Wednesday, December 31, 2014

Paris 2014 part 2.

salam....

Jom kita sambung cerita sebelum tahun baru bakal menjelma... mari kita habiskan semua cerita pada tahun ini. maaf, akan ada 3 entry yang jauh menyimpang dari kehidupan kami di kota suci Makkah... lepas habis entry percutian ini saya akan kongsi cerita tentang aktiviti kami di makkah ya. janji! ;) 

hari ke 4 & 5 kami berada di kota Paris.., dari hotel radisson blu disney land ke hotel Baltimore mengambil hampir sejam perjalanan... ingin menjimatkan masa, kami bergerak awal pagi.. ambil transport yang kami sewa dari hotel dan terus ke kota pareeeee.... seronok menikmati perjalanan pagi yang suram.. oh ya, hari tersebut jatuh pada hari lahir saya iaitu 17 november! yang ke...... hurm, 28 tahun! saya rasa sebenarnya mr.dada belanja percutian ini sempena birthday saya. :p yipieee.... birthday girl sangat happy tengok hotel Baltimore tersebut... terletak di kawasan yang sangat best! hanya walking distance untuk ke eifel tower dan juga terdapat tempat2 menarik di kawasan sekitar... rania dah kena athsma pada hari tersebut, bermakna kena bagi dia banyak rehat! rasyad alhamdulillah sangat well behave dan suka outdoor. berbeza dengan rania agak tidak enjoy dengan cuaca tersebut... sampai di hotel kami berehat, lunch dan kemudian solat sebelum berjalan2 di kawasan sekitar! hoi... birthday girl tak sabar2 nak jalan2... 3 hari dah bagi anak2 peluang spend time kat disney land... 2 hari terakhir bagi chance untuk bonda & dada ye anak2... korang ikut je... keluar dari hotel rupa-rupanya hujan lagii.... hati agak kecewa namun tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan! jom tengok memori indah yang sempat saya rakamkan.. 



birthday girl! bonda paksa rania yang mood tak baik sangat tolong ambil gambar. ini lah jadinya.. hehe... masa check in  ni tiba2 kami difahamkan bahawa 1 bilik tidak boleh melebihi 3 orang. walaupun seorang kanak2 kecil yang comel yang terlebih itu... kami booked 1 bilik sahaja... dan mereka tidak ada bilik yang boleh memuatkan 4 org... maka terpaksalah tambah lagi 1 bilik! membazir sangat rasa... tetapi memandangkan anak2 pun dah penat dan tidak begitu arif dengan kawasan sekitar kami redha je la... tambah lagi 1 bilik yang bukan connecting room! :( 




setiap bilik ada balkoni... sangat cantik hotel ini... sangat puas hati... walaupun pintu ke balkoni terpaksa tutup sentiasa sebab sejukkkkk dan bahaya untuk rasyad... 







ni pun paksa si princess yang kurang sihat tolong ambil... hoihh... ginilah jadinya... boleh lah... dari tak de.... ;'-)

bila time kita ambil gambar dia ok je... 




masa ni rania dah batuk2 athsma attack... kena kurangkan bergerak kami terpaksa beli stroller lagi 1 untuk dia... 


ini stroller baru beli dekat gallery laffayette... sebenarnya tak plan nak ke sini.. tapi sbb cari kedai yang jual stroller tak jumpa... kami give up ambil taxi dan bgthu nak cari kedai jual stroller.. tiba2 sampai sini... mak aiiii... syurga donia betul tengok org shopping! mr.dada dah jeling2 kat birthday girl sbb takut minta hadiah! dia jalan laju2 je terus kat bahagian kanak2! tak bagi chance! hewhew... tau pun takottttt.. :p 

lepas beli stroller.. nak sambung jalan2 hari hujan.... hujan agak lebat dan sejuk... kami singgah di starbuck minum coffee... jumpa orang melayu.. rupanya orang singapore... seronok sangat sbb beliau bagitahu tempat makanan halal.... kami berbual dan nak keep in touch through facebook... rupanya, kenalan rakan saya jugak! mashaallah kecik dunia... happy! ^_^

kasi chance selfie satu kali! selfie si mata panda! :p lepas makan kenyang di kedai yang jual makanan halal tersebut, kami balik hotel dan tido! plan esoknya untuk jalan2 seluruh paris! so kena tidur awal bagi anak2 rehat...


Esoknya, hari ke 5, setelah breakfast kami memulakan perjalanan.. plan untuk jalan2 dari hotel ke eifel tower yang tidak jauh.. kemudian ambil town bus untuk pusing2... apabila sampai di eifel tower, cuaca macam bestttt sangat... kami decide untuk jalan kaki sahaja... sambil menikmati pemandangan yang sangat awesome! ternyata keputusan itu tidak mengecewakan. berjalan kaki lagi seronok. walaupun kami berjalan dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang! 








tengok rania yang berbungkus macam cocoon... agak mencabar bawa orang yang tak tahan sejuk... dah pakai banyak layer pun masih sejuk.... berbeza dengan rasyad yang sangat enjoy! 





ini budak manyak syiokkkk ooo.... manyak tido! 

aik, gambar tak tersusun.. ni semasa breakfast sebelum jalan2... tengokkk... makan buah je lah yang mampu... yang lain mampu tengok jew.... tak halal... 

ehem. 

ok, sambung balik gambar jalan2.... ni je lah... gambar wefie dengan mr.dada.. kat eifel tower katanya... tp nmpk sikittt je eifel towernya... gambar lomatis pun enggak ada di sini... ok hubbby! kita adaaa banyakkkk sebab untuk datang lagi.. setuju?? :p 

terpukau dengan pemandangan indah musim luruh.. buat kami tak sedar yang dah berjam2 kami berjalan! 



butik lv pun sangat laaaa besarnya.... dah ehem2 kat mr.dada... tapi dia senyum kambeng je.. jom lah kita masuk tapi cuci mata jaaaa.... :p 









kami menyusuri perjalanan melalui jalan di tepi sungai.... seronoknya mashaallah... 



sampai lah di sini... destinasi terakhir.... masa ni dah hampir pukul 2 petang... rasyad pun dah agak cranky sebab lapar... kami terpaksa ambil cab untuk pulang semula ke hotel... masih belum puas sebenarnya.. tetapi perlu mengalah dengan masa rehat anak2... ;) 






esoknya... kami bersiap awal pagi untuk kembali semula ke Makkah... kembali kepada tanah suci yang dirindui...


gambar rania di airport... 

princess yang tak tahan sejuk. mujur ianya hanya percutian singkat! ^_^ 



saya sambung dengan koleksi gambar2 yang tertinggal dari koleksi2 di atas ok.... :))

No comments:

Post a Comment