Assalamualaikum....
terlebih dahulu nak minta maaf blog lama menyepi. tengok traffic ramai yang menyinggah.. tapi tiada cerita terbaru! sebabnya saya baru pulang dari bercuti. tak adalah baru sangat dah seminggu juga.. tapi selepas pulang dah busy tolong rania cover balik pelajaran yang tertinggal sebab ponteng sekolah seminggu. :p lepas tu mr.dada pula demam.. so entry saya pergi bercuti saya share kemudian k. eh, tapi validkah cerita bukan berkenaan kehidupan saya di makkah diletakkan dalam blog ni. rasa macam tak sesuai dengan tajuk blog. tapi tak pe lah kan untuk rujukan dan memori saya di kemudian hari saya akan masukkan jugak. haha.. sendiri bertanya pendapat umum, sendiri yang buat keputusan. :p
ok, kembali kepada tajuk entry di atas tuuu... saya sudah berjaya menawan puncak jabal nour semalam! alhamdulillah! terasa sungguh seronok seperti mahu lompat bintang di situ sebab dah lama saya teringinnnnn nak panjat jabal nour nih.. cari geng nak panjat xjumpa.. nak ajak mr.dada nanti kena bawa 2R sekali.. tak mampu pulak rasanya nak dukung sampai atas tu. nak bawa diri sendiri pun terkedek2 macam keledek masa panjat. inikan pula nak membawa budak comel 2 orang tu. so, marilah kita tinggal mereka dan panjat dengan bersemangat!
Apabila sahabat saya di sini pasangan suami isteri Ruzmiza dan Aznan memberitahu mahu mendaki jabal Nour saya menyatakan hasrat untuk turut serta. alhamdulillah mereka kata tiada masalah. mr.dada pun setuju untuk jaga 2R dan bagi chance saya mendaki. girangnya rasa di hati. kemudian mereka menerangkan bahawa pendakian mereka tersebut kerana mahu menemani DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SYUKOR dan anak saudara beliau SHEIKH AIMAN, terasa amat berbesar hati kerana berpeluang bersama2 melakar kenangan bersama beliau. :)
tentatif program kami bermula dari rumah sahabat merangkap neighbour saya yang kebetulan buat makan2 selepas solat jumaat. jadi mr.dada dan 2R akan bersantai di situ sementara saya, miza dan aznan pergi meneruskan misi kami. kami lunch di rumah hj azam & hjh aniza kemudian tepat jam 2 petang kami bergerak ke hotel untuk mengambil Datuk & Aiman. janji dengan beliau untuk berjumpa jam 2.30 petang malangnya keadaan traffic agak horror dan kami sampai lewat sedikit dari waktu yang dijanjikan. tiba di Jabal Nour lebih kurang jam 3.15 petang. sebaik tiba kami terus memulakan pendakian menawan puncak jabal nour yang berketinggian 640m ini seterusnya memasuki gua hira.. matahari masih agak terik namun tidak begitu panas alhamdulillah...
|
Sheikh Aiman Syukor.. rupanya Aiman yang meminta untuk mendaki Jabal Nour.. syabas Aiman. walaupun baru berusia 10 tahun, Aiman sangat bersemangat untuk mendaki. saya lihat aiman sangat excited..! |
|
aiman & aunty miza sebelum memulakan pendakian... |
|
lihat dari bawah... wah... semangat berkobar2..! |
|
yeah kami bergambar sebelum memulakan pendakian... saya khabarkan kepada Datuk bahawa perjalanan ini akan saya memorikan di blog saya... alhamdulillah Datuk tidak menolak malah turut memberikan pose2 istimewa untuk saya abadikan di sini. terima kasih Datuk.. |
|
baru 5 minutes mendaki saya, miza & aznan sudah terasa kesukarannya! haha... namun Datuk dan Aiman sangat bertenaga .. so kami ketinggalan di belakang.. :D |
|
kami bertiga mendaki dengan perlahan dan banyak berehat. di samping itu saya berpeluang menikmati pemandangan yang luar biasa cantiknyaaa... masyaallah tabarakallah... |
|
senyum pun dah kelat sikit.. penat wehh... masa ni dah hampir give up ni... baru beberapa minutes mendaki. haha.. |
|
perjalanan masih terlalu jauh... (lap peluh dan air mata) |
|
berhenti lagi, rehat lagi dan ambil gambar lagi... Datuk & Aiman sudah hilang dari pandangan mata... sudah jauh kami ditinggalkan.. haha.. |
|
rupanya beliau menunggu kami di sini... |
|
sempat bagi pose istiimewa. |
|
rehat lagi hoiiiii..... |
|
meet mr.manager... Haji Aznan yang bekerja sebagai F&B manager di SwissOtel Makkah... |
|
view yang indah mashaallah... |
|
orang ini panjat dengan tong yang penuh air di bahu.. ok, bersemangat kembali untuk meneruskan pendakian lepas tengok dia.. |
|
masih mampu tersenyum walau nafas sudah putus2.. haha.. |
|
ok, kita rehat dan ambil gambar lagi.. :D |
|
muka dah kelat dah tu.... masa ni dah half way pendakian... selepas berhenti solat asar kami meneruskan pendakian.. |
|
nampak Aiman & Datuk dah on the way turun! haha... cepat mereka sampai puncak... memang tak terkejar ler... marilah kita redha dengan stamina sendiri... |
|
kata Datuk, ehhh.. korang baru half way tau.. lepas ni korang panjat lagi.. lepas tu kena turun sikit baru jumpa gua hira'.. kami dah masuk dah... kami tunggu korang kat bawah tuuuu je... (ehh, dah siapa pula yang jadi tourist guide ni..hihihi) |
|
<3 |
|
dah hampir sampai dah ni.. kita rehat & posing2 dulu... |
|
dan enjoy view yang indah masyaallah.. |
|
ramai pulak yang tulis nama atas batu... aishhh... |
|
yeay... dah sampai puncak... ada kedai jual cenderahati... :) |
|
yeayy... alhandulillah... smpai juaaa.... walaupun lemah longlai rasa kaki ku mendaki... |
|
tahniah to both of them tooo! |
|
nampak Gua Hira di bawah tu... long Q nak masuk dan kesemua nya lelaki.. jadi kami tak masuk gua tu... |
|
masa turun cuaca dah semakin redup dan berangin... perjalanan turun agak mudah.. so dah boleh pose dgn peace.. haha |
|
itulah tangga yang telah kami daki.. macam tak percaya... alhamdulillah... |
|
Datuk dan Aiman menunggu kami di sini... |
|
perjalanan turun 'diserikan' dengan persembahan baboon yang suka mengambil makanan & minuman orang sesuka hati.. seram sejuk i tauu.. tu sempat ambil gambar dari jauh je.. |
kami pulang ke haram jam 5 petang.. plan Datuk untuk solat maghrib di masjidilharam tidak kesampaian... atas kelewatan 3 orang pengiring Datuk yang lambat mendaki! haha... dan juga kesesakan lalu lintas yang tidak mengizinkan kami tiba di masjidilharam sebelum masuk waktu maghrib.. kami tiba di masjidilharam ketika orang sedang solat maghrib.. selepas isyak dapat dinner bersama2 dengan Datuk. turut serta adalah ibu Datuk... mr.dada dan 2R pun tidak ketinggalann... terima kasih daun keladi ya mr.manager... lain kali ajaklah kami lagi... ;)
|
bergambar kenangan selepas dinner bersama... |
|
terima kasih mr.aznan dan ruzmiza atas kesempatan yang dihadiahkan kepada kami... kepada kasih Datuk Dr.Sheikh Muszaphar yang sudi dinner dengan kami.. terima kasih mr.dada yang tolong jaga anak2 dan bagi chance untuk isteri mendaki dan juga 2R yang sangat behave masa bonda tak ada.... :)) |
Pulang kerumah jam 10 malam... dapat berita sedih bahawa telefon mr.aznan hilang semasa dlm perjalanan dari jabal nour ke haram... banyak gambar2 bersama Datuk ketika di Jabal Nour dalam telefon beliau. nasib baik ada gambar dalam telefon saya.. walaupun tidak banyak sekurangnya ada kenangan yang akan di memorikan di sini... semoga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik.. amin... :)) pengalaman beharga yang berjaya dikutip semalam akan selamanya tersemat di hati.. seronok dapat bertemu dengan seorang icon yang berjiwa besar dan mencipta nama besar di dunia.. alhamdulillah...
ikhlas daripada orang yang masih sakit kaki,
(bunga ros berduri tajam) Wahhhhhhh....best nya...masa pergi aritu x sempat naik sbb demam...insyaallah klu ada rezeki next time blh kot panjat.... ;)
ReplyDeleteAa rasa semangat bila dgr cerita Mas. Moga di kesempatan umrah akan datang akak berpeluang naik n daki jabal nur. Tq entry ni benar2 mengubat rindu haram
ReplyDeleteAlhamdulillah berjaya juga Eira, terkenang aunty pendakian ke sana bersama arwah suami pada 2010....
ReplyDeleteAssalamualaikum,seronok membaca cerita-cerita Mas dari Mekah. In Shaa Allah akak dalam list menunggu utk menunaikan haji. Harap Mas dapat memberi panduan-panduan semasa akak pergi ke sana nanti. Terima kasih.
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesis masnira...
subhanallah... best nya.
saya dah sampai mekah 2 kali, tapi tak pernah dapat mendaki.
ayah tak bagi.
kena tunggu mendaki dengan suami lah (itu pun kalau ada suami lah).
hihihihhi....
p/s: untong ler dapat jumpa en.suami Dr. Halina. hihihihi...
follow blog his wife...
assalammualaikum sis mas..nk minta izin utk copy gambar di atas..gmbr no 32, pemandangan gua hirak dr atas..
ReplyDeleteterima kasih