Friday, April 18, 2014

Aktiviti kami (cycling) bersama 'Geng Basikal Makkah.'

Assalamualaikum....

apa khabar semua?

Sebenarnya dah lama saya ingin berkongsi dengan lebih detail beberapa aktiviti kami di sini. selain daripada aktiviti kami dengan pencipta, ada beberapa aktiviti lain yang kami lakukan untuk mengisi masa-masa yang ada walaupun kadang-kadang tidak terlalu ada. ;) kami adalah merujuk kepada beberapa malaysian family yang tinggal disini. kalau di Malaysia aktiviti hujung minggu kebiasaannya bersama keluarga. tetapi kami disini kawan2 seperjuangan itulah keluarga kami. tempat mengadu, tempat bergelak ketawa dan juga tempat berkongsi aktiviti dan cerita. ada beberapa aktiviti kami terutama pada hujung minggu yang saya akan kongsikan sedikit demi sedikit..

ok, aktiviti yang pertama..tu.. seperti yang tertera pada tajuk di atas.. sound fun huh? sebenarnya mr.dada dan 3 orang lagi sahabatnya dah hampir 5 bulan tubuhkan 'Gang Basikal Makkah' ni. tujuan utama adalah untuk mendapat kehidupan yang lebih sihat dan merapatkan lagi tali persaudaraan! eh bukan. sebenarnya objektif utama mereka adalah untuk menguruskan badan! haha... setakat ini hanya 4 orang yang berkecimpung secara serius. bermula dengan amzy yang cycling secara serius seterusnya mr.dada. tidak lama kemudian azam dan abdillah juga turut serta. jadi aktiviti setiap jumaat pagi selepas subuh adalah berbasikal. alhamdulillah kalau mengikut record yang mr.dada cipta perjalanan paling jauh adalah 60km. phew. lap peluh. ok la tu kann... ^_^

ni contoh route mr.dada untuk hari ini. 
jadi setiap minggu perjalanan berbasikal geng basikal makkah disekitar mudzalifah, mina & arafah seperti dalam map di atas. keadaan traffic di kawasan ini agak sunyi pada jumaat pagi serta keadaan jalan yang besar memudahkan mereka cycling. alhamdulillah... 

ya, aktiviti ini sangat sihat dan menyihatkan, malangnya kami kaum wanita tidak boleh turut serta atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan seperti faktor pakaian (tidak pasti macammana keadaanya ber'abaya' sambil berbasikal. :p) dan faktor2 yang lain... jadi, sekadar menyokong suami pun dah ok kan? jadilah.... hehe... 




selalunya kalau mr.dada cycling saya dan anak2 tak ikut. tetapi hari ini, kami ikut dan breakfast di mudzalifah. kami ikut sebab ada yang menarik menanti anak2! nak tau tak apa dia? jom kita tengok gambar kat bawah ni...

kami tiba di mudzalifah seawal jam 6.30 pagi. 

sedang bersiap sedia. lagi 2 orang ahli group belum sampai.. 

yeah. inilah yang menarik kanak2 ini untuk turut serta! uncle amzy beli bike child trailer... mmg fun tengok rania, akmal & rasyad naik 'beca' ni.. hehe.. 


bersiap sedia untuk memulakan perjalanan hari ini. 



ride with style.. 

ok... saya dan kak sofi je yang join pagi ni. inshaallah minggu depan hopefully yg lain akan turut serta. 

lapar dan haus lepas ride! cuaca pun sudah mula panas... 

rasyad pula gantikan kakak... enjoy! 





me & kak sofi jaga gerai makanan.. hehe... 

Add caption



naufal. 


seronoknya budak bertiga ni... walaupun berpeluh2... 

seronoknya tengok happy faces nih! ^_^ terima kasih uncle amzy bagi rania dan rasyad tumpang beca for free! haha... 

akhir sekali..., terimalah.... 

~

~

~

~

~

~

~

~


~


~


~






~



~










GANG BASIKAL MAKKAH! 
tagline: sihat, macho & kurus! LOL. 
Hj. Abdillah, Hj.Mohd Rus (paling comel) haha, Hj Nurazam, dan the kapten Hj.Amzy. 





salam mesraaaa...., 

4 comments:

  1. salam...ingatkan perempuan join berbasikal sekali? boleh ker org ppuan berbasikal kt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh.., tapi abaya tetap kena pakai kan... then pakai niqab lg ok. mcmmana tu? boleh ke? hehe... saya pun xtahu nk jawab mcm mana sbb biasanya perempuan kat cni tidak bersenam secara terbuka. ada gym untuk wanita sahaja.. rasanya utk aktiviti macam ni mereka belum terbuka lg.. :)

      Delete
  2. Waaah bestnya berbasikal kat makkah:) Cuma terfikir kalau saya boleh tahan ke panasnya.
    Jalan2 jumpa blog ni. Teruskan menulis. Suka baca entry2 blog ni.
    Jazakallahukhair berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya sudi singgah... bab cuaca tu kalau musim sejuk semestinya tidak panas! so best la nk cycling anytime anywhere.. cuma sekarang ni dah start panas.. so kena cycling awalllllllll pagi sebaik selepas subuh! so jam 9 pagi dah habis... xler panas sgt time tu... boleh tahan lg ler... kl panas sgt cycling dlm rumah atas trainer je la jawabnya. ;))

      Delete