As salam...
~ ini entry yang saya dan suami tulis minggu lepas baru nak publish ~
Apa khabar pembaca yang saya hormati.. tidak kira walau dari mana kalian berada, saya doakan semoga kita semua di bawah lindungan ALLAH s.w.t sentiasa. kita semua berada di bawah langit yang sama, berkongsi warna darah yang sama dan semestinya dari asal keturunan yang sama.. marilah kita sama2 bersatu hati dan setiap gerak geri apatah lagi dalam menambah kecintaan kita kepada agama yang kita pegang dari azali..
saya terpanggil untuk mengisi entry saya kali ini dengan memberi pandangan sendiri yang secara lahiriahnya datang dari hati kami (saya dan suami) tentang isu yang kita semua sedang 'runsingkan'. malam tadi pillow talk saya dan suami berkisar tentang isu pembesaran masjidlharam dan masjid nabawi. saya sering membaca pandangan orang malaysia yang rata-rata meluahkan rasa hati dan pendapat yang pelbagai. ada yang cuba melahirkan rasa gembira, bangga, tidak kurang juga yang sedih dan marah akan pembangunan kedua2 kota suci yang disayangi.... Allahuakhbar... kita semua sayang akan tanah suci Makkah dan Madinah. sesiapa yang pernah datang pastinya mempunyai memori & nostalgia sendiri dan seterusnya mempunyai hubungan yang erat dengan kedua2 kota suci ini. justeru, kenangan & nostalgia itu terus melekat dan bersatu dengan hati menyebabkan kita mengikuti setiap pemkembangan dan menjadi 'sensitif' dalam sesetengah isu. MasyaALLAH terima kasih ya ALLAH... kerana memhadiahi perasaan kasih dan sayang yang kuat, teguh dah utuh itu... terima kasih kerana melahirkan rasa rindu dan membuatkan untuk kita terus mendekatiNYA...
Apakah perasaan kita apabila pertama kali membeli sebuah rumah baru ya? sebelum masuk sudah tentu kita buat renovation, buat id yang cantik, mahu ruang yang selesa untuk diri sendiri dan keluarga dan pastinya kita memikirkan soal tetamu. bagaimana nanti jika ada tetamu datang bertandang? rumah mestilah cantik mengikut citarasa kita. kita akan sentiasa cuba untuk menambah baik supaya rumah akan menjadi lebih cantik & selesa dari semasa ke semasa. sekarang apa kata kita meletakkan situasi yang sama tetapi mengubah background tempat kepada masjidlharam. cuba kita lihat akan perubahan masjidlharam dari semasa ke semasa, dari zaman orang dahulu yang hanya boleh datang ke sini dengan pengangkutan laut kemudian ke pengangkutan udara yang lebih selesa.. dan daripada pelbagai masalah ruang, keselesaan yang terpaksa diharungi oleh zaman dahulu sehinggalah keselesaan ketika menunaikan haji/umrah oleh kita kini. alhamdulillah perjalanan haji/umrah kita terlalu selesa kalau mahu bandingkan mereka yang datang pada zaman dahulu. bersyukurkah kita atau kita sentiasa ingin mencari 'kesalahan-kesalahan' pihak tertentu yang cuba menambahbaik dan memberi keselesaan maksimum kepada jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia. saya menyeru untuk kita sentiasa mensyukuri akan segala keselesaan yang kita dapat sehingga keselesaan itu mampu mendesak kita untuk mencari kelemahan! atau dalam bahasa yang lebih mudah untuk difahami, keselesaan itu menyebabkan kita banyakkkkkk sangat masa untuk berfikir dan berprasangka sehingga mampu memikirkan perkara yang berada di luar kotak dan kemudian membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap! agaknya kalau kita datang umrah/haji pada 30 tahun yang lepas, bagaimana ya keadaan kita??
saya bukan menulis kerana terlalu menyokong dengan apa yang dilakukan pihak kerajaan saudi akan projek pembesaran masjidlharam. saya jelas dan maklum bahawa projek tersebut telah 'menghilangkan' beberapa tapak sejarah yang menyentuh sensitiviti pelbagai pihak. saya juga bukan menulis seolah terlalu arif akan projek ini kerana suami merupakan salah satu tenaga kerja yang terlibat. tetapi saya menulis sebagai manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan dalam diri dan juga terlalu jahil malah terlalu kurang ilmu dunia dan akhirat! tetapi saya terpanggil untuk meluahkan rasa sedih kerana 'orang kita' terlalu 'bijak dan yakin' dan membuat penilaian sehingga penilaian tersebut menjadi fitnah besar di akhir zaman seterusnya menjadi viral atau bahan untuk di kutuk2 dan di pandang buruk oleh sesetengah pihak! come on! kita sayang ke dua2 kota suci ini tetapi jangan membiarkan rasa kasih sayang yang ALLAH bagi pinjam itu sebagai salah satu medium yang menghalalkan kita untuk menyebar sebaramg maklumat tanpa bukti yang kukuh atau tanpa maklumat yang lengkap!! please stop dan bersyukur serta berprasangka baik. :)
now, kita stop dengan prejudice dan layan gambar pula ok... gambar di pagi hari selepas hantar rania ke sekolah.. saya, mr.dada dan rasyad pergi tawaf... seronoknyaaa.. jemaah haji dari pelbagai negara dan sampai...
now, kita stop dengan prejudice dan layan gambar pula ok... gambar di pagi hari selepas hantar rania ke sekolah.. saya, mr.dada dan rasyad pergi tawaf... seronoknyaaa.. jemaah haji dari pelbagai negara dan sampai...
normally jemaah haji dari india akan memakai color tudung yang terang2.. mengikut kumpulan masing2... dari jauh dah nampak! :) |
gambar tak teratur. ni ketika baru nak masuk masjid... di bab bilal. pintu masuk untuk tempat tawaf tingkat 1. saya suka tengok gambar ni rasyad & guard masjid ada eye contact di situ. hehe.. |
dibahagian luar nampak petugas tabung haji. mungkin sedang menunggu jemaah tawaf.. |
suka melihat petugas haji dari pakistan menunggu jemaah mereka di bawah payung. bila ada jemaah mereka yg lalu mereka akan bersalaman.. |
Assalamualaikum, tq Mas. Kak biasa pergi sebelum bangunan2 hotel tu dirobohkan...Dan semasa pembinaan. Dulu hotel2 tu rapat2 Dan tak teratur. Sekarang tgk yg dah siap kat jabal omar nampak gah je. Harap memudahkan jemaah yg pergi. Bila Haji, mesti nak tgk salam Baitullah. Memang rindu sgt2. Dalam paper dah keluar cerita suami Mas. Tahniah kerana dapat duduk sana lama. Kak nak minta tolong Mas, doakan kak n hubby dapat mengerjakan haji dalam waktu yg terdekat. Kak nkpi dgn muassasah je. Tq sekali lg.
ReplyDeleteNice post, saya bookmark blog anda kerana saya mendapati maklumat yang sangat baik pada blog anda, Terima kasih kerana berkongsi lebih information.I benar-benar seperti itu.
ReplyDeleteAs salam...rajin rajin lah menulis supaya kami tahu perkembangan seterusnye. Tkasih.
ReplyDeleteTerima kasih. Maklumat dan cerita yang mengubat rindu kami sekeluarga. Semoga kami dapat ke sana lagi. Amin...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete