Wednesday, April 16, 2014

Madinah yang tenang. kami rindu.


Tajuk entry sudah pun memberitahu intipati cerita saya pada entry kali ini. sebelum itu... hai pembaca blog sekalian.. assalamualaikum! :)

minggu lepas kami ke madinah. percaya tak ini adalah 1st trip rasyad ke madinah. ye, kasihan rasyad dah 10 bulan umurnya baru kami dapat peluang bawa ziarah kota penuh ketenangan itu. kalau sesiapa yang mengikuti facebook saya mungkin sudah nampak gambar2 yang bakal saya kongsikan.. gambar2 kenangan pertama rasyad di madinah..

kami bertolak khamis pagi. tak lah pagi sgt mcm dlm perancangan awal.. hehe.. biasalah macam2 perlu dibuat dipagi hari.. dapat pulak yang tukang uruskan sangatlah tak terurus. suka buat kerja last minutes. lepas tu kelam kabut! saya lah tu. haha..

macam biasa madinah tidak pernah mengecewakan kami. ianya selalu menjadi kenangan percutian yang indah. bezanya kali ini kami minta pertolongan seorang student madinah untuk booked kan hotel tak walk in macam selalu. dan juga kali ini kami sempat ziarah rashid mall. sebelum ni tak pernah terlintas nak pergi ke mana2 shopping mall di madinah. kami lebih suka habiskan masa di masjid nabawi dan kawasan sekitar sahaja. tetapi kali ini saya berjanji dengan kak nour (sahabat saya di madinah) untuk bertemu dan kami membuat keputusan untuk dinner di rashid mall. itulah sebabnya saya ke situ. alhamdulillah seronok setelah lama tidak bertemu! rania pun seronok sangat dapat jumpa kakak khadijah. walaupun malam tersebut hujan di madinah. bermula asar sampaikan ke subuh esoknya. hujan masih renyai2. kota madinah jadi sejukkkkkk...! alhamdulillah nasib baik juga saya terfikir untuk bawa sweater dan jacket anak2 di musim panas. :)

kami pulang hari sabtu. lewat juga dari plan asal. hehe... sempat singgah late lunch di jeddah dan akhirnya sampai rumah sebelum waktu maghrib tamat. maksudnya sempat solat maghrib di rumah. alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. rasyad pun sangat2lah behave dalam kereta. jom layan gambar & video.




baru tiba di kota madinah... rasyad menikmati keindahan 'free car seat' 

rania sangat2 suka madinah. kadang2 dia kata boleh tak kalau kita pindah tinggal kat madinah pulak. ni gambar selepas solat asar. 

gambar rasyad dengan wajah berkerut sebab kena bangun awal pagi untuk solat subuh. 

rania sentiasa ceria. alhamdulillah... :)

gambar ni anak2 bersama mr.dada semasa saya sedang berjuang untuk masuk ke dalam raudah. mr. dada sempat bawa anak2 pergi ziarah makam baginda rasulullah. kemudian sambil menunggu saya.. sempat iktikaf di masjid. ni lah kerja budak berdua ni semasa iktikaf. hehe

pulang dari solat asar jumaat. jalan2 sambil minum coffee.. 

rasyad dah moody petang tersebut. dia diam tanpa bagi apa2 respons pada sesiapapun. haha... penat travelling mungkin... dan waktu tidur terganggu. 

malam tersebut kami meredah hujan naik terksi untuk ke al rashid mall... alhamdulillah berbaloi.. dapat dinner dengan kak nour and famliy.. ni gambar dlm shopping mall tersebut. cantik kan? 

kanak2 ribena menunggu makanan... 

rania & kakak khadijah. 

gambar rania dengan plastik di kepala... haha... tiba2 hujan.. itu je yang ada untuk cover kepala... 

sebelum pulang seperti biasa kami singgah di masjid quba. ni gambar rasyad dlam masjid quba bersama dada... 

gambar kenangan sebelum pulang.... tengok kasut mr.dada... pakai sandal yang sgt sinonim dengan jemaah umrah itu. al kisahnya kasut mr.dada hilang dalam masjid nabawi... kasut di letakkan di rak kasut dan hilang! 

eh.. gambar tidak teratur. ni gambar say sempat curi2 ambil sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke dalam raudah. ya ALLAH... ramai dan berasak2 hinggakan saya fikir saya mungkin akan mati dipijak! alhamdulillah selamat... 
ala... saya cuba masukkan video tak boleh pula. saya cuba lain kali ok. saya suka melihat panorama indah dalam perjalanan dari makkah ke madinah. itulah videonya... ada sedikit panorama indah yang sempat saya record. saya cuba lagi nanti ya.. byeeeee...

No comments:

Post a Comment