Thursday, November 1, 2012

kronologi haji 2012 hari pertama (mudzalifah)


assalamualaikum... 

perjalanan haji kami bersambung lagi... keluar dari arafah hanya berjalan 10 minit sudah sampai ke tempat bas parking. dekat. mashallah. tidak terasa sukar walau perlu menempuh ribuan atau mungkin jutaan manusia yang juga keluar dari arafah pada masa yang sama. right after maghrib! apabila semua ahli kumpulan sudah berada di dalam bas, bas bergerak ke muzdalifah. traffic tidak konsisten. kadang2 perlahan kerana perlu menempuh kenderaan lain yang berpusu2 ke mudzalifah. tidak kurang juga dengan pejalan kaki yang ramai. ya, mereka berjalan dari arafah ke mudzalifah. jarak perjalanan bergantung kepada bahagian mudzalifah yang mana yang menjadi destinasi mabit mereka. paling dekat mungkin dalam 6-7km! oahhh... mmg jauh. tetapi jika berjalan dalam keadaan beramai begitu tidak terasa jauhnya. sedar2 je dah sampai. semangat orang buat haji ni memang lain. kadangkala memang unexpected! lagi2 apabila melihat orang2 tua yang nampak seperti tidak berkemampuan untuk berjalan. dengan pertolongan ALLAH swt, mashallah dengan mudah mereka boleh berjalan jauh. menakjubkan bukan? pahala jihad haji memang mampu mengatasi segalanya.. 

ok, berbalik kepada rombongan kami tadi.. perjalanan yang tidak konsisten itu kadangkala dikejutkan dengan pemandu bas kami yang agak agresif ketika memandu. nak tercabut jugalah jantung apabila pemandu cuba memotong kenderaan lain ataupun mengelak dari melanggar sesuatu ataupun emergency brake! mana yang penat memang tak sedar lena dibuai mimpi.. tapi saya yang memang kategori susah nak tidur dalam kenderaan ni memang kecut perut juga. di samping mengucap siap2. mana lah tau kalau jadi apa2 masa tu. sempat lagi terdetik dalam hati... "xpe.. kalau mati ni masih dalam ihram. inshallah dapat masuk syurga.. hehe... confident jea. macam la dah terampun dosa kau yang menggunung tu masnira!" inshallah2.. amin... ;) 

bas berhenti pada tempat yang mengelirukan.. saya sendiri tidak pasti di mana. apa yang saya ingat ternampak orang ramai sudah berada disitu. rasanya sudah berada di dalam kawasan mudzalifah atau mungkin berdekatan. rupanya, bas kami tidak dibenarkan parking disitu dan pemandu bas bersoal jawab dengan polis. lebih kurang 20minit juga pemandu bersoal jawab dengan polis. entah apa yang cuba disoal jawabkan saya malas ambil tahu. saya lebih memikirkan untuk cepat sampai ke mudzalifah. tidak lama kemudian bas bergerak lagi.. kali ini semakin jauh pula dengan mudzalifah. mungkin cuba untuk menghantar kami sedekat yang mungkin supaya kami tidak perlu berjalan jauh.. malangnya keadaan tidak mengizinkan untuk bas memasuki kawasan mudzalifah. hanya berhenti ditepi jalan. tidak pasti dikawasan mana. tetapi agak jauh dari sempadan masuk ke mudzalifah. akhirnya, saya, suami, ustaz shaharudin dan family, ruzmiza, en.roslan &family, en.muhammad & isteri serta en.rahim & isteri nekad untuk berpisah dari kumpulan. kami membuat keputusan untuk berjalan kaki dari tempat bas berhenti untuk masuk ke mudzalifah. perjalanan agak jauh. lebih kurang 40 minit berjalan untuk melepasi border. itu belum masuk mencari tempat untuk mabit kerana keadaan di dalam mudzalifah agak crowded dan tidak terurus. susah untuk mencari tapak yang sesuai. akhirnya terpaksa mengalah dengan tempat yang tidak selesa. di sebelah parking lori dan kecil. khemah pun xdapat buka kerana keadaan tidak mengizinkan. its ok... yang penting kami ada tempat untuk solat. kewajipan itu yang diutamakan. permulaan yang merasakan bahawa tempat itu sangat tidak selesa diakhiri dengan baik. rupanya tempat parking lori untuk makanan orang2 yang bersedekah pada jemaah haji. jadi macam2 lah yang kami dapat! buah, air, yang paling best coklat cake pun ada. biskut, kurma, burger bakar.... kenyanglah rania & syahadah! :) alhamdulillah... 

