Monday, June 10, 2013

kisah suka duka kelahiran RASYAD AKHYAR..

Assalamualaikum..

      Sudah lama membiarkan laman ini sepi tanpa sebarang khabar berita. ada cerita yang saya tulis tetapi semuanya hanya separuh jalan dan tersimpan rapi di dalam draf. nak sambung malas. ishh.. ada tak perkataan yang lebih manis di dengar daripada perkataan malas tu. ianya berbunyi terlalu negatif. walhal itulah sikap negatif yang terlalu sukar untuk dikikis. bila dah sampai virus M tu. semua benda tak jadi! bahaya.

     Entry kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman melahirkan seorang hamba ALLAH yang sangat bertuah kerana lahir di dalam tanah haram, MAKKAH AL MUKARRAMAH! yeay, alhamdulillah buat pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel (mana ada baby tak comel) pada tanggal 4 june 2013 yang lepas. ianya satu pengalaman yang terlalu banyak cerita suka duka dan penuh emosi. haha... (bolehlah ketawa bila dah melepasi saat2 menyiksakan tu kan... :p) ya ALLAH saya bukanlah terlalu taksub atau teringin sekali untuk melahirkan anak di sini. malah pada perancangan awal saya memang bercadang untuk melahirkan di Malaysia sahaja. tetapi ALLAH itu sebaik2 pengatur. Dia telah menetapkan bahawa anak kedua saya ini dilahirkan di bumi barakah ini dengan seribu kemanisan untuk di kenang. sekaligus, menguatkan lagi rasa cinta saya pada tanah suci ini. kenangan yang semestinya tidak akan padam selagi memori itu ALLAH izinkan untuk terus kekal di dalam kotak ingatan......

      Perjalanan mengandungkan zuriat kedua ini tidak seperti yang pertama.. saya mengalami pendarahan pada awal kehamilan ketika sedang menunaikan fardhu haji. ketika itu saya yakin bahawa 'nyawa' yang dikandung sudah tidak ada melihatkan jumlah pendarahan tersebut. masih terbayang saya berjalan kaki untuk melontar pada hari kedua haji dengan perasaan yang hancur lebur mengenangkan bayi yang saya kandung. kaki ini melangkah dengan air mata.. dengan perasaan yang sungguh kecewa.. hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. tetapi tidak ada sedikitpun rasa menyesal kerana membuat keputusan untuk terus menunaikan rukun islam ke lima itu dalam keadaan awal kehamilan! malah, dalam kesedihan itu saya nekad bahawa haji adalah jihad saya. saya yang memilih jalan itu dan tidak mungkin saya akan menyesal. dalam kepastian bahawa janin itu sudah 'pergi', saya masih berdoa sepenuh hati supaya ianya masih selamat. ianya masih bersama saya. dan alhamdulillah ALLAH masih mengekalkan ia disitu. selepas 2 hari habis haji, doktor mengesahkan bahawa ianya selamat dan sihat! masyaALLAH, tidak terkata kegembiraan dihati. saya menganggap ianya satu keajaiban! :)

      Kemudian saya diuji lagi pada kandungan mencecah 5 bulan. ketika itu saya baru sahaja pulang dari Malaysia menghabiskan masa2 bersama keluarga. selepas kembali semula ke makkah, 2 hari selepas itu saya muntah tidak berhenti selama 1 malam. tidak pasti kenapa. mungkin salah makan. tapi saya tak pasti apa yang salah itu. saya di masukkan ke wad selama 3 hari dan alhamdulillah kandungan masih sihat. bayi yang dikandung tidak terjejas hanya kesihatan saya yang teruk. tinggal 3 hari di wad bukan satu benda yang manis. saya tidak kisah akan segala rawatan atau sakit yang terpaksa saya tanggung, tetapi saya lebih memikirkan keadaan rania (anak sulung saya) yang tidak pernah berpisah dengan saya. ditambah pula dengan kesibukkan suami yang bekerja. saya tidak ada keluarga di sini. hanya kawan2 yang banyak membantu! alhamdulillah hari pertama rania tinggal di rumah salah seorang sahabat yang sangat baik dan selebihnya suami Mr.dada bawa Rania ke tempat kerja beliau. dan rania happy je pun! saya yang terlebih emosi. hehe. cuma, rasa kasihan pada suami yang terpaksa berulang alik dari rumah, office dan hospital tidak dapat ditahan. paling kasihan apabila beliau terpaksa memangku rania yang sedang tidur kepenatan ketika meeting! saya cuba membayangkan situasi beliau. alhamdulillah bapa dan pekerja yang komited! :p dengan itu secara rasminya rania adalah satu-satunya wanita yang berjaya menerobos masuk di office yang ternyata 'wanita not allowed' tersebut! haha... syabas rania! rekod tersebut masih utuh.

