Tuesday, December 3, 2013

rania's school update 4.

Salam..

Dah lama tak kongsi cerita tentang sekolah rania kan? sepanjang hampir 3 bulan rania bersekolah ni saya lihat sekolah ni sangat aktif dengan bermacam2 aktiviti. hampir tiap2 bulan ada sahaja aktiviti yang menyeronokkan! dan rania pun setakat ni masih dalam mood happy bila ke sekolah. complain sikit2 sebab bergaduh dengan kawan, kena punish sebab nakal tu biasalah kan. itu semua part of life, rania… tak boleh manja sangat. untung sekolah rania ada floor maid untuk tolong bawa beg sekolah, tolong bawa pergi toilet. bonda dulu sekolah kampung je anak oi… pernah kena buli, pernah juga membuli. hehe. then rania dah mula mesra dengan hampir semua rakan2 class. kalau sebelum ni hanya berkawan dengan orang yang boleh berbahasa english sahaja, sekarang kawan rania dah bercambah. seronok tengok gelagat mereka di sekolah. satu bonus juga dapat cikgu class yang rajin melayan golongan curious mother ni dengan gambar anak2 ketika di sekolah melalui whatsapp. cikgu class rania buka 1 group dalam whatsapp untuk kami berkongsi gambar dan cerita tentang perkembangan anak2. bukan kawan rania je yang bercambah, bonda pun dapat ramai kawan baru juga. alhamdulillah mereka semua baik2. walaupun ada di antara mereka yang tidak tahu berbahasa english namun mereka cuba sedaya upaya berinteraksi dengan bonda. lebih lagi semasa rania bercuti sakit. hampir setiap hari mereka bertanykan khabar rania.

gambar2 di bawah saya dapat dari page sekolah di facebook, ada yang dikongsi oleh cikgu class rania dan ada yang saya ambil sendiri. jom tengok anak2 comel nih.. mesti senyum sorang-sorang tengok gelagat dan kecomelan mereka.

gambar dari facebook. cikgu art berkongsi aktiviti mereka semasa musim haji baru2 ni. :) 

gambar ini pula semasa bbq party minggu lepas. 


rania bersama roshan dari india & sondoz dari pakistan. gambar ni saya ambil ketika mother-teacher meeting bulan lepas. sempat menjenguk mereka di class. amboi, seronok rania bonda datang bawa adik masuk class. hehe

comel je mereka… mashaallah.. 



masa bbq party. hantar rania ke sekolah sempat ambil gambar mereka.. 

gambar ni di hantar oleh cikgu rania.. 



ahad lepas ada school trip ke billy beez makkah mall. seronok rania 1st time pergi school trip dapat naik bus dengan kawan2. sebenarnya bonda agak khuatir melepaskan rania pergi school trip. mujur cikgu rania rajin update gambar mereka di sana. kurang sikit rasa risau apabila melihat kegembiraan pada wajah mereka. 




alahai..sweet nya mereka… 






ni pula gambar disekolah. masa free aktiviti… :) 



baiklah, setakat itu dulu ya. nanti nak update tentang jiran baru kami. yeay! 

Sunday, December 1, 2013

update cerita sebulan.

Assalamualaikum!

hy.. lama sungguh tak update blog. maaf la kalau buka blog asyik entry warm up je. berapa lama punya warm up da… hehe… ha, tengok tak header baru tu? besau tak? liang roma pun boleh nampak. nampak tak betapa gila glamor kat situ. harap ianya tidak mendatangkan kemeluatan ye.. alkisahnya dah lama nak letak header ada rasyad sekali. itu lah jadinya. tak ada masa nak edit gambar jadi kecik. boleh terima tak alasan tu? boleh lah kannnn…. ^_^

macam2 nak cerita ni. cerita 1 bulan yang tergendala atas beberapa faktor dan faktor yang paling utama adalah masalah kesihatan rania. rania demam agak lama. hampir sebulan on off demamnya. jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian supaya dia sihat dan ceria kembali. mood saya pun jadi tidak menentu bila melihat anak yang menanggung kesakitan. stress sangat! mujur mr.dada ada bersama-sama ambil cuti masa rania di hospital. kalau tidak pasti tidak terlayan rania dan rasyad yang kedua-duanya menuntut sepenuh perhatian saya. alhamdulillah minggu ini rania sudah sihat sepenuhnya. boleh pergi ke sekolah macam biasa. yang paling penting dia sudah kembali ceria seperti biasa. alhamdulillah3..:)

rentetan cerita kami sepanjang tempoh sebulan ini saya kongsi pada gambar-gambar di bawah ok.



miggu pertama rania sakit. awal pagi sesudah subuh bergegas ke hospital sebab sepanjang malam suhu tidak turun. ujian darah dibuat dan tidak ada sebarang masalah serius.

sempat kami membawa anak2 tawaf walaupun ketika itu rania belum betul2 sembuh. 

rania demam semula pada minggu kedua. kali ini agak teruk sehingga dia tidak boleh berjalan! sekali lagi kami bawa ke hospital dan rania perlu masuk ke wad hari itu juga untuk rawatan susulan. doctor menjangkakan mungkin rania demam denggi berikutan banyak kes denggi di makkah sekarang.. 

alhamdulillah ujian darah sekali lagi di buat dan ianya bukanlah demam denggi. hanya viral fever biasa dan rania kekurangan vitamin D. jadi keesokkan harinya saya meminta pada doctor untuk membenarkan rania keluar memandangkan keadaan emosinya sangat teruk bila berada di hospital.. 

rasyad… dah 5 bulan mashaallah! 

birthday saya yang ke 27tahun jatuh pada 17 november. suami ada bertanyakan apa yang saya mahu untuk ulangtahun kelahiran kali ini. saya menjawab saya hanya mahu rania sembuh seperti sediakala. namun suami sempat merancang untuk membuat kejutan untuk saya! alhamdulillah2… tidak ada apa doa saya kini melainkan untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. semoga dengan pertambahan umur akan meningkat keimanan saya kepadaNYA. saya selalu memohon agar diberikan hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredhainya. saya mahukan keluarga yang sakinah, anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat dan juga keberkatan di dalam kehidupan. serasa masih jauh. masih merangkak untuk menggapainya. dengan semua limpahan rezeki yang ALLAH berikan saya mahu dijauhi dari sifat riak & takbur. saya ingin memperbaiki hubungan dengan ALLAH juga sesama manusia… permudahkanlah ya Rabb… 

apabila kesihatan rania semakin pulih saya bawa bersolat di masjidlharam. rindu. seperti ingin selalu berada di rumahMU… 

musim orang tempatan ke masjid. all black di bahagian solat wanita. pulang dari masjid. rania sakit lagi. kali ini sakit telinga kerana infection.. 

untuk menghiburkan rania, sempat berpicnic bersama family di arafah. mencari tempat tenang, damai dan bersih akhirnya membawa kami ke sini.. mashaALLAH… sungguh hilang seketika kerisauan.. 

dan rania pun nampak sangat happy pada hari tersebut.. walaupun pulang dari picinic kami bawa rania ke hospital semula. dah sah telinga dijangkitan kuman… 

akhirnya rania sembuh seperti sediakala dannn… gambar ini diambil sewaktu menghantar rania kesekolah. setelah hampir 2 minggu bercuti sakit. alhamdulillah cuaca yang sejuk dan hijauuu… yang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang memandang. 

mashaallah gambar di ambil di taman berhampiran rumah saya… sungguh indah kehidupan kami di sini.. alhamdulillah… terima kasih ALLAH.. :)
sekian….. :))