Wednesday, May 21, 2014

hilang.

salam...

dah pukul 3 am... tapi saya tak boleh tidur...
so marilah kita bercerita di sini..
nak cerita yang di sini, di tanah haram ini criminal dah semakin meningkat..
takut saya melihat akan manusia yang tidak takut bebuat jahat di tanah suci. sedih pun ada juga.
sebenarnya ada macam2 kes jenayah kat sini... tapi tak lah tinggi macam di Malaysia yang pada saya amatlah menakutkan!

2 malam lepas, stroller kepunyaan rasyad hilang di masjidlharam..
masa tu kami ke masjid agak lewat malam sebab rindu.
so, macam yang selalu kami buat,
tinggal stroller di luar pintu numb 1 (king abdul aziz). letak kasut dalam tu... bila keluar.. elok je kasut kami ada di atas lantai. tapi stroller dah hilang! sedih. tapi, tak pe.. bukan rezeki namanya... saya lagi sedih sebab stroller tu hilang di masjidilharam. di tempat macam ni pun dah ramai pencuri. sebenarnya saya pernah terserempak dengan seorang jemaah umrah ni. masa tu saya baru keluar dari abraj al bait mall dan menghala ke masjidlharam. tiba2 ada seorang perempuan tegur. masa tu bawa stroller lain. bukan yang hilang ni. then katanya dia dah 2 hari melilau mencari stroller dia yang hilang. kebetulan stroller tersebut sama seperti stroller kami. dan menasihati saya supaya berhati2. tapi saya tak ambil kisah sangat.. tiba2 dua malam lepas terjadi kat kami. nasib baik masa tu mr.dada tiba2 kata nak bawa stroller lain (kebetulan dua2 stroller ada dalam kereta). biasanya kami bawa stroller yang bulky sebab dah attach stand untuk rania. tapi this time, tiba2 mr.dada kata kita bawa stroller yang lebih ringan. so, agak bersyukur sebab bukan stroller yang bulky tu yang hilang. kalau tak memang patah hati... :( rupanya banyak kes branded stroller hilang. rasanya pencuri ni curi stroller yang dia boleh jual semula dengan harga yang tinggi. dasyat. berani mereka buat benda macam ni dalam tanah haram. semoga cepat menerima balasan yang setimpal.

ini bukan kali pertama kami hilang barang. sebelum ni pernah juga hilang stroller rania. masa tu baru sampai makkah dan masih tinggal di hotel. itu sebab kecuaian kami sendiri. masa tu sewa bilik hotel yang kecil. so kami letak stroller tu kat luar pintu bilik. bangun pagi tengok dah tak de. :( sebenarnya saya teramat bersangka baik bila mula2 tinggal di sini dahulu. saya selalu fikir di sini orangnya semua baik2. tak akan ambil barang orang. tapi bila dah banyak kali terkena. maksudnya kenalah lebih berhati2.. kalau nak tawakal pun perlu kena pada tempatnya dan perlu setimpal dengan usaha. betul tak? lepas tu kasut saya pernah juga hilang. masa tu saya letak kasut bersama2 kasut rania & mr.dada dalam 1 plastik kemudian simpan di bahagian bawah stroller. bila keluar masjid, kasut saya hilang.. tapi kasut mr.dada & rania elok je ada dalam plastik. jahatnya awak ni pencuri! kasut mr.dada juga pernah hilang di madinah. dan kasut2 yang hilang tersebut bukan kasut yang murah. kasut branded. bukan saya nak riak. tapi nk jelaskan bahawa barang tersebut dicuri dengan sengaja. bukan ada orang terdesak nk guna and ambil. kalau desperate nk guna tak mungkin akan pilih yang cantik2 kan? tak mungkin akan buka plastik kasut orang dan hanya ambil sebahagian kasut sahaja. sedih. ada juga kes pencuri yang mencuri handbag masa orang tengah solat. biasanya mereka ambil waktu mangsa sedang sujud.

