Monday, August 19, 2013

masjid/surau bergerak.






assalamualaikum...

just a quick update. nak share gambar tentang lori  yang di ubahsuai sebagai surau/masjid bergerak. cute kan? dah 2 kali saya terserempak dengan surau bergerak ni di jeddah. kali pertama masa pergi picnic di public beach. tidak ada masjid terdekat di situ (maksud terdekat adalah tidak boleh dengar azan daripada masjid) tetapi kalau pergi dengan menaiki kereta tidak jauh. 5 minit drive dah boleh jumpa masjid. :) sambung cerita. masa picnic tu tak tahu ada 'surau bergerak' ni. kata suami pada saya ambil wuduk guna mineral water then solat dalam khemah sahaja. tetapi tak lama kemudian datang lori ini azan dan bentangkan carpet untuk solat. air untuk wuduk juga disediakan. waaa.... saya sangat impress ok! 

then last friday kami ke fakieh akuarium di jeddah (saya update kemudian k). bertolak selepas solat jumaat. sampai jeddah waktu asar dah masuk. sedang mr.dada cari2 masjid, ternampak surau bergerak ni kat park tepi jalan. mr.dada terus berhenti dan solat di park itu. keterujaan nampak surau bergerak tu buat mr.dada sanggup untuk solat dalam keadaan panas dan berpeluh2. hehe... 

biasanya surau bergerak ini terdapat di public beach atau park atau mungkin di tepi highway. tak perlu susah2 cari masjid/surau. masjid/surau yang datang cari kita. kalau masih beralasan tidak mahu solat, tak tahu nak kategorikan dalam kategori apa lagi...  -__-

gambar yang sempat mr.dada tolong capture. di bahagian belakang lori ini tedapat paip untuk wuduk. 

macam ni lah lebih kurang keadaannya... cool kan? rasa2 macam nak buat service macam ni kat malaysia. buat free untuk tambah saving akhirat. agak2nya ada sambutan tak? ke... kena kutuk sebab dah xcukup masjid ke nak solat katanya. hehe...

Monday, August 12, 2013

Aidilfitri 1434H di Makkah.

Assalamualaikum. hai... selamat hari raya aidilfitri! masih beraya? kami di makkah ni kehidupan dah kembali kepada normal. celebration hanya satu hari di sini. raya ke dua kebanyakkannya dah mula puasa 6. sambutan perayaan di sini sangat meriah. tetapi meriah yang sangat berbeza dengan tanah tumpah darahku!  jom baca serba sedikit pengalaman saya beraya di tanah suci makkah  . semoga pengalaman ini menjadi satu pengalaman bermakna dalam sejarah hidup saya. bukan senang untuk merasai pengalaman sebegini. beraya berjauhan dari ibu bapa & adik beradik itu merupakan pengalaman yang saya fikir akan menjadi terlalu beremosi dan sedih , tetapi alhamdulillah ianya berakhir dengan pengakhiran yang tidak langsung menyedihkan! malah ianya menghadiahi saya satu rasa terlalu bersyukur dipinjamkan ALLAH pengalaman yang terlalu indah ini!  buat pertama kali saya merasakan bahawa hari raya itu bukan hanya merupakan hari perkumpulan semua ahli keluarga, bukan hanya hari untuk makan & minum juadah2 istimewa hari raya atau bergaya dengan baju baru, bukan hanya ziarah menziarahi saudara mara & sahabat handai, tetapi ianya adalah hari untuk meraikan kemenangan! hari untuk kita lebih mensyukuri & berkongsi kemenangan serta kegembiraan sesama kita, jauh sekali untuk bersedih!   perkongsian itu melibatkan semua umat islam.. mashaallah terasa dekat sekali dengan hati2 umat islam di sini. terasa penyatuan itu terlalu indah tatkala takbir yang penuh  semangat bergema ! dan... tatkala takbir penuh semangat tanpa henti itu terdengar, segala sedih sayu saya hilang, tetapi diganti dengan perasaan yang saya gembira. mashallah hari ini 1 syawal dan aku kini berada di dalam bumi makkah. itulah perasaan saya ketika pertama kali merayakan hari kemenangan seluruh umat islam ini. dan saya percaya perasaan itu turut dikongsi oleh semua yang berpeluang meraikannya di sini.. alhamdulillah... 

