Assalamualaikum...
hai pembaca blog yang saya hormati, sudah lama saya menyepi. hari ni saya terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang satu article yang saya baca di utusan online. saya kongsi link article tersebut di bawah. :)
hai pembaca blog yang saya hormati, sudah lama saya menyepi. hari ni saya terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang satu article yang saya baca di utusan online. saya kongsi link article tersebut di bawah. :)
Secara keseluruhan, saya tidak bersetuju dengan kebanyakkan dari hasil penulisan tersebut. saya percaya itu adalah pendapat peribadi beliau tetapi tidakkan beliau sedar bahawa penulisan tersebut telah atau sedang dibaca oleh berjuta-juta rakyat Malaysia? justeru melalui penulisan tersebut terjadi satu fenomena dimana ramai rakyat Malaysia yang memasang hasrat untuk datang bekerja ke Makkah hatta sebagai buruh binaan atau tukang sapu. :) lebih lagi selepas tersebar cerita kisah beberapa tenaga kerja dari Malaysia yang terlibat dalam 'pemasangan mataf sementara di Masjidilharam'.
sebagai rakyat Malaysia yang hampir 3 tahun menetap di tanah suci Makkah al Mukarramah kerana mengikut suami yang datang bekerja di sini sebagai cost consultan untuk Projek Pembesaran Masjidlharam, saya berpendapat bahawa article tersebut ditulis tanpa kajian yang menyeluruh oleh penulis. suka untuk saya jelaskan bahawa kedatangan penulis ke sini sebagai pemegang visa haji merangkap tetamu ALLAH yang dimuliakan amat2 lah berbeza dengan kehidupan sebenar sebagai rakyat Malaysia yang datang sebagai pemegang resident visa atau lebih dikenali sebagai pemegang iqamah di sini. kedatangan anda sebagai tetamu ALLAH diberikan layanan yang sangat baik oleh kerajaan saudi malah sebaliknya bagi kami yang tinggal di sini. kami terikat kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan saudi. tindakan tegas akan di ambil jika kami melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
menyentuh kepada penulisan anda berkenaan tenaga buruh di sini. saya berpendapat bahawa kebanyakkan tenaga buruh yang datang di sini di bawah seliaan syarikat-syarikat yang membekalkan tenaga buruh di peringkat angtarabangsa. saya belum pernah medengar bahawa negara Malaysia telah mengeluarkan tenaga buruh seperti buruh binaan, tukang sapu ataupun pembantu rumah. malah kerajaan Malaysia mengambil pekerja-pekerja luar untuk memenuhi sektor ini di Malaysia. untuk pengetahuan tuan, kebanyakkan pekerja-pekerja yang memenuhi sektor ini di Makkah kebanyakkannya datang daripada negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi menyebabkan mereka terpaksa bekerja ke luar negara dengan bayaran yang sedikit serta meninggalkan keluarga di negara sendiri. saya kira rakyat Malaysia belum sampai kepada tahap tersebut. kebanyakkan orang malaysia datang sebagai tenaga profesional yang menyumbang kepada sektor2 besar serta bekerja dibawah syarikat2 gergasi yang membuat projek-projek besar dan berpengaruh. sebab itu alhamdulillah setakat ini orang-orang Malaysia di pandang tinggi dan dihormati. selain itu, saya belum pernah mengetahui atau mendengar jika kerajaan saudi ada membuat open interview untuk jawatan-jawatan buruh binaan atau tukang sapu untuk masjidlharam ini. jika ada, saya sendiri akan berkongsi 'berita gembira' ini dengan rakan-rakan di Malaysia supaya ramai yang boleh jadi insan bertuah untuk menyumbang tenaga di samping mengumpul sebanyak pahala dengan bekerja di dalam tanah suci ini.
Menyentuh kepada undang-undang yang perlu kami patuhi sebagai pemegang iqamah seperti yang saya jelaskan di atas tadi, di antaranya adalah kami tidak boleh sama sekali berniaga di sini. termasuk pelajar-pelajar malaysia yang menetap di sini yang menerima tajaan penuh dari kerajaan saudi. jika mereka tertangkap kerana menjual nasi bungkus seperti yang tuan sarankan, mereka akan serta merta dikenakan tindakan undang-undang seperti dipenjarakan, diberhentikan belajar malah mereka juga kemungkinan akan dihantar pulang serta merta! perkara ini pernah terjadi pada pelajar Malaysia dari universiti Madinah kalau tidak salah saya musim haji 2 tahun lepas. beliau tertangkap ketika sedang menjual nasi lemak bungkus di hotel jemaah haji. atas kesalahan itu beliau telah dipenjarakan sehingga petugas-petugas dari konsulat Malaysia datang dan meminta pihak kerajaan saudi untuk memaafkan beliau dan akhirnya alhamdulillah beliau bebas. saya percaya masih ramai pelajar-pelajar malaysia di sini yang masih curi2 berusaha untuk menambah pendapat sampingan walaupun mereka terdedah kepada risiko2 seperti yang telah saya sebutkan di atas. hal ini terjadi kerana elaun bulanan yang mereka peroleh dari kerajaan saudi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka di sini yang kebanyakkannya sudah berkeluarga. dukacita saya maklumkan bahawa mereka tidak mendapat mana-mana tajaan dari Malaysia. saya juga sebagai pemegang iqamah di bawah suami tidak melayakkan saya untuk berniaga atau membuka apa-apa perniagaan di sini. saya hanya layak tinggal di rumah menjaga anak-anak. :) kalaulah berniaga di sini tidak memerlukan permit rasanya sudah lama saya buka gerai jual nasi lemak dan pisang goreng panas di tepi hotel jemaah haji. lumayan bukan? :) dan proses untuk mendapatkan permit untuk berniaga di sini tidak semudah seperti mendapatkan tapak berniaga di pasar malam di Malaysia! banyak kriteria yang tidak melayakkan kami untuk memohon.
