Thursday, January 22, 2015

Jeddah Festival..

Assalamualaikum....

Entry pertama untuk tahun 2015! iye tahuu... saya lambat... baru ada entry untuk tahun 2015?? (jom gelak ramai2) hehe... okay, nak cerita khamis yang lepas saya sempat berkunjung ke jeddah festival yang berlangsung di balad selama 1 minggu.. kawasan tersebut merupakan kawasan bersejarah yang ada di jeddah.. sebenarnya ini pertama kali saya berkunjung ke situ! selama ini tidak betul2 jalan2 di area balad sebab agak sesak dan selalu jammed. tetapi this time, the only Malaysian artist in jeddah, kak Rozaini ada share di facebook beliau tentang festival ini. beliau juga turut terlibat sebagai salah seorang artist yang akan melukis secara live dan secara langsung sebagai tempat untuk memperlihatkan hasil kerja mereka yang lain. kita juga boleh membeli hasil2 seni mereka ini. sangat menarik mashaallah... selain itu terdapat juga pertunjukan barangan antik, persembahan teater dan juga persembahan kebudayaan.. woha... seriously memang sangat mengujakan! 1st time saya tengok aktiviti sebegini di Saudi. mungkin kerana aktiviti sebegini hanya di iklan di dalam bahasa arab. itu yang menyebabkan kurangnya maklumat di kalangan foreigners. luckily ada kak Rozaini yang kongsi tentang festival ini. jom kita layan gambar2 yang sempat saya dan mr.dada snap! sorry kualiti agak kurang memuaskan sebab aktiviti berlangsung waktu malam dan pengcahayaan kurang di kawasan tersebut. ada juga pameran dan persembahan yang strictly untuk wanita sahaja.. yang tu memang tak boleh ambil gambar. boleh terpahat di dalam memori sahaja.. ;) 




tempat berlangsungnya di historical district. disebabkan orang yang ramai dan jalan yang jammed kami parking jauh sedikit.. tapi cuaca yang sejuk dan berangin membuatkan perjalanan terasa sangat best! 


apabila masuk je di lorong tersebut kelihatan banyak benda yang menarik perhatian.. kemudian ada kawasan yang strictly untuk wanita sahaja.. saya dan rania masuk.. rupanya ada pertunjukkan kebudayaan mereka.. rasa saya ianya adalah adat perkahwinan.. costum yang di atas ini adalah salah satu di antara pakaian mereka semasa pertunjukkan tersebut, ada banyak lagi.. tapi kawasan larangan camera.. so faham2 la.. 

sayangnya orang2 di kawasan ini tidak boleh berbahasa english dan lebih sayang bila cik foreigner yang datang ini tak boleh berbahasa arab! maka, pandang2 senyum2 je lah yang mampu.. tengok gambar di atas ini mungkin pakaian wanita untuk menghadiri majlis perkahwinan ada zaman dahulu... haha... ye ke?? :p 



ada juga jualan kuih2 tradisional... 

jualan manisan tradisional.. 

kemudian kami lalu lorong pelukis.. di sini lah berkumpulnya beberapa orang artist saudi dan juga seorang artist malaysia seperti yang telah saya jelaskan di atas. ini juga salah satu sebab kami bersemangat untuk ke sini sebab nak bawa rania tengok live pelukis2 ini melukis memandangkan rania kan suka melukis.. walaupun hasilnya seninya masih belum boleh dipanggil hasil seni! haha... dan pilihan kami ternyata sangat tepat sebab rania sangat happy dan terinspirasi dengan pelukis2 tersebut. :) 


di antara lukisan kak rozaini.. mashaallah memang sangat berbakat orangnya. memang layak duduk bersama2 dengan pelukis2 arab yang lain.. 

inilah orangnya! sebelah kiri ya... sebab kak rozaini ini kecik molek orangnya.. nampak saya seperti gergasi di situ... sebenarnya saya pun comel juga... cuma comel tapi tak kecik. :p 


sempat kak eny demo melukis di situ... katanya pengcahayaan yang kurang sangat menggangu konsentrasi beliau tetapi mampu memberikan yang terbaik! 

salah seorang pelukis wanita arab.

artist ini buat kaligrafi. betulkan kalau saya salah.. 

ada orang tu teringin nak bergambar dengan sukarelawa di situ.. 

pengunjung yang datang dicelahan bangunan lama.. 


rania sangat excited melihat artist ini melukis karikatur... 




sehingga dia sanggup menunggu agak lama supaya wajahnya turut dilukis... haha... 

hampir siap.. 


sedang menunggu karikatur rania siap tiba2 lalu sekumpulan anak2 comel ini sambil berzikir. eh kata mr.dada dah macam dalam cerita 3 abdul.. 


dah siap! dah macam rapunzel rambut panjang.. artist tersebut bernama ALI. terima kasih! :) 



ini tarian yang agak terkenal... tarian pedang... gambar dari jauh sahaja. ramai orang... 






hasil karya yang sangat cantik.. 







rania & the donkey & si tukang jaga donkey. hehe.. 


kedai kunci zaman dolu dolu.. 

pameran barang2 antik.. 

apakah ini? ce teka. 


kedai gunting zaman dolu2.. 


saya suka gambar ini. 

persembahan teater berkisar ttg gambaran sekolah pada zaman itu.. 








alat penimbang antik.. 

pintu masuk utama... 
alhamdulillah rania dan rasyad seronok dapat berjunkung ke jeddah festival. bonda dan dada pun happy sebab dapat pengalaman baru. rania suka sangat karikatur tersebut. bangga dia jalan2 pulang dengan memegang lukisan itu... haha... tidur dalam kereta pun peluk ok... ^_^



esoknya kannn...



~

~

~




~
~
~







~
~
~




bonda jumpa ni di meja rania! hahaha... tak tau lah nak nangis ke nak gelak ni.... semangat dia nak buat karikatur juga... apapun bonda berbangga dengan rania ok... im your numb 1 die hard fan kalau rania jadi artist nanti... (lap air mata)... lukisan kat bawah ini bonda tengok memang penuh dengan seni.. walaupun ada version hantu kak limah sikit! bravo dear future artist! hahahaha... bonda gelak 2 hari kot bila ingatkan lukisan ini...! 







4 comments:

  1. Haha.... okay auntie huda pun gelak dan senyum sorang2 ni.
    comel lah rania...
    takpe blh asah bakat.
    or else as she geting older... mungkin minat pun berubah...
    apa2 pun jer tgk festival tu.
    suka "baju kawin" cream gold tu...
    nice...

    ReplyDelete