selepas setengah malam kami meninggalkan mudzalifah dengan hati yang sangat berat kerana terpaksa meninggalkan hj.mohammad dan hj.rahim bersama isteri masing2 kerana mereka berniat untuk tidur di mudzalifah sehingga subuh dan kemudian terus melontar. tetapi kami yang lain cuba untuk melakukan tawaf dan saie dahulu esoknya barulah melontar. kumpulan semakin kecil. belum lagi hati ini terubat kerana nekad meninggalkan group yang besar di awal perjalanan tadi, kini kumpulan kami mengecil lagi. kami teruskan juga perjalanan. meredah manusia, berjalan keluar dari kawasan mudzalifah menghala ke aziziah untuk mencari kenderaan yang boleh membawa kami ke masjidlharam untuk tawaf dan saie. alhamdulillah ianya dipermudahkan.. kami dapat menyewa sebuah kenderaan dan perjalanan kami memasuki masjidilharam berjalan lancar! selesai tawaf dan saie juga agak awal. lebih kurang jam 2.30 pagi.... sempat kami berehat di food court safwah tower makan maggi sebelum pulang. alhamdulillah perjalanan di hari pertama berjalan agak lancar. walau terpaksa berpisah dengan kumpulan tetapi kami puas dan gembira. mashallah... kami pulang jam 3 pagi... sampai di rumah jam 3.30 pagi.. masa untuk merehatkan badan yang seharian dikerah untuk berjihad kerana keesokkan harinya tenaga dan badan ini perlu berusaha sama lagi untuk perjalanan yang seterusnya.... inshallah....... :)












kisah haji saya bersambung lagi..... :)

salam sayang,

Wednesday, October 31, 2012

kronologi haji 2012 hari pertama. (wukuf)

assalamualaikum.... 

hy pembaca blog yang dikasihi.... dengan berkat doa kalian alhamdulillah saya beransur pulih.. cuma batuk yang agak degil nak tinggalkan saya.  >_<

baiklah seperti yang dijanjikan... saya akan kongsikan pengalaman saya sepanjang mengerjakan ibadah haji yang lepas. ianya memberikan pengalaman yang jauh berbeza dari kali pertama saya membuat haji tahun lepas. sememangnya haji itu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit tetapi terlalu banyak sehingga ada suatu ketika kita akan terasa terlalu sukar dan hampir berputus asa. bukan saya... orang lain.. saya ok je. alhamdulillah.. :) seperti tahun lepas haji kali ini juga tanpa berdaftar dengan pakej, tanpa khemah yang tersedia, tanpa makanan yang terhidang dan terikat dengan mana-mana agensi. lebih jelas kami kebanyakkan warga makkah buat haji kalau dalam bahasa kami secara 'koboi"! bawa khemah sendiri, makanan sendiri, cari tapak disetiap kawasan yang terdapat dalam rukun haji sendiri. pendek kata, memang haji yang ikut rezeki tanpa perancangan rapi. semuanya bergantung kepada keadaan dan doa kepada ALLAH swt agar perjalanan kami dipermudahkan. memang 100% berserah dan tawakal. jika kesukaran yang DIA beri kami terima dan lalui selagi terdaya, tetapi jika sebaliknya kami manadah tangan bersyukur. 

rezeki kami apabila sehari sebelum wukuf, kami dikhabarkan 1 berita gembira dimana kami dapat bas yang disewa khas untuk membawa kami masuk ke arafah. jika ikut plan awal kami akan masuk arafah untuk wukuf dengan public transport yang banyak dikawasan berdekatan masjidilharam. alhamdulillah ada satu group pakej dari malaysia yang sudi menumpangkan kami memandangkan masih banyak space dalam bas yang mereka sewa. kami dikenakan bayaran 400 riyal seorang. bas tersebut dijadualkan membawa kami masuk ke arafah dan kemudian ke mudzalifah seterusnya ke masjidilharam. 

pagi itu, 9 zulhijjah kami keluar rumah jam 7.30 pagi. dari rumah saya bersama uztaz sharuddin dan keluarga. turut bersama kami adalah hj.muhammad dan isteri hjh. zaitun, hj. rahim dan hjh.rozdiah. dan juga isteri kepada sahabat suami hjh. ruzmiza. kami bergerak ke hotel ketua kumpulan hj.arshad. tiba di sana jam 8 pagi. sudah ada beberapa orang yang tiba lebih awal. keluarga hj.roslan dan juga beberapa orang yang saya tidak kenal. kami tunggu agak lama kerana bas lewat tiba. masing2 sudah runsing kerana takut tidak mendapat tempat di dalam tanah arafah. tetapi semua menunggu dengan sabar. alhamdulillah. 

