Wednesday, September 12, 2012

Jom jalan2 sekitar apartment saya.

  Semalam masa jogging & temankan rania cycling sempat snap kawasan sekitar apartment saya. Sebenarnya saya baru pindah ke apartment ni 4 bulan yg lepas. Sebelum ni saya tinggal tidak jauh juga dr sini. Rumah jauh lebih besar dari rumah sekarang. Malangnya saya hanya terkurung di rumah. Tiada outdoor aktiviti tanpa mr dada! Di apartment yang sekarang ni walaupun jauh lebih kecil tetapi mengembirakan hati! :))




nampak tak menara jam nun jauh di sana tu? itu menunjukkan jarak dari rumah saya ke masjidilharam. hanya 15 minit memandu! 

inilah apartment saya. rumah saya di bahagian ground floor sebelah kanan. 

spot rania selalu tunggu dada balik kerja. apabila  sampai dada akan parking betul2 belakang rania tu. 

apartment berdekatan.

playground.. 

notice ni buat saya agak bad moo. 

setakat ni saya belum update kawasan sekitar masjidilharam sebab saya masih belum boleh ke masjid. cuti bulanan.. hehe... khabarnya masjid sekarang lengang sebab jemaah umrah semua sudah pulang dan jemaah haji belum sampai lagi.  ok lah, setakat itu dahulu... nnt sambung lagi ya... daaa~~ 


Sunday, September 9, 2012

Exercise with rania!

Petang ni bawa rania jalan2 kat taman tepi apartment kami. Alhamdulillah.., ada playground betul2 tepi apartment. Bolehlah saya bawa rania keluar sendirian tanpa mr dada menemani.. Jika tidak, berkurung dalam rumah je la . Bila mr dada balik kerja or bercuti barulah boleh keluar. Cuaca skrg ni masih panas lebih kurang 35-42 degree waktu siang. Lewat petang cuaca agak redup dan berangin walaupun panas.. Ok la kan.. Rania pun ok je walaupun merah2 muka mengayuh basikal. :) rasanya tak lama lagi akan bertukar musim sejuk! Tak sabar rasanya nak menikmati keindahan musim sejuk di mekah..

Thursday, September 6, 2012

Raniaku...

Raniaku...,
Acap kali bonda mensyukuri betapa bertuahnya diri ini memilikimu sbg anugerah terindah...
Terkadang bonda merintih...,
Layakkah aku ya rabbi...? Memiliki anak sesempurna ini?
Dgn dosa2 ku seluas lautan?
Tapi Kau tetap juga menghadiahiku anugerah secantik ini? Yg menemaniku dan membuatku tersenyum tika air mata sudah dipenghujung kelopak?
Ya rabb.., Kau yang menyimpan seluruh rahsia di muka bumi.. Hanya Kau yang mengerti.. Ketika diri hanyut khayal lemah.., hanya Kau juga disisi..
Raniaku..,
Kekallah sebagai penghibur hati.,
Selalu tersenyum dan ketawa sehingga org yg melihatmu juga turut gembira.. Mungkin dgn senyuman mu hati yg lara terubat.. Hati yang gelora menjadi tenang..
Raniaku..,
Kaabah ini tempat kita mengukir memori bersama..
Jgn sesekali terlupa bahawa disini kita mengadu gembira ataupun merintih berduka.. Khabarkn apa sahaja gelora hatimu disini.. Pasti akan mendapat ketenangan..
Dia tuhan kita..
Yang menemukan dan juga memisahkn kita.
Tetaplah imanmu!

Gelora hati,
Bonda rania...
16 ramadan 2012
Ketika bonda terlalu merindui kaabah.............

Wednesday, September 5, 2012

Kehidupan ku... Kekuatanku.. Kegembiraanku.. Terima kasih ya Allah.. :)

oh home sick!

selamat pagi rakan-rakan blogger sekalian.. semoga kita semua di bawah lindungan ALLAH swt selalu...

sejak pulang dari Malaysia, jiwa masih tidak menentu.. kadang2 happy, kadang2 sedih bila terkenang family nun jauh di balik awan. aik? nun jauh di bumi malaysia......... tetapi malam tadi mr dada bawa pergi ikea, hati jadi riang dan berbunga2... hehe.. dapat la update accessories rumah. dapatlah semangat baru nak mengemas kann.... ikea ni terletak di jeddah. lebih kurang 1jam setengah juga jauhnya dari makkah.. xjauh beza dari ikea di malaysia.. cuma xde la meat ball yang sedap tuh..

erm, memandangkan mood tengah swing2 ni kann.. apa kata kalau saya share gambar2 bersama family sepanjang berada di Malaysia.


my nephew muahammad waseem iqbal and my sister masliyana.. 



