Thursday, October 31, 2013

warm up (morning walk.)

Assalamualaikum....
im backkkkk..... alhamdulillah dah hampir seminggu pulang dari bercuti... pagi tadi sempat morning walk diperkarangan masjidlharam selepas breakfast di Dsaji.. hati dah meronta2 rindu sangat nak melihat kaabah. malangnya saya masih ABC (Allah Bagi Cuti) jadi dapat jalan2 di perkarangan sahaja. tak mengapalah.. sedikit terubat rindu itu walau tidak sepenuhnya.. alhamdulillah..

banyak nak cerita.. tapi nanti ya! apa kata kita tengok gambar yang baru sahaja saya ambil td. sesi warm up dulu k. ^_^






ternampak ramai jemaah haji dari india ni sedang mengutip makanan burung. mula2 agak pelik. kemudian saya teringat saya pernah terbaca yang masyarakat mereka mempercayai makanan burung merpati  (saya tak pasti kriteria yang macammana yang dipilih) dari tanah haram dapat meningkatkan kesuburan. mereka akan bagi kepada sesiapa yang inginkan anak untuk makan. wallahualam.. 










Friday, October 4, 2013

Mahu Pulangggg.... ^_^

Mood sangat baik!

Malam esok saya akan pulang ke Malaysia dan inshaaAllah akan berada di Malaysia sehingga 26hb... oleh sebab itu, blog ini akan sepi sunyi selama tempoh saya di Malaysia. tetapi masih boleh berhubung dengan saya melalui email masniraramli@gmail.com atau boleh melalui facebook! ^_^

Perasaan sangat excited sebab ini pertama kali membawa rasyad akhyar pulang! keluarga sudah tidak sabar untuk bertemu rasyad dan rania juga. doakan semoga saya selamat sampai dan dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik.. biasanya kalau pulang kami akan sentiasa travel dari KL-Pahang-Selangor. doakan semoga kami sentiasa selamat.. aminn...




BYE! 


senyum selalu, :)))

Wednesday, October 2, 2013

Review article dari utusan: Transformasi Masjidilharam, Dimanakah Anak-anak Melayu Kita? oleh, Zaini Hassan.

Assalamualaikum...

hai pembaca blog yang saya hormati, sudah lama saya menyepi. hari ni saya terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang satu article yang saya baca di utusan online. saya kongsi link article tersebut di bawah. :)



Secara keseluruhan, saya tidak bersetuju dengan kebanyakkan dari hasil penulisan tersebut. saya percaya itu adalah pendapat peribadi beliau tetapi tidakkan beliau sedar bahawa penulisan tersebut telah atau sedang  dibaca oleh berjuta-juta rakyat Malaysia? justeru melalui penulisan tersebut terjadi satu fenomena dimana ramai rakyat Malaysia yang memasang hasrat untuk datang bekerja ke Makkah hatta sebagai buruh binaan atau tukang sapu. :) lebih lagi selepas tersebar cerita kisah beberapa tenaga kerja dari Malaysia yang terlibat dalam 'pemasangan mataf sementara di Masjidilharam'. 

sebagai rakyat Malaysia yang hampir 3 tahun menetap di tanah suci Makkah al Mukarramah kerana mengikut suami yang datang bekerja di sini sebagai cost consultan untuk Projek Pembesaran Masjidlharam, saya berpendapat bahawa article tersebut ditulis tanpa kajian yang menyeluruh oleh penulis. suka untuk saya jelaskan bahawa kedatangan penulis ke sini sebagai pemegang visa haji merangkap tetamu ALLAH yang dimuliakan amat2 lah berbeza dengan kehidupan sebenar sebagai rakyat Malaysia yang datang sebagai pemegang resident visa atau lebih dikenali sebagai pemegang iqamah di sini. kedatangan anda sebagai tetamu ALLAH diberikan layanan yang sangat baik oleh kerajaan saudi malah sebaliknya bagi kami yang tinggal di sini. kami terikat kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan saudi. tindakan tegas akan di ambil jika kami melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. 

menyentuh kepada penulisan anda berkenaan tenaga buruh di sini. saya berpendapat bahawa kebanyakkan tenaga buruh yang datang di sini di bawah seliaan syarikat-syarikat yang membekalkan tenaga buruh di peringkat angtarabangsa. saya belum pernah medengar bahawa negara Malaysia telah mengeluarkan tenaga buruh seperti buruh binaan, tukang sapu ataupun pembantu rumah. malah kerajaan Malaysia mengambil pekerja-pekerja luar untuk memenuhi sektor ini di Malaysia. untuk pengetahuan tuan, kebanyakkan pekerja-pekerja yang memenuhi sektor ini di Makkah kebanyakkannya datang daripada negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi menyebabkan mereka terpaksa bekerja ke luar negara dengan bayaran yang sedikit serta meninggalkan keluarga di negara sendiri. saya kira rakyat Malaysia belum sampai kepada tahap tersebut. kebanyakkan orang malaysia datang sebagai tenaga profesional yang menyumbang kepada sektor2 besar serta bekerja dibawah syarikat2 gergasi yang membuat projek-projek besar dan berpengaruh. sebab itu alhamdulillah setakat ini orang-orang Malaysia di pandang tinggi dan dihormati. selain itu, saya belum pernah mengetahui atau mendengar jika kerajaan saudi ada membuat open interview untuk jawatan-jawatan buruh binaan atau tukang sapu untuk masjidlharam ini. jika ada, saya sendiri akan berkongsi 'berita gembira' ini dengan rakan-rakan di Malaysia supaya ramai yang boleh jadi insan bertuah untuk menyumbang tenaga di samping mengumpul sebanyak pahala dengan bekerja di dalam tanah suci ini. 

