Sunday, August 31, 2014

Souq Jauharat.

salam..

Tadi saya ke souq jauharat.. souq ni tempat jual carpet. ada banyakkkkk kedai yang jual carpet sampai rambang mata dibuatnya.. ianya berada di hajj street.. harga carpet mengikut kata kawan2 di sini jauh lebih murah dari Malaysia. saya kurang pasti sebab tak pernah shopping carpet di Malaysia.. ada juga jemaah umrah/haji yang datang beli carpet disini kemudian hantar ke Malaysia melalui pos. 
sempat saya sambar 2 keping td! alhamdulillah... ;) ok, tak nak lah cerita panjang2.. kita layan gambar je ok. 


inilah entrance souq jauharat. iye boleh masuk dengan kereta then park la kat mana2 kedai carpet yang kita suka. syok kan? mudah dan convenience. maaf jika kurang jelas sebab saya pergi waktu malam dan ambil dari dalam kereta sahaja.. 

kami sampai tadi ketika waktu isyak. kedai tutup seketika. so saya tunggu dalam kereta sementara mr.dada solat isyak di masjid berdekatan.. 


haaaa... rambang mata saya! pilih2! kata mr.dada. tapi yang murah2 je lah yeee... hehe




sukaaa betul yang ni...  gebu & mahal.... nanti anak2 tumpahkan air lah... makanan lah.... nangis pulak saya! so kita cancel. 


seronok rasyad berlari2 dalam ni.. 

ok.., yang ni kita boleh order mengikut size yang kita nak... normal rumah orang2 arab kat sini akan letak carpet kosong mcm ni untuk base.. kemudian mereka akan letak carpet lain di bahagian atasnya... biasanya carpet bahagian atas tu yang bercorak... tenggelam kaki! syokkkkk.... tapi rumah saya tak perlulah mcm tu! xrajin nk vacuum selalu. ;p 

ok ni map utk ke souq ini... ;) 
sebenarnya ada banyak lagi kedai dan macam2 design. gambar yang saya ambil tu hanyalah sebahagian kecil sahaja. saya beli yang mana? biarlah rahsia. nak tidur dulu. bai! 

Friday, August 29, 2014

Jalan-Jalan petang Khamis.

salam..
Saya suka hari khamis sebab Mr.dada kerja half day. hari Jumaat pun suka sebab mr.dada cuti tapi tak suka hari sabtu sebab orang lain cuti tapi mr.dada kena kerja! selalunya kalau hari rania sekolah. setiap hari khamis saya berpeluang ambil dia pulang dari sekolah kemudian dapatlah lunch date kat luar. eh, sebut pasal sekolah hari ahad ni sekolah dah buka.. rania dah excited nak ke sekolah semula! semester baru ni rania akan masuk KG3.. dan yang paling best rania not the only malaysia di sekolah itu lagi. aisyah ada join rania nnt. eh, kita cerita pasal sekolah dekat entry baru nanti k. mungkin selepas hari ahad. :) 

so, petang tadi (masih guna 'tadi' sebab sekarang pukul 1.30am dan saya masih belum tido) kami, merujuk kepada saya & 2R berjaya mengajak mr.dada jalan2 pusing makkah. rasanya dah lama tak jalan2 waktu siang musim panas ni. rinduuuu nak pergi tengok makkah di waktu siang. so, lepas asar tadi kami jalan2 makkah & masjidilharam. walaupun hari ni cuaca kurang panas tetapi agak humid. agak memenatkan juga sebab kami akhirnya membuat keputusan untuk jalan2 sekitar masjidilharam. kata mr.dada mahu bawa saya dan anak2 masuk bahagian masjid yang baru siap. tetapi tak ada rezeki saya apabila kawasan itu ditutup untuk orang awam.. dibuka seketika musim ramadan yang lepas bagi menampung jemaah yang ramai. kemungkinan akan buka semula apabila jemaah haji sudah sampai nanti. oh ya, ini adalah weekend terakhir sebelum jemaah haji tibaaaaa.. dalam news juga dah diwar warkan bahawa bermula hari isnin ini hanya jemaah haji dan orang yang tinggal dalam makkah sahaja yang boleh berada di dalam makkah. selebihnya adalah strictly not allowed! oleh itu bermula isnin ini makkah adalah exclusively untuk jemaah haji dan 'kami'. :) masa inilah polis2 yang jaga kawasan border Makkah akan busy. bagi memastikan tiada orang luar yang terlepas. jelas security tahun ini lebih ketat dari tahun2 sebelum ini. semoga perjalanan haji para hujjah juga akan berjalan lancar dan baik inshaallah dengan pengurusan yang baik..  ameen... 

Jom kita tengok gambar2 yang sempat saya ambil tadi...




restoran al baik di jalan umm qura..

menuju masjidilharam.. 



lalu di bahagian masjid yang masih dalam pembinaan. 
inilah bahagian baru masjid yang telah siap dan saya belum berpeluang untuk memasukinya... hanya boleh bergambar di bahagian luar sahaja... 

cantik mashaallah. kagum melihat stuktur bangunan walaupun hanya dari luar. lebih lagi di bawah sinaran matahari petang.. eh, saya yang tidak menyumbang apa2 dlam pembinaan masjid ini pun rasa kagum tidak terhingga. apatah lagi orang itu ya? ehem2... :p 






sempat bergambar berlatar belakangkan hilton hotel.. 

amalan bersedekah di sini... mereka suka bersedekah. roti yang kita tengok simple macam ni tapi mungkin boleh buat orang yang makan gembira berganda-ganda! 



