuk melontar. Jarak yang dilalui oleh tetamu-tetamu Allah yang mengambil pakej Premium ini adalah hanya lebih kurang 100m dari escalator untuk ke Jamrat (tempat melontar). MashaALLAH dah dekat sangat tu. Biasanya perjalanan saya hampir 10km pergi dan balik! 



sofa bed.. 

bilik yang ada toilet sekali.. 

selesanya.. 

tempat makan.. 







Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengerjakan haji melalui pakej2 sebegini. Namun seperti yang telah saya nyatakan tadi, lain orang lain pendapat dan rezekinya, Ada yang sangat berkemampuan namun lebih suka membuat haji yang sukar dan lebih mencabar perjalanannya.. namun ada juga yang berpendapat untuk mengutamakan keselesaan dalam beribadat. Semuanya terletak kepada pendapat dan cara masing-masing. Saling menghormati dan bersyukur dengan rezeki.. InshaAllah perjalanan haji walau dalam pakej mana sekalipun kita berada akan menjadi mudah dan yang paling penting objektif utama untuk mendapat haji yang mabrur tercapai. inshaallah.. amin... 

Akhir sekali, inilah wajah Tuan Haji Zahiri dan Puan Hajah Ruzainun. mereka sudah mempunyai tempat sendiri di tanahair apabila sudah berjaya dengan beberapa perniagaan yang dijalankan. Namun, atas kecintaan kepada tanah barakah mereka berhijrah dan berusaha keras untuk mencipta nama di bumi barakah Makkah al Mukarramah pula. saya doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga yang diusahakan. amin... teruskan memberikan inspirasi kepada orang lain ya! :) dan Semoga dipermudahkan perjalanan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji pada tahun ini.. aminn... berkhidmat dan juga boleh sama-sama beribadat! saya pasti ramai yang mengimpikan peluang sebegini.. 









Turut terinspirasi, 
Masnira Ramli..







Tuesday, August 9, 2016

MasjidilHaram, Projek Gergasi Terbesar dalam Sejarah Islam.

Assalamualaikum...

Lama tidak menjenguk laman ini. Saya masih di Malaysia menghabiskan masa-masa indah bersama keluarga. Tetapi, sekarang hati sedang membuak-buak rindukan kota suci Makkah. Lebih lagi apabila melihat laporan berita tentang kemasukkan jemaah haji yang sudah tiba di kota makkah dan madinah bagi memulakan perjalanan ibadah haji mereka. Saya doakan semoga ibadah haji tetamu-tetamu ALLAH ini lancar dan memperoleh haji mabrur hendaknya. amin... 

Sepanjang bulan Ramadan yang lepas, agak kerap juga saya solat terawih di bahagian baru Masjidilharam atau lebih dikenali sebagai kawasan King Abdullah Gate di bahagian Shamia. Saya update hampir setiap hari di facebook dengan hashtag #diariramadan2R. Kalau belum berkesempatan nak baca, boleh juga pergi ke facebook dan taip hashtag tersebut ya. Inshaallah akan keluar diari ramadan saya yang lepas. 

Kalau pada entry yang lepas2 sempat saya bercerita serba sedikit tentang kelebihan mataf yang sedang berada di dalam pembinaan sekarang. boleh lihat link tersebut di sini.. 

Di kesempatan ini pula saya ingin berkongsi maklumat tentang kawasan King Abdullah Expansion ini. Sudah beberapa tahun dibuka terutama pada musim jemaah ramai lazimnya pada bulan ramadan dan musim haji. Projek ini bermula pada tahun 2011, walaupun belum siap sepenuhnya ia sudah mampu memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Pada saya bukan sahaja pada keindahan estetikanya namun dengan ketelitian pada pembinaannya dari aspek architecture mahupun kejuteraannya turut mampu membuatkan mulut melopong dan hati berbunga tatkala menyelusuri setiap ruang yang ada di situ. Ia juga dinobatkan sebagai projek pembesaran terbesar di dalam sejarah islam. Tidak lain tujuannya adalah untuk memberikan keselesaan optimum kepada tetamu-tetamu ALLAH yang bertambah saban tahun. 

Perluasan ini bukan sahaja melibatkan kawasan solat yang baru, malah ia juga merupakan pertambahan menyeluruh yang mengcakupi courtyards sekeliling masjid, service building yang baharu, central ulitity Complex (CUC), hospital, civil defense juga termasuk kelengkapan keselamatan, jambatan penghubung dan juga laluan pejalan kaki.

Pertambahan di bahagian utara di hadapan masjid lama yang melitupi keluasan sebanyak 1,500,00 m2 yang merangkumi keluasan 1,100,000m2 di bina. Bukan sahaja menitikberatkan seni keindahan islam, malahan ianya merupakan pembinaan 4 minarets yang tinggi melebihi 100m dan 2 darinya adalah monumen yang melebihi 400m. Sebagai penambahan, beberapa buah sliding domes yang bersize anggaran 16 to 36m dan juga 29m moveable skylite akan turut sama bakal menjadi keindahan yang mampu memukau pandangan bakal tetamu  ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri.

Saya amat tertarik dengan motto barisan kumpulan tenaga profesional yang terlibat dalam projek pembesaran tempat mulia kesayangan seluruh umat islam ini. Menurut mereka, untuk merealisasikan projek pembesaran yang bakal menjadi sejarah islam ini, kualiti itu perlu diterjemahkan di dalam design yang mampan, ketahanan, ketinggian standart, ketelitian dan juga pemilihan material yang kuat dan kukuh. 