sepanjang 3 tahun saya menetap di sini macam2 kes jenayah yang saya dengar. paling mengerikan adalah kes part time maid saya. kes ni berlaku tahun lepas apabila dia dan rakannya menaiki teksi untuk pergi bekerja. tiba2 pemandu teksi tersebut membawa mereka berdua ke tempat sunyi dan merompak mereka... kasihan... mereka juga dipukul tapi alhamdulillah ALLAH lindung mereka tidak dirogol.. sampai sekarang maid saya masih trauma.. sebab tu jugalah kedatangan jemaah umrah diketatkan kepada kaum wanita diwajibkan datang dengan mahram yang sah sahaja. walau ramai yang complain tak puas hati tapi saya rasa tindakan itu betul dan tepat sekali. selain itu, baru2 ini ada kedai emas di sini di rompak.. berjuta jugalah kerugian yang ditanggung.

dunia akhir zaman... di mana2 sahaja ada orang jahat.. ya ALLAH.. semoga ALLAH lindung kita semua dari sebarang keburukan.. ameen...




Monday, May 12, 2014

cerita saje2..

Assalamualaikum....

just a quick update sbb dah lama tak update blog. terasa sayang pula membiarkan laman ini sepi lama2 sangat sedangkan traffic sentiasa masuk hari2... terima kasih! saya sangat2 lah appreciate. xtau nk tunjukkan macam mana rasa appreciate itu. walaupun followers blog saya ni tak ramai tapi ramai juga silent reader yang masuk. ye lah, niat saya berkongsi cerita ini adalah untuk berkongsi kehidupan saya di sini yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang datang untuk mengerjakan umrah atau haji.. :) 

cerita pertama nk update tentang corona virus ataupun lebih dikenali sebagai MERS. sekarang ni jumlah mangsa2 semakin meningkat dan juga kematian disebabkan oleh virus ini juga turut meningkat. kerajaan saudi tidak mengalakkan orang2 yang berisiko untuk datang umrah buat masa sekarang. warga emas dan juga anak kecil especially yang kategori antibodi tidak begitu kuat tidak digalakkan untuk datang. saya juga nasihatkan begitu. terutama anak kecil. lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang. pasti mudah untuk mendapat penyakit. semoga dijauhkan... ameen... sesiapa yang akan datang dalam waktu terdekat saya nasihatkan untuk ambil mula ambil vitamin c, minum banyak air di sini nanti, dapatkan rehat yang cukup, kalau boleh pakai mask (bila tidak berada dalam ihram) dan juga amalkan pembersihan diri. bawalah hand sanitizer sentiasa supaya boleh guna bila2 masa kita perlukan terutama sekali sebelum makan. manalah tau kadang2 dalam masjid tgh duduk tunggu waktu solat ada orang sedekah kurma kan.. so, bolehlah guna hand sanitizer dulu sebelum makan. :) selebihnya kita tawakal inshaallah.. saya juga elakkan membawa anak2 ke tempat2 yang crowded terutama sekali di jeddah sebab banyak kes di jeddah. kami juga dinasihatkan untuk mengelakkan pergi ke hospital kecuali kalau sakit2 yang kronik dan tidak boleh dirawat di rumah. risau terdapat jangkitan di hospital. saya sangatlah takut untuk ke hospital buat masa sekarang. baru2 ni 2R sakit.. demam & selesema.. saya guna natural healing sahaja. bagi makan honey & olive oil dan air zam2... alhamdulillah dah sembuh walaupun ambil masa selama hampir 3 minggu untuk betul2 sembuh.. 

malam jumaat yag lepas, saya terima banyak mesej bertnyakan keadaan kami di sini kerana menerima perkhabaran hujan lebat dan banjir kilat di sini.. terima kasih kerana mengambil berat. alhamdulillah, kami baik2 sahaja. hujan lebat selama hampir 2 jam. di sini tidak ada drainage. jadi normal kalau hujan ada jadi banjir. tetapi hanya seketika. bila hujan berhenti air juga turut pergi. tiada banjir yang behari2 seperti di malaysia.. :) orang saudi sangat suka akan hujan. mereka akan pergi bermain hujan dengan gembira. ada juga yang menadah tangan berdoa di tengah2 hujan tersebut. sahabat saya di sini menerima juadah manisan jam 2 pagi. jiran mereka (orang saudi) yang beri sebagai tanda kesyukuran.. mashaallah...

setakat ini dahulu..., semoga saya diberi kesempatan untuk update cerita2 di sini lagi di masa akan datang inshaallah... bubyee.. 



salam sayang,