my daughter rania with aki kesayangan.. 

me & makkk... miss u.... 

rania and her ucu (my youngers sister masdalina wirdanie)

sempat ke kuantan visit my aunty and his handsome son ameer zahin..

xmo komen... :p 

us..di pagi syawal... di sabak bernam, selangor.. (my in law house) 

kegembiraan rania & dada lepas hampir 2 bulan tidak bertemu! 

rania....di pagi syawal.... 


mr.dada & ibunya...

me & mother in law (sila lihat si cheeky girl tuh.geramm) 

tambahan lagi seorang itu adalah my sister in law..

beraya ke rumah TN Dato Harun Din... thanks Dato & Datin sudi mengundang kami... sangat hargai..

masih dalam mood raya... jalan2 singgah makan tutti frutti. oh, frozen yogurt di jeddah much2 better! ;)) 


di keyel.....


finally... perlu pulang.. my sister, brother in law and babah juga datang ke airport...

my elder sister with her lovely family.. rindunya pada waseem! :(


good bye babah..... jumpa lagi tahun hadapan... 


bye2 Malaysia.. rania happy hendak pulang.. dia sudah merindui makkah... 



bye2 Malaysia.......... 

waa...saya sangat rindu pada mereka... kuatkan & tabahkan hati ini Ya Rabb..... semoga doa2 saya disini selalu mengiringi setiap langkah mereka di sana.... 



Monday, September 3, 2012

salam perkenalan, salam sayang! :))

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik dan kacak.. semoga kita semua didalam lindungan ALLAH swt selalu.. alhamdulillah hari ini saya berjaya membuka satu blog baru bagi menggantikan blog saya yang lama. blog ini saya khususkan tentang perjalanan hidup saya di kota suci makkah al mukarramah. sebagai ingatan ataupun kenangan untuk saya dan keluarga saya, untuk keluarga mahupun rakan-rakan yang berminat mengetahui tentang keluarga saya di sini. juga untuk keluarga terdekat yang merindui kami.. semoga coretan-coretan disini sedikit sebanyak dapat mengubati rindu kalian terutama sekali pada si cantik rania athira oh ya, tidak lupa juga kepada kenalan baru saya disini. terima kasih kerana sudi membaca. semoga kita dapat membina ukhwah yang bermanafaat dan berkongsi cerita.

untuk coretan saya yang pertama ini lebih manis jika saya menerangkan banyak persoalan yang bermain-main ataupun mungkin pernah terlintas di fikiran anda semua. persoalannya pasti berkenaan kehidupan saya di sini bukan? kemana-mana saya pergi ataupun dengan siapa saya berjumpa pasti akan ada soalan yang hampir sama keluar dari mulut mereka. bagaimana saya boleh tinggal di makkah. saya tinggal disini kerana mengikut suami di atas tuntutan kerjaya beliau. alhamdulillah suami saya terlibat dengan project pembesaran masjidilharam. sudah hampir 2 tahun saya di sini. di sebuah kota suci yang penuh dengan seribu macam perbezaan kehidupan! sudah hampir 2 tahun barulah saya betul2 serius untuk mencoretkan perjalanan kehidupan saya di sini. kenapa? entahlah. saya pun tak boleh menjawab soalan itu. haha.. setakat ini saya masih menjalani rutin kehidupan yang sama sejak setahun yang lalu. cuma, pengalaman dan kenangan yang bertambah. tinggal di sini memberi saya peluang berjumpa ramai kenalan tidak mengira pangkat dan usia.. tidak kurang dapat mngeratkan hubungan sesama kawan2 dan keluarga. mungkin dahulu rakan-rakan yang kurang akrab menjadi bertambah rapat dengan berkat kehidupan di tanah haram. mashaALLAH. pengalaman begitu membuatkan rentetan kehidupan saya di sini menjadi lebih bermakna dan manis untuk di kenang. :) terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat yang sudi untuk menghubungi dan menemui saya di sini.. saya sangat hargai.. saya meminta saya untuk mendoakan kalian alhamdulillah juga telah saya tunaikan.. hanya ALLAH sahaja yang mampu memenuhi semua permintaan kalian. amin3..

masih tidak terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri buat semua! ampun dan maaf atas segala silap dan salah. saya masih dalam mood raya sebab baru sahaja pulang bercuti ke malaysia selama 2 bulan! bila kembali saya terlalu rindu pada keluarga di malaysia. inshaALLAH berjumpa lagi pada coretan akan datang.. salam sayang dari saya dari makkah al mukarramah.. love u all~~

gambar sebelum tawaf hari rabu minggu lepas.. jemaah umrah kebanyakkan sudah pulang. tidak lama lagi jemaah haji akan tiba. musim haji sudah bermula... labaikkallahhummalabaik.. !