      Kemudian, kandungan berjalan baik dan sihat alhamdulillah.. gynae yang saya pilih berbangsa Jordon. seorang specialist in caesarean. dari awal saya telah memilih untuk bersalin secara caesar memandangkan rania juga bersalin secara caesar dan keadaan kandungan saya yang tidak bermula dengan baik. dalam pada berkira2 dan masih terfikir dan mencari jalan penyelesaian samaada untuk melahirkan di makkah atau di Malaysia. perhitungan positif dan negatif saya buat. ada kelebihan dan kekurangan yang terpaksa saya fikirkan. tetapi yang paling saya gusar adalah jika ingin melahirkan di Malaysia saya terpaksa pulang pada usia kanungan 7 bulan kerana masalah pendarahan pada awal kehamilan tersebut.    oleh sebab itu hati sudah kuat di Makkah sahaja. selebihnya saya tawakal. jika di akhir kehamilan tiba2 saya nekad untuk pulang ke Malaysia, itu perkara lain. semakin dekat dengan tempoh melahirkan, hati saya semakin kuat untuk melahirkan di Makkah sahaja. ianya lebih kuat selepas umrah saya pada usia kandungan 7 bulan. jadi saya khabarkan pasa ke dua mak dan abah yang memang berharap saya pulang. saya tahu mereka agak kecewa mendengarkan keputusan saya. alhamdulillah mereka memahami. suami juga menyakinkan saya bahawa beliau akan cuba sehabis baik menjaga saya, rania dan bayi yang bakal lahir.. segala keperluan beliau cuba penuhi. saya semakin nekad kerana suami juga menunjukkan prestasi yang baik semasa menjaga saya ketika berpantang kelahiran yang pertama. tidak dinafikan beliau seorang yang penyabar untuk menangani 'mood' orang dalam pantang! :p

         Ok, keputusan telah dibuat. pada trimester terakhir kami bertiga menjalani rutin seperti biasa.. check up tiap2 bulan dengan perasaan tidak sabar2 menanti cahaya mata kedua ini. lebih lagi bila mengetahui jantina baby! pada usia mencecah 8 bulan saya sudah dapat date hari kelahiran. doctor menetapkan untuk caesar pada usia kandungan mencecah 38 minggu. iaitu 2 minggu sebelum due date. oh, tidak sabarnya saya ketika itu. tidak dinafikan perasaan takut dan berdebar2 itu ada. tetapi perasaan ingin melihat baby yang dikandung selama 9 bulan itu mengatasi perasaan takut! sempat saya berseloroh dengan suami yang saya ingin melahirkan pada hari jumaat. apabila suami tanya kenapa, saya kata kalau jadi apa2 pada saya (mati) ketika pembedahan tersebut, dapatlah saya mati hari jumaat! saya bercakap dengan berseloroh tetapi suami agak gusar. hihi.. (mana lah layak manusia penuh dosa ini mati di hari jumaat)