Menyentuh kepada undang-undang yang perlu kami patuhi sebagai pemegang iqamah seperti yang saya jelaskan di atas tadi, di antaranya adalah kami tidak boleh sama sekali berniaga di sini. termasuk pelajar-pelajar malaysia yang menetap di sini yang menerima tajaan penuh dari kerajaan saudi. jika mereka tertangkap kerana menjual nasi bungkus seperti yang tuan sarankan, mereka akan serta merta dikenakan  tindakan undang-undang seperti dipenjarakan, diberhentikan belajar malah mereka juga kemungkinan akan dihantar pulang serta merta! perkara ini pernah terjadi pada pelajar Malaysia dari universiti Madinah kalau tidak salah saya musim haji 2 tahun lepas. beliau tertangkap ketika sedang menjual nasi lemak bungkus di hotel jemaah haji. atas kesalahan itu beliau telah dipenjarakan sehingga petugas-petugas dari konsulat Malaysia datang dan meminta pihak kerajaan saudi untuk memaafkan beliau dan akhirnya alhamdulillah beliau bebas. saya percaya masih ramai pelajar-pelajar malaysia di sini yang masih curi2 berusaha untuk menambah pendapat sampingan walaupun mereka terdedah kepada risiko2 seperti yang telah saya sebutkan di atas. hal ini terjadi kerana elaun bulanan yang mereka peroleh dari kerajaan saudi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka di sini yang kebanyakkannya sudah berkeluarga. dukacita saya maklumkan bahawa mereka tidak mendapat mana-mana tajaan dari Malaysia. saya juga sebagai pemegang iqamah di bawah suami tidak melayakkan saya untuk berniaga atau membuka apa-apa perniagaan di sini. saya hanya layak tinggal di rumah menjaga anak-anak. :) kalaulah berniaga di sini tidak memerlukan permit rasanya sudah lama saya buka gerai jual nasi lemak dan pisang goreng panas di tepi hotel jemaah haji. lumayan bukan? :) dan proses untuk mendapatkan permit untuk berniaga di sini tidak semudah seperti mendapatkan tapak berniaga di pasar malam di Malaysia! banyak kriteria yang tidak melayakkan kami untuk memohon. 

Berkenaaan tentang peniaga-peniaga dari negara lain yang telah tuan sebutkan dalam article tersebut kebanyakkan mereka terpaksa melupakan risiko-risiko yang telah saya nyatakan di atas untuk mencari pendapatan di sini. kami rakyat Malaysia yang sedar diri tinggal merantau menumpang di negara orang belum cukup kuat untuk memalukan nama negara jika kami tertangkap kerana melanggar undang-undang negara tersebut. kami sebolehnya ingin menjaga nama baik Malaysia justeru  memberi gambaran yang baik kepada orang-orang luar. bunyinya seperti mudah bukan? tetapi hanya yang hidup menumpang seperti kami tahu dan faham jerih perihnya. oleh itu saya dengan rendah diri menyeru pihak tuan atau mana-mana media dari Malaysia untuk tidak sewenang-wenangnya menilai tanpa mengkaji atau membuat kajian lebih terperinci menulis mengikut rasa hati sehingga mengundang kekecewaan kami. 

walaupun Makkah ini adalah tanah suci untuk umat2 islam di seluruh dunia, tempat ini terikat dengan undang-undang yang telah dibuat oleh kerajaan saudi. kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat apa yang kita rasakan perlu atau baik. sedangkan islam sendiri juga menetapkan peraturan-peraturan yang wajib dipenuhi oleh semua umat islam. jika ingkar kita semua maklum akan balasan ALLAH. wallahualam. 

saya dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada penulis jika penulisan saya mengundang rasa tidak baik untuk pihak tuan. saya menghormati kedatangan tuan sebagai jemaah haji dan saya turut mendoakan supaya tuan mendapat haji mabrur. aminn... :) saya juga tidak keberatan jika ada rakan-rakan yang tinggal di sini untuk membetulkan atau menegur jika saya salah dalam memberi penjelasan juga menyeru jika ada-ada penambahan. boleh kongsi dalam ruangan komen. 

message yang saya terima semalam. tinggal dalam makkah pun perlu berdaftar untuk membuat haji. :) 





salam sayang,