As Salam...
salam manis,
Musim haji semakin melabuhkan tirainya... jemaah semakin kurang.. selepas ini kota makkah akan bebas dari kemeriahan jemaah haji yang datang dari seluruh dunia... saya selalu kata jemaah haji ini istimewa.. mereka datang atas jemputan ALLAH swt dan pulang dengan haji yang mabrur.. ameen inshaallah... ok, sebenarnya nak buat entry perjalanan haji mr.dada a.k.a suami saya.. mukadimah tu mahu jelaskan bahawa musim haji hampir melabuhkan tirai tetapi saya baru je nak share perjalanan haji tersebut seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas! haha.. jangan marah ya... :p
Apa kata saya ringkaskan kronologi haji tersebut dalam bentuk point. mudah dan ringkas serta senang untuk faham. ;) sebelum itu seperti yang telah saya jelaskan dalam entry yang lepas mr.dada decided untuk buat haji at the last minutes.. bila mencari2 peluang group mana yang beliau mahu join, tiba2 mendapat undangan dari seorang hamba ALLAH (semoga Allah membalas jasa dan usaha dengan penuh barakah) untuk join kumpulan jemaah haji dari malaysia di bawah pakej cantumas travels. alhamdulillah rezeki... dan mr.dada hanya 'menumpang' untuk hari pertama haji sahaja iaitu ketika berwukuf di arafah, mabit di mudzalifah dan akhir sekali ke mina. hari2 seterusnya DIY.. :)
- 8 zulhijjah - bertolak ke hotel mira ajyad dari rumah selepas waktu asar kerana di khabarkan bas akan bertolak ke arafah selepas maghrib. parking di kudai dan ambil bus ke hotel mira ajyad. alhamdulillah perjalanan lancar dan tiba di arafah (maktab 94) seperti di jadualkan walaupun sedikit lewat.
- 9 zulhijjah - wukuf di arafah, bertolak ke mudzalifah selepas waktu maghrib. berada di mudzalifah sehingga jam 2 pagi kerana bus yang sepatutnya datang untuk membawa mereka ke mina tiba sedikit lewat. jemaah haji yang lain mengambil tempat di khemah maktab 94 di mina. mr.dada bersama beberapa jemaah kumpulannya mengambil keputusan untuk menyelesaikan ibadah melontar jamratul aqabah sebelum waktu subuh (fajr). berjalan kaki sejauh lebih kurang 4 km ke kompleks jamrah. selesai melontar, mr.dada dan yg lain berjalan kaki sejauh 3-4km menuju ke hotel mira ajyad dan solat subuh di sana. selesai solat, mr. dada terus pulang dengan menaiki bas berhampiran masjidil haram ke kudai dan tiba di rumah jam 7am pada 10 zulhijjah.
- 10 zulhijjah - bergerak ke mira ajyad hotel selepas asar untuk berjumpa dengan rakan2 yang pulang ke hotel dalam group tersebut. kemudian bersama2 ke mina dengan berjalan kaki. seperti biasa parking di kudai, kemudian ambil bus ke mira ajyad hotel. sebelum maghrib berjalan ke mina dan mabit. sempat saya bekalkan juadah raya.. mr.dada sempat berkongsi juadah tersebut dengan rakan2 yang lain.. selesai mabit mr.dada kembali berjalan kaki ke al haram dan mengambil teksi ke kudai parking seterusnya pulang ke rumah. sampai di rumah jam 2pagi.
- 11 zulhijjah - sempat berehat/tidur 5 jam di rumah seawal jam 8 pagi sudah bangun bersiap2 untuk ke masjidilharam tawaf dan saie haji. tawaf dan saie dengan kesesakan orang ramai mengambil masa yang panjang.. selesai dan pulang kerumah selepas zohor. sempat lunch dan berehat sekejap sebelum kembali ke mina untuk melontar dan mabit.. malam tersebut mr.dada mengambil keputusan untuk tidur sahaja di mina memandangkan esoknya mahu membuat nafar awal.
- 12 zulhijjah - selesai dan pulang ke rumah selepas nafar awal. masa untuk berehat & tidur puas2! :))
mr.dada banyak berkongsi cerita dengan saya sepanjang mengerjakan haji. ia adalah haji pertama beliau bersama2 group yang datang dari malaysia. tentunya ia memberikan pengalaman yang berbeza dari perjalanan haji kami sebelum ini. saya kongsi pengalaman itu dalam bentuk gambar di bawah ok. selain itu hubungan sesama rakan dalam kumpulan juga menjadi akrab! mashaallah.. walaupun baru pertama kali berjumpa dah jadi akrab kerana perjalanan haji bukan sesuatu yang mudah. bersama-sama walaupun dalam masa 4 hari mampu meninggalkan memori yang akan menjadi kenangan abadi inshaallah.. semoga ukhwah yang terjalin akan kekal inshaallah ameen.. :)
dengan haji Abu.. inilah orang yang mengajak mr.dada untuk join kumpulan haji beliau. semoga ALLAH membalas budi baik Haji Abu.. ameen... |
mudzalifah |
selfie ketika tidur di jamrat.. tak dapat tidur sangat katanya sebab panas.. |
seperti yang telah saya nyatakan di atas, mr.dada pulang dengan pelbagai cerita menarik untuk saya dan anak2.. walaupun sudah 2 kali menunaikan haji dan latar masih sama, saya masih teruja mendengar cerita2 dan pengalaman ketika menunaikan fardhu haji. haji kali ini mr.dada berpeluang rescue seorang pak haji tua yang sesat ketika melontar. sempat menemani pak cik tersebut q untuk masuk toilet! hehe... alhamdulillah semoga ALLAH membalas segala kebaikan yang dibuat dengan pahala yang berlipat ganda dan tiada lain yang dipinta apabila mengerjakan haji iaitu haji yang mabrur.. Allahummaameen.. :)
Gambar di bawah ini adalah gambar 4 orang yang bersama2 mr.dada dari haji wukuf sehinggalah hari melontar. saya banyak mendengar pengalaman mereka berempat yang diceritakan oleh mr.dada.. masyaallah.. sungguh seronok penuh suka, duka, masam, pahit, masin & manis. ;) mereka semua datang dari latar belakang yang berbeza, bertemu di bumi barakah dan persahabatan terbina ketika haji 1435h. doa saya semoga ukhwah yang terjalin itu terus kekal hendaknya.... dari kiri, Prof Haji Jamaluddin, Haji Abu, Dato' Haji Hamzah, dan Haji Halim Abu serta Haji Mohd Rus Abbas bergambar kenangan di restoran dsaji ketika sedang menikmati nasi arab.. :))
salam manis,
eira..tq..best baca..nanti cerita la detail sikit apa yg mr. dada experienced...
ReplyDeleteRindu rasanya nak ke haji lagi...
ReplyDelete