Saturday, January 24, 2015

entry tanpa tujuan.. ^_^

Assalamualaikum...


Apa khabar? semoga kita semua dalam lindungan ALLAH selalu... 

Dalam seminggu dua ini, kerapkali topic perbincangan rakan2 di sini adalah berkisar dengan kematian... mungkin perihal rombongan pelajar madinah yang meninggal dunia baru-baru ini amat dan terlalu menyentuh hati kami di sini... kebanyakkan rakan2 saya yang terdiri daripada pelajar di sini dan madinah mengenali dan amat rapat dengan  mangsa kemalangan. sedikit sebanyak kebaikan mereka di sebut2... masyaalllah.. semoga syurga tempat mereka.. apabila kita tinggal jauh dari tanah air dan kaum keluarga, rakan2 satu negara adalah keluarga kami. hubungannya mesra dan erat. setiap suka duka dan masalah akan merujuk kepada sahabat2. jadi jika berlaku perkara yang begini, ianya amatlah sedih dan menyentuh hati. 

Saya bersyukur sepanjang saya tinggal di bumi barakah saya berjumpa dengan orang2 yang baik. orang2 yang mendekatkan kita dengan ALLAH dan seterusnya mengingatkan kita kepada kematian. sungguh kematian itu akan datang kepada semua tanpa awal atau lewat sesaat pun. sungguh saya tidak bersedia. :'-( semakin kerap kita mengingati mati.. semakin terasa ianya menghampiri.. sedih dan sayu rasa hati... apabila membayangkan perit dan sakitnya sakaratumaut. terasa diri terlalu kurang persediaan.. terima kasih ya ALLAH... kerana masih memberikan diriku akan rasa takut untuk mati. supaya diri tidak terlajak jauh terus gigih mengejar dunia sedangkan akhirat itu sangatlah dekat! 

entry saya malam ini tidak ada tujuan sebenarnya... hanya ingin menjadikan ianya sebagai medium meluahkan rasa hati yang sarat.. apabila kerapkali membayangkan ketika nyawa di ambil dari jasad. walaupun terasa tidak layak tetapi saya tetap berdoa supaya dapat mati dalam khusnul khatimah... 
:-( dan mungkin minggu ini saya terlalu rindu akan keluarga... membuatkan mood swing sikit. hehe... alhamdulillah akan adanya sahabat handai yang mesranya seperti keluarga sendiri.. tempat menghilangkan rasa sunyi... saya bersyukur.. kerana masih boleh tersenyum dan ketawa gembira.. masih boleh beribadat dan masih boleh bernafas di dalam tanah haram penuh barakah. dan masih boleh mengerjakan umrah rabu yang lepas. ;) apa kata kita cerita tentang umrah saya rabu yang lepas... 

kami pergi umrah lepas isyak. agak lewat sebab ingin mengelak daripada kesesakan lalu lintas.. kami fikir boleh habis jam 12 malam. rupanya jam 3 pagi baru boleh sampai rumah semula. mashaallah ramainya jemaah umrah sekarang. dah rasa seperti musim ramadan dan haji.. kawasan tawaf di dataran sesak jadi kami tawaf di mataf. dengan rasyad yang dah semakin aktif memang agar sukar untuk habiskan dalam masa yang ditetapkan. hehe... jadi kami ambil masa... sambil layankan anak2 supaya tak stress. akhirnya selesai jam 2 pagi. sempat minum2 dan makan sebelum balik.. alhamdulillah selesai ibadah umrah... :) semoga mendapat umrah yang mabrur.. amin... 




anak2 memang suka merenung kaabah.. abaikan jari org tak pandai ambil gambar.. hihi.. 

gambar dari mataf! 

ketika dada sedang solat sunat selepas tawaf.. 

saya kurang mengambil gambar ketika itu. mungkin agak busy mengejar rasyad.. ;) ok lah... itu sahaja untuk entry tanpa tujuan ini.. alhamdulillah masih boleh berkongsi cerita disini...






salam rindu dari bumi makkah,




9 comments:

  1. as salam...terus bercerita. tkasih. Semoga kita dijemput Allah dalam iman. amin.

    ReplyDelete
  2. Assalam Pn. Dhahban ke Mekah if drive berapa jam ye?

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. trimakasih infonya,,,
    sangat menarik dan bermanfaat...
    mantap...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, rasa terubat rindu baca tulisan akak....please tulis lagi....lepas balik Umrah...rasa rindu sangat Kat Makkah..sampai rasa nak stay Sana....tapi memang xkan dapatla kan....but still I hope my dream will come true....

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, rasa terubat rindu baca tulisan akak....please tulis lagi....lepas balik Umrah...rasa rindu sangat Kat Makkah..sampai rasa nak stay Sana....tapi memang xkan dapatla kan....but still I hope my dream will come true....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,

    boleh akak dapatkan email adik? ada pertanyaan sedikit mengenai makkah.
    nak tanya dekat instagram macam tak sesuai.. email akak norariyanti82@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..saya ada benda nak tanya pada akak pasal makkah. macam mana sy boleh contact akak? ni email sy, esyasadon_90@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  9. sujud sukur berkat bantuan aki pramadi,,,dan berkat imformasi dari member-member aki pramadi,,,yang telah meyampaikan bahwa jika anda ingin mengubah nasib melalui angka togel ghoib hubungi AKI PRAMADI,,,dan TADI malam saya sudah buktikan berkat bantuan AKI PRAMADI,,,yang telah memberikan angka togel ghoib SGP 4D (5093) tadi malam 12-12-2015 akhirnya saya menang 500 juta,,,dan insyaallah saya bisa lunasi semua hutang-hutang saya yang lagi di BANK,,,sekali lagi saya ucapkan banyak-banyak terimah kasih kepada AKI PRAMADI,,,dan member-member.nya yang telah mengimformasikan keberhasilanya,,,dan saya turut mengimformasikan,,,jika anda merasa punya beban (hutang)yang sudah lama belum bisa terlunasi,,,dan ingin mengubah nasib lebih layak dibandingkan nasib yang sekarang seperti saya,,,dan member-member yang lain silahkan hubungi AKI PRAMADI DI nomor,,,082~349~535~132,,BELIAU BISA MEMBANTU DI PUTARAN APAPUN,ATAU ANDA BUTUH PESUGIHAN SILAHKAN HUB AKI PRAMADI DEMIKIAN KISAH NYATA DARI SAYA

    ReplyDelete