Monday, December 22, 2014

Tetamu2 umrah.

As salam....

hy all semua pembaca yang dikasihi...
maafkan saya kerana sudah lama menyepikan diri..
al kisahnya bukan sengaja menyepi... tetapi wifi coverage kat rumah saya sejak 2 menjak ni perlahan macam kura..
rupanya data plan sudah hampir habis.. so dah renew tapi router pulak rosak kena beli router..

so sekarang ni alhamdulillah semua dah kembali kepada asal
saya perlu cover semua entry yang tertunggak terutama entry percutian bulan lepass...!
inshaallah try masukkan sedikit2 lama2 jadi bukit. ;)

tapi sebelum tu nak update tentang tetamu2 umrah saya untuk beberapa minggu ni..
saya sangat bersyukur ya ALLAH dengan medium blog ini saya dapat kenalan baru yang baik2.. tetamu2 ALLAH yang terpilih untuk datang beribadat di bumi barakah..
ada beberapa kenalan baru yang menghubungi dan susah payah datang jumpa saya dengan buah tangan dari tanah air.. sangat bersyukur dapat mengeratkan silaturrahim dengan orang yang baik... masyaallah tabarakallah tak sangka blog ini sebagai perantara di antara kita semua... semoga ikatan ukhwah yang terjalin berkekalan.. amin..


minggu lepas saya ke madinah juga setelah sekian lama... hati menjadi sangat rindu pada kedamaian kota madinah... saya upadate dalam entry yang lain ok sbb kali ini saya berpeluang ziarah di tempat2 sejarah.. yang tidak pernah pergi sebelum ni..

ok jom kita jenguk2 sikit siapa tetamu2 ALLAH yang saya jumpa setakat ini.. 

1st balik dari madinah pergi jumpa aunty zakiah... aunty zakiah ni dah call masa saya di madinah lagi.. 1st time jumpa mashaallah orangnya sangat baikkk... datang bawakan saya macam2 cookies yang sedap! terima kasih auntyyy.. hari ni beliau dan family sudah pulang ke Malaysia...  

ini tetamu khas dari kampung... cik ilah & pakcik sajali memang tiap2 tahun datang bawa jemaah dr kampung as a mutawif... this time cikgu masa sekolah2 dulu pun datang alhamdulillah... berkesempatan mengajak cikgu dinner di rumah saya! terima kasih cikgu shafie... :) 

esok malamnya saya ajak aunty zakiah dan family datang dinner di rumah.. mashaallah seronoknya melayan tetamu ALLAH! :) 

kemudian esoknya kami ke hotel hilton melawat mak cik dan pakcik yang datang umrah... atas masalah kesihatan mak cik dan pakcik saya dr chenor,pahang ini tidak berkesempatan datang ke rumah saya. jadi kami pergi berjumpa di bilik mereka sahaja.. seronoknya berjumpa saudara mara di tanah haram! 

tidak ketinggalan untuk bertemu aunty wan atiah... kenalan baru yang sudi menghubungi saya untuk bertemu.. saya berjumpa dengan aunty wan pada hari jumaat pagi.. berkesempatan breakfast sama2 dengan beliau... 


ini pula gambar malam tadi... makan malam bersama2 ustazah zai zakiah dan suami serta ustaz salehuddin nasir... berkenalan dengan ustazah zai zakiah kerana sama2 menjadi admin di group kenangan haji & umrah di facebook.. selama ini hanya berhubung melalui alam maya.. this time berpeluang bertemu! alhamdulillah..

ok lah... setakat ini sahaja.. entry2 lain bakal menyusul dalam waktu terdekat ni inshaallah... :) 

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM . Salam perkenalan dari saya....bertuah saudari dapat tggal di sana..seronok saya membaca entry saudari...sy juga akan ke sana utk menunaikan umrah bln January 2015...tetapi macam2 berlegar di fikiran....ada yg nasihat jgn pergi lg sbb mekah skrg major renovation...utk pengetahuan saudari sy akan dtg sekeluarga bersama suami serta 4 ank...yg paling kecil 11 bln....ini yg merunsingkan sy...ramai memberi nasihat masa sy tak sesuai utk ke sana disebabkan kerja pembesaran masjid,,,serta bw baby tidak sesuai ke sana.....blh saudari beri cadangan utk sy...blh saudari gambarkan keadaan di masjidil haram pada masa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.... bagi saya inilah masa sesuai untuk bawa kanak2 sebab cuaca tidak panas dan lebih kurang malaysia sahaja. bezanya mungkin di malaysia agak humid dan di sini dry.. kalau nak tunggu projek pembesaran masjidilharam dan kawasan sekitar akan siap mungkin akan mengambil masa yang lama! kemudian skrg projek pembesaran masjid nabawi pula akan start.. jadi ianya tidak berkesudahan.. kalau anak2 saudari sudah biasa travel rasanya tiada masalah.. inshaallah tawakallah...! doakan yang baik2, semoga dipermudahkan! jgn lupa bawa ubat demam siap2 utk anak just in case.. then boleh bagi vitamin c dari sekarang untuk kuatkan antibodi.. :)

      Delete
  2. InsyaAllah dengan izinNya..
    agar suatu hari nanti kita akan dipertemukan ;-)

    ReplyDelete