Berkenaaan tentang peniaga-peniaga dari negara lain yang telah tuan sebutkan dalam article tersebut kebanyakkan mereka terpaksa melupakan risiko-risiko yang telah saya nyatakan di atas untuk mencari pendapatan di sini. kami rakyat Malaysia yang sedar diri tinggal merantau menumpang di negara orang belum cukup kuat untuk memalukan nama negara jika kami tertangkap kerana melanggar undang-undang negara tersebut. kami sebolehnya ingin menjaga nama baik Malaysia justeru memberi gambaran yang baik kepada orang-orang luar. bunyinya seperti mudah bukan? tetapi hanya yang hidup menumpang seperti kami tahu dan faham jerih perihnya. oleh itu saya dengan rendah diri menyeru pihak tuan atau mana-mana media dari Malaysia untuk tidak sewenang-wenangnya menilai tanpa mengkaji atau membuat kajian lebih terperinci menulis mengikut rasa hati sehingga mengundang kekecewaan kami.
walaupun Makkah ini adalah tanah suci untuk umat2 islam di seluruh dunia, tempat ini terikat dengan undang-undang yang telah dibuat oleh kerajaan saudi. kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat apa yang kita rasakan perlu atau baik. sedangkan islam sendiri juga menetapkan peraturan-peraturan yang wajib dipenuhi oleh semua umat islam. jika ingkar kita semua maklum akan balasan ALLAH. wallahualam.
saya dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada penulis jika penulisan saya mengundang rasa tidak baik untuk pihak tuan. saya menghormati kedatangan tuan sebagai jemaah haji dan saya turut mendoakan supaya tuan mendapat haji mabrur. aminn... :) saya juga tidak keberatan jika ada rakan-rakan yang tinggal di sini untuk membetulkan atau menegur jika saya salah dalam memberi penjelasan juga menyeru jika ada-ada penambahan. boleh kongsi dalam ruangan komen.
salam sayang,
Sakit hati baca artikel tu. Suka-suka je buat conclusion sendiri. Apa dia ingat Saudi macam Malaysia ke boleh sesuka hati nak bukak bisnes sana sini. Ewahhhhh! Siram air zamzam baru tahu. Kihkihkih.
ReplyDeletesiram air zam2?? haha.. kelakar nailah nih. ^_^
DeleteArkitek Melayu buat menara jam Mekah? Zaini buat conclusion sendiri lagi.
ReplyDeleteProjek besar macam menara jam Mekah tu, mesti ade designer team yang terlibat..... bukannya ONE MAN show la....
setahu saya, designer Malaysia tersebut adalah salah seorang dari team yang terlibat dlm design utk menara jam. ^_^ bergabung idea dgn engineer2 berpengalaman dari negara2 lain. bravo! ^_^
Deletecorrection: engineer malaysia tersebut
DeleteBravo la Kak Mass....!! patutnya akak la amik tempat kolumnis zaini ni tau..... sembang sebarang je... buat malu sesapa yang bertitle Dato' je....puihh
ReplyDeleteayoyoyo... tak layak rasanya menggantikan tempat beliau. ilmu cetek & pengalaman hidup masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan beliau.
Deletesetuju 900%. ambe terlibat dengan proses pembebasan pelajar yang ditangkap menjual nasi lemak dan melihat dengan kepala mata sendiri betapa sengsaranya pelajar malaysia kita yang ditangkap disumbat ke dalam lokap yang memuatkan manusia dari pelbagai bangsa dan negara. kena mohon ampun daripada gabenor madinah dan merayu utk pembebasan..
ReplyDeleteorang datang umrah/ haji semua indah nampak.. tapi di sebalik dinding yang indah, kita perlu juga belajar2 menilai dan mengkaji ceritanya..
neway, terima kasih atas perkongsian cetusan rasa hati bonda rania ini. keep it up!
ostaz lotfi, terima kasih kerana berkongsi pengalaman! saya sangat2 lah hargai.... ^_^
DeleteSaya telah hampir 3 tahun memegang Iqamah(resident permit) Saudi kerana menjalankan perniagaan catering atas usaha saya sendiri bermodalkan ratusan ribu ringgit. Undang undang di Saudi banyak menyekat kebebasan perniagaan saya tidak seperti di tanah air sendiri Malaysia
ReplyDeletealhamdulillah ada juga orang yang berpengalaman berniaga di sini sudi meninggalkan komen di ruangan ini. saya sangat hargai perkongsian tuan. :) semoga perniagaan bertambah maju!
DeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeleteSister Mas,
p lah antaq semula kat utusan/
supaya mereka boleh betulkan semula penulisan dan persepsi orang yang membaca....
Sis mas, g anta tau....
semoga bermanfaat....
p/s: apa citer rania n her skool experience? hehehe...
terima kasih. saya tak tahu macammana nak hantar. hehe...
Deleterania sgt excited kat sekolah. nanti sy update k. :))
Sister Masnira. Thanks much for the great explanation....
ReplyDeleteu welcome.. :)
DeleteWell done!!! Well answered
ReplyDeleteYup...gud explanation. ..well done. .
ReplyDeleteIkutlah undang-undang negara dimana kita berada.........bukan sesuka hati saja nak buka warung tepi jalan untuk menjual makanan seperti orang indon yang datang kat Malaysia sama ada secara halal atau haram.....penulis di UTUSAN kurang atau tak buat HOMEWORK sebelum menulis......
ReplyDelete