       Menjelang tarikh melahirkan. seminggu sebelum tarikh pembedahan, ujian darah terlebih dahulu dibuat. dan mengejutkan apabila hemoglobin saya hanya tinggal 8.1! terlalu rendah dan sangat berisiko untuk melahirkan secara normal mahupun caesarean. doktor agak terkejut dengan keputusan tersebut dan membuat keputusan agak drastik dengan postpone tarikh operation dan meminta saya warded hari itu juga untuk buat pemindahan darah! saya tidak pasti perasaan saya ketika itu. semestinya saya agak kecewa kerana selama ini standart pemeriksaan kehamilan di sini tidak ada blood dan urine test kecuali pada awal kehamilan sahaja. tidak kerap seperti di Malaysia. saya 'sedar' yang saya memang mempunyai masalah genetik yang menyebabkan saya anemia. masalah ini saya tahu ketika mengandungkan Rania. tetapi tidak melalui pemindahan darah kerana doktor tahu agak awal berbanding dengan keadaan ini. bayangkan saya tahu ketika kandungan saya mencecah 37 minggu! bila2 masa sahaja saya boleh melahirkan dan kelahiran itu mengancam nyawa saya. setelah meminta pandangan ramai pihak terutama kakak ipar saya yang banyak memberikan pandangan, juga doktor dan hospital lain yang saya kunjungi, keputusan untuk bersetuju untuk membuat pemindahan darah saya terima. oleh itu tarikh operation dilambatkan. untuk mendapat bekalan darah juga bukan senang. suami terpaksa menguruskan sendiri dengan unit bank darah makkah kerana hospital tiada bekalan darah jenis B+ ketika itu. untuk mendapatkan bekalan darah, suami perlu membawa 4 orang untuk menderma darah sebagai ganti darah yang di ambil untuk saya. saya terhutang darah pada mereka! siapa mereka saya bagitahu kemudian k. bagi suspend sikit. :) dengan musim panas yang mencecah hampir 50 degree waktu siang, dengan keadaan suami yang sibuk bekerja disamping perlu menjaga rania (again, rania dapat ikut dada ke office) suami bertungkus lumus untuk mendapatkan darah untuk saya! perasaan saya yang hanya menunggu di wad amatlah tidak senang memikirkan suami dan rania yang kesana kemari dengan cuaca yang panas hanya untuk saya dan baby! hanya doa yang mampu saya iringi supaya kesihatan mereka baik terutama rania yang baru mendapat athsma akibat masalah habuk. doktor juga meminta supaya menghadkan aktiviti luar. selepas pemindahan darah, saya perlu menyambung dengan iron pills dan iron drip everyday bagi memastikan keadaan saya betul2 stabil untuk menjalani proses kelahiran.

      Alhamdulillah selepas tempoh yang diberikan doktor dan darah serta iron yang saya ambil. doktor membuat keputusan bahawa pembedahan boleh dilakukan pada 3 june 2013 pada hari isnin. saya gembira kerana proses mengambil iron yang agak menyakitkan akan berakhir. kata saya pada suami tidak mengapalah jika baby tak dapat lahir hari jumaat, tetapi dapat lahir pada hari isnin. sama hari dengan kelahiran nabi. saya fikirkan bahawa ujian ini sudah berakhir rupanya belum lagi! sehari sebelum kelahiran kami dikejutkan dengan kesemua bilik wad penuh dan saya tidak mendapat tempat. sekali lagi kami terpaksa menunggu sehingga ada kelapangan dan akhirnya operation delay 1 hari.. lahirlah zuriat kedua saya pada hari selasa, 4 june 2013 pada jam 10.40 am secara caesarean. alhamdulillah pembedahan berjalan lancar cuma saya perlu dibius 2 kali kerana bius pertama tidak berkesan! suspend juga ketika itu. dan ternyata.. ALLAH maha mengetahui.. ALLAH sebaik2 perancang.. takdir ini telah disusun dengan baik. Dia memberikan saya kemudahan selepas kelahiran. memberikan saya proses penyembuhan yang agak cepat dan kesihatan yang baik serta baby dan Mashallah sangat baik dan tidak banyak ragam. pada boleh berjalan kurang 24hours selepas pembedahan dan dapat pulang ke rumah pada hari ketiga. dan ketika sedang menulis entry ini alhamdulillah saya sihat dan bertenaga pada hari ke 6.. terima kasih ya ALLAH atas kemudahan ini.

