Salam..
Dah lama tak kongsi cerita tentang sekolah rania kan? sepanjang hampir 3 bulan rania bersekolah ni saya lihat sekolah ni sangat aktif dengan bermacam2 aktiviti. hampir tiap2 bulan ada sahaja aktiviti yang menyeronokkan! dan rania pun setakat ni masih dalam mood happy bila ke sekolah. complain sikit2 sebab bergaduh dengan kawan, kena punish sebab nakal tu biasalah kan. itu semua part of life, rania… tak boleh manja sangat. untung sekolah rania ada floor maid untuk tolong bawa beg sekolah, tolong bawa pergi toilet. bonda dulu sekolah kampung je anak oi… pernah kena buli, pernah juga membuli. hehe. then rania dah mula mesra dengan hampir semua rakan2 class. kalau sebelum ni hanya berkawan dengan orang yang boleh berbahasa english sahaja, sekarang kawan rania dah bercambah. seronok tengok gelagat mereka di sekolah. satu bonus juga dapat cikgu class yang rajin melayan golongan curious mother ni dengan gambar anak2 ketika di sekolah melalui whatsapp. cikgu class rania buka 1 group dalam whatsapp untuk kami berkongsi gambar dan cerita tentang perkembangan anak2. bukan kawan rania je yang bercambah, bonda pun dapat ramai kawan baru juga. alhamdulillah mereka semua baik2. walaupun ada di antara mereka yang tidak tahu berbahasa english namun mereka cuba sedaya upaya berinteraksi dengan bonda. lebih lagi semasa rania bercuti sakit. hampir setiap hari mereka bertanykan khabar rania.
gambar2 di bawah saya dapat dari page sekolah di facebook, ada yang dikongsi oleh cikgu class rania dan ada yang saya ambil sendiri. jom tengok anak2 comel nih.. mesti senyum sorang-sorang tengok gelagat dan kecomelan mereka.
|
gambar dari facebook. cikgu art berkongsi aktiviti mereka semasa musim haji baru2 ni. :) |
|
gambar ini pula semasa bbq party minggu lepas. |
|
rania bersama roshan dari india & sondoz dari pakistan. gambar ni saya ambil ketika mother-teacher meeting bulan lepas. sempat menjenguk mereka di class. amboi, seronok rania bonda datang bawa adik masuk class. hehe |
|
comel je mereka… mashaallah.. |
|
masa bbq party. hantar rania ke sekolah sempat ambil gambar mereka.. |
|
gambar ni di hantar oleh cikgu rania.. |
|
ahad lepas ada school trip ke billy beez makkah mall. seronok rania 1st time pergi school trip dapat naik bus dengan kawan2. sebenarnya bonda agak khuatir melepaskan rania pergi school trip. mujur cikgu rania rajin update gambar mereka di sana. kurang sikit rasa risau apabila melihat kegembiraan pada wajah mereka. |
|
alahai..sweet nya mereka… |
|
ni pula gambar disekolah. masa free aktiviti… :) |
baiklah, setakat itu dulu ya. nanti nak update tentang jiran baru kami. yeay!
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeletejelesnya...
she must be an adorable kids... looks like everyone loves rania much...
tapi dia adalah yang paling "small in size"... hehehe...
okay rania, maintain cute tau aweqs melayu... hehehehe...
take care...
Menarik info yg ditulis.brguna utk umrah saya Mac nanti..Semoga dipermudah Allah..
ReplyDelete