Selalunya, ketika berada di dalam apa juga emosi terutama sekali berkait rapat dengan suami pasti saya akan khabarkan kepada ibu mertua. lebih lagi ketika kami di dalam frasa berusaha ke arah sesuatu. "ibu tolong doakan kami ya". itu lah kata-kata yang selalu saya pinta apabila ibu bertanyakan tentang apa sahaja perkara yang saya tiada jawapan yang pasti. ibu pasti akan menjawab "iyelah". ringkas dan padat. namun, saya pasti kami selalu berada di dalam doa ibu kerana apabila mendengarkan jawapan itu, rasanya sangat tenang dan damai. peratusan untuk rasa selamat itu sangat tinggi.. :)
sebelum melangkah ke alam rumahtangga, mak pernah berpesan "pergilah rumah bakal suami, kenal2 dengan keluarga dia sebelum berkahwin" sbb mak risau kerana saya membuat keputusan untuk berkahwin terlalu awal setelah perkenalan dengan suami. tiba-tiba je nak kahwin. ketika saya suarakan pandangan mak kepada suami dan ianya kemudian diutarakan kepada ibunya, saya tersentak apabila ibu berkata "tidak boleh. dah kahwin nanti baru bawa pulang." saya merasa sedikit jauh hati.. teserlah disitu akan cara pemikiran yang sangat berbeza di antara mak dan ibu.
makanya, pertemuan pertama saya dan ibu adalah ketika majlis merisik di kediaman kedua ibu bapa saya ketika itu. pertama kali melihat ibu yang kudratnya sudah kurang, berumur lewat 60an. jauh berbeza umurnya dengan ke dua ibu bapa saya kerana suami merupakan anak bongsu. malahan jarak umur saya dan suami juga agak jauh. sebelum itu, kami hanya bercakap melalui perbualan telefon. ya, ibu agak dingin.
setelah diijabkabul, saya mula 'mengkaji' ibu mertua kerana mahu mengambil hati beliau. biasalah awal2 kahwin kata orang. ^_^ orangnya sangat tegas dan mempunyai peraturan sendiri. semangatnya kuat. mungkin kerana beliau seorang yang kuat ibadahnya. amalan yang tidak pernah saya nampak ditinggalkan adalah solat tahajud dan solat dhuha. saya yakin sebab itu lah ibu sentiasa kelihatan tenang. jarang sekali saya nampak emosinya terganggu meskipun berhadapan dengan masalah yang pelbagai.
ibu sangat rajin mashaAllah. selalu terfikir, 'ibu ni tak penatkah?' sudah tidak mampu berjalan sendiri, tetap macam2 yang dilakukannya. bergerak dengan wheelchair. ada sahaja yang mahu dilakukannya. paling tidak suka berehat! sehingga kita yang masih muda ni pun malu sendiri. sebab mula2 terasa mahu menemani dan menolong apa sahaja yang ibu buat. kemudian, give up sendiri kerana seperti tidak sudah2 akan aktiviti ibu.
selalunya ibu tidak banyak bercakap dan berbual. melainkan jika kita pandai mencari topic perbualan. apabila bersama, saya yang banyak bertanya.. lazimnya, sambil-sambil saya menolong apa yang patut di dapur ataupun ketika makan bersama.. ibu seorang yang serius. sukar sekali ingin melihat dia tersenyum. jika pandai mengambil hatinya baru lah nampak senyum dan ketawanya. tetapi beliau selalu tewas dengan cucu dan cicitnya.. buat lah apa sahaja.. pasti akan nampak senyuman ibu dan sesekali keluar ketawanya yang sangat mahal melihat cucu dan cicit bermain ataupun ketika berbual dengan mereka.
pemurah... itu juga kelebihan yang ada dalam diri ibu.. datanglah sesiapa sahaja ke rumah untu berniaga. pasti akan dibeli. di awal perkahwinan dahulu, sebelum berhijrah ke oman dan kemudian ke saudi, ibu seringkali menghadiahkan saya dengan pelbagai barangan.. daripada pekakasan rumah, tudung, baju.. katanya orang datang berniaga.. kasihan... panas2 bawa barangan yang banyak. oleh itu, setiap kali orang yang menjual datang, pasti akan dibelinya.. dan penjual tersebut boleh berehat seketika melepaskan lelah. kadangkala turut tumpang solat di rumah ibu kalau kebetulan masuk waktu solat ketika itu. suami sesekali membebel kerana risau akan keselematan ibu. namun, tidak diendahkan. katanya.. "kita buat baik dengan orang.. takkan orang nak buat jahat dengan kita.." saya tersenyum tatkala mendengarkan kata-kata itu.. dan suami akan mati kutu. tiada bantahan lagi.
sikap pemurah itu bukan sahaja sesama manusia malahan kepada haiwan juga.. daripada beberapa ekor kucing yang pasti akan kenyang dan gemuk di rumahnya sehingga sekecil-kecil semut dan nyamuk! apabila pulang ke kampung... anak-anak saya yang tidak tahan dengan gigitan nyamuk dan selalu merungut jika ternampak semut. ada sahaja yang dirungutkan. 'nyaie... kenapa banyak nyamuk ni... nyaie.. banyaknya semut kat sini... tak suka lahh... tak tahan.. gatal...' selalunya nyaie akan berkata.. nyamuk dan semut pun nak makan juga... ingat rania dan rasyad je nak makan?? hehe.. maka ketawalah rania dan rasyad mendengar kata-kata nyaie yang itu.. selepas itu.. ia menjadi gurauan rania apabila digigit nyamuk.. dalam menggaru dia membebel.. "oh.. lapar ye nyamuk.. ha.. makan.. makan.. tapi.. jangan lah makan rania.. darah rania tak sedap.. pergi gigit orang lain pergi!" ^_^
seringkali saya mendengar runguntan orang yang mempunyai konflik dengan ibu mertua.. tipulah jika saya tidak pernah terasa hati dan merajuk dengan ibu. malahan jarak umur kami yang terlalu jauh menyebabkan terdapat banyak perbezaan pendapat. lebih lagi, usia saya yang menempuh alam perkahwinan terlalu muda. ada sahaja yang menyebabkan kami bercanggah pendapat. namun, sikap saya ini yang meletakkan ibu mertua itu sama sisinya dengan ibu sendiri. hari ini saya merajuk kerana ditegur, selepas seketika saya akan kembali seperti biasa.. tidak pernah saya simpan di dalam hati... merajuk seketika itu normal.... malahan ibu sangat menjaga hati saya apabila mula mengerti akan sikap saya. banyak mengalah.. dan sedaya upaya tidak mahu memanjangkan konflik. saya pula tidak mahu menjadikan asbab suami dilema ataupun mendapat dosa.. sebolehnya saya mahu suami menjadi anak yang taat dan baik.. tidak mahu ibu berkecil hati dengan suami.. kerana saya yakin siapa suami yang saya sanjung hari ini adalah berkat didikan dan doa seorang ibu dan ayahnya....
memandangkan kami tinggal jauh dari Malaysia.. kadangkala keberadaan waktu yang sedikit itu terpaksa kami bahagikan dengan baik supaya adil di kedua dua belah saya dan mertua. namun, ibu sangat-sangat prihatin.. kadangkala ibu yang bertanyakan jika saya sudah balik ke rumah ibu sendiri atau belum.. apa sahaja yang kami bawa kepadanya sebagai buah tangan.., ibu akan bertanya samaada sudah diberikan kepada besannya atau belum. mashaALLAH.. mulianya hati ibu. sehingga saya akan terasa bersalah sendiri jika melebihkan keluarga sendiri.. terutama sekali tentang masa.. terasa terlalu pentingkan diri jika saya mahu masa yang lebih bersama keluarga sendiri sedangkan ibu kesunyian di rumahnya...... menanti kepulangan kami yang sekejap-sekejap ini. malahan ketika masa yang terlalu pendek itulah sedaya upaya menyediakan makanan kegemaran kami meskipun kudratnya kurang.. saya tidak pernah bercerita akan apa yang saya suka makan.. tetapi selalunya akan tersedia semua makanan kegemaran saya, suami dan anak2.. ibu seorang pemerhati dan pengkaji yang baik dan tepat! itulah kelebihan ibu yang sangat saya kagumi.. jika ada kenalan/sedara mara yang datang umrah atau haji. pasti ada sahaja yang dikirim ibu untuk kami... bukan sedikit.. selalunya 1 beg besar! apabila dibuka.. pasti akan terselit akan makanan yang kami suka.. setiap orang ada hadiah masing2...
memandangkan kami tinggal jauh dari Malaysia.. kadangkala keberadaan waktu yang sedikit itu terpaksa kami bahagikan dengan baik supaya adil di kedua dua belah saya dan mertua. namun, ibu sangat-sangat prihatin.. kadangkala ibu yang bertanyakan jika saya sudah balik ke rumah ibu sendiri atau belum.. apa sahaja yang kami bawa kepadanya sebagai buah tangan.., ibu akan bertanya samaada sudah diberikan kepada besannya atau belum. mashaALLAH.. mulianya hati ibu. sehingga saya akan terasa bersalah sendiri jika melebihkan keluarga sendiri.. terutama sekali tentang masa.. terasa terlalu pentingkan diri jika saya mahu masa yang lebih bersama keluarga sendiri sedangkan ibu kesunyian di rumahnya...... menanti kepulangan kami yang sekejap-sekejap ini. malahan ketika masa yang terlalu pendek itulah sedaya upaya menyediakan makanan kegemaran kami meskipun kudratnya kurang.. saya tidak pernah bercerita akan apa yang saya suka makan.. tetapi selalunya akan tersedia semua makanan kegemaran saya, suami dan anak2.. ibu seorang pemerhati dan pengkaji yang baik dan tepat! itulah kelebihan ibu yang sangat saya kagumi.. jika ada kenalan/sedara mara yang datang umrah atau haji. pasti ada sahaja yang dikirim ibu untuk kami... bukan sedikit.. selalunya 1 beg besar! apabila dibuka.. pasti akan terselit akan makanan yang kami suka.. setiap orang ada hadiah masing2...
suami.. dan 5 orang adik beradiknya saya kategorikan sebagai golongan yang berjaya di dunia dan juga ilmu akhirat. mereka sangat seimbang dari segi perlakuan dan juga ilmu agamanya. sempurna! saya percaya ianya datang dari hasil didikan seorang ibu yang saya sendiri sudah nampak di mana keistimewaanya.. serta seorang ayah yang cukup sempurna.. meskipun tidak pernah berjumpa ayah mertua.. dari penceritaan suami.. saya yakin ayah mertua juga seorang yang hebat seperti ibu.. mashaALLAH tabarakALLAH.. bertuahnya saya kerana pernah ada di dalam doa ibu.. pernah merasakan kasih sayang dan juga mencedok sedikit ilmunya serta melihat amalannya walaupun seketika....
ya, ketika saya menaip cerita ini.. hati ini sarat dengan rindu.. sehingga saya mampu mengingati setiap detik dan ketika saya bersama-sama ibu kerana ibu telah pergi meninggalkan kami 3 minggu yang lepas. terlalu banyak kenangan... saya hanya mampu berkongsi hanya sebahagian memori itu.. selebihnya hanya tersimpan kemas di dalam hati.
ketika ibu sakit dan masih berada di dalam wad biasa ( sebelum berada di dalam icu hampir 3 bulan lamanya..) saya lihat semangat ibu sudah tidak seperti biasa.. ketika itu saya sedang berada di Malaysia menghabiskan saki baki percutian dan suami berada di Makkah kerana cuti yang pendek. apabila saya khabarkan kepada suami.. suami sempat berpesan "jangan lupa minta maaf dengan ibu.. sampaikan salam maaf dan sayang b sekali.." tidak lama kemudian, sakit ibu semakin kritikal dan dimasukkan ke dalam icu. sejak itu.. kami tidak nampak senyuman ibu lagi.. tidak mendegar suara ibu lagi... sepanjang ibu di icu.. beberapa kali kami pulang ke Malaysia... sehingga kepulangan yang terakhir.. dengan berat hati kami meninggalkan ibu bertarung di situ.. dan ketika itu saya sangat yakin itu adalah merupakan pertemuan terakhir saya dan ibu.... dan ternyata keyakinan itu benar kerana ibu pergi 3 minggu kemudian ketika kami di Makkah... kepulangan kami kemudiannya hanya mampu berdoa di pusara ibu.... menjawab persoalan anak-anak yang belum betul mengerti akan sebuah kehilangan dan merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan pemergian keluarga terdekat...