2 orang wanita yang berdiri sambil memegang container yang berisi rutob (fresh kurma) sape mahu, ambil sahaja. ya, mereka sedang bersedekah! apabila 2R besar sikit nak suruh buat macam tu juga. ;) 


kaunter kecil itu tempat untuk sewa wheel chair. berada di bahagian luar masjid. 


usai solat kami tunggu di bahagian laluan jenazah yang akan dibawa menaiki ambulan kemudian akan dibawa ke kawasan perkuburan untuk dikebumikan... 

melihat jenazah mengingatkan saya bahawa waktu 'pulang' sudah semakin hampir. bersediakan kita??  

jenazah lelaki..


pintu numb 1 (King Abdul Aziz)... bahagian ini nanti akan dirobohkan untuk projek pembesaran masjidilharam fasa ke3.. inshaallah selepas musim haji berakhir. oh pasti saya merindui kawasan pintu ini dan kawasan sekitarnya! sangat nostalgia sebab kami selalu berada di kawasan ini.... :(

Monday, August 25, 2014

umrah 12 syawal.

Assalamualaikum!

hy semua. sekarang bulan syawal sudah hampir meninggalkan kita... sekejapnya masa berlalu.. tak sedar dah lama tak update blog rupanya! saya agak busy. sebenarnya sejak kembali dari Malaysia haritu saya dan suami serta anak2 sedang bertungkus lumus mengubah susun atur dalam rumah. tukar perabot yang dah rosak, kemudian alang2 mengemas tu kami lengkapkan bilik si 'anak dara' Rania.. dah besar rania tak sedar pun. rasa macam dia masih baby. tiba2 dah 5 tahun dan perlu traning untuk tido dalam bilik sendiri. sebelum ni saya hanya pisahkan katil, sekarang dah tiba masanya untuk berpisah bilik pula! alhamdulillah minggu ni hampir 80% ubah suai dah siap... tinggal benda kecil2 je lagi. :) 

sebenarnya nak cerita tentang umrah kami pada 12 syawal yang lepas. iye2 tahu dah basi cerita! sekarang dah nak habis syawal. haha... tapi tak pe lah... at least ada juga kenangan yang terpahat dalam blog ni. biarlah lambat sikit asal berupdate. kannnn? plan asal nak buat umrah selepas subuh. subuh di rumah kemudian terus keluar untuk miqat dan kemudian terus ke masjidilharam. so habis umrah waktu dhuha. tapiiiiii..., malam khamis tu ada kawan di sini buat open house. biasalah majlis di sini mesti start malam dah habis lewat malam. so malam tu pukul 2 pagi baru balik rumah. anak2 tido lambat. jadi umrah pun tertangguh sampai lah selepas asar. 

Ianya adalah umrah pertama rasyad setelah pandai berjalan. kemain seronok rasyad masa tawaf sesekali kami lepaskan supaya dia berjalan sendiri. kami memilih untuk tawaf di tingkat pertama tawaf untuk mengelakkan kesesakkan. walaupun jemaah haji masih belum tiba, tetapi apabila hujung minggu masjidilharam dipenuhi dengan orang tempatan. jadi tawaf di bahagian bawah agak sesak. lebih lagi pada hari jumaat selepas asar. itu juga pertama kali saya tawaf di mataf sejak ia dibina. sebelum ni memang twaf di bawah sahaja. rupanya sangat selesa tawaf di mataf. lebih lagi apabila membawa kanak2 ribena. ;) pengudaraan yang baik dan kawasan tawaf yang luas! ketika sedang tawaf pada pusingan ke 4 waktu maghrib masuk jadi kami terus solat si bahagian mataf tersebut. selesai solat maghrib sambung tawaf ke 5 tiba2 rania nak ke toilet! alahai.... terpaksa la break sekejap bawa dia pergi toilet. tiba2, eh saya pun baru perasan yang dalam beg tidak ada apa2 untuk rasyad munching! so, kami ambil keputusan untuk break belikan rasyad biskut. sambil tu sempat juga bonda & dada pekena teh tarik! haha.... then sambung balik tawaf (dah penat sikit..) phew.. akhirnya selesai juga tawaf. terasa tawaf yang paling panjang sebab ada masa rehat yang panjang! LOL. kemudian saie dan solat isyak di tempat saie... alhamdulillah.. selesai... walaupun umrah kali ini lebih lama dari biasa... tapi puas hati dan bersyukur dapat selesaikan... alhamdulillah... yang penting rania & rasyad happy masa umrah.. tak buat perangai.. hehe... 







baru sampai masjid... 

seronok tengok family ni sedang berehat di perkarangan masjid. mungkin sedang berehat setelah selesai umrah.. 


mataf temporary yang di bina 2 tingkat. kami tawaf di tingkat 1. tak dapat bayangkan bagaimana keselesaan mataf yang betul2 apabila siap nanti. yang ni pun dah selesa sangat. 

berjalan menuju ke mataf.. 

sempat bergambar kenangan sebelum mula tawaf

seronok rasyad apabila sesekali kami lepaskan untuk berjalan sendiri..

sementara menunggu mr.dada buat solat sunat selepas tawaf. rasyad dah mula lapar. nasib baik dah beli biskut siap2. :) 

pose lepas tawaf namanya.. hehe


selesai umrah dapat makan ais krim! yeay. 

