Sunday, August 3, 2014

MAKKAH, kami sudah pulang!

"now, haram alhamdulillah good. tawaf 10minutes only." kata abeed dalam bahasa english yang kurang fasih. sebutannya juga berbunyi ala arab. 
"mashaallah kuwais2.." balas suami saya! beliau membalas dalam bahasa arab yang semestinya tidak fasih juga seperti abeed yang cuba bertutur dalam bahasa english. saya tersenyum sendiri. suami sering mencuba bertutur dalam bahasa arab walaupun arabnya sering sahaja tidak betul. kadangkala kerana 'broken arabic' beliau itu beliau sering mendapat pujian dari orang arab atas keberaniaannya untuk mencuba! abeed merupakan driver yang seringkali menghantar dan mengambil kami di airport setiap kali kami ingin pulang dan kembali. 

terdengar sahaja perbualan tersebut saya sudah kembali menyedarkan diri bahawa saya kini sudah selamat sampai kembali ke tanah gersang. walaupun hati masih 'terikat' dengan bumi Malaysia setelah 2 bulan bergembira di sana. walaupun hati masih kuat terasa berat dan rindu kepada kaum keluarga terutama ayah dan bonda yang sudah ditinggalkan. namun, masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke tanah haram. 'oh ya, masih belum sampai. masih berada di jeddah. perjalanan berbaki lebih kurang 1 jam untuk tiba di makkah' kata hatiku. 'ya ALLAH lindungi perjalanan kami ini. benarkan untuk kami kembai ya ALLAH...' 

saya terlena ketika memasuki sempadan tanah haram. tersedar ketika sudah terlalu hampir dengan rumah. mungkin kerana sudah terbiasa dengan waktu di Malaysia yang ketika itu sudah hampir jam 12 malam. begitu juga Rania & Rasyad serta suami. alhamdulillah.. bisik saya ketika kereta parking betul2 di hadapan apartment kami tinggal. kami telah selamat tiba di makkah di mana kehidupan akan kembali kepada biasa. kehidupan sebagai seorang perantau yang terlalu bertuah! agak penat kerana perjalanan kali ini agak panjang kerana kami memilih untuk transit di dubai. perjalanan memgambil masa hampir 12 jam. seronok dalam kepenatan. 

buka sahaja pintu rumah, hati ini terus merasa terlalu kosong, sedih dan sayu teringatkan orang2 yang ditinggalkan di Malaysia. sungguh. setiap kali pulang saya mengambil masa untuk pulih dari sakit merindu. masih terngiang2 di telinga akan suara2 mereka. namun seringkali saya memujuk hati bahawa ALLAH telah meletakkan kami di tempat yang terbaik. walaupun berjauhan, saya boleh menghadiahi mereka dengan doa yang tidak putus dari bumi barakah ini.. alhamdulillah di sebalik rasa rindu, ada banyak kelebihan dan kebaikan yang mengubat hati.... alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana masih mengizinkan untuk kami kembali... 

keesokkan paginya, seawal jam 4 pagi mata ini sudah segar bugar! badan masih penat tetapi hati sudah meronta2 untuk tawaf. sudah 2 bulan tidak tawaf. rindu. mendengar kata abeed semalam bahawa haram sudah lengang, semakin saya tidak sabar! selepas subuh, kami ke masjidilharam. benar kata abeed, masjid lengang.. terlihat kelibat orang tempatan yang ada. jemaah umrah hanya sedikit. mungkin juga akan pulang dalam minggu ini untuk memberi ruang kepada jemaah haji pula. kami tawaf dengan gembira dan bersyukur. kepulangan kali ini sangat berlainan kerana rasyad sudah pandai berjalan. seronok melihat rasyad yang ingin berjalan sendiri ketika tawaf. sungguh comel dan bersemangat. kamu sungguh bertuah wahai anakku.... usai tawaf hati sudah semakin terubat.. jiwa semakin terisi dan hampir pulih.. doaku supaya kerinduan pada keluarga ini di gantikan dengan kegembiraan mereka di sana.. doa ini sentiasa memeluk mereka dalam kejauhan inshaallah.. semoga dikuatkan hati2 kami yang bersatu dalam kejauhan... amin2 ya rabbal alamin.... 



pagi.. sesudah subuh... 











dalam perjalanan pulang, ternampak buah kurma yang sedang ranum di atas pokok. senyum sendiri sebab sepanjang di Malaysia selalu nampak buah rambutan yang merah dan kuning bergayutan. hehe...

WELCOME BACK, MASNIRA! ^_^ 








9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...

    p/s: kami pula rindukan baitullah... ;-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis.
    Bertuahnya sis.
    Harap kty dpt peluang utk jejakkan kaki lg ke tanah haram.amen.

    ReplyDelete
  3. Bertuah kerana berada dibumi barakah. Teruskan menulis agar terubat rindu kami.

    ReplyDelete
  4. Welcome Dear.
    Oohh rindunya disana..InsyaAllah akan kami kembali semula

    ReplyDelete