Monday, August 19, 2013

masjid/surau bergerak.






assalamualaikum...

just a quick update. nak share gambar tentang lori  yang di ubahsuai sebagai surau/masjid bergerak. cute kan? dah 2 kali saya terserempak dengan surau bergerak ni di jeddah. kali pertama masa pergi picnic di public beach. tidak ada masjid terdekat di situ (maksud terdekat adalah tidak boleh dengar azan daripada masjid) tetapi kalau pergi dengan menaiki kereta tidak jauh. 5 minit drive dah boleh jumpa masjid. :) sambung cerita. masa picnic tu tak tahu ada 'surau bergerak' ni. kata suami pada saya ambil wuduk guna mineral water then solat dalam khemah sahaja. tetapi tak lama kemudian datang lori ini azan dan bentangkan carpet untuk solat. air untuk wuduk juga disediakan. waaa.... saya sangat impress ok! 

then last friday kami ke fakieh akuarium di jeddah (saya update kemudian k). bertolak selepas solat jumaat. sampai jeddah waktu asar dah masuk. sedang mr.dada cari2 masjid, ternampak surau bergerak ni kat park tepi jalan. mr.dada terus berhenti dan solat di park itu. keterujaan nampak surau bergerak tu buat mr.dada sanggup untuk solat dalam keadaan panas dan berpeluh2. hehe... 

biasanya surau bergerak ini terdapat di public beach atau park atau mungkin di tepi highway. tak perlu susah2 cari masjid/surau. masjid/surau yang datang cari kita. kalau masih beralasan tidak mahu solat, tak tahu nak kategorikan dalam kategori apa lagi...  -__-

gambar yang sempat mr.dada tolong capture. di bahagian belakang lori ini tedapat paip untuk wuduk. 

macam ni lah lebih kurang keadaannya... cool kan? rasa2 macam nak buat service macam ni kat malaysia. buat free untuk tambah saving akhirat. agak2nya ada sambutan tak? ke... kena kutuk sebab dah xcukup masjid ke nak solat katanya. hehe...

7 comments:

  1. ALLAHUAKBAR!!!

    Kt sana yang masjidnya merata-rata pun, buat servis ni kan sis....Malaysia, lagilah perlu........

    ReplyDelete
  2. Salam. Orang bijak pandai kata, betulkan yang biasa, biasakan yg betul.. Kalau kat Malaysia buat mcm ni, org2 yg 'tak biasa' n 'tak kisah' nak cari tpt smbhyg mungkin tak ada alasan lagi.. Betul, surau n masjid banyak, tp kdg2 kemudahan masjid n surau kurang di tempat2 peranginan dan tepi2 pantai..kalau ada pun sesak, kalau tak sesak pun kotor... org Malaysia kan kreatif dlm bab2 mengotorkan tempat ni...

    akak setuju sgt dik kalau adik nak buat saving akhirat tu...boleh akak share sekali..Insyaallah...!!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. saya berangan je dulu kak.... kena mula menabung dr sekarang! hihi... inshaallah semoga allah tunaikan impian kita... aminn.. :)

      Delete
  3. Salam

    Alangkah baiknya sekiranya kemudahan seperti ini juga ada di Malaysia...boleh jadi projek amal ni...

    ReplyDelete
  4. Masya Allah Tabarakallah...Sukanya....

    ReplyDelete
  5. Di selangor MBSA ada buat surau bergerak. Ditempatkan di sekitar pasar malam, kawasan yg ada aktiviti karnival/pesta. Syabas MBSA!!!

    ReplyDelete