RASYAD AKHYAR... permata hati kedua kami.... lahirnya kamu ke dunia ini menambah kebahagiaan yang sudah sedia ada pada keluarga kecil ini. jadilah seorang yang soleh, yang akan berjuang ke jalan islam. kamu insan terpilih kerana dilahirkan di tanah suci Makkah dengan penuh kegembiraan DaDa, Bonda dan kakak Rania! terima kasih kerana memilih bonda yang penuh kekurangan ini sebagai ibu kamu. ingat perjanjian mu dengan ALLAH sebelum melihat dunia. semoga kamu membesar sebagai manusia baik & berguna pada agama ALLAH ini. aturan ALLAH ini cukup meninggalkan memori yang indah kepada saya. andai saya sudah tidak lagi tinggal di bumi Makkah ini, saya pasti akan kembali kerana kenangan yang beharga di sini. ianya berjaya membuat saya lebih menghargai dan menyanyangi bumi barakah ini. alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH atas anugerah yang kau berikan. jadikan aku orang yang kuat untuk mendidik dan menyanyangi amanahMu ini... :)





CTG room. menonton live dr masjidilharam serta alunan ayat al quran ketika sedang melakukan CTG 

CTG.. 

dinner ketika dalam wad dapat burger! :) 



ini wanita yang dapat masuk tempat derma darah orang lelaki. hehe


rasyid. salah seorang yang berjasa kerana ingin menderma darah malangnya terdapat masalah yang tidak mengizinkan. apapun saya sangat hargai usaha dan pertolongan anda, rasyid. 

penderma pertama, pelajar dari umm qura, ridhuan. jutaan terima kasih saya ucapkan. jasa anda akan dikenang sehingga bila2... hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. 

sebelah kiri, fahmi juga seorang pelajar umm qura university dan sebelah kanan Amzy, seorang tenaga professional untuk Jabal Omar project. kedua mereka pertama kali menderma darah! terima kasih. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian. my husband tidak layak untuk menderma atas masalah kesihatan & under medication. 



after 2 unit darah, tangan pun bengkak. 

blood transfusions. 



setelah 2 unit darah, keadaan HB saya masih rendah. hanya naik sedikit dari 8.1 ke 9.2. jadi saya terpaksa mengambil iron pills dan iron drip setiap hari. jadi saya perlu ke ER selang sehari untuk mengambil iron drip. bersama my angel! penguat semangat saya. :) 

ketika mengambil iron drip... 

he's my superhero! lelaki yang menjadi tulang belakang saya... beberapa minggu sebelum melahirkan beliau memang kelihatan sangat keletihan! tekanan kerja, kurang tidur, summer, dan juga terpaksa menjaga saya dan rania. sebelum pergi kerja beliau masakkan saya & rania breakfast dan juga lunch. seawal 4 pagi beliau bangun, memasak, pergi office, pulang belum sempat rest terpaksa bawa saya ke hospital untuk ambil iron drip. itu belum masuk melayan kerenah rania.. mandikan, bawa jalan2 etc... ya ALLAH.. terima kasih. :) 



sebelum ke operation room. ya, saya agak tenang kali ini berbanding dengan semasa melahirkan rania dulu. alhamdulillah... 

4 june 2013, 10.40am. lahirnya permata hati kedua kami... alhamdulillah... 



dalam bilik wad pun disediakan minuman bikarbonat. betapa orang arab terlalu suka pada minuman ini! 



my angels! 

lihat saja kegembiraan rania dan keletihan wajah mr.dada itu. hari kedua selepas melahirkan. suami sempat tidur hanya beberapa jam kerana menemani saya di wad selepas melahirkan. 

2nd day.... 




my Rania Athira & Rasyad Akhyar. amanah terindah ALLAH untuk saya dan suami... alhamdulillah... 

6 days old! i love u baby!


Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada semua yang menyumbang kudrat & doa kepada saya. terutama kepada keluarga saya di Malaysia yang banyak mendoakan saya serta sahabat handai saya di sini. juga sahabat di alam maya.. di facebook mahupun di blog ini.. setiap doa yang dititipkan untuk saya, saya sangat hargai. semoga ALLAH membalas segala kebaikan kalian... untuk suamiku yang menjaga sepenuh hati.. terima kasih kerana melayan kerenah 9 bulan sepanjang kehamilan. belum habis lagi tau.. confinement baru 6 hari ni. ada banyak hari lagi untuk melalui kerenah berpantang pula. hehe.. alhamdulillah walaupun suami tak dapat cuti panjang atas tuntutan kerja, beliau menyediakan helper untuk saya. terima kasih..... :) akhir kata, saya tak balik raya tahun ni sebab suami tak dapat cuti! :p uwaaaaaa... tangisan dalam senyuman.. alhamdulillah.. terima kasih... 





Monday, March 4, 2013

rania's 4th birthday celebration..

Tahun ni birthday celebration rania agak simple. selalunya bonda yang paling excited buat persiapan untuk birthday party rania. but this year bonda plan lain sikit. luar dari kebiasaan. rania dah 4 tahun. rasanya banyak benda yang rania dah faham dan boleh ingat sampai bila2. inshallah... so, birthday celebration rania kali ni lebih bermakna kalau celebrate dengan bonda dan dada sahaja. plus, bonda kurang tenaga untuk buat persiapan. :)

kebetulan birthday rania tahun ni jatuh pada hari jumaat. weekend kat cni. jadi celebration bermula dari rabu malam lagi.. rabu malam khamis tu bonda n dada bawa rania pergi buat umrah. umrah kali ini special untuk rania. bonda pesan banyak kali pada rania supaya jangan lupa doa banyak2 untuk rania dan semua orang yang rania sayang. alhamdulillah rania dah mula faham dan serius semasa umrah. bonda banyak perhatikan rania. masa tawaf rania banyak merenung kaabah dan kurang beri perhatian pada orang sekeliling. kedudukan rania semasa tawaf adalah diatas bahu dada. so, sangat mudah untuk rania melihat kaabah tanpa halangan walaupun keadaan agak sesak. selain pembesaran di kawasan tawaf, kedatangan tetamu ALLAH yang semakin bertambah juga menjadikan keadaan masjidilharam sentiasa sesak setiap masa. alhamdulillah perjalanan umrah kami lancar dan menyeronokkan. saya juga sihat ketika itu. cuma, saie kami menyewa scooter yang disediakan untuk kemudahan. bonus untuk mak buyung! ;)


gambar sekitar kawasan tawaf... banyak kren... 

ramai.... alhamdulillah... 


dada n rania sebelum memulakan tawaf. position rania untuk tawaf. agak bahaya untuk rania berjalan sendiri kerana keadaan agak sesak. 

alahai... penatnya rania... mcm lah berjalan sendiri masa tawaf. hehe... gambar usai solat sunat tawaf .. 

kaunter untuk dapatkan scooter.. 

ramai juga yang q untuk menyewa scooter. kami menunggu hampir 30 minutes untuk mendapatkan kenderaan tungganggan! ;) 

drivers mak buyung. hehe... 

ini driver paling kecik... 

selesai umrah.... tunggu mr.dada bercukur... 

sedihnya kasut saya hilang.. saya rasa di curi orang... sbb kasut saya letak bersama kasut dada n rania dalam stroller. tetapi, hanya kasut saya yang hilang. kasut dada dan rania terletak elok dalam stroller tersebut. sedih sebab ia adalah di antara kasut favourite saya! merasa juga saya pakai kasut yang selalu jemaah umrah/haji pakai ni. mr.dada belikan.. hehe... 

dah botakk! 

birthday girl! :)