alhamdulillah kami berpeluang tinggal di hotel Al-safwah royale orchid yang berada betul2 berhadapan dengan masjidilharam atas jemputan seseorang. terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau. semoga ALLAH melipat gandakan rezeki beliau dan keluarga.. amin3... kami berada di situ bermula 28ramadhan sehingga 1 syawal. dapatlah kami beraya bersama2 beribu2 umat islam yang lain pada hari tersebut. turut bersama kami adalah keluarga ustaz syaharudin, keluarga ustaz nasrullah dari madinah dan juga keluarga hj.arshad.. terasa seperti keluarga sendiri apabila bersama2 menyambut lebaran istimewa ini. saya ceritakan rentetan sambutan hari lebaran ini dalam gambar2 di bawah ok. :) 

sambutan bermula pada awal pagi. gambar diatas ketika saya menolong menyiapkan suami yang sudah bersiap sedia dengan baju melayu, songkok & sampin seawal jam 3.30 pagi. jangan terkejut kerana ada yang perlu bersiap lebih awal untuk menempatkan diri di dalam masjid. mereka akan solat subuh dan takbir akan bermula selepas solat subuh dituruti dengan solat sunat aidilfitri.. ketika suami bersiap2, ustaz sya dan keluarga sudah sampai untuk ke masjid bersama2. jadi gambar di atas ustaz syaharudin yang capture. terima kasih atas gambar yang indah dan penuh memori ini. :) 


dah siap... si kecil rania juga memberikan kerjasama yang baik bangun dan bersiap awal.  perancangan kami adalah suami2 membawa seorang anak untuk solat di masjidlharam dan kami, para ibu membawa lg sorang dan bersolat di musolla hotel sahaja. 

tidak mendapat tempat dalam masjid, mereka hanya bersolat di luar masjid.. :) 

kasihan rasyad bonda tak sediakan baju melayu sebab belum ada size beliau. hehe... 

alkisahnya sedang saya bersiap2 untuk pergi solat, mr.dada telefon supaya saya tunggu di dalam bilik sahaja kerana rania & muhammad tidak memberikan kerjasama yang baik ketika mereka solat. jadinya budak bertuah 2 orang ini kena hantar ke bilik dan saya mr.dada tugaskan untuk jadi baby sitter mereka! haha... 

kadang2 baik sangat... tapi selalu bergaduh! hehe... 

rania sebenarnya agak kecewa kerana tidak dapat pulang beraya di Malaysia. lebih lagi rania sudah berangan2 ingin beraya bersama2 aki tersayang! malangnya rancangan berubah dan alhamdulillah rania happy. :) 

pulang dari masjid sempat kami bergambar di bilik hotel sebelum turun ke restoran di saji dan makan bersama2 kawan2 yang lain... 

alhamdulillah atas pinjaman kebahagiaan yang ALLAH berikan.. semoga ALLAH rendahkan hati kami supaya  lebih mensyukuri akan segala limpahan rezeki dan sama2 berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan seterusnya  membolehkan mereka turut sama2 tersenyum di hari kemenangan ini. 

makan2 juadah raya di restoran di saji... 

pulang sebentar ke bilik untuk susukan rasyad sebelum ke masjidlharam... 

di perkarangan masjidilharam di pagi raya! yang paling seronok apabila pakaian raya mr.dada menarik perhatian orang lain yang berada di situ. mana yang belum pernah ternampak 'kostum' ini pasti turut mengambil gambar kami sebagai kenangan untuk di bawa pulang ke negara mereka! haha.. 

muhammad, rania dan syahadah... 

saya bersama2 alya (anak hj arshad), ustazah salima serta rasyad akhyar, rania athira, muhammad & nur syahadah. 



keluarga ustaz syaharudin. inshallah bulan hadapan bakal berlima. :) 

keluarga hj.arshad.. 


YB makkah... YB stand for yang beristeri & yang boroi. :p 

dada & bonda 2R. 

us! alhamdulillah... selamat hari raya maaf zahir & batin dari kami di makkah al mukarramah... :) 





selamat hari raya! ^_^