Sunday, December 30, 2012

rania...


buah hati saya Rania Athira.. tahun hadapan inshallah akan menganjak 4 tahun. rania lahir je di Malaysia. habis saja pantang saya dah berpindah ke luar Malaysia. macam2 dugaan untuk membesarkan seorang anak di rantauan. dengan pengalaman baru sebagai seorang ibu, saya tetap mencuba untuk jadi yang terbaik. orang kata anak sulung ni memang penuh dengan nostalgia. walaupun anak ke dua saya belum lagi lahir, saya pasti kenangan bersama anak sulung semestinya berlainan. dialah yang mangajar kita dan mengubah kita untuk menjadi yang terbaik. anak sulung lahir dalam keadaan kita tidak berpengalaman sebagai ibu. jadi, kadang2 anak sulung ini menjadi bahan ujikaji. untuk melalui yang baik anak sulung pasti pernah mengharungi yang buruk/kurang baik dahulu. 

apa yang saya cuba sampaikan adalah lately rania dah mula kata bosan di rumah. pagi tadi dia terlalu bosan sampai menangis. kasihan pula saya tengok. jadi, plan untuk hantar rania ke sekolah tahun depan saya cepatkan. inshallah dalam waktu terdekat ni saya akan bawa rania tengok sekolah tersebut. nanti saya update cerita rania dan sekolah pertamanya di Makkah! saya pula yang teruja. pada masa yang sama sedih juga nak lepaskan dia. rania belum pun 4 tahun. tapi, dia matured. percakapan & perbuatan dia seharian tidak seperti kanak2 lain. rania juga gemar berkawan dengan orang besar. sangat fasih bercakap. mungkin dari kecil sayalah kawan rania! pulang dari Malaysia bercuti membuatkan Rania rasa terlalu bosan hanya tinggal dalam rumah sedangkan di Malaysia aktiviti sentiasa penuh dan terisi. dia sudah pandai bezakan kehidupan di Malaysia dan di sini. seringkali dia nyatakan yang dia suka kalau saya boleh driving, bawa dia jalan2 tanpa menunggu dan mengharapkan dada. kadang2 pernah juga dia merungut mahu keluar bebas bermain seperti di Malaysia! dahulu, saya tidak memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serious. tetapi kini saya rasa naluri kanak2 rania memberontak. dia mahu kebebasan dan kadang2 saya rasa kehidupan ini menyekat pekembangannya sebagai kanak2 biasa! atau mungkin cara saya yang mendidik membuatkan rania merasa begitu. mungkin. salah saya juga. 

seperti yang pernah saya nyatakan dalam penulisan saya yang lepas. tinggal di bumi barakah ini terdapat banyak kelebihan tetapi di sulami juga dengan ujian, keburukan, kekurangan. bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang jauh berbeza. walaupun rania bukan dibesarkan di Malaysia. dengan percutian yang singkat sahaja dia boleh membuat perbandingan! bayangkan betapa berbezanya kehidupan di sini sehingga anak kecil boleh membanding bezakan. rania juga pernah berkata, "bonda, jom la kita balik tinggal di Malaysia. di Malaysia ramai orang yang sayangkan kakak." sedih hati saya. dia sudah dapat merasakan kasih sayang keluarga di sana. apatah lagi saya.. pasti merasa rindu dan memerlukan sokongan keluarga.. itu sebab itu jika mr.dada bercuti mesti kami pulang ke Malaysia. walaupun hati teringin bercuti ke negara lain. perasaan rindu dan ingin bertemu keluarga lagi kuat dari itu dan akhirnya kami memilih untuk pulang.. 


saya dan rania ketika di menara condong teluk intan percutian kami yang lepas.. 



ini tok n aki rania. mak n babah saya.. :) rania manja sangat dengan aki. aki orang yang dia selalu muncul dalam cerita rania .... 

adik yang rania ada sekarang. her cousin cum baby brother. almost everyday pun skype. entah apa yang dibualkan dengan waseem ni. hehe.. 

saya terlalu berharap agar rania dapat menyesuaikan diri di sekolah nanti. dengan suasana dan rakan2 yang baru dan dia akan dapat melupakan kerinduannya pada keluarga di Malaysia. inshallah saya dan mr.dada akan usahakan untuk rania ke sekolah paling cepat bulan hadapan. sebelum tu saya akan ke sekolah tersebut untuk melihat terlebih dahulu keadaan di situ. doa saya semoga urusan itu dipermudakan.. amin3..




bonda sayang rania,

6 comments:

  1. Dunia kanak-kanak sememangnya perlu mereka bermain dan bergaul, proses itu penting dlm tumbesaran mereka. InsyaAllah nanti masuk sekolah rania dah tak kebosanan lagi. Bonda jgn risau yer...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt Mas, saya harap Mas tabah melayari kehidupan diperantauan. Saya pernah berpengalaman mengalaminya ketika melanjutkan pengajian di Ireland suatu masa dahulu. Sekarang-kurangnya di bumi barakah ini, tidak perlu risau tentang pemakanan dan cara kehidupan yg perlu dilalui oleh Rania. Saya pada ketika itu perlu mengajar masyarakat keliling yg kurang arif tentang kehidupan seorang Muslim di negara yg anutan kristian katholiknya kuat dengan anak sulung yg sebaya Rania ketika itu. Begitu mencabar, namun di atas keteguhan iman dan kekuatan yg diberikan oleh Yang Maha Esa, kepercayaan kami di terima oleh masyarakat sekeliling dan mereka hormat ke atas pegangan kami sekeluarga.InsyaAllah, lama-lama Rania boleh sesuaikAn diri di sana. Biasalah budak, very energetic. Suka adventure. Anak saya di Ireland dulu pun umur 4 tahun dan Primary 1. She will be ok at school. So, ummi ye bolehlah berehat dan jaga kesihatan di rumah. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr... terima kasih atas pandangan, nasihat dan pengalaman yg dikongsi... apa yang saya khuatir adalah kanak2 disini sangat lasak & agresif. saya bimbang rania juga akan menjadi begitu apabila ke sekolah. sebab itu saya hadkan pergaulannya dengan kanak2 arab di sini.. tetapi apabila ke sekolah pergaulan itu penting. walaupun rania inshallah akan ke sekolah international, masih tidak dapat mengelak dr bergaul dengan anak2 arab. atau mungkin saya yang terlalu prejudis. wallahualam...

      Delete
    2. InsyaAllah Mas, serah segalanya kepada Yang Maha Esa. Setiap hari monitor dan tanya dia perkembangan dia kat sekolah, apa dia belajar, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jika ada perubahan dapat di ubah dari awal. Itu yg saya lakukan dengan anak saya bila dah start sekolah di UK dulu.

      Delete
    3. inshallah saya cuba... terima kasih.. :)

      Delete