Monday, February 10, 2014

bersangka baik.

Assalamualaikum pembaca blog sekalian...

Lama sungguh saya hilang. hari ini tiba2 saya muncul. macam-macam cerita keluar yang saya teringinnnnnnn sangat nak cerita. tapi macam2 perkara yang menghalangnya... salah satu sebab kadang2 apabila saya eager untuk bercerita, masa itu akan muncul macam2 perasaan... saya takut menjadi riak.., atau kadang2 saya takut orang muak membaca cerita saya dan anak2 atau mungkin kehidupan saya di sini menjengkelkan sesetengah orang. tambahan pula kehidupan saya sekarang banyak berkisar di rumah dan sekitar perumahan saya sahaja.. denga umur rasyad yang masih kecil serta memerlukan perhatian yang lebih saya kurang 'aktif' di luar macam dahulu. hanya ada weekend yang tersangatlah pendek untuk menguruskan perkara yang pending masa weekdays kerana rania sekolah. :) kehidupan saya kini sedang melalui fasa yang memerlukan tumpuan lebih pada anak2. tidak seperti dahulu yang agak 'bebas'. hehe... tetapi saya suka dan saya bersyukur kerana itulah amanah dan ketentuan ALLAH pada saya. apa yang ALLAH beri itulah yang terbaik...  


Sebenarnya ketika ini, rasyad sedang lena tidur. rania & mr.dada pula keluar groceries shopping. rasyad selesema jadi saya senang menemaninya hanya berehat di rumah. suasana rumah sepi...sunyi... (kedaan yang jarang sangat berlaku) lama saya tidak terasa sunyi begini. selalunya rumah ini penuh dengan keceriaan. tiba2 terfikir andai keceriaan itu di ambil ALLAH.. bila2 masa sahaja kan. membuat saya terpana dan berfikir. sesiapa yang mengikuti penulisan saya pasti masih ingat tentang cerita saya diantara entry terawal blog dahulu.. saya sering meluahkan bahawa saya terlalu risau akan mengapa saya yang dipilih untuk tinggal di tanah suci ini sedangkan begitu ramai manusia yang mendambakannya. saya nyatakan saya agak khuatir jika ini adalah ujian ALLAH. saya kesal kerana rasanya saya patut berprasangka baik pada ALLAH. Dialah yang menetapkan rezeki pada seseorang. begitu juga akan sesiapa sahaja yang akan datang mengerjakan ibadah di sini. saya sering mendengar ada yang terlalu risau akan balasan yang mungkin akan diterima di sini sebagai balasan atas dosa-dosanya yang lalu. sekali lagi saya tegaskan 'bersangka baiklah dengan ALLAH'. di sini bukan tempat pembalasan untuk segala dosa. hari pembalasan akan tiba tetapi bukan ketika mengerjakan ibadah di sini. sesiapa yang akan datang di sini atas jemputan ALLAH..ramai yang ingin datang tetapi banyak halangan.. yang mungkin terlalu ingin datang tetapi belum di jemputNYA.. oleh itu, mengapa kita perlu takut atas ujian yang kita akan lalui di sini? datanglah, nikmatilah serta hargailah dengan hati yang tenang tanpa memikirkan yang buruk2 ok. :)) 

Selamat datang untuk semua jemaah umrah.. mashaallah keadaan di masjidlharam sekarang sudah seperti musim ramadan. ramai sangat orang. meriah! ^_^ mungkin ada rezeki untuk kita bertemu, kita akan terserempak atau terjumpa di masjidlharam atau di kawasan makkah yang lain. kalau nampak saya sudi-sudilah menegur ok. kadang2 saya ni berjalan memang sentiasa je kelam kelibut sambil melayan sorang budak yang susah berhenti bercakap dan seorang lagi dalam stroller. hehe.. bubyee...



salam sayang!

4 comments:

  1. Salam,

    jangan risau... tak ada yang nyampah...
    ternanti2 entri dari orang makkah...
    update lah selalu yer...

    rindunya... untung sis Masnira dapat jadi penghuni sana...
    keep me in ur doa sis, moga2 saya pun dapat pelungan macam sis, utk duduk di sana.
    boleh tengok kaabah selalu...
    blh tawaf selalu...

    hmmmmm ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ternanti2? terharunya.. okayy.. nanti saya update selalu k.. tapi xjanji.! errr... ;p

      Delete
  2. Salam,

    Mas....InsyaALLAH bukan bosan Mas tapi lebih kepada tertunggu tunggu kot.Teruskan menaip Mas .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. jija,
      tq bagi semngat! okay, nak taip entry baru nih... hehe..

      Delete