bas tiba lebih kurang jam10 pagi dan kami bertolak ke arafah dengan talbiah yang tidak putus2 diketuai oleh hj.arshad dan ustaz hj. mastura yang mengetuai rombongan haji dari malaysia. apabila talbiah bermula, entah mengapa hati saya terasa sangat tersentuh! sayu dan mendayu2.. kami datang kepadaMU ya ALLAH.. terimalah kami. semoga haji kami ini haji yang mabrur. dalam hati tidak henti berdoa agar perjalanan haji kali ini dipermudahkan. terdapat beberapa orang tua yang menggunakan wheel chair serta beberapa orang kanak2 dalam kumpulan kami. menyerah diri padaNYA dalam keadaan hina dan berdosa, saya hanya tawakal. kuatkan diri ini untuk beribadah kepadaMU ya ALLAH.. alhamdulillah perjalanan lancar. kami sempat tiba di arafah sebelum waktu zohor. 

apabila tiba di arafah, orang2 lelaki turun dahulu untuk mencari tapak di dalam arafah dan kami yang wanita dan kanak-kanak menunggu di dalam bas. tidak lama. lebih kurang 30 minit orang2 lelaki sudah siap memasang khemah dan memanggil kami untuk turut serta. alhamdulillah dapat tempat yang selesa tidak jauh dari border. tidak perlu berjalan jauh. itu satu rezeki yang tidak terduga juga! terima kasih ya ALLAH. bisikku dalam hati. 

kami berwukuf dengan tenang alhamdulillah. walaupun agak terik matahari tetapi kami mampu bertahan sehingga waktu maghrib. si kecil rania (3 tahun) dan nur syahadah (1 tahun) juga tidak banyak ragamnya. rania bermain dengan water spray (saya bawa utk memudahkan mengambil air sembahyang) untuk mengurangkan rasa panas.. apabila penat mereka tertidur tanpa banyak ragam! mashallah. :) amalan2 sewaktu berwukuf berjalan dengan khusyuk dan sempurna. walau menahan panas mentari, itu tidak memutuskan semangat. untuk memastikan sentiasa bertenaga saya akan makan kurma setiap setengah jam. di samping meminum air yang cukup. bukan berlebihan kerana bukan senang untuk mencari tandas di situ. saya sendiri tidak pasti di mana tandas. jadi sebagai langkah berjaga2 kami tidak mengambil makanan berat dan minum air terlalu banyak. minum hanya apabila badan sudah memberikan isyarat memerlukan air. :) mashallah dugaan di arafah tidak berat alhamdulillah. cuma berhadapan dengan cuaca yang panas dan orang yang ramai terutama menjelang waktu paling mustajab berdoa (asar ke maghrib). hampir tiba waktu maghrib kami memastikan barang2 seperti khemah siap dikemas supaya senang untuk keluar dari arafah apabila masuk sahaja waktu maghrib.

sebelum bertolak ke hotel.. menunggu bonda n dada masukkan barang dalam kereta.


border arafah.

us... 


berwukuf di tepi bas. 



tapak perkhemahan kami... 


wukuf seorang diri... 



panassss...... 

hajjah rusmiza &hajjah salima & si comel syahadah. 

hj.prof.ezani. the only malaysian lecturer di ummul qura university.




haji rashid. ummul qura student.


hajjah ruzmiza & hajjah zaitun. 

solat.

main air... 




main water spray untuk mengurangkan rasa panas.. 






haji arshad our group leader. 


bersedekah di hari wukuf.


khutbah oleh hj sharuddin ummul qura student. 

tidur kepenatan&kepanasan

hj roslan. 

hj wan nazri.. 

lunch. prof bawa indonesian food dr restoran berdekatan rumahnya. :)


solat di mana-mana.


solat di mana-mana.....


hj. rahim & hajjah rodziah.... they are from singapore. 














kami meninggalkan arafah dengan hati yang gembira.. agak penat tetapi ianya bukan sebagai peluntur semangat untuk teruskan perjalanan haji yang masih panjang.. menghela nafas panjang kerana terasa mudah di arafah bukan bermakna satu keyakinan bahawa perjalanan kami yang seterusnya akan mudah juga. dalam hati masih berdoa, berdoa dan terus berdoa. yang pasti kenangan di arafah itu satu kenangan yang tidak mungkin akan berulang. ya, berwukuf di arafah jika masih berpeluang di tahun hadapan dan tahun seterusnya akan berulang lagi. tetapi, memori dan orang2 yang bersama ketika wukuf tahun ini mungkin tidak akan ada lagi pada tahun berikutnya. ia satu pengalaman yang beharga yang terpahat di hati saya inshallah.. 


saya sambung lagi nanti.. 

salam sayang,