Sunday, August 3, 2014

MAKKAH, kami sudah pulang!

"now, haram alhamdulillah good. tawaf 10minutes only." kata abeed dalam bahasa english yang kurang fasih. sebutannya juga berbunyi ala arab. 
"mashaallah kuwais2.." balas suami saya! beliau membalas dalam bahasa arab yang semestinya tidak fasih juga seperti abeed yang cuba bertutur dalam bahasa english. saya tersenyum sendiri. suami sering mencuba bertutur dalam bahasa arab walaupun arabnya sering sahaja tidak betul. kadangkala kerana 'broken arabic' beliau itu beliau sering mendapat pujian dari orang arab atas keberaniaannya untuk mencuba! abeed merupakan driver yang seringkali menghantar dan mengambil kami di airport setiap kali kami ingin pulang dan kembali. 

terdengar sahaja perbualan tersebut saya sudah kembali menyedarkan diri bahawa saya kini sudah selamat sampai kembali ke tanah gersang. walaupun hati masih 'terikat' dengan bumi Malaysia setelah 2 bulan bergembira di sana. walaupun hati masih kuat terasa berat dan rindu kepada kaum keluarga terutama ayah dan bonda yang sudah ditinggalkan. namun, masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke tanah haram. 'oh ya, masih belum sampai. masih berada di jeddah. perjalanan berbaki lebih kurang 1 jam untuk tiba di makkah' kata hatiku. 'ya ALLAH lindungi perjalanan kami ini. benarkan untuk kami kembai ya ALLAH...' 

saya terlena ketika memasuki sempadan tanah haram. tersedar ketika sudah terlalu hampir dengan rumah. mungkin kerana sudah terbiasa dengan waktu di Malaysia yang ketika itu sudah hampir jam 12 malam. begitu juga Rania & Rasyad serta suami. alhamdulillah.. bisik saya ketika kereta parking betul2 di hadapan apartment kami tinggal. kami telah selamat tiba di makkah di mana kehidupan akan kembali kepada biasa. kehidupan sebagai seorang perantau yang terlalu bertuah! agak penat kerana perjalanan kali ini agak panjang kerana kami memilih untuk transit di dubai. perjalanan memgambil masa hampir 12 jam. seronok dalam kepenatan. 

buka sahaja pintu rumah, hati ini terus merasa terlalu kosong, sedih dan sayu teringatkan orang2 yang ditinggalkan di Malaysia. sungguh. setiap kali pulang saya mengambil masa untuk pulih dari sakit merindu. masih terngiang2 di telinga akan suara2 mereka. namun seringkali saya memujuk hati bahawa ALLAH telah meletakkan kami di tempat yang terbaik. walaupun berjauhan, saya boleh menghadiahi mereka dengan doa yang tidak putus dari bumi barakah ini.. alhamdulillah di sebalik rasa rindu, ada banyak kelebihan dan kebaikan yang mengubat hati.... alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana masih mengizinkan untuk kami kembali... 

keesokkan paginya, seawal jam 4 pagi mata ini sudah segar bugar! badan masih penat tetapi hati sudah meronta2 untuk tawaf. sudah 2 bulan tidak tawaf. rindu. mendengar kata abeed semalam bahawa haram sudah lengang, semakin saya tidak sabar! selepas subuh, kami ke masjidilharam. benar kata abeed, masjid lengang.. terlihat kelibat orang tempatan yang ada. jemaah umrah hanya sedikit. mungkin juga akan pulang dalam minggu ini untuk memberi ruang kepada jemaah haji pula. kami tawaf dengan gembira dan bersyukur. kepulangan kali ini sangat berlainan kerana rasyad sudah pandai berjalan. seronok melihat rasyad yang ingin berjalan sendiri ketika tawaf. sungguh comel dan bersemangat. kamu sungguh bertuah wahai anakku.... usai tawaf hati sudah semakin terubat.. jiwa semakin terisi dan hampir pulih.. doaku supaya kerinduan pada keluarga ini di gantikan dengan kegembiraan mereka di sana.. doa ini sentiasa memeluk mereka dalam kejauhan inshaallah.. semoga dikuatkan hati2 kami yang bersatu dalam kejauhan... amin2 ya rabbal alamin.... 



pagi.. sesudah subuh... 











dalam perjalanan pulang, ternampak buah kurma yang sedang ranum di atas pokok. senyum sendiri sebab sepanjang di Malaysia selalu nampak buah rambutan yang merah dan kuning bergayutan. hehe...

WELCOME BACK, MASNIRA! ^_^