Assalamualaikum!
hy semua. sekarang bulan syawal sudah hampir meninggalkan kita... sekejapnya masa berlalu.. tak sedar dah lama tak update blog rupanya! saya agak busy. sebenarnya sejak kembali dari Malaysia haritu saya dan suami serta anak2 sedang bertungkus lumus mengubah susun atur dalam rumah. tukar perabot yang dah rosak, kemudian alang2 mengemas tu kami lengkapkan bilik si 'anak dara' Rania.. dah besar rania tak sedar pun. rasa macam dia masih baby. tiba2 dah 5 tahun dan perlu traning untuk tido dalam bilik sendiri. sebelum ni saya hanya pisahkan katil, sekarang dah tiba masanya untuk berpisah bilik pula! alhamdulillah minggu ni hampir 80% ubah suai dah siap... tinggal benda kecil2 je lagi. :)
sebenarnya nak cerita tentang umrah kami pada 12 syawal yang lepas. iye2 tahu dah basi cerita! sekarang dah nak habis syawal. haha... tapi tak pe lah... at least ada juga kenangan yang terpahat dalam blog ni. biarlah lambat sikit asal berupdate. kannnn? plan asal nak buat umrah selepas subuh. subuh di rumah kemudian terus keluar untuk miqat dan kemudian terus ke masjidilharam. so habis umrah waktu dhuha. tapiiiiii..., malam khamis tu ada kawan di sini buat open house. biasalah majlis di sini mesti start malam dah habis lewat malam. so malam tu pukul 2 pagi baru balik rumah. anak2 tido lambat. jadi umrah pun tertangguh sampai lah selepas asar.
Ianya adalah umrah pertama rasyad setelah pandai berjalan. kemain seronok rasyad masa tawaf sesekali kami lepaskan supaya dia berjalan sendiri. kami memilih untuk tawaf di tingkat pertama tawaf untuk mengelakkan kesesakkan. walaupun jemaah haji masih belum tiba, tetapi apabila hujung minggu masjidilharam dipenuhi dengan orang tempatan. jadi tawaf di bahagian bawah agak sesak. lebih lagi pada hari jumaat selepas asar. itu juga pertama kali saya tawaf di mataf sejak ia dibina. sebelum ni memang twaf di bawah sahaja. rupanya sangat selesa tawaf di mataf. lebih lagi apabila membawa kanak2 ribena. ;) pengudaraan yang baik dan kawasan tawaf yang luas! ketika sedang tawaf pada pusingan ke 4 waktu maghrib masuk jadi kami terus solat si bahagian mataf tersebut. selesai solat maghrib sambung tawaf ke 5 tiba2 rania nak ke toilet! alahai.... terpaksa la break sekejap bawa dia pergi toilet. tiba2, eh saya pun baru perasan yang dalam beg tidak ada apa2 untuk rasyad munching! so, kami ambil keputusan untuk break belikan rasyad biskut. sambil tu sempat juga bonda & dada pekena teh tarik! haha.... then sambung balik tawaf (dah penat sikit..) phew.. akhirnya selesai juga tawaf. terasa tawaf yang paling panjang sebab ada masa rehat yang panjang! LOL. kemudian saie dan solat isyak di tempat saie... alhamdulillah.. selesai... walaupun umrah kali ini lebih lama dari biasa... tapi puas hati dan bersyukur dapat selesaikan... alhamdulillah... yang penting rania & rasyad happy masa umrah.. tak buat perangai.. hehe...
Assalamulaikum Bonda hihihihihi
ReplyDeleteAllahhuakbar الله أكبر... seronoknya..... tumpang gumbira sgt2 baca artikal dan gambar2 yg bonda share nie.... ^_^
akhiranya ada jga cerita dan kabar kak eira dn fmly dari tanah Haram.... salam kshsyg wat kak eira sekelurga.
assalamualaikum,
ReplyDeleteseronok nk baca entry di sini... salam kasih sayang dari kami sekeluarga. rania sudah besar, rasyad dah Nampak rupa mr dada nya...:)
jemput singgah rumah andai datang bercuti di Bahrain.. :) salam ukhuwah :)
umi azrini-bahrain :)