Monday, November 3, 2014

Hari Keluarga Dsaji.


As salam..

Apa khabar semua? semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa.. 
Sabtu lepas kami dijemput untuk bersama2 meraikan hari keluarga dsaji, makkah. 
sesiapa yang pernah datang umrah atau haji pasti maklum tentang restoran dsaji yang terletak di dalam safwah tower. restoran ini menyediakan makanan malaysia. saya masih ingat semasa kali pertama berkunjung ke makkah 5 tahun dahulu. saya sangat teruja tentang restoran ini. lebih lagi dengan teh tarik dan roti canai yang dijual! terasa seperti sedang minum2 di malaysia apabila menikmati makanan2 di restoran ini. selain itu, di restoran ini jugalah tempat kami (orang2 malaysia) yang tinggal di makkah, jeddah, yanbu', madinah mahupun dari daerah saudi yang lain berkumpul. sesiapa yang bekerja di saudi dan dtg ke makkah untuk menunaikan umrah pasti tidak ketinggalan untuk singgah di sini. 

sepanjang 4 tahun tinggal di makkah, restoran ini terlalu dekat dengan hati kami. setiap kali ke masjidilharam pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah walaupun hanya minum segelas teh tarik. suasana di sini kadangkala membuatkan kurang rasa rindu pada tanahair tercinta. lebih lagi apabila musim haji dan umrah. ketika nampak kelibat jemaah2 memenuhi setiap inci di saji, saya rasa seronok sekali. berbual dalam bahasa yang sama serta berkongsi nikmat makanan yang sama. disebabkan kami kerapkali muncul di saji, kami sudah mengenali sebahagian daripada pekerja2 di sini. mereka pun dah tahu kami nak makan apa.. nak order apa.. kadang2 masa orang ramai pun dapat priority lebih bila nampak je muka kat tempat roti canai, tukang tebar roti terus siapkan roti canai kami. :p haha... 

oleh itu, pada sabtu lepas keluarga besar dsaji buat satu majlis untuk meraikan warga kerja dsaji. alhamdulillah mereka tidak melupakan kami yang selalu 'ada' tak kira masa. haha... jadi di jemput sekali untuk meraikan hari keluarga mereka. majlis ini di buat di kawasan istirehah yang terletak di awali. selalunya makan kat dsaji berbayar, hari tu mereka panggil kami nak bagi makan free! mana boleh lepaskan peluang! ;) jom kita layan gambar2 sekitar majlis.. tapi sebelum tu nak say thank you untuk aunty zai (sahabat saya di sini) kerana gambar2 yang saya kongsi ini hasil bidikan beliau.. lighting dalam tempat tersebut juga ala2 romantis. jadi gambar kurang jelas.. :) 




tempat ini terbahagi kepada dua bahagian lelaki dan perempuan.. oleh sebab kebiasaannya orang2 saudi lebih suka separate setiap majlis mereka, jadi bahagian lelaki tidak akan nampak bahagian wanita. hanya ada 1 pintu kecil yang menjadi penghubung diantara ke dua ruang.. gambar di atas adalah gambar pintu masuk untuk bahagian wanita. 

bahagian dalam tempat wanita.. 

bahagian dalam tempat wanita,


nampak tukang ambil gambar. thank you aunty.. hehe..



ada private swimming pool juga di tempat wanita.. boleh swimming2.. tapi malam tu kami tak swim! 

aunty zai & rania.. 












kami geng housewives juga membawa dessert..ni kuih bakar buatan kak zah.. 

kuih ondeh2 colorful dari kak sofi... 

red velvet cake theme 'dsaji selalu di hatiku' dari tuan punya blog. :p 

red velvet cuppies pun ada jugakk... 


di kawasan oarang lelaki... ada persembahan khas dari pekerja2 di saji... meriahhh... 

bersantai tepi swimming pool... 

kanak2 riang.. 

mak2 dan bapak2 riang... ;)




ini pun emak2 riang ria di hari keluarga... 

geng riang ria bapak2... 

kenyang perut suka hati! 

handsome boy ni yang suka buli bonda & dada.. suruh kejar dia sebab nak ambil belon yang berenang2 dlm swimming pool.. (kesat air mata) 

geng Malaysian ladies in Makkah... salam sayang semua..! 


ok, terima kasih daun keladi restoran dsaji.. tahun2 depan jemput kami lagi ya... :))




salam manis dari bukan pengidap kencing manis.,



5 comments:

  1. Bertuahnya dapat pergi ke sini. InshaAllah suatu masa nanti Allah akan zinkan jua sy ke sana.. :)

    ReplyDelete
  2. salam, terbalik ye ..

    orang kita copy sakan dresing dan culture orang arab, terbalik pula orang arab kat london. mereka terus jadi western dan tak overly dress ..

    ReplyDelete
  3. Manis dengan senyuman semuanya :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum....suka dapat baca cerita dari mekah.... boleh tak cerita sikit pasal kejadian alam di kota mekah supaya dapat tahu perkara sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. suka sgt entry saudari . rasa nak sgt duduk di sana jugak. insyaAllah lagi 3 minggu nak bawa anak2 dan suami ke sana. rasa berdebar, excited, rindu semua ada. rasa khuatir juga dgn anak2 sy yg umur 4 thn dan 2 thn nnti behave ke tidak.. boleh tak saudari bagi tips utk tawaf, saie dan solat kalau bawa anak2 kecil. sgt mengharapkan tips dari saudari yg berpengalaman sgt2... seronoknya dapat tinggal sana..tq ye saudari diatas entry ni...wassalam...dari kejauhan tanah air siti zubaidah md nasir

    ReplyDelete