assalamualaikum........
pesanan ikhlas dari saya dengan penuh kasih sayang.. :p,
senyum. senyum lagi... senyum paling manissss... :))))) untuk pembaca blog saya! semoga kalian juga sedang tersenyum... kerana bukankah senyuman itu mampu mengubah hati yang duka menjadi riang.. senyuman juga boleh menjadi pengubat hati yang lara dannn yang selalu kita dengar, 'senyumlah! senyum itu kan satu sedekah!' pahala yang paling senang kita dapat adalah melalui senyuman. benarkah? atau itu hanya kempen di Malaysia yang mahu rakyat Malaysia murah dengan senyuman.
dahulu.... masa saya mula2 berpindah keluar dari Malaysia.. pasti saya terbawa-bawa budaya kita di Malaysia. orang Malaysia bukankah terkenal dengan sikap positif yang sangat peramah dan murah dengan senyuman. sewaktu saya di Oman saya masih masnira yang sama macam di Malaysia. saya mudah menghadiahi senyuman kepada sesiapa sahaja! banyak kali juga tersalah bagi senyuman pada orang. lagi2 orang lelaki. cashier kat supermarket ke.. salesman ke.. atau sesiapa sahaja. tapi orang lelaki tu balas balik dengan senyuman yang lain! takut pulak rasanya. jadi, di oman saya hanya senyum pada orang yang terpilih sahaja. salah senyum boleh mengundang bahaya. budaya kita dengan orang lain tak sama bukan? ada yang boleh kita amalkan dan ada juga yang kita perlu hentikan jika mendatangkan kemudaratan.
itu semasa saya di Oman. sekarang di Saudi lagilah BIG NO kalau nak tiba2 hadiahkan senyuman manis anda tu. lagi2 dekat orang lelaki. please.tolong. jangan. kalau anda datang sini untuk umrah ataupun haji.. jangan mudah sangat memberi senyuman kepada orang2 lelaki di sini. bahaya. memang bahaya. pada pendapat saya senyuman di sini menjadi perkara biasa kalau anda senyum dengan orang yang anda kenal. tetapi kalau tidak kenal, ianya menjadi pelik. atau yang paling bahaya sekali mereka akan fikir anda terjatuh hati pada mereka. maksud saya kalau seorang wanita senyum pada lelaki la. kalau sesama kaum sejenis tidak ada masalah. :) yang palingggggg saya tidak suka dengar mereka beranggapan wanita yang mudah atau murah dengan senyuman ni mudah/senang didekati. bahaya tu. jangan anda pelik tiba2 mungkin masa anda sedang shopping abaya ke... atau apa2 barang keperluan ada yang dengan sengaja menyentuh tangan anda masa membayar, memulangkan baki duit atau masa bagi barang tersebut. itu dah kategori gangguan seksual. jangan pikir semua orang dalam tanah haram itu baik. mereka juga manusia biasa.
setelah hampir 2 tahun saya menetap disini, senyuman yang murah tu memang dah jadi mahal sangat. hehe. kadang2 sampai terlupa nak senyum. jangan kata saya sombong kalau terserempak wajah sombong saya. saya dah banyak kali terkena sebab tersalah senyum ni. jadi belajar dari pengalaman. kehidupan di sini tidak sama macam di Malaysia. pergaulan itu terbatas. tidak senyum bukan bermakna sombong atau tidak baik. seringkali kita melihat wanita arab mungkin pada kita kelihatan sombong tetapi sebenarnya tidak. cuba tegur dan inshallah mereka akan menyapa kembali dengan baik. senyuman di sini bukan menjadi perkara biasa seperti di Malaysia.
my advise to kepada wanita yang ingin berkunjung ke sini. tolong jangan senyum kepada lelaki bukan muhrim. itu bukan budaya di sini. perkara ini boleh mengelak gangguan seksual. mungkin kita memandang senyuman itu satu benda yang simple dan tidak memberikan apa2 kesan yang besar. salah. di sini tidak begitu.
pesanan ikhlas dari saya dengan penuh kasih sayang.. :p,
Puan saya nak minta tolong puan...jika puan berpeluang solat di baitullah minta doakan kesejahteraan anak saya,saya baru bersalin minggu lepas tp x cukup bulan 32 minggu sekarang baby masih di nicu kajang. Minta allah permudahkan utk anak saya nurin ainaa. Terima kasih puan.
ReplyDeletepuan khalida, saya ada baca email yg puan berikan sebelum ni... inshaallah akan saya usahakan... semoga keadaan anak puan bertambah baik.. :)
ReplyDeletetq puan
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih di atas pencerahan perbezaan budaya ni. Apa yg Mas cerita tu mmg pernah terjadi kat tini. So.. insyaALLAH sekiranya dijemput ALLAH lg ke tanah haram, kena ingat bab ni n belajar2 pakai tutup muka mcm org sana. Mohon izin utk share entry ni kat FB na.. tq.
Deletesilakan.. terima kasih. :)
Masnira Sayang,
ReplyDeleteTerima Kasih krn berkongsi,akak dah mengalaminya...rupanya begitu kisahnya ya?InsyaALLAH akak akan berhati hati lagi utk senyum jika ada rezeki kesana lagi...
salam ukhwah-kak linda