Monday, May 12, 2014

cerita saje2..

Assalamualaikum....

just a quick update sbb dah lama tak update blog. terasa sayang pula membiarkan laman ini sepi lama2 sangat sedangkan traffic sentiasa masuk hari2... terima kasih! saya sangat2 lah appreciate. xtau nk tunjukkan macam mana rasa appreciate itu. walaupun followers blog saya ni tak ramai tapi ramai juga silent reader yang masuk. ye lah, niat saya berkongsi cerita ini adalah untuk berkongsi kehidupan saya di sini yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang datang untuk mengerjakan umrah atau haji.. :) 

cerita pertama nk update tentang corona virus ataupun lebih dikenali sebagai MERS. sekarang ni jumlah mangsa2 semakin meningkat dan juga kematian disebabkan oleh virus ini juga turut meningkat. kerajaan saudi tidak mengalakkan orang2 yang berisiko untuk datang umrah buat masa sekarang. warga emas dan juga anak kecil especially yang kategori antibodi tidak begitu kuat tidak digalakkan untuk datang. saya juga nasihatkan begitu. terutama anak kecil. lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang. pasti mudah untuk mendapat penyakit. semoga dijauhkan... ameen... sesiapa yang akan datang dalam waktu terdekat saya nasihatkan untuk ambil mula ambil vitamin c, minum banyak air di sini nanti, dapatkan rehat yang cukup, kalau boleh pakai mask (bila tidak berada dalam ihram) dan juga amalkan pembersihan diri. bawalah hand sanitizer sentiasa supaya boleh guna bila2 masa kita perlukan terutama sekali sebelum makan. manalah tau kadang2 dalam masjid tgh duduk tunggu waktu solat ada orang sedekah kurma kan.. so, bolehlah guna hand sanitizer dulu sebelum makan. :) selebihnya kita tawakal inshaallah.. saya juga elakkan membawa anak2 ke tempat2 yang crowded terutama sekali di jeddah sebab banyak kes di jeddah. kami juga dinasihatkan untuk mengelakkan pergi ke hospital kecuali kalau sakit2 yang kronik dan tidak boleh dirawat di rumah. risau terdapat jangkitan di hospital. saya sangatlah takut untuk ke hospital buat masa sekarang. baru2 ni 2R sakit.. demam & selesema.. saya guna natural healing sahaja. bagi makan honey & olive oil dan air zam2... alhamdulillah dah sembuh walaupun ambil masa selama hampir 3 minggu untuk betul2 sembuh.. 

malam jumaat yag lepas, saya terima banyak mesej bertnyakan keadaan kami di sini kerana menerima perkhabaran hujan lebat dan banjir kilat di sini.. terima kasih kerana mengambil berat. alhamdulillah, kami baik2 sahaja. hujan lebat selama hampir 2 jam. di sini tidak ada drainage. jadi normal kalau hujan ada jadi banjir. tetapi hanya seketika. bila hujan berhenti air juga turut pergi. tiada banjir yang behari2 seperti di malaysia.. :) orang saudi sangat suka akan hujan. mereka akan pergi bermain hujan dengan gembira. ada juga yang menadah tangan berdoa di tengah2 hujan tersebut. sahabat saya di sini menerima juadah manisan jam 2 pagi. jiran mereka (orang saudi) yang beri sebagai tanda kesyukuran.. mashaallah...

setakat ini dahulu..., semoga saya diberi kesempatan untuk update cerita2 di sini lagi di masa akan datang inshaallah... bubyee.. 



salam sayang,

No comments:

Post a Comment