salam...
Salam jumaat buat semua pembaca blog yang di hormati. semoga semua sihat dan ceria selalu. ada beberapa entry yang saya draf tapi belum publish tapi saya skip dan terussss update aktiviti kami malam tadi. sebelum ini saya selalu bercerita sedikit sebanyak tentang kehidupan kami di sini. kami merujuk kepada semua sahabat2 senegara yang menetap di sini. tetapi belum berkesempatan untuk berkongsi gambar mereka di blog kesayangan saya ini. malam tadi sampai giliran teratak comel kami untuk program usrah. jadi saya berkesempatan untuk meragam photo, mencipta memori indah bersama-sama mereka. MasyaAllah kali ini aktiviti usrah kami juga turut mendapat liputan pihak media Malaysia yang berada di sini sepanjang musim haji..
Aktiviti usrah kami berjalan setiap 2 minggu bertujuan memberikan pengisian dan juga menambah ilmu di kalangan kami. ianya dihadiri oleh golongan professional yang bekerja di Makkah dalam pelbagai sektor. seronok. setiap kali usrah kami berpeluang berkongsi pelbagai cerita di samping menambah ilmu pengetahuan. kanak2 riang pun seronok sebab inilah peluang untuk mereka berkumpul bersama rakan senegara!
ok, mari kita berkenalan dengan mereka dengan scroll gambar2 yang saya kongsi di bawah ok.. :)
|
ini para suami bergambar bersama pihak media yang hadir. mereka semua terlibat dalam pelbagai bidang dan sector. diantaranya engineer, arkitek, pengurusan, untuk projek pembesaran masjidlharam, telekomunikasi, pemodenan makkkah & juga pembinaan hotel2 baru di makkah. tidak ketinggalan dalam sector perhotelan. ada juga yang datang sebagai businessman yang mampu bertapak & mencipta nama sendiri di makkah. alhamdulillah.. |
|
para isteri/housewives bersama anak2 dan rakan media yang sudi berkunjung ke majlis kami.. |
|
setiap class usrah penceramah tetap kami adalah ustaz hafiz. seorang pelajar master di umm qura university dan juga sekarang menjadi penterjemah secara tetap di masjildilharam. sekarang setiap hari jumaat kita boleh mendengar khutbah jumaat dalam bahasa melayu dengan penglibatan ustaz hafiz dan juga beberapa rakan pelajar yang lain sebagai penterjemah. masyaALLAH. :) |
|
sesi sembang2 bersama media.. :) |
|
seronok sesekali berjumpa dan berkongsi cerita.. |
|
ustaz hafiz juga berpeluang di interview berkisar tentang pengalaman beliau sebagai penterjemah. |
|
tuan rumah (tudung purple) yang pura2 busy. hehe... dan juga kak sofi, rakan saya di sini.. |
|
belakang tabir sesi interview. ;) |
|
sepanjang proses rakaman untuk usrah.. |
oh ya, gambar2 anak2 dan makanan saya terlupa nak snap. maafkan tuan tanah ok. ;)
ni nak belanja ni....
~
~
~
~
~
~
|
nak belanja gambar family 1. nak ucapkan terima kasih pada semua rakan2 di makkah yang telah menjayakan usrah di kediaman kami.. semoga ukhwah yang terjalin terus utuh dan bertambah erat..inshaallah... dan juga terima kasih kepada rakan media yang sudi datang memeriahkan majlis kami.. :)) |
&
|
tuan punya blog pun merasa kena interview..hewhewhew.. tapi suami yang selalu dapat soalan lebih sebab beliau kan glamor bermusim.. musim haji je..gituw.. hehe... |
ok lah... salam sayanggg.... semoga bertemu lagi... :))
No comments:
Post a Comment