Assalamualaikum!
Hy para pembaca..
Alhamdulillah dah datang mood nak membebel disini..
di ruangan ini sahaja boleh membebel tanpa henti.. tanpa ada yang mencelah. kan?
so hari ni nak cerita tentang buku yang telah saya kongsikan serba sedikit pada entry yang lepas.
buku sulung saya tu.. dah keluar alhamdulillah..
perkongsian yang bergenre journal, diari ataupun boleh juga dikenali sebagai travelog ini mengisahkan diari kehidupan saya di Makkah sepanjang 5 tahun saya berada di sini.
tetapi tidak lah secara menyeluruh. saya hanya berkongsi akan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang saya berada di Makkah. pastinya tidak keseluruhan... saya simpan sedikit sebagai bahan cerita untuk buku ke dua nanti... :)
Buku terbitan Humaira Production ini merupakan bacaan santai yang ringan semestinya tidak memberatkan pembaca. gaya bahasa yang saya digunakan juga sangat mudah difahami. namun saya jauh dari yang terbaik. masih dalam peringkat belajar. memandangkan buku ini adalah penulisan sulung saya dalam bentuk naskah, saya memohon maaf kerana pasti di dalam nya terdapat banyak kelemahan yang akan saya perbaiki dari semasa ke semasa.
sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini pasti mempunyai gambaran serba sedikit akan cerita-cerita yang terdapat di dalam buku ini! namun, pengolahan dengan lebih terperinci saya lakukan supaya jalan cerita menjadi lebih menarik. sememangnya peristiwa-peristiwa pahit, masam, masin dan manis masih segar di dalam ingatan walaupun sudah hampir 5 tahun ianya berlalu
Buku boleh di dapati di Popular, MPH seluruh semenanjung Malaysia atau di kedai-kedai buku seperti Badan Cemerlang bookstore, Syarikat Muda Osman (SMO) dan Hasani Bookstore.
Untuk pembelian online boleh layari,
melalui facebook page Humaira Bookstore atau
instagram Humaira Publication..
Jika anda sudah membeli dan membaca, jangan lupa share review dengan saya di facebook saya Masnira Ramli atau di instagram Rushmiera
sebarang review anda boleh menggunakan hashtag #embarakasangdiselimutioasis
segala sokongan serta kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih... sayang semua..!
Wah sudah jadi penulis. Hebat ni.
ReplyDeletetahniah
Allahu.. tak hebat pun.. alhamdulillah.. 😀
DeleteInsha allah saya akan beli dan baca buku ini.. Boleh minta autograf penulisnya...
ReplyDeleteterima kasih.. boleh.. dtg jmpa sy di makkah ya.. 😀
Delete