Thursday, September 6, 2012

Raniaku...

Raniaku...,
Acap kali bonda mensyukuri betapa bertuahnya diri ini memilikimu sbg anugerah terindah...
Terkadang bonda merintih...,
Layakkah aku ya rabbi...? Memiliki anak sesempurna ini?
Dgn dosa2 ku seluas lautan?
Tapi Kau tetap juga menghadiahiku anugerah secantik ini? Yg menemaniku dan membuatku tersenyum tika air mata sudah dipenghujung kelopak?
Ya rabb.., Kau yang menyimpan seluruh rahsia di muka bumi.. Hanya Kau yang mengerti.. Ketika diri hanyut khayal lemah.., hanya Kau juga disisi..
Raniaku..,
Kekallah sebagai penghibur hati.,
Selalu tersenyum dan ketawa sehingga org yg melihatmu juga turut gembira.. Mungkin dgn senyuman mu hati yg lara terubat.. Hati yang gelora menjadi tenang..
Raniaku..,
Kaabah ini tempat kita mengukir memori bersama..
Jgn sesekali terlupa bahawa disini kita mengadu gembira ataupun merintih berduka.. Khabarkn apa sahaja gelora hatimu disini.. Pasti akan mendapat ketenangan..
Dia tuhan kita..
Yang menemukan dan juga memisahkn kita.
Tetaplah imanmu!

Gelora hati,
Bonda rania...
16 ramadan 2012
Ketika bonda terlalu merindui kaabah.............

No comments:

Post a Comment