Sebelum menyambung lebih lagi, kita rehatkan minda dengan melihat 3 gambar kawasan masjid King Abdullah gates yang saya ambil dari google ini. terima kasih kepada yang berkongsi gambar-gambar yang sangat indah untuk dilihat ini. 



gambar dari google 

pintu masuk utama.. (gambar dari google)

gambar dari google


Memukau bukan? Itu baru sahaja melihatnya di dalam gambar.. Apabila anda berada di situ sendiri, pasti akan tertegun dengan keindahannya! mashaallah tabarakallah. Terserlah ketelitian serta kehebatan gabungan pereka-pereka hebat seantero dunia yang menggabungkan idea mereka menjadikan ianya sebuah rekaan bombastik penuh dengan ciri keindahan rekaan islam! Yang pasti mereka adalah saudara islam kita yang dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan untuk berkhidmat pada rumah ALLAH ini. 

Lebih istimewa apabila akses di dalam bangunan masjid baru nanti meliputi beberapa jenis akses. Ianya akan meliputi 4 jambatan yang akan menyambung kawasan yang baru dengan kawasan yang lama iaitu 4 jambatan penghubung yang akan menyambung service building ke bangunan baru dan juga 1 jambatan penghubung yang juga bakal menjadi penghubung di antara service building dan massa. 

Selain itu, akses lain di dalam haram area dan setiap level yang merupakan tangga, elavators dan lebih dari 500 escalators yang  berkemampuan untuk beroperasi selama 22 jam setiap hari! 

Tidak hanya itu, 4 buah terowong pejalan kaki dengan jumlah panjangnya adalah 4,200 m bersambung dengan service building dan menjadi laluan hubungan untuk ke AL-Hojoun dan jalan Jarwal. Di setiap terowong tersebut juga terdapat 2 terowong kecemasan. 

Pintu masuk utama pula akan mempunyai 2 gates utama dan juga 11 pintu kecil yang lain. Tidak ketinggalan, akan terdapat 2 helipads yang terletak di Hospital dan security building di Al-Hojoun. 

Setiap perjalanan mana-mana projek pembinaan pasti terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh barisan pekerja mengikut kepakaran mereka. Inikan pula di dalam projek yang bertapak di kota yang tidak pernah tidur ini. Di antara cabaran tersebut adalah mereka perlu menitik beratkan faktor keselamatan tetamu-tetamu ALLAH yang berada di sekitar masjid hampir setiap masa. Waktu bekerja sehingga 20 jam setiap hari, 120 jam seminggu dikuatkuasakan. Peraturan yang ketat terutama apabila kawasan jalan utama perlu ditutup 2 hingga 3 kali sehari ketika waktu puncak.

Bagi menjaga keselamatan awam apabila kerja-kerja pemecahan batu dijalankan secara letupan. Kepakaran mereka teruji lagi apabila perlu memastikan proses letupan terkawal dengan meminimakan pencemaran udara dan bunyi. 


Oleh kerana sumber air adalah sangat penting untuk kita semua, bahkan ia juga adalah keperluan utama untuk keselesaan jemaah, mereka perlu memastikan bahawa sumber air yang terdapat di kawasan sekitar terutama air zam-zam bebas dari sebarang pencemaran. Ternyata banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menyempurnakan projek gergasi ini. Bukan mudah tanpa gabungan tenaga dan penggabungan idea tenaga pakar dan semestinya dengan izin ALLAH swt. 

Akhir sekali, di dalam perjalanan pembinaan sejarah islam terbesar ini, faktor ketahanan  adalah penting bagi memastinya penggunaannya adalah berpanjangan dengan keselamatan yang optima. Pengunaan marble yang berkualiti tinggi digunakan. Dome yang besar juga bakal dibina serta turut dilengkapi dengan caligraphy ayat2 al quran. Faktor ketahanan tersebut turut merangkumi ketahanan dari gempar bumi dan juga suhu yang sangat ekstreme di sini. Untuk dinding pula ianya merupakan concrete yang sgt kuat dengan ketahanan sebanyak 75Mpa dan telah diuji mampu bertahan sehingga ke 100Mpa! jenis stainless steel yang digunakan adalah yang terbaik terbukti tahan karat dengan kos efektif dan kos penyelenggaraan yang rendah. 


Saya nak belanja lagi gambar-gambar di kawasan King Abdullah Gates ini supaya kita sama-sama dapat menikmati seterusnya mensyukuri akan keindahan yang bakal di hadiahkan kepada pancaindera mata. :) Gambar-gambar ini hasil bidikan suami ketika bulan ramadan yang lalu. Tidak sempurna kerana photographer amatur, sekadar berkongsi keindahan. maaf ya.. ^_^





























































MashaALLAH tabarakALLAH.. 


Saya berhenti di sini ya.. terima kasih kerana sudi membaca.. semoga perkongsian ini menjadi titik tolak untuk kita sama-sama lebih menghargai akan usaha semua yang terlibat dalam menaiktaraf dan membesarkan masjidilharam seterusnya merealisasikan impian mereka untuk memberikan keselesaan kepada tetamu-tetamu ALLAH.. amin.. :) 

Kepada semua jemaah haji yang sudah tiba di kota suci mahupun yang sedang menghitung hari dan jam ingin berangkat, sekali lagi saya doakan agar semua urusan anda dipermudahkan serta pulang dengan haji yang mabrur. Allahumma aminn... 








Salam sayang, 

Masnira Ramli.