redha... itu pasti kerana kami tidak mampu lagi untuk melihat ibu terus bertarung dengan sakitnya.. tetapi.. rindu itu sarat.. dan terasa kehilangan serta kehidupan setelah tiada lagi doa-doa dari ibu itu lain benar rasanya! seperti hilang satu 'ketenangan' setelah perginya ibu.. sebelum ini suka sekali meminta ihsan doa ibu.. sekarang tiada lagi doa-doa itu.... malahan.. kami yang sewajarnya perlu selalu mendoakan ibu... supaya ibu tenang dan bahagia 'disana..' amin.. terasa masih berada di dalam pelukan kasih sayang doa-doa ibu.. alhamdulillah atas kesempatan dan keizinan daripadaNYA untuk saya mengenali seorang ibu mertua yang sangat sempurna di mata saya..
alhamdulillah berkesempatan berbakti kepada ibu di Makkah.. |
rania... menolak nyaienya bersaie.. |
ketika ibu datang ke rumah kami.. |
rania dan nyaie.. |
ketika di madinah.. |
raya terakhir bersama-sama ibu...sebahagian menantu (saya), cucu dan cicit... |
kenangan raya terakhir bersama ibu.. |
nyaie.... bersama sebahagian cucu perempuan dan juga seorang cicit lelaki.. |
berehatlah di sana ibu... sudah sampai masanya nanti... kita akan bertemu lagi... :)
coretan kerinduan dari menantu paling 'nakal',
Masnira Ramli..
semoga roh arwah dicucuri rahmat Nya
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmatNYA..
ReplyDeleteNukilan penuh bermakna dan mengusik jiwa
ReplyDeleteSetelah menjalin hubungan dengan Wilson selama tujuh tahun, dia putus dengan saya, saya melakukan segala yang mungkin untuk membawanya kembali tetapi semuanya sia-sia, saya sangat menginginkannya kembali kerana cinta yang saya ada padanya, saya memohon kepadanya dengan segalanya , Saya membuat janji tetapi dia menolak. Saya menjelaskan masalah saya kepada seseorang dalam talian dan dia mencadangkan agar saya menghubungi penyihir ejaan yang dapat membantu saya mengeja mantera untuk membawanya kembali tetapi saya adalah jenis yang tidak percaya dengan ejaan, saya tidak mempunyai pilihan selain mencubanya, Saya bermaksud penyihir mantra bernama Dr Zuma zuk dan saya menghantar e-mel kepadanya, dan dia memberitahu saya bahawa tidak ada masalah bahawa semuanya akan baik-baik saja sebelum tiga hari, bahawa mantan saya akan kembali kepada saya sebelum tiga hari, dia mengeja dan mengejutkan di hari kedua, sekitar pukul 4 petang. Mantan saya memanggil saya, saya sangat terkejut, saya menjawab panggilan itu dan semua yang dia katakan ialah dia sangat menyesal atas semua yang berlaku, bahawa dia mahu saya kembali kepadanya, bahawa dia sangat menyayangi saya. Saya sangat gembira dan menghampirinya, begitulah kami mula hidup bersama dengan bahagia lagi. Sejak itu, saya telah berjanji bahawa sesiapa sahaja yang saya kenal yang mempunyai masalah hubungan, saya akan membantu orang tersebut dengan merujuknya kepada satu-satunya penyihir ejaan yang nyata dan kuat yang menolong saya dengan masalah saya sendiri dan yang berbeza dengan semua yang palsu di luar sana. Sesiapa sahaja mungkin memerlukan bantuan penyihir mantra, e-melnya: spiritualherbalisthealing@gmail.com atau WhatsApp dia +15068001647
ReplyDeleteanda boleh menghantar e-mel kepadanya jika anda memerlukan pertolongan dalam hubungan anda atau apa-apa. HUBUNGI DIA SEKARANG UNTUK PENYELESAIAN KEPADA SEMUA MASALAH ANDA