Pada keesokkan harinya, saya dan my.dada pada awalnya plan untuk meraikan rania dengan makan malam di hotel. tetapi rania pula request nak tiup lilin dan potong cake dengan kawan2nya. hampir semua nama kawan2 rania di sini rania sebut. tak sampai hati pula untuk mengecewakan birthday girl ni. jadi, small party saya buat untuk rania. it was unplanned. jadi tak dapat lah nak jemput semua sahabat dan kawan2 rania, bonda n dada di sini. hanya sempat menjemput ustaz syaharudin and family, dan jiran terdekat. keluarga abg azam n keluarga abg abdillah. kebetulan ustaz syaharudin berkongsi tarikh lahir bersama rania! so, celebrated la sama2.. :) alhamdulillah walaupun simple tetapi meriah. maaf pada kawan2 yang tidak dijemput. semuanya secara mengejut dan tidak dirancang!

birthday cake. rupa kurang menarik tapi rasa sedap! 



rania, ustaz syaharudin (rania panggil ayah) dan muhammad. anak sulung ustaz. semoga rania menjadi penghafaz al-quran seperti ayah.. insahallah... 

rania look happy that night! alhamdulillah... we choose a right decision to replace a special dinner at hotel with a  small/simple birthday party at home! as long as u happy darling. 

look at all happy faces there! im blessed... 

muhammad wakilkan ayah potong cake..hehe.. 

rania still excited dgn cakenya... look at the adorable girl in white n red dress! she is aisyah humairah...  geget kang! geram tengok. ;)) 



eh, bonda pun nak tumpang sekaki... 

we..... n ustaz n his family... cheeky rania! 



yes, we r so happy n enjoy... alhamdulillah... 



3 of us. eh, 4 actually! :) 



finally kak zah dtg... lewat sikit... 

kak niza & kak zah... malaysian neighbour yg paling dekat... 


mr.dada & abg.azam.. 

Selepas small party untuk rania pada khamis malam, dannnn...pada hari jumaat barulah bawa rania shopping hadiah! saja letak part hadiah pada hari terakhir. bawa rania ke shopping mall dan pilih sendiri hadiah yang dikehendaki. apa lagi, seronoklah birthday girl kan.. banyak juga toys baru yang rania pilih. selepas makan, kami pergi cari hadiah yang memang dah lama kami plan. sebenarnya saya dan mr.dada sedang cuba mengajar rania untuk tidur sendiri. jadi kami pilih tarikh ini untuk bawa rania ke kedai perabot dan pilih katil sendiri! dah dapat dan esok baru sampai. so rania.. silalah tabah tidur seorang ya.., kakak dah besar.. bonda yakin kakak pasti enjoy tidur sorang2... hehe..



pilih hadiah... 

she choose baking set and doctor tools set... 

im happy! 

terlalu excited! xsempat balik rumah dah minta buka.. her baking set... di food court makkah mall.. 

muka happy... 

Ada pula yang mengintai2... boleh main sama? kata beliau dalam bahasa arab. bonda agak je la.. xfaham pun dia cakap apa. hehe... 

maka bermainlah mereka bersama-sama... sempat tanya si handsome ni... namanya hamod...  :) 


Doa bonda sentiasa mengiringi rania setiap saat. tiada lain yang bonda harapkan melainkan rania menjadi manusia berguna dan berjaya di akhirat sekaligus di dunia.. rania anak yang baik. sejak dari dalam perut bonda tak rasa susah menjaga rania. rania anak yang tidak banyak kerenah, pandai mengambil hati dan matang. rania selalu dekat dengan bonda.. rania seolah faham apa yang ada dalam hati bonda. hubungan kita sangat kuat dan rapat. bonda sedih melihat rania membesar dengan cepat sebab bonda tahu masa bersama kita akan semakin kurang.. semoga rania dilindungi ALLAH dalam setiap apa yang rania lakukan. alhamdulillah rania anak bonda yang bijak. bonda yakin dan percaya suatu hari nanti rania akan jadi manusia yang berjaya dan hamba ALLAH yang solehah. bonda sayang rania dunia & akhirat.. :)
my angel... my pain killer..., my 4 years old girl, RANIA ATHIRA. bonda love u so much darling!!! 






bonda rania,