lamanya saya tidak berkongsi cerita. banyak sangat cerita/pengalaman yang bertambah semakin hari disamping berat saya juga bertambah! waaaa.... macam2 yang bertambah! tetamu ALLAH bertambah ramai dari masa ke semasa, rumah kami bertambah tetamu, kenalan yang sudah lama tidak bertemu juga alhamdulillah dapat bertemu kami di sini.. daannnnnn saya (mak buyung) ni bertambah malas dari sehari ke sehari! LOL. yang saya rajin tido dan makan. yang lain semua malass... ya ALLAH bantulah hambamu ini.... alhamdulillah kandungan sudah hampir menjejak 6 bulan. keadaan saya juga makin kuat dan stabil. sudah melepasi trimester pertama dan saya sedang enjoy trimester ke dua!
alhamdulillah bulan february ini ramai tetamu ALLAH yang datang. terutama dari Malaysia. kenapa ya? mungkin banyak cuti di Malaysia. oleh itu ramai yang mengambil peluang untuk datang menunaikan ibadah umrah. tahniah saya ucapkan. semoga mendapat umrah yang mabrur. saya sangat seronok berjumpa kalian. terima kasih juga atas buah tangan yang di bawa. saya sangat teruja dan hargai. semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hendaknya aminn... :)
|
tetamu kami dari Qatar. |
|
thnks kak wati & uncle saad sudi berkunjung ke rumah eira. sudah hampir 6 tahun saya tidak bertemu uncle saad dan alhamdulillah bertemu di makkah. dan ini merupakan kali pertama saya bertemu kak wati (anak kepada uncle saad) yang menetap di Qatar. mereka adalah saudara jauh saya. :) |
|
ini pula adalah sepupu mr.dada dari teluk intan, perak. terima bawa kiriman dari ibu. macam2 yang ibu mertua kirim untuk kami. terima kasih + terharu.. |
|
pertemuan pertama saya dengan nenek saudara mr.dada dan juga keluarga beliau. sudah hampir 5 tahun kami berkahwin dan ini perjumpaan kali pertama! dan pertemuan itu adalah di Makkah. mashallah! terima kasih nyaie semah dan keluarga kerana sudi untuk menghubungi dan bertemu kami di sini. masih teringat kata2 nyaie semah (yang sudah berumur 82 tahun) : "nyaie datang mekah ni sebab pertama adalah untuk buat umrah dan sebab ke dua adalah untuk bertemu mamat (nama manja mr.dada di kalangan keluarga. :p) " ya, kami terharu mendengar kata2 nyaie itu...... |
|
lihat keceriaan mr.dada dapat bertemu pensyarah2 beliau di UITM dulu. katanya semua tu pensyarah favourite! alhamdulillah.. :D turut serta adalah ibu dan anak-anak pensyarah tersebut. |
|
ini yang membuat saya sangat teruja! pertemuan dengan sahabat kami semasa menetap di Oman dahulu. mereka semua dari singapore! thnks to kak uswah, hakeem dan family... and untuk aunty rahimah yang bawakan kami banyak buah tangan dari singapore. terima kasih daun keladi.. next time datang bawalah lagi... hehe..
|
setakat ini dahulu untuk entry tetamu2 kami. inshallah ada lagi sahabat dan saudara yang akan menyusul. tak sabar... tak sabar nak jumpa! selalu saya katakan pada mr.dada.. kalaulah kita di Malaysia belum tentu saudara & sahabat dapat berkunjung ke rumah kita. inilah keberkatannya bumi barakah. salah satu keberkatannya adalah dapat menjalin/ mengerat silaturrahim. kami sangat bertuah dapat mengembirakan tetamu2 ALLAH.. alhamdulillah.. :)
salam sayang!
No comments:
Post a Comment