Saturday, January 12, 2013

update sekolah rania.


Assalamualaikum....

perkongsian kali ini masih berkisar tentang persekolahan Rania. dalam masa 2 minggu ni sudah 2 kali saya ke sekolah tersebut untuk menempatkan rania di situ. sekolah tersebut adalah AL-Batool private/international school yang menggunakan 100% american syllabus. di samping itu ada juga arabic dan islamic class. kawasan sekitar agak memuaskan hati. kali pertama saya pergi ada masalah komunikasi. saya hanya boleh berbual dengan guru memandangkan pihak pentadbiran agak bermasalah untuk berkomunikasi dalam bahasa english. jadi apabila saya sampai dan mencari2 office untuk daftar rania saya tidak mendapat layanan yang baik atas sebab masalah komunikasi ini. nasib baik kebetulan seorang guru lalu di situ dan saya dapat berbual serba sedikit dengan beliau. bolehlah membantu serba sedikit. saya balik dengan perasaan hampa sebab rania terus menerus bertanya bila boleh ke sekolah. oh ya, buat pengetahuan semua, kalau di sekolah perempuan kaum lelaki memang not allowed untuk masuk hatta di bahagian pentadbiran sekalipun. jadi suami hanya boleh hantar saya dan rania hanya sehingga pintu pagar. yang lain adalah atas usaha saya sendiri. dan ini adalah official duty saya yang pertama! memang agak mencabar! ;) 

oleh itu, semalam saya pergi sekali lagi saya ke sekolah itu. kali ini saya bawa translator! hehe... siapa lagi yang saya boleh harapkan selain ustazah salima. alhamdulillah urusan menjadi sangat senang. jadi semalam saya berjaya masukkan rania dalam waiting list! ya, agak kurang bernasib baik kerana mereka tidak menerima kemasukan pelajar baru kerana sudah penuh. saya juga berpeluang melawat sekitar sekolah tersebut dan berjumpa dengan salah seorang guru di situ. alhamdulillah kawasan persekitaran memuaskan hati. komunikasi dengan guru2 pun baik. saya mengharapkan ada tempat untuk Rania 26 january ni bagi kemasukan pertengahan semester. jika tidak bernasib baik, bulan 9 baru rania boleh ke sekolah. :( 

saya tidak ada gambar persekitaran sekolah yang boleh saya kongsikan. saya belum berani untuk mengambil gambar. kebiasaannya kawasan2 seperti itu dilarang mengambil gambar sebab semua staff dan guru free abaya & free hair! itu di antara keistimewaan tidak membenarkan orang lelaki memasuki kawasan sekolah perempuan. mereka boleh bebas tanpa abaya dan tudung! perasaan saya ketika pertama kali menjejakkan kali ke dalam perkarangan sekolah tersebut adalah seperti betul2 berada dalam american school. bukan berada dalam makkah lagi. suasana yang berbeza dengan dipenuhi oleh kaum wanita sahaja.! :) sebelum ni hanya mendengar cerita dan kali ini saya betul berpengalaman merasainya. thanks to rania. :) 





gambar rania untuk daftar sekolah. nampak tak muka excited tu? :) 


gambar signboard je boleh? :p 

